Terima kasih kepada semua yang beri komen di sini dan di KedahLanie terhadap al-kisah pimpinan GLC yang saya bangkitkan. Ada yang pro, ada yang kontra dengan keras dan pedih, dan minta saya guna kuasa (kalau ada). Ramai yang memandang lekeh bila kita memilih untuk tidak menggunakan kuasa.
.
Sering berlaku di semua zaman, kuasa disalahguna (termasuk tidak menggunakan kuasa), hingga berlaku aniaya dan zalim.
Tuesday, November 2, 2010
Sunday, October 31, 2010
Sidang Bajet Kedah 14 - 16 November 2010
Salam hormat untuk semua.
.
.
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dijadualkan pada 14 - 16 November nanti, dan Bajet 2011 akan dibentangkan oleh YAB MB pada tarikh 15 Nov. Siapa yang ingin hadir sebagai pemerhati, bolehlah datang pada tarikh tersebut. Pakaian baju kebangsaan atau long suit.
.
Tadi ada kawan sms bagitau, ada mamat mana tak tau buat blog menghina MB...dari kandungan blog itu, ia mungkin dari group yang buat demo 7 orang depan wisma 10hb dulu. Mamat tu tulis di blog dia kata MB dok binding dah bajet yang nak bentang tu tanpa bincang dengan exco dan pegawai! Hah! Lawaknya blog tu. Tu la...kalau tak tau apa-apa jangan reka cerita. Kan dah jadi fitnah tu... dah tak dak barang lain dah ka nak tulis. Bajet bukan semudah tu nak buat.. suka-suka nak bentang...siap dok binding dah pulak tu.
.
Bajet ni mai dari jabatan-jabatan dan agensi negeri. Berapa depa kutip hasil, berapa depa perlukan peruntukan, apa depa nak buat tahun depan, berapa belanja...semua tu dibuat oleh pegawai-pegawai di bawah Pegawai Kewangan Negeri. Lepas bincang, dihalusi, oleh jabatan-jabatan yang bertanggungjawab, baru boleh dibentang. Ia mengambil kira unjuran pencapaian hasil dan sejarah kewangan negeri...bukan boleh main hentam buat sendiri... gila ka apa mamat tu.
.
Nak buat ringkasan untuk ucapan pembentangan dalam DUN pun bukan sorang dua...lima enam orang pakar, tiga empat kali mesyuarat. Sekali mesyuarat berjam-jam, kebaih punggung! Dah dua kali saya terbabit dalam urusan itu. MB tengok satu-satu, teliti dengan detail sedetailnya.
.
Saya berdoa semoga mamat yang tulis hal tu di blog dia belum masuk tanjung rambutan lagi..biaq dia sempat tengok Bajet 2011 dibentangkan pada 15hb nanti!
.
Saturday, October 30, 2010
Pemimpin-pemimpin GLC - Tindak tanduk Saudara Memberi Kesan Secara Langsung Kepada Kerajaan
Kenapa saya memilih membuat komen secara terbuka di blog? Apa sudah tak ada cara lain???? Ada, tapi lama-lama ada yang tak makan teguran lagi... lupa diri. Ada pimpinan GLC yang dilantik selepas Mac 2008 semacam terlupa dia berada di sana kerana penat lelah Pak Leman, Sudin, Leha, Mat Piah, Usop, Useng, Awang dan ramai lagi yang telah pergi, sejak puluhan tahun dalam PAS. Parti diperkasakan hingga menang, walaupun diri daif-sedaifnya. Bila menang, dia hanya senyum puas mengharapkan balasan baik dari Allah di akhirat. Dia serahkan amanah memakmurkan negeri dan rakyat kepada pemimpin. Pemimpin yang menggalas amanah ahli parti dan rakyatpun kena mencari tenaga yang ada kemahiran untuk mentadbir negeri, termasuk pakar-pakar untuk memajukan GLC, selain pegawai-pegawai yang sedia ada.
.
Harapan orang ramai ialah kita melaksanakan keadilan, menentang kezaliman, membenteras penyelewengan, menolak kerakusan, menggantikan budaya mandom dengan sikap cergas, mendorong pembangunan rakyat, membantu - bukan menindas, menolong - bukan mencantas, jujur dan ikhlas. Baik sewaktu berurusan dengan pejabat dan agensi kerajaan, maupun berurusan dengan GLC - semuanya memberi kesan kepada prestasi kerajaan. Orang politiklah yang menerima kesan daripada sikap pegawai di jabatan atau GLC- kalau tak baik, buruklah ia.
.
Jika ada yang rakyat tak puas, mereka akan mengadu kepada pemimpin politik yang mereka lantik, yang mereka angkat ke posisi itu dan mereka kenal. Macam-macam cara rakyat menyampaikan hasrat. Orang seperti saya dan kawan-kawan di pejabat MB, ADUN-ADUN dan exco-excolah yang jadi perantara...lubuk mencurah masalah, aduan dan komplen. Mendengar dan menasihat adalah tugas saya... sudahnya saya harus sampaikan kepada pihak yang ditegur dengan pelbagai cara..ada yang direct, ada indirect, ada lembut ada keras. Ini semua untuk memastikan kepercayaan rakyat kepada parti yang membentuk kerajaan tidak hilang dan lupus. Kepercayaan inilah resepi menang dan mengekalkan kemenangan. Bukan wang atau projek, tapi kepercayaan. Bila orang mula tidak percaya, bahasa kecewa mereka tidak mudah terhenti.
.
Tapi ada orang tak suka dengan teguran. Ada pemimpin GLC yang ditegur, membalas melalui perantara - sampai ke telinga saya - "Habaq kat dia jangan dok kacau GLC, dia jaga politik sudahlah... dia tu Setiausaha Politik, bukan jaga GLC pun, kerja dia tak ada kena mengena dengan kita!" Lebih kurang begitu mafhumnya pimpinan GLC itu. Tidak cukup dengan itu, gara-gara tidak dapat menerima teguran, dia mengadu kepada kawan lamanya yang mengenali saya supaya kawannya itu berjumpa bos saya dan meminta saya diberhentikan - alasannya - saya tidak membela pegawai sepertinya bila menerima aduan orang ramai.
.
Apa yang menyebabkan dia ditegur, dan bagaimana saya menegur? Berat tangan menulis, berat lagi amanah digalas. Siapa saja yang berurusan dengan pimpinan GLC itu akan berakhir dengan masalah. Sejak dua tahun lebih, belum ada satupun projek 'dibawah tangannya' yang beroperasi dengan sempurna. Ada satu projek berakhir dengan aduan salah laku...orang datang mengadu siap dengan dokumen dan gambar. Kalau saya tak selesaikan, mereka akan mengadu kepada pihak berkuasa. Mereka tidak menuduh dia menyeleweng, tapi rakan kongsi yang dipilihnya mungkin salah urus, tidak jujur kepadanya yang tiada pengalaman dalam urusan itu. Ada juga yang datang mengadu dia suka mencantas hasil usaha orang untuk jadikan hasil usahanya, gara-gara dia tak pandai memulakan usaha. Apa saja yang lintas didepannya, dia akan 'sebat'. Bila orang asal itu terpinggir, projek itu juga terhenti. Sebab itulah, syarikat yang dipimpinnya tidak produktif sejak dua tahun lalu. Pembantu-pembantunya juga tiada pengalaman, dan ada orang dakwa belagak dan sombong, tapi kerja tak jalan.
.
Sayapun memanggilnya meminta penjelasan. Mohon diselesaikan dengan baik, adakan perbincangan, jangan ada yang teraniaya, biar orang selesa berurusan dengan kita, saya minta dia jawab fakta kes yang dibentangkan. Katanya kepada saya... 'depa tu yang tak betoi, bapak **** pun saya tak heran, biarlah depa pi mengadu, saya akan lawan.
.
Tup-tup lepas itu, dia pula mendakwa kakitangannya membocorkan rahsia syarikat kepada saya. Buat pertuduhan dan domestic enquiry kepada kakitangannya sendiri. Saya termenung sendiri. Inikah gaya pengurusan sebuah syarikat yang diamanahkan oleh rakyat? Patutlah projek tak jalan, asyik cari gadoh dan menyalahkan orang.
.
Lepas kes itu, siapa saja yang datang berurusan dengannya, dia akan bercerita pasal saya. 'Mengganggu kerjanya' katanya. Kenapa ada anggapan itu dalam kepalanya? Apakah saya tidak boleh bersuara untuk memastikan tiada kesan negatif kepada politik yang terhasil dari kelembapan GLC? Kenapa mereka tak fokuskan supaya tirai 2010 ini ditutup dengan satu projek berjalan dengan baik. Tak perlulah menyalahkan orang itu dan orang ini. Amanah sudah ditangan, jangan cari gaduh dengan sesiapapun. Moga gaji yang diterima adalah hasil usaha waktu kita mengepalai syarikat, bukan mengharapkan projek lama dari zaman lampau! Buktikan sesuatu! Rakyat menunggu!
.
Ada pimpinan GLC yang sejak awal lagi memulakan kerjayanya di syarikat itu, masih mengamalkan sikap seperti yang diasuh oleh pimpinan politik zaman lampau (sebelum Mac 2008). Dia buat macam orang tak tahu apa dia buat! Polisi sifar rasuah, belanja berhemah dan 'bawa pulang duit halal' macam tak masuk ke kepala. Polisi itu macam untuk orang politik saja, pegawai tak ada kena mengena! Jangan ada sikap ini pada pegawai yang dilantik selepas Mac 2008 sudahlah!
.
Bersambung...............
Respon Pembaca Di Blog NOBISHA Tentang MB Kedah
15 Responses to “UMNO, PAS & MENTERI BESAR KEDAH”
Saya tidak bermaksud apa-apa bila membuat keputusan copy & paste komen-komen di blog Nobisha ke blog saya...hanya untuk tatapan dan renungan saya sendiri... apa yang baik dan buruk tentang pandangan orang kepada pemimpin kita (bos saya)... yang baik buat teladan, yang buruk jadikan sempadan...saya belum siapkan komen saya sendiri ttg tulisan ini... tapi komen-komen di bawah mungkin juga mewakili sebahagian pandangan saya.
syed husin mohamad says:
16/10/2010 at 3:41 pm
Sdr,
1/ Dato Seri Azizan nampaknya jelas matlamat beliau. Strategi pengurusan membina sokongan semua pihak. Bukankah beliau memberi keutamaan pada yang utama, mendahulu yang wajar didahulukan.
2/ Ramai suka beretorik , Tidak kisah jika kalah perang ( war) asalkan menang perlawanan ( battle) . Ungkapan sesuai dengan cerita Pak Kadok. Dato seri Azizan inginkan menang peperangan walaupun nampak kalah perlawanan. ( lose the battle but win the war) .
3/ Lebih utama beliau menunjukkan teladan pengurusan “islamik”, yang boleh membawa kepercayaan semua orang. Mendahulukan prinsip bukan ” rites and ritual” dan juga hukuman.
Fauzi Shaffie says:
16/10/2010 at 3:46 pm
Secara peribadi, Ustaz Azizan ‘has nothing to lose’. Jadi, bila beliau bertindak positif dalam pentadbiran, dia untung dunia dan akhirat. Beliau ‘tidak berhutang’ dengan PAS negeri kerana beliau naik jadi Pesuruhjaya dan kemudiaannya sebagai MB bukan melalui ‘hard politic’.
hakinen says:
16/10/2010 at 4:01 pm
sesiapa pun yang memerintah ..ia patut focus kepada pentabiran..kerana sikap menteri besar azizan boleh menutralkan kembali perpaduan didalam masyarakat ..isu2 yang remeh bukan agendanya ..ia lebih kepada keselesaan rakyat dimana kedua parti yg bertelagah boleh menerima beliau …
nasarudin says:
16/10/2010 at 4:52 pm
YAB Ustaz Azizan bertindak bijak dengan mengambil iktibar apa yang berlaku kepada PAS Terengganu semasa mentadbir negeri tersebut. Pendekatan populis hanya akan menjadi senjata makan tuan. Adalah perlu diingat bahawa tiada parti yang akan menang hanya dengan sokongan ahli parti mereka sahaja. Mana-mana parti perlu menarik seberapa ramai pengundi tanpa parti bagi meraih sokongan dalam pilihanraya. Dapat menarik sedikit peratusan ahli parti lawan bagi mengundi mereka adalah bonus untuk mereka.Justeru itu pendekatan mesra kepada semua pihak perlu diamalkan oleh setiap pemimpin selagi mana ia tidak bercanggah dengan dasar parti masing-masing.
Pengali Kubur says:
16/10/2010 at 8:31 pm
Bagi saya Azizan ni sedang membawa perjuangan PAS kearah dimensi yang lain bertentangan dengan identiti pAS .Dimensi yang semakin jauh dari islam.Dia tidak ambil kesah dengan Musuh Parti yang senentiasa memasang jerat untuk jatuhkan keseluruhan pemerentah PAS yang selama ni berjuang bermati matian sejak ianya di tubuhkan.Perkara maksiat yang sedang belaku, dalam negeri langsung tak jadi hal pada beliau sedangkan ini Parti Islam.Cara dia laksanakan macam ikut telunjuk UMNO dan ini telah meletakan PAS dalam resiko yang tinggi untuk kalah apabila Rakyat tidak nampak apa apa perubaan dalam kerajaan.Rakyat mengharapkan sekurang kurangnya mengikut contoh kelantan.Tapi sikap Azizan yang degil dan ,sombong bongkak pantang dengar nasihat yang bertentangan dengan cita cita beliau.sebab tu UMNO suka padanya sebab dia mengamalkan sikap UMNO.Nampak sangat caranya ialah perjuangan untuk menang dan bukan untuk laksanakan.Menifesto dah tinggal nama cuma tak ada kes Rasuah yang serious.Kesempatan inilah yang di ambil oleh pihak musuh untuk menembusi pentabiran kerajaan dan Parti hingga boleh mencorak serta mencaturkan Politik dalaman parti.Pekara perkara yang melibatkakan syariat seolah olah remeh bagi beliau.Malah Aklaknya langsong bukan sebagai mana mana pemimpin gerakan islam di dunia ini mau pun sejarah PAS.Kesilapan ini saya letak pada PAS pusat kerana telalu cepat melantik orang seperti beliau.Azizan tidak pernah melakukan apa apa pengorbanan besar dalam perjuangan seperti pemimpin lain yang terdahulu pernah lakukan.Kejadian peristiwa Memali pun beliau tiada tahu perkara yang sebenar.Dari seorang pensyarah setelah selesa dapat Pencen baru beliau berani aktif dalam PAS.Ini yang mencurigi ahli malah apabila aklaknya yang sangat terok dalam memimpin keluarganya pun sudah menampakan bahawa azizan ni tidak mempuyai rekord peribadi yang baik tidak sesuai sebagai pimpinan Jemaah.Ramai Ahli PAS kedah tidak tahu banyak hal azizan melainkan orang yang membawa serta mempelayanya masuk dalam PAS tahu semua cerita mengenainaya.Sekarang orang yang telibat berasa sungguh menyesal cara beliau amat bertentangan dengan cara yang di ajar oleh AlMarhom Ustaz Fadzil Nor ia itu pimpin dengan Aklak yang baik dan senentiasa lakukan Amal Makruf nahi munkar ini telah menjadi budaya dalam PAS selama ini sesuai sebagai Parti Islam Perinsip Ahli terhadap UMNO amat mudah tidkan akan pernah percaya pada UMNO sampai bila bila sebab PAS pernah di terajang keluar Dari BN dulu.Matlamat UMNO dan PAS beza langit dengan bumi mana munkin Pas secara perinsip boleh memberi muka pada UMNO.Inikan Pulak Azizan yang ingin mengubah tren ini sudah tentu ada pihak yang akan m,emberontak atas dasar amal makruf nahi mungkar.
Tweets that mention UMNO, PAS & MENTERI BESAR KEDAH « -- Topsy.com says:
16/10/2010 at 10:52 pm
[...] This post was mentioned on Twitter by Aimi Arina, Berita Malaysia News. Berita Malaysia News said: UMNO, PAS & MENTERI BESAR KEDAH: Sejak PRU12, politik Kedah nampak sejuk. Saya tak kata sejuk, saya kata nampak se… http://bit.ly/cVoZsr [...]
azman says:
16/10/2010 at 11:55 pm
Assalamualaikum sdr Nobisha
Jika dilihat dari caranya yang sederhana menampakkan beliau berusaha untuk tidak terikut ikut cara kepimpinan Pas Kelantan dan Selangor, dan lagipon orang UMNO Kedah tidaklah begitu memusuhinya, hanya kurang pengalaman mentadbir sahaja yang membuatkan beliau nampak seolah olah tidak berdaya untuk melakukan pembangunan.
Jika UMNO/BN tak mampu untuk berjihad, jawabnya kerajaan Pas akan bertahan.
abu says:
17/10/2010 at 1:21 pm
Inilah dia gaya penulisan dalam melaga-lagakan ahli2 PAS Kedah.
NOBISHA : Komen saudara adalah satu contoh fanatik yang perlu dibetulkan.
Ismail N says:
17/10/2010 at 3:11 pm
Membaca tulisan tuan membuatkan saya tertanya-tanya bagaimana agaknya politik di Kedah skrg kalau Nizar (Perak) dan bukannya Dato’ Seri Azizan yg menjadi menteri besar Kedah.:D. Panas atau sejuk?
mamat says:
18/10/2010 at 3:58 pm
Agaknya itulah bakal nasib Azizan yang dipuja oleh Umno tu dan dibenci oleh Umno.
NOBISHA : Benci tapi rindu? hehe
pemerhati says:
19/10/2010 at 11:56 am
Dato’ Seri Azizan adalah Menteri Besar Kedah yang pertama daripada parti politik selain dari UMNO. Beliau adalah pemegang sarjana Al-Azhar University dan University of Kent, Canterbury. Azizan adalah pemimpin yang pandai menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan. Beliau tidak lagi terikat dengan pakaian jubah dan serban sepanjang masa. Sebaliknya cara berpakaiannya itu adalah bersesuaian dengan majlis yang dihadirinya. Hubungan beliau dengan rakyat adalah begitu akrab sekali tanpa mengira bangsa samada Melayu, Cina, India atau Siam. Kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau tempoh hari membuktikan bahawa kewibawaan dan kepimpinan Azizan telah didukung oleh majoriti pengundi di Kedah.
Beliau tidak menghiraukan nasihat barisan kepimpinan negeri yang tidak percaya dengan kata kata kebanyakan pegawai kerajaan UMNO yang bertungkus lumus mensabotajkan kerajaan disetiap ruang, sudut dan penjuru. Azizan juga pandai untuk menjadikan musuh politik iaitu Umno sebagai rakan. Mana-mana jawatan atas tiket politik di negeri Kedah yang dilantik oleh Umno sebelum tersungkur pada 2008 dikekalkan oleh beliau tanpa membuang begitu sahaja sehinggalah kontrak mereka tamat. Azizan benar benar berusaha mengenali pegawai kerajaan yang di terajuinya dan oleh kerana itu barangkali akan bertahan lama menerajui kerajaan PAS. Kerana pendekatan beliau yang sedemikian, pada pemerhatian saya, kini lebih 80 peratus pegawai kerajaan adalah menyokong PAS.
Sikap beliau adalah adalah bertentangan dan amat berbeza sekali dengan pemerintahan Tun Dr Mahathir. Mahathir melihat hanya dirinya saja yang betul. Kalau dia sudah tidak suka kepada seseorang dia akan benci selamanya. Sejuring kebaikan orang itu tidak akan diingat dan dikenang lagi. Inilah kekerasan yang membatu dalam diri Tun Mahathir. Tiga manusia yang menjadi sasaran Mahathir kerana dendam kesumatnya tidak pernah ada tara dalam hal ini. Pertama Tengku Razaleigh Hamzah kedua, Anwar Ibrahim dan ketiga Abdullah Ahmad Badawi.
Dendam dan bencinya kepada Tengku Razaleigh tidak pernah habis. Tidak ada yang baik padanya bagi Tengku Razaleigh walaupun Tengku Razaleigh melakukan apa saja kebaikan bersama dengannya. Puncanya ialah kerana Tengku Razaleigh menentanngya dalam tahun 1987 kerana tidak dapat menerima dasar dan pendekatan beliau sebagai PM. Penentangan yang membawa dia hampir tewas itu menjadikan ia berdendam terus.
Demikian juga terhadap Anwar Ibrahim. Serangan beliau tidak pernah reda ke atas Anwar. Dendam dan marahnya mengatasi pertimbangan lain, Semacam Mahathir tidak ada perikemanusiaan dan petunjuk agama dalam menentang Anwar. Mahathir tidak akan mengakui apa saja kesilapannya. Beliau masih beranggapan tindakan mendakwa Anwar lebih 10 tahun lalu tepat dan berasaskan fakta dan bukti katanya. Dia juga menolak yang pendakwaan itu satu konspirasi politik. Inilah Mahathir bercakap seolah-olah 28 juta rakyat Malaysia semuanya buta, bisu dan pekak untuk memahami dan menilai sandiwara politik dalam mempertahankan kuasa dan kedudukannya. Sejarah telah menunjukkan bagaimana Mahathir menguasai dan berkuasa ke atas hakim. Di zamanya lima hakim Mahkamah Tinggi termasuk Ketua Hakim Negara dipecat. Apakah ini sudah dilupai oleh rakyat dikampung dan dibandar?
Bagaimana pula dengan Tun Abdullah Badawi? Setiap kali Mahathir melakukan tindakan Umno dan negara huruhara. Tahun 1987 bila beliau menubuhkan UMNO Baru dan menafikan Razaleigh masuk sebagai ahli, menyebabkan wujud Semangat 46 dan Umno berpecah. Implikasi dari dendam itu Kelantan jatuh ke tangan Pas sampai kini sukar untuk diambil alih. 1997 beliau pecat dan sumbat Anwar ke dalam penjara bukankah menghuruharakan Umno dan negara. Akibat dari itu BN kehilangan kuasa majoriti 2/3 di parlimen dan empat buat negeri. Siapakah yang menjadi punca dan angkara? Mahathir tidak pernah mencermin dirinya dan tetap merasakan hebat. Kelemahan BN dan Umno itu tetap diletakkan atas bahu orang lain. Dia telah menyalahkan 100 % kepada Abdullah Badawi.
RazakAli says:
19/10/2010 at 6:37 pm
Sdr Nobisha dan pembaca,
1. Seorang pemimpin tidak mungkin dapat memuaskan hati semua pihak. Apatahlagi jika kumpulan itu ada kepentingan tertentu. Penyokong PAS juga manusia biasa yang tidak lepas daripada ujian yg tidak puashati kepada pemimpin pilihan parti mereka.
2. Yang lebih penting dalam kepimpinan Ustad Azizan ialah jawapan beberapa soalan. Adakah beliau zalim dan menzalimi rakyat?. Adakah belia tidak akur kepada perintah-perintah tuhan?. Jika jawapannya tidak maka kita perlu mengikut kepimpinannya kerana beliau adalah MB utk semua orang Kedah tidak kira PAS, UMNO, DAP, PKR dsbnya.
Dalam sesuatu perkara kalau kita asyik mengikut kata orang maka tidak akan ada penyelesaiannya. Teruskan MB dengan stail dan cara kepimpinan tersendiri.
TQ
khairul says:
20/10/2010 at 7:44 pm
orang Pas yang tak sokong Ustaz Azizan pasai hal remeh temeh tu senang kata geng penyokong yang bodo kalau nak pemerintahan macam kelantan p la dok Kelantan kalau nak dok Kedah kena terima la cara Kedah cara Ustaz Azizan.
hafez says:
21/10/2010 at 9:39 am
Kepada ‘Pemerhati’,
Saya merasakan apa yang saudara komen adalah ‘copy and paste’ tulisan saudara Mohd. Sayuti Omar (MSO). Walaupun mungkin saudara sependapat dengan beliau, seharusnya saudara memberikan kredit kepada beliau. Bukanlah seperti ianya hasil kajian dan idea tulisan saudara sendiri. Kecualilah saudara Pemerhati adalah MSO. Sekadar pandangan ikhlas dari saya.
anak muda says:
23/10/2010 at 7:27 am
tuan nobisha jangan lupa melihat negeri yg lain juga, kat johor pun nampak sejuk juga, maksud saya nampak sejuk kat luar tapi kat dalam lain ceritanya. jangan umno dapat kedah, negeri johor pulak yg hilang satu lagi. itu sebab saya hairan dengan kata2 seorang pemimpin kanan pemuda umno johor yg mahu datuk najib tidak mengadakan pilihan raya pada waktu terdekat ini. sama ada ia rasa terlalu awal atau merasakan sebaliknya. saya orang johor dan tinggal di johor, hanya orang johor saja yg tahu apa yg sejuk dan apa yg panas di johor ini. lebih2 lagi kalau ditakdirkan tuhan kemungkinan malaysia bakal mendapat PM dari negeri johor, dulu semasa pru ke 13 bekas PM dari pulau pinang.
Leave a Reply

Saturday, October 23, 2010
Fesyen Rosmah... Apa kata Dr Asri
22 October 2010
Kenyataan Media Ust. Asri berkenaan Islamic Fashion Festival Rosmah
Kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mengenai Islamic Fashion Festival (IFF)
Saya berada di Qatar ketika ini. Pihak media bertalu-talu menghubungi saya bertanya pendapat tentang hal ini. Maka, saya ingin menyebut secara ringkas beberapa perkara berikut;
1. Berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan. Sama sekali ia tidak islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.
2. IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.
3. Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.
4. Mereka yang terlibat hendaklah memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah ‘Islamik’.
5. Bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti ini. Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.
6. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan. Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim.
7. Saya mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan ‘Islamic fashion’ mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak.
-Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Doha, Qatar

Thursday, October 21, 2010
Nobisha Menulis tentang MB Kedah....
20 October 2010
Umno, PAS Dan Menteri MB Kedah
Oleh Nobisha
Sejak PRU12, politik Kedah nampak sejuk. Saya tak kata sejuk, saya kata nampak sejuk. Sekurang-kurangnya itu yang orang nampak. Betul sejuk atau tidak, kena tanya orang politik Kedah.
Sebelum ini, sudah dengar khabar bahawa Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Abd Razak disukai oleh rakyat dan orang UMNO di negeri itu. Apakah sebabnya, saya tak pasti. Namun, tak ramai orang Kedah yang bercakap buruk mengenai beliau.
Bagaimanapun, desas-desus yang sampai ke telinga saya mengatakan beliau tidak disukai oleh sesetengah orang PAS. Akhirnya desas-desus itu terbukti apabila kepimpinan PAS Pendang meletakkan jawatan. Beberapa hari kemudian, bekas-bekas pemimpin Pemuda PAS membuat demonstrasi memprotes kenaikan tarif air di negeri itu. Saya menonton YouTube, melihat bagaimana mereka “berebut” mikrofon untuk bercakap!
Sebelum ini, seorang bekas wakil rakyat PAS menceritakan kepada saya betapa orang PAS melihat pendekatan Azizan tidak cukup Islamik; berbanding Dato’ Nik Aziz Nik Mat.
Kata bekas wakil rakyat ini, ada orang PAS mencadangkan supaya Azizan tidak membenarkan bazar Ramadhan dibuka sebelum jam 3 petang. Katanya, Azizan menjawab, “Hampa dok kira bazar Ramadhan, nu yang tak posa langsung macam mana?”
Orang PAS yang selama ini suka retorik perjuangan dan perlambangan Islam tidak dapat menerima cara Azizan. Selama ini pun, kebanyakan protes PAS kepada kerajaan Barisan Nasional adalah dalam isu-isu sebegini. Maka, apabila Azizan tidak mahu menuruti politik retorik dan perlambangan ini, maka mereka memprotes.
Bagi sesetengah orang PAS, mereka tidak dapat melihat usaha Azizan membina pentadbiran kerajaan yang bersih, cekap dan amanah. Mereka juga gagal melihat bagaimana Azizan cuba untuk mengambil pendekatan politik muafakat dan memastikan semua orang berasa selesa berada di bawah pentadbiran beliau.
Pendekatan Azizan juga digambarkan oleh sikap Tuanku Sultan Kedah. Sewaktu Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah pada tahun lepas, baginda menganugerahkan bintang kebesaran dan pingat kepada kedua-dua belah pagar politik. Pemimpin UMNO dan PAS Kedah menerima anugerah-anugerah tersebut. Hubungan di antara Tuanku Sultan Kedah dan Menteri Besar cukup rapat.
Beberapa orang pemimpin PAS Kedah yang saya temui bersetuju dengan pemerhatian ini. Kata mereka, sesetengah orang PAS ingin mengambil pendekatan populis. Ada yang mencadangkan agar Azizan menutup sebuah atau dua buah kedai nombor ekor atau kedai arak untuk melonjakkan namanya di mata sesetengah penyokong PAS. Namun, Azizan tidak berbuat begitu.
Seorang pemimpin PAS Kedah menyebut bagaimana sekiranya diberi pilihan, seorang penceramah popular PAS (saya tak mahu menyebutkan nama) akan memilih Lim Guan Eng; dan bukannya Azizan sebagai Menteri Besar. Analogi ini mungkin agak keterlaluan; namun saya fikir itu menggambarkan sikap sesetengah orang PAS terhadap beliau.
Pendekatan Azizan yang mengamalkan politik muafakat ini menyukarkan UMNO di negeri itu. Sebaik saja Azizan mengambilalih jawatan Menteri Besar Kedah, banyak dewan-dewan orang ramai dicatkan “Dewan UMNO.”
Sebabnya mudah, selama ini Ketua UMNO Cawangan yang juga Pengerusi JKKK memegang kunci dewan tersebut. Mungkin kerana tidak mahu memberikan balik dewan itu kepada kerajaan negeri, maka adalah Hamba Allah yang mengarahkan untuk berbuat demikian.
Azizan buat tak kisah saja. Siapa nak pegang kunci “Dewan UMNO”, peganglah. Dia nak fokus kepada agenda yang lebih besar. Beberapa minggu lalu, saya bertemu dengan salah seorang pemegang kunci “Dewan UMNO” ini, dan bertanya soalan, “Siapakah kita nak ganti sebagai Menteri Besar Kedah selepas pilihanraya umum nanti?”
Dengan cepat dia menjawab, “Hawat, Ustaz Azizan ada masalah ker?”
Saya hanya diam apabila mendengar soalan itu dikemukakan oleh Ketua UMNO Cawangan. Saya tak tahu nak respon macam mana, tetapi saya cukup faham apakah yang dimaksudkannya.
Saya tak pasti berapa lamakah Azizan akan dapat bertahan. Bagaimanapun, sekiranya Azizan jatuh, ia bukan dijatuhkan oleh orang UMNO, tetapi oleh penyokong PAS sendiri!
http://nobisha.com/home

Saturday, October 16, 2010
Bajet 2011 - Kita Tunggu Lelehan Nikmatnya Kepada Rakyat
Bajet ini adalah bajet kerajaan, bukan bajet rumahtangga kita - maka, duit menimbun yang diumumkan itu bukan dalam poket kita, tapi dalam kantung kerajaan... turunnya nanti macam hujan gerimis, pakat kena sorang sikit. Kena kot mana, belum tentu...silap-silap kita tak basah langsung walaupun setengah orang yang ada dalam 'line' tu basah kuyup. JKKK dan JKKKP mungkin juga terasa sebab dapat elaun lebih...naik jadi RM800. Begitu juga Tuan-tuan Imam.
.
Gaji? Gaji kita banyak tu juga... naik ikut standardnya lah! Tetapi kita kena tahu, bajet ini menuju matlamat 'Negara Berpendapatan Tinggi' macam Singapura, macam Australia, macam United Kingdom. Di Australia, gaji minimum pekerja biasa restoren ialah AUD18 sejam, dibayar seminggu sekali, dapatlah lebih kurang AUD400 seminggu bekerja. Depa tak kerja 'marathon' macam pak guard-pak guard kita sampai dua belas jam.
.
Waktu malam adalah waktu rehat, kedai-kedai tutup jam 5 petang. Depa duduk rehat dirumah bersama family. Depa jarang kira gaji ikut bulan...semuanya dikira ikut minggu. Majikan kena bayar harga ini kepada pekerjanya, kalau tidak kena tindakan. Tapi, ada juga yang tak ikut, terutama yang menggaji orang asia dari China.
.
Seperti pendapatan rakyatnya, taraf hidup mereka tinggi, setinggi peraturan, disiplin dan mentaliti. Peraturan dan undang-undang ditaati, itulah yang mengatur hidup semua orang. Walaupun melanggar peraturan melintas jalan, orang pandang serong dan jengkel. Di persimpangan lampu isyarat dalam bandar, kereta mereka memecut laju kerana semua pemandu tahu, orang tak akan melintas kalau lampu hijau (tanda boleh melintas) belum menyala. Kalau di tempat kita, ramailah orang melambung dirempuh kereta saban hari, ramai jugalah pemandu dipukul orang!
.
Peraturan tidak dikompromi, kalau merokok dalam bilik hotel, didenda AUD50. Kalau degil juga, boleh kena sampai AUD270. Kena bayar waktu check-out... kalau engkar, polis mai ambik wak pi. Denda itu dikira berdasarkan kos untuk menggaji pekerja mencuci bilik itu hingga hilang bau rokok, dan tempoh masa bilik itu tak dapat disewakan kepada orang lain! Dahsyat! Tak payahlah nak 'pi buat kira' dengan depa... jolok-jolok ...Sorry! Kawan saya biasa kena. Kalau di tempat kita?
.
Penduduk asli Australia dibayar elaun khas AUD300 seminggu, tanpa bekerja. Cukup untuk makan pakai (dan mabuk-mabuk). Rumah disediakan kerajaan. Sama seperti penduduk lain yang tak berumah, kerajaan tolong bina, bayar ikut kemampuan. Hah! Jangan bayangkan rumah PPRT atau flat Paya Nahu... bayangkan rumah sesebuah yang berharga RM70-90 ribu di tempat kita. Keutamaan diberi kepada warga tua dan pesara...wajib ada rumah.
.
Setinggi pendapatan, setinggi itulah kos hidup...setinggi itu juga cukai dan harga barangan. Bagi rakyat biasa, semua orang hampir sama, tak terlalu kaya, tak pula miskin... kalau yang betul-betul kaya, bisnes mereka menjangkau internasional, punya ladang ribuan hektar atau taukey kasino atas kapal mewah...atau mereka memang sudah kaya waktu berhijrah ke sana. Kaya pula atas usaha titik peluh. Ahli Parlimen dibayar AUD200 ribu setahun, dan mereka tak boleh kerja lain, meniaga dilarang!
.
Kita?... Kita masih jauh ke tahap itu. Buruknya mentaliti dan sikap orang kita bermula dari atas...Yang kaya di tempat kita adalah orang politik yang memegang kuasa. Orang kita berpolitik untuk meniaga! Sekelian kontrak kerajaan, permit dan lesen diatur untuk kroni yang akan menaja kempen politik mereka. Termasuk yang mewah ialah isteri-isteri Menteri dan Perdana Menteri. Sekali rumah dimasuki pencuri, barang kemas isteri yang dikebas bernilai RM300 ribu. Habis kontrak di kementerian suaminya dikawal macam dia punya.
.
Yang kaya lagi ialah orang yang boleh 'beli'undang-undang dan peraturan dan sekali dengan penguatkuasanya. Yang kaya lagi, beli mahkamah dan hakim-hakim. Yang dapat projek kerajaan RM4 bilion, adjust sampai RM12 bilion. Yang dapat projek stadium, buat ala kadar untuk sekali pakai, lepas tu runtuh... bagai lampin bayi. Ramailah yang kaya dan dikayakan untuk menjana peluang pekerjaan untuk orang ramai macam taikun-taikun besar yang rapat dengan PM dulu dan sekarang... tup-tup syarikatnya dijual kepada orang lain, dan dia lari pi luar negeri. Pinjaman bank tak dibayar.. tak apa, kerajaan buat Dana Harta dan khazanah Nasional...tolong bayarkan!
.
Budaya ini menular ke semua peringkat... sesetengah pegawai-pegawai tinggi kerajaan kaya raya, ada ladang ribuan ekar, kena naik helikopter. Ketua pencegah rasuah pun kena tuduh rasuah. Yang jaga sempadan supaya jangan sampai ada yang bolos masuk, pun kena cekup kerana rasuah, sehari boleh dapat RM3 ribu.
.
Kedudukan di kerusi pegawai itu pun guna untuk bisness juga. Bisnessman kena rapat dengan pegawai, kena ada peruntukan khas syarikat untuk entertainment... puluhan ribu untuk golf dan karaoke. Seorang kontraktor pegang 30 lesen, dapatlah kerja kat lesen mana pun, dia juga yang punya. Pemilik sebenar lesen itu dapat komisyen seribu dua, pemegangnya juga yang kaya. Sampai ke pegawai-pegawai rendah, nak mintak tanah atau kuari pasir, kena tukaq tayar kereta sampailah repair peti sejuk di rumahnya. Dapat ka tidak, belum tentu... kena ejas tempat lain pulak!...Alahaiiii!!!
.
Terlalu banyak kepentingan diri dan kelompok untuk dijaga dalam negara kita. Terlalu banyak penapis rapat dan jarang yang terpasang dengan sendirinya untuk sampai kepada rakyat. Duit RM212 bilion tu belum tentu berapa yang betul-betul bermanfaat dan sampai kepada rakyat. Kalaulah mentaliti dan senario ini tidak berubah, jauh lagilah belanjawan yang dibentang itu mampu membina 'Negara Berpendapatan Tinggi' di tempat kita. Ia bermula dengan perubahan mentaliti, sikap dan cara hidup secara total dan holistik, mencakupi semua orang. Kita pakat-pakat tunggulah tengok... mulakan daripada diri kita sendiri! Pembentang (pembaca buku) belanjawan dan yang berbaris dibelakangnya tu, boleh berubah ka??
.
Friday, October 15, 2010
Akhbar Nyamuk 2 - Angkara siapa?
Tup-tup, hari ni ada dua naskah akhbar nyamuk melayang ada atas meja, kata PA saya, dapat melalui pos. Tajuknya "Kita Sejahtera" ... kertasnya jenis mahal.. colourfull...tentulah yang buat ni berduit dan berdana besar, siap pos lagi! Satu saiz A4, satu saiz A3.
.
Biasalah, jenih yang mai melayang tak bertuan ni - macam hantu raya- kerjanya merosakkan orang, memfitnah, memimpin kepada kehancuran! Tapi yang ni jenih terdidik sikit, tuannya mungkin spesis cerdik-cerdik, tapi tidak dapat mengelak dari memfitnah dan menuduh semberono.
.
Akhbar hantu raya ni sedaya-upaya menyembunyikan "jarum yang mengepalai benang"..tetapi dari penyembunyian itulah saya dapat rasakan tikaman jarum yang makin tumpul dan bengkok itu. Ini adalah manifestasi dari pergolakan dalaman yang berlarutan sekian lama, cubaan menutup kebocoran kumpulan masing-masing di zaman lampau.
.
Akhbar melayang kedua ini bukan kerja orang politik, bukan PAS, bukan UMNO, PKR maupun DAP. Ia hasil tangan individu dan kumpulan yang terbina dari kepompong politik lama, lalu cuba mengibas debu dan mengikis daki, tetapi tersadung lingkaran politik semasa di saat cuba bertatih terbang!
.
Hepotesis awal saya ialah, sikap dan tindak tanduk orang politik di zaman sebelum jatuh tersungkur pada 2008, telah membina kalangan pengikut-pengikut yang turut bersilat mengikut rentak politik sumbang pemimpin-pemimpin waktu itu. Politik dulu berasaskan peluang dan ruang untuk harta dan kuasa. Seikhlas mana orang politik BN/UMNO waktu itu mentadbir harta dan kuasa, seikhlas itulah para pengikut mereka. Serakus mana pemimpin, serakus itu juga pengikut! Kerakusan itulah yang menyungkurkan UMNO/BN, kerakusan jugalah yang melahirkan hantu raya waktu ini.
.
Pesanan saya kepada sekelian pembela hantu raya, baik dari spesis apapun, lambat laun, hantu raya itu dibotolkan juga. Saat itu, pembelanya akan meraung meminta tolong! Rakyat Kedah tidak memerlukan 'kemajuan' jenis ini... jangan jadi 'racun' dalam pembinaan masyarakat bertamaddun... yang sudah tu ..sudahlahhhh!
.
Nota: Saya akan cuba jawab tuduhan-tuduhan kepada MB dan PAS dalam akhbar nyamuk itu, menyingkap fakta dan hakikat, biar pahit biar kelat...kerana kita semua hanya memerlukan penawar bernama KEBENARAN!
.
Alahai...banyaknya surat khabaq nyamuk melayang...
Minggu sudah, ada satu risalah surat khabaq nyamuk diedarkan...sarat dengan fitnah kepada MB, menyerang pribadinya, menyelongkar rumah tangganya, menuduh pegawai-pegawainya...hah! termasuk saya?
.
Sebahagian kandungan risalah nyamuk itu diungkap sepatah demi sepatah oleh sdr Hj Najib Fahmi sewaktu ditemubual oleh wartawan RTM sewaktu demontrasi 7 orang di depan Wisma Darul Aman. Sebenarnya demo yang dirakam itu adalah lakonan semula, sebab RTM mai lambat. Biasalah RTM, depa selalu lambat dan lembab, termasuk lembab mengesan kebencian dan kemuakkan penonton dengan propaganda murahan yang selalu diulang tayang.
.
Group Hj Najib siap buat banner dari risalah nyamuk itu, membentang dan menjulangnya...padahal ia sarat dengan fitnah dan pembohongan, semuanya rekaan orang tersepit, kecewa, marah, kalah dan sakit jiwa. Eloklah dipadankan risalah itu dengan group depa... risalah itu patut dibakul sampahkan, depa patut 'diwadsakitjiwakan' saja.
.
Perihal demo itu, YB Nasir Koban Rotan telefon saya jam 2.30 pagi... katanya"Mana ada kerajaan yang penaik harga barang, orang demo cuma lapan orang... kalau kita demo "barang naik' di KL, Kuala Kedah saja paling kurang dua buah bas pi... maknanya depa tu ada maksud lain... bukan pasal tarif ayaq!"
.
Kata pulak Lah 46 dalam Sinar Harian dua tiga hari lepas itu..."kita memang tak penggil orang, kita demo jawatankuasa saja... kalau panggil tentu ramai!" Hah! Hah! Badut sungguh bekas UMNO dan Semangat 46 ni. Bila diulang tayang cara dia bagi statement hari tu pun, sah dia memang badut. Depa ni sebar sms suruh orang mai seminggu sebelum itu lagi... saya juga dapat sms itu. Pada 10/10/10 jam 10 pagi...sayangnya, yang mai tak sampai 10 orang! heh! tak panggil??
.
Saya rasa nak cabar depa buat semula demo tu, bawa mai 1000 orang sudahlah, campoq dengan UMNO sekali pun tak pa...saya nak buat kenduri pisang kat depa, kalau ada banyak tu! bawaklah sekelian bini-bini dan anak-anak! Amacam Pak Lah?
.
Saya nak peringat satu perkara saja... Fitnah ni lebih besar dosanya daripada membunuh! Kalau nak lawan secara anak jantan, cuba jatuhkan Ustaz Azizan dalam mesyuarat agong kawasan, lepas tu lawan dia dalam pilihanraya... itu baru cara orang berparti dan berorganisasi. Setahu saya, dua-dua cara ni depa ni dah buat, tapi tak menang-menang juga...sebab tu pilih cara bacoi tu, kan? Apa laaa.... buat malu keturunan saja.
.
Friday, October 8, 2010
Hutang Depa: Kita Bayar - Depa Dah lama Kaya
Akhbar Utusan Malaysia semalam menyiarkan ‘cakap-cakap kosong orang politik’ pemimpin UMNO Kedah yang menyerlahkan betapa singkatnya maklumat yang ada di kalangan pimpinan UMNO pertengahan. Cakap-cakap itu juga mengesahkan betapa bercelarunya ‘kesatuan’ di kalangan pimpinan UMNO Kedah, malah di peringkat nasional sekalipun. Banyak yang dibuat senyap-senyap di atas, hingga orang bawah yang cuba bercakap supaya nampak ‘pandai’ dan ‘bersunggguh-sungguh membela rakyat’ akan terperangkap dan memalukan diri dan parti.
.
Kenapa, Dato’ Seri Shafie Apdal, sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, seorang Menteri Kabinet dan memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar tak memberikan sebarang komen atau respon tentang isu kenaikan tariff air di Kedah? Apa dia tak mau ambil pot membela rakyat yang Kedah yang ‘ditindas’ kerajaan Pakatan Rakyat? Apa dia sudah meluat dengan UMNO Kedah, atau UMNO Kedah tak suka dia?

Jawabnya… Kerana dia tahu, kenaikan tariff itu adalah kehendak dan arahan Kerajaan Persekutuan, dibincang diluluskan dalam mesyuarat kabinet. Malah, Pindaan Perlembagaan Persekutuan dan kelulusan Akta Industri Perkhidmatan Air (Water Services Industry Act – WSIA) (Akta 654 dab 655) di buat oleh Kerajaan barisan Nasional yang memerintah Negara ini pada waktu itu – tahun 2005 & 2006. Pindaan Perlenbagaan dan kelulusan Akta-akta inilah yang menyebabkan ¾ hak kerajaan negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia terhadap sumber dan perkhidmatan air negeri-negeri ‘ditakluk’ oleh Kerajaan Persekutuan.

Penaklukan ini berasaskan dua kehendak kerajaan persekutuan. Pertama memungut hutang yang menimbun sejak merdeka, kedua mengurangkan kuasa kerajaan negeri dalam sektor strategik dalam ekonomi, keselamatan, sosial dan politik. Penaklukan ini berlaku penuh strategik, seperti yang pernah dilakukan dalam sektor tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sejak 2003, pemimpin kerajaan BN di Pusat mencaturkan pindaan perlembagaan yang terjelma pada 2005 dan diwartakan pada 2006. Kelulusan ini yang menjadi sebahagian perlembagaan telah membatalkan semua Enekmen negeri-negeri berkaitan bekalan air. Asasnya... mana-mana undang-undang (Akta / enekmen / Ordinan) yang menyalahi perlembagaan, adalah terbatal!
.
Kenapa berhutang melalui pinjaman daripada pusat? Selain menyelesaikan tanggungjawab asas kerajaan menyediakan bekalan air bersih, pinjaman juga menjamin pemimpin politik kerajaan peringkat negeri menentukan siapa yang mendapat kontrak membina loji, paip, rumah pam, tangki dan semua infrastruktur air. Projek-projek ini tidak melibatkan ribuan ringgit, tetapi bermula dengan jutaan. Sewaktu Syabas mengambil alih (penswastaan) bekalan air di Selangor, mereka memperuntukan modal 30 bilion. Itupun air di Selangor masih ‘berbunyi’ sampai sekarang.

Tarif dipaksa dinaikkan melalui Warta Kerajaan Persekutuan Jilid 54, No. 20, bertarikh 1 Oktober 2010, P.U. (A) 332 di bawah Tajuk Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi melaksanakan kuasa yang diberikan oleh Perenggan 84(2)(a) dan 179 (i) Akta 655, Menteri membuat peraturan-peraturan berikut:……………. Maka, berlakulah apa yang berlaku di Kedah. Bukan sahaja Kedah, seluruh negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia, tak ada yang dapat mengelak dari mematuhi Perlembagaan Persekutuan.Warta ini boleh dibeli di Percetakan Nasional Berhad, malah dibekalkan kepada Ahli-ahli Parlimen.
Kepada rakyat Kedah, ini bukan kehendak kerajaan negeri sekarang, ini angkara hutang menimbun yang ditinggalkan oleh BN selama 50 tahun memerintah Kedah yang sebahagiannya mendatangkan untung kepada sesetengah pemimpin waktu itu dan kroni mereka. Kitalah yang terpaksa membayarnya. Inilah kepandaian BN! Ini adalah arahan kerajaan pusat yang masih diperintah oleh gerombolan ini juga….. Kalau zaman dulu, orang berhutang ni anak dara pun kena bagi .... bersambung….
.
Esok: Air untuk rakyat Lawan Besi untuk Kroni… BN pilih besi!
Esok: Air untuk rakyat Lawan Besi untuk Kroni… BN pilih besi!
p/s: Khabarnya SPRM dan mulakan siasatan...wait and see!
.
Monday, October 4, 2010
Tarif Air vs Kedaulatan hak Negeri-negeri
SENARIO
Sepanjang 50 tahun Barisan Nasional (BN) mentadbir Kedah (1957-2007), negeri ini dibebani hutang sebanyak RM2.4 bilion, yang mana RM1.7 bilion daripada jumlah itu adalah pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai perkhidmatan bekalan air . Setelah mengambil alih pemerintahan pada Mac 2008, kerajaan PR mendapati selain bebanan hutang yang sangat tinggi, infrastruktur dan perancangan perkhidmatan ini jauh ketinggalan di belakang keperluan semasa dan unjuran keperluan masa hadapan.
.
Hal ini berlaku kerana pihak Kerajaan Negeri waktu itu lebih cenderung membuat pinjaman daripada kerajaan persekutuan, berbanding memohon geran (yang menjadi hak rakyat Kedah yang juga rakyat Malaysia) gara-gara keinginan mereka menentukan projek-projek itu dapat diagihkan berdasarkan kepentingan politik mereka. Hal ini dapat dikesan dengan ketara dalam projek pembinaan loji air di Padang Sanai yang telah dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan Ogos 2010.

Kegagalan membayar balik pinjaman bekalan air dihadapi oleh semua kerajaan yang diperintah oleh BN, (dulu kini dan selamanya) melibatkan jumlah yang besar dan menjadi bebanan pula kepada kerajaan Pusat. Pihak Kerajaan Pusat dalam usaha memastikan hutang-hutang lapuk itu dibayar oleh semua kerajaan negeri, telah mengambil langkah ‘merampas secara halus’ hak yang telah diperuntukan dalam perlembagaan persekutuan sebagai hak kerajaan negeri iaitu sumber dan bekalan air. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda untuk menjayakan langkah ini.

Keadaan lebih parah lagi apabila Kerajaan BN sebelum ini menswastakan beberapa sektor penting dalam perkhidmatan bekalan air kepada syarikat kroni mereka tanpa mengambilkira kepentingan rakyat dan negeri Kedah.

Pindaan Perlembagaan dan Pencerobohan Hak Kerajaan Negeri Terhadap Sumber Air: Fakta-Fakta Penting yang Perlu Rakyat Tahu.
Pindaan Perlembagaan dan Pencerobohan Hak Kerajaan Negeri Terhadap Sumber Air: Fakta-Fakta Penting yang Perlu Rakyat Tahu.
Pindaan Perlembagaan berkaitan pengawalan sumber dan perkhidmatan bekalan air membawa kesan yang amat besar kepada negeri-negeri seluruh Semenanjung Malaysia. Sumber dan perkhidmatan air dipisahkan seperti berikut:
i) Sumber air – Kerajaan Negeri
ii) Perkhidmatan bekalan air – Kerajaan Pesekutuan
.
Pindaan ini melibatkan antara lain:
Pindaan ini melibatkan antara lain:
1. Akta Perkhidmatan Air Negara (Water Sevices Industry Act – WASIA) diluluskan di Parlimen Malaysia dan diwartakan pada 2006 telah membawa kepada:
.
a) Pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan air Negara (SPAN) sebagai entity pengawal (regulatory) perkhidmatan air seluruh Negara.
a) Pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan air Negara (SPAN) sebagai entity pengawal (regulatory) perkhidmatan air seluruh Negara.
.
b) Diwujudkan Perbadanan Aset Air Negara (PAB) sebagai sebuah entity milik penuh Perbadanan Menteri Kewangan (MOF Incorporated), khusus untuk menyediakan capital/dana untuk pembinaan asset-aset bekalan air (loji, paip, tangki, pusat rawatan dll). PAB juga ditugaskan membeli dan menguruskan semua hutang tidak berbayar (NPL) kerajaan-kerajaan negeri.

c) Berasaskan akta ini, bagi sektor pengurusan bekalan air, kerajaan-kerajaan negeri tidak dapat mengelak daripada bergerak kepada penubuhan entity/syarikat korporat seperti SADA.
c) Berasaskan akta ini, bagi sektor pengurusan bekalan air, kerajaan-kerajaan negeri tidak dapat mengelak daripada bergerak kepada penubuhan entity/syarikat korporat seperti SADA.
.
d) Entiti/syarikat ini dibenarkan dimiliki oleh kerajaan negeri, tetapi dikawal sepenuhnya oleh SPAN.
.
2. Enekmen Syarikat Pengganti diluluskan sewaktu zaman BN.
d) Entiti/syarikat ini dibenarkan dimiliki oleh kerajaan negeri, tetapi dikawal sepenuhnya oleh SPAN.
.
2. Enekmen Syarikat Pengganti diluluskan sewaktu zaman BN.
Bagi memenuhi kehendak Akta ini, Kedah seperti negeri-negeri lain membentangkan dan meluluskan satu Enekmen dalam Sidang Dewan undangan Negeri pada awal tahun 2008 (sewaktu di bawah BN). Enekmen Syarikat Pengganti Pengurusan Bekalan Air Negeri Kedah diluluskan sebagai langkah mula mengkoprat Jabatan Bekalan Air (JBA) selaras dengan Akta yang dikuatkuasakan oleh SPAN.
3. Justifikasi penubuhan SADA
Pada 1/1/10, SADA ditubuhkan bagi menjalankan kerja-kerja JBA berasaskan justifikasi bahawa :
Berdasarkan Akta SPAN, Kerajaan Pusat berhak mengambil alih sepenuhnya perkhidmatan bekalan air di mana-mana negeri – melalui arahan Menteri berkaitan - bilamana satu laporan audit oleh SPAN mendapati kedudukan kewangan agensi air negeri tidak berupaya menampung operasinya. Sekiranya hal ini berlaku, maka hilanglah hak kawalan negeri ke atas sumber dan perkhidmatan air, seperti yang ditentukan oleh perlembagaan. Ini adalah satu bentuk ‘penjajahan/pencerobohan’ Kerajaan Pusat ke atas ‘kedaulatan’ Kerajaan Negeri.
Cengkaman Perbadanan Aset Air Negara (PAB)
a) Ditubuhkan di bawah MOF Inc, milik penuh (100%) Kementerian Kewangan, dengan tujuan:
Cengkaman Perbadanan Aset Air Negara (PAB)
a) Ditubuhkan di bawah MOF Inc, milik penuh (100%) Kementerian Kewangan, dengan tujuan:
.
i) Menyediakan dana secukupnya kepada syarikat pengendali/operator air untuk pembangunan asset-aset air (loji, tangki, paip dll).
i) Menyediakan dana secukupnya kepada syarikat pengendali/operator air untuk pembangunan asset-aset air (loji, tangki, paip dll).
.
ii) Menguruskan pinjaman/hutang kerajaan-kerajaan negeri.
b) Sumber kewangan PAB.
ii) Menguruskan pinjaman/hutang kerajaan-kerajaan negeri.
b) Sumber kewangan PAB.
i) Pinjaman kerajaan Pusat – yang sebelumnya diberikan kepada kerajaan negeri, kini diberikan kepada PAB dan agensi ini berkuasa penuh ke atas sumber ini.
.
ii) Pasaran kewangan antarabangsa.
c) Semua asset yang dibina/diambilalih oleh dana PAB akan disewakan kepada syarikat/operator bekalan air pada kadar yang ditentukan oleh PAB. Sewa ini digunakan untuk membayar hutang kerajaan negeri.

d) PAB membeli hutang/NPL kerajaan negeri daripada kerajaan pusat dan bayaran dibuat secara lump-sum (sekaligus) melalui pembiayaan dana antarabangsa. Akibatnya, kerajaan negeri kini berhutang kepada PAB dan tertakluk kepada syarat berikut:

i) Semua asset air yang ada hendaklah dipajak kepada PAB sebagai jaminan pinjaman/hutang.
i) Semua asset air yang ada hendaklah dipajak kepada PAB sebagai jaminan pinjaman/hutang.
.
ii) PAB akan buat pajakan kecil kepada SADA – supaya SADA mempunyai kawalan terhadap asset supaya dapat berfungsi sebagai operator air.
ii) PAB akan buat pajakan kecil kepada SADA – supaya SADA mempunyai kawalan terhadap asset supaya dapat berfungsi sebagai operator air.
.
iii) Membayar fee pajakan kecil asset air kepada PAB
iii) Membayar fee pajakan kecil asset air kepada PAB
.
iv) Membuat bayaran pinjaman/NPL kepada PAB mengikut jadual yang ditetapkan.
.
Mengatasi cengkaman Pusat melalui PAB
iv) Membuat bayaran pinjaman/NPL kepada PAB mengikut jadual yang ditetapkan.
.
Mengatasi cengkaman Pusat melalui PAB
Bagi menghadapi situasi yang mencengkam ini, bagi mengelak rakyat Kedah kehilangan pegangan dan hak ke atas sumber dan asset air, Kerajaan Negeri melalui SADA telah mengambil langkah-langkah perlu bagi mengawal kepentingan negeri dan rakyat Kedah, antaranya meletakkan syarat berikut: .
.
i) Struktur pemilikan saham PAB tidak berubah – 100% milik MOF- sekiranya pemilikan PAB berubah melalui penjualan saham atau pengambilalihan melalui apa-apa cara sekalipun kepada mana-mana pihak, maka perjanjian pajakan adalah terbatal dengan sendirinya dan semua hutang piutang akan dihapus kira. Syarat ini telah dipersetujui oleh PAB melalui siri rundingan dengan SADA.
Audit Prestasi Semasa yang membawa kepada Arahan menaikkan kadar tariff.

• Setelah mengambil alih hutang/NPL kerajaan negeri, PAB telah mengarahkan SPAN untuk menjalankan audit kepada semua akaun operator-operator air negeri-negeri untuk meneliti kemampuan kewangan syarikat-syarikat pengendali air seluruh Negara – bagi memastikan mereka dapat mengutip bayaran balik.

• Hasilnya- ternyata selama dibawah kerajaan BN selama 50 tahun, prestasi kewangan JBA (kemudian SADA) amat lemah/tidak mampu – dengan liability yang ada.
• Hasilnya- ternyata selama dibawah kerajaan BN selama 50 tahun, prestasi kewangan JBA (kemudian SADA) amat lemah/tidak mampu – dengan liability yang ada.
.
• Mesyuarat Kabinet pada hujung tahun 2009 telah memutus dan meluluskan pada dasarnya tariff air mesti dinaikkan di seluruh semenanjung.
• Mesyuarat Kabinet pada hujung tahun 2009 telah memutus dan meluluskan pada dasarnya tariff air mesti dinaikkan di seluruh semenanjung.
.
• Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Bekalan Air telah menghantar surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan operator air supaya mengemukakan model-model kadar tariff sedia ada.
• Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Bekalan Air telah menghantar surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan operator air supaya mengemukakan model-model kadar tariff sedia ada.
.
• SPAN sebagai pengawal (regulatory) telah mengarahkan supaya operator-operator air negeri-negeri mengemukakan model-model semakan tarif.
SADA Mengemukakan 3 model semakan tariff.
• SPAN memanggil Dewan-dewan perniagaan, persatuan-persatuan pengilang peringkat negeri dan nasional, persatuan pengguna dan kesatuan wartawan untuk berunding , dan pada dasarnya semua bersetuju dengan model-model yang dikemukakan.
Mempertahankan Kadar Tarif Rumah Ibadat dan Kebajikan.

• SPAN memanggil semula operator-operator air untuk mengkaji model-model yang telah dirundingkan. SADA telah mempertahankan supaya bagi rumah-rumah ibadat, premis-premis berasaskan kebajikan tidak dinaikkan tariff – dan dipersetujui.
Rancangan kadar Tarif Air Kerajaan Pusat Melalui SPAN
• Pada tahun 2013, semua kadar tariff air diseragamkan seperti kadar tariff elektrik. Kadar yang ‘selesa’ bagi SPAN ialah RM0.90 sen semeter padu – sama dengan kadar Negeri Johor.
.
• Atas dasar mempertahankan dan mempertimbangkan kedudukan bebanan kepada rakyat, SADA berjuang supaya kadar hanya dinaikkan sedikit (RM0.10 sen). Kepentingan rakyat telah dipertimbangkan semasak-masaknya dalam setiap perundingan dengan SPAN.

Kedudukan Kedah Berbanding beberapa Negeri
• Terdapat 52,000 akaun pengguna, 90% adalah pengguna domestic dan 10% pengguna industry. Keadaan ini meletakkan SADA menghadapi kumpulan pelanggan yang majoritinya berada dalam tariff paling rendah.
.
• Berbanding Pulau Pinang yang mempunyai pelanggan industry lebih banyak dari pengguna domestic.
• Berbanding Pulau Pinang yang mempunyai pelanggan industry lebih banyak dari pengguna domestic.
.
• Kedah menguruskan 13,000 kilometer (km) saluran paip bekalan air, berbanding 2,000 km bagi Pulau Pinang dan 1,000 km di Perlis. Kos mengendalikan dan menyelenggara bekalan dan tekanan air di Kedah jauh lebih tinggi berbanding negeri jiran.

• Paip-paip di Kedah member pulangan rendah disebabkan taburan penduduk berselerak dan berjauhan – berbanding Pulau Pinang yang mempunyai taburan penduduk padat dan tertumpu – kos jadi rendah.
Tanggungan Akibat Penswastaan Bekalan Air Kerajaan BN Kepada Syarikat Kroni.
i) Telework Sdn Bhd – Pengurusan bekalan air di seluruh Langkawi. Akibat kos operasi yang lebih tinggi berbanding pulangan yang telah dipersetujui dalam perjanjian penswastaan oleh Kerajaan BN waktu itu, maka, sehingga perjanjian tamat pada tahun 2020, SADA terpaksa top-up RM25-RM50 juta setahun dan akan meningkat sehingga RM70 juta setahun menjelang 2020. Tindakan ini mengakibatkan hutang SADA terus meningkat dari masa ke semasa, disamping hutang kepada kerajaan pusat. Hal ini menjejaskan prestasi kewangan SADA dan meletakkan Kedah sentiasa dalam risiko kehilangan asset terpenting kepada rakyat Kedah dari sudut keselamatan, ekonomi, social dan politik.
.
ii) Air Utara Indah Sdn Bhd (AUI) – Memproses/merawat air di lima loji utama/terbesar di seluruh negeri, iaitu di loji Plubang, Bukit Pinang, Pinang Tunggal, Sungai Petani dan Sg Ular. Berdasarkan perjanjian, kos rawatan air dikira berdasarkan jumlah air yang dirawat, bukan air yang sampai kepada pengguna. Oleh kerana Kedah mengalami Non-revenue water (NRW) sebanyak 48%, maka, SADA terpaksa membayar kos tersebut tanpa sebarang pulangan. SADA sedang berusaha mengurangkan kadar NRW kepringkat minimum. Sekitar RM90 juta dibayar kepada AUI setahun.
• Kedua-dua perjanjian ini tidak ada ‘exit clause’, dirangka sedemikian rupa untuk memastikan syarikat-syarikat ini menerima bayaran dengan selamat walaupun rakyat Kedah ‘sengsara’.
iii) Kenaikan tariff elektrik berkali-kali sejak 17 tahun lalu (sejak 1993). Kos bil elektrik sekitar RM30 juta sebulan.

iv) Peningkatan kos bahan kimia.
Moral di sebalik kenaikan tariff air dan perjuangan rakyat Kedah.
Setelah ‘kehilangan’ sebahagian hak ke atas tanah yang dihakis melalui Kanun Tanah Negara (1960), Kerajaan dan rakyat Kedah kini harus berjuang mempertahankan hak dan menghalang Barisan Nasional melalui Kerajaan Pusat mengambil alih asset-aset, operasi, sumber berkaitan air, yakni salah satu hak negeri yang dijamin oleh perlembagaan. Ini adalah perjuangan besar yang tidak wajar dikorbankan hanya dengan kenaikan sekupang bagi semester padu. Kita harus member sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan PR melalui sokongan terhadap SADA demi mempertahankan asset strategic bagi keselamatan, ekonomi, soaial dan politik Kedah. Ini adalah kedaulatan negeri tanah tumpah darah kita semua!
.
Esok: Yang tersirat di sebalik kenaikan tarif air...
Sekian.
Wednesday, September 29, 2010
Kedah Selatan Panas Sikit... Apahal?
Kata cikgu ilmu alam dulu-dulu, kutub utara dan kutub selatan sangat sejuk, diselaputi ais. Tak dak orang boleh mugar buat kampung, hanya ada kaum eskimo yang duduk dalam gua ais. Ada beruang kutub yang bulunya tebal warna putih melepak. Seejuukkkk! Tak ramai yang boleh sampai dikutub yang sejuk ni, hanya saintis sekali sekala pi buat kajian itu ini. Matahari pulak suluh sepanjang tahun. ini perihal kutub utara dan selatan.
.
Lain pula Kedah selatan, belah-belah Bandar Bharu, Kulim dan Padang Serai...panas selalu. Yang terbaru ni pasal kerusi! Tak dak pasal-pasal, dua orang YB Kedah Selatan lari...melompat! Mula dari lompatan itu, ais dan glassier 'Kedah Selatan' cayaq (cair). Suasana jadi panas!
.
Lepas YDP PAS Kulim/Bandar Bharu melontar bahang akar umbi, Adun Kulim pun menjawab... katanya ada agenda pribadi, dan kalau kerana melompat, awat tak kacau Bakar Arang yang turut melompat. Tup tup Padang Serai pulak bersuara... Ya! di situ pun ada yang melompat.
.
Haaa! Lunas yang menang besar dalam PRU 12 pun diwakili Adun lompat sekarang, kena kaji semula kerusi tu...kata YDP Padang Serai pulak! Parlimen pun kena tengok balik. Akar umbi dah berbahang panasnya meluap-luap. Depa kerja teruk waktu PRU12, tiba-tiba yang dimenangkan lari ke seberang... partinya patut minta maaf dan pulangkan kerusi itu.
.
Seingat saya, semua ADUN PKR yang menjadi EXCO Pertama Kedah (first batch) sudah tiada dalam senarai Exco, dua melompat, satu mengundur. Line-up baru ni semua orang baru, dan tiada lagi Adun PKR yang belum jadi Exco...hebatt!
.
Komen PPN PKR negeri YB Abg Mat Kasim pun tak menyejukkan...PAS kena bersyukur! Kata Bang Mat. Bersyukur kerana tak melompat semuanya sekali???
.
Komen YAB MB cool.... pilihanraya lambat lagi, boleh bincang peringkat negeri, itu kehendak akar umbi, pimpinan belum pun berbincang hal yang tak berbangkit pun lagi. Itu cuma ribut dalam cawan. Boleh selesai bila sampai masanya. Cool kan?
.
Kita tunggu tengok la sikit masa lagi...pakat-pakat sabaq la..ada hal yang lebih mustahak sedang menanti kita semua. Ada beruang kutub senyum macam iklan ubat gigi bila kutub selatan mula panas!
.
Salam Syawal Untuk Semua....
Assalamualaikum wbt.
Sejak posting terakhir 31 Ogos lalu, malam ni barulah diberi kesempatan layari internet dan tengok2 blog. Aduh! Rasa bersalah sekali kerana tidak membuat ucapan selamat hari raya dan memohon ampun maaf kepada semua yang mengenali diri ini. Namun rasanya masih belum terlewat untuk itu kerana masih dalam Syawal, dan di sana sini majlis rumah terbuka Hari raya masih disambut. Lagipun memohon ampun dan maaf sesama manusia tidak ada nas yang syaratkan hanya pada hari raya. Maka:
.
Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap saya sepanjang saya diberi nafas oleh Allah swt hinggalah ke hari ini, kepada sesiapapun yang pernah berhubung, berurusan, tersinggung, diusik, dan dimarahi oleh saya...
.
Pulau Pandan Jauh Ketengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan di kandung tanah
Budi yang baik dikenang juga.
.
Pisang emas dibawa belayar,
masak sebijidi atas peti
Htang emas boleh dibayar
Hutang budi di bawa mati.
.
Saya akan mula posting esok, 29 September 2010, selepas sebulan bercuti dari menulis.
Tuesday, August 31, 2010
Alhamdulillah - semuanya selesai dengan baik
Alhamdulillah, semua rancangan berlangsung dengan baik. Sekitar 1500 orang anak Kedah di Lembah kelang hadir menjayakan majlis berbuka puasa dan mendengar taklimat daripada YAB Dato' Seri MB kelmarin. Antara yang hadir ialah bekas menteri pelancongan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Dato' Nazri Abdullah (x-NSTP), Dato' Dr Abd Razak Awang Kechik (bekas Pengarah Kesihatan Perak/Hospital K Lumpur), Dato' Najmi Ahmad (bekas Pengarah KAGAT)EXCO kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Parlimen, ahli-ahli perniagaan, pegawai kanan kerajaan, pelajar IPT dan lain-lain.
.
Sebagai Pengarah Program, Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas kehadiran dan semua Ahli JAwatankuasa serta petugas yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada MBPJ yang menyediakan tempat dan memberi diskaun.
.
Sdr Amin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Anak Kedah Kuala Lumpur juga berucap pada majlis itu, dan kita doakan semoga persatuan itu yang sedang didaftarkan dapat berfungsi dengan berkesan bagi manfaat rakyat Kedah di lembah Kelang dan pihak Kerajaan Negeri.
.
Tahun depan kita jayakan majlis yang lebih besar lagi, InsyaAllah.
.
Saturday, August 28, 2010
Final - 1500 pengunjung dijangka akan hadir
Inilah julung-julung kali diadakan, tetapi sambuatan di luar dugaan. Sewaktu meletak sasaran 2000 tetamu, beberapa teman dari Kelantan bertanya...demo nok pecoh rekod kelate ko?? kalu 1000 oghe pong, demo telepong ghoyak ko kawe, kawe nok tabik ko demo... kata seorang sahabat yang saban tahun menganjurkan program seumpamanya untuk anak kelantan di Kuala Lumpur.
.
Kecut juga dengaq komen sahabat tu, saya dan jawatankuasa menurunkan sasaran ke 1000 orang sahaja. Persiapan dan bajet pun setakat 1000 orang. Itupun dapat tempat last minutes muat-muat untuk 1000 orang.
.
Kelmarin mesyuarat terakhir, mengumpulkan semua pemanggil-pemanggil yang ada pada wakil-wakil yang dilantik. Jumlah-jumlah tengok, hampir mencecah 1,300 orang. Aduh! Gawat ni... Plan B, sediakan buffet di luar dewan untuk 300 orang, siapa tak telefon bagi nama, lepas ucapan YAB MB, kena beredar makan diluar...tapi menunya tetap sama, cuma kena cedok sendiri..
.
Ada pulak iklan di Harakah hari ini...panggilan terus menerus masuk di semua talian wakil yang dilantik. Final...buffet jadi 500, dalam dewan 1000. Siapa yang belum telefon, sila telefon segera. Takut juga nanti ada tetamu yang tak dapat makan. Mungkin pihak caterer masih sanggup untuk tambah juadah untuk semua orang. Yang sudah memanggil dan memberi nama, sila perhatikan kedudukan anda di plan susun atur meja di pintu masuk. Duduk di tempat yang ada nama anda.
.
Semoga majlis berjalan dengan sempurna. Ini majlis kenduri buka puasa, atas nama anak Kedah. Protokol paling minimum, semua orang sama atas nama anak Kedah, bukan apa ada pada pangkal nama anda. Selamat Datang, semoga anda akan berpuas hati dengan majlis yang sangat sederhana ini.
.
Tuesday, August 24, 2010
Setakat la ada sekitar 500 pemanggil...
Alhamdulillah, majlis yang dirancang bermula dengan baik, diharap berakhir dengan sempurna. Kita hanya mendapat dewan yang muat 1000 orang di Dewan Sivik, tempat-tempat besar yang lain semua dah ditempah. Kita mengaku, kita agak lewat merancangkan program ini, dulu kita agak stadium malawati di Shah Alam tu tak dak orang pakai, belum pun puasa bermula, dah ditempah orang.
.
Alhamdulillah, dengan bantuan seorang rakan yang juga Ahli majlis MBPJ, kita dapat dewan sivik ni, syaratnya, tak boleh makan buffet, kena hidang. Maka, kosnya pun naik sikit, dan tetamu pun terhad.
.
Setakat sekarang sudah sekitar 500 orang yang telefon wakil-wakil kita di pejabat dan wakil di KL, jadi siapa yang telefon bagi nama, kita reserve la kerusi dan meja dia dulu...yang tak telepon, harap-harap dalam sehari dua ni pakat2 telefon lah. Telefon saja mana-mana nombor yang ada dalam iklan.
.
Ramai juga yang tanya berapa kena bayar? Eh...majlis ini tak ada bayaran, ia PERCUMA. Takkan Pejabat MB nak ambil duit pulak...kalau nak merderma juga, mungkin kita letakkan Tabung Rumah Anak Yatim Dewan Ulamak (DAYA) di satu dua penjuru.
.
Untuk mengelak kahadiran tetamu tetapi makanan tak cukup, kita minta caterer kita Lan Jan sediakan sikit buffet di luar dewan, mana tau kot-kot melimpah, dan ada yang walk-in tak bagi tau. InsyaAllah, tahun depan kita dapatkan tempat yang lebih besar untuk semua anak kedah di Lembah Kelang. Ramai yang ucap tahniah, inilah julung-julung kali Kedah buat majlis seumpamanya di lembah kelang. Pakat mai Laaaa NOooooo.. Tak Payah Bayaq Apa-apa punnn..
.
Monday, August 23, 2010
Selamat Datang
.
Seluruh Anak Kedah Di Sekitar Lembah Kelang
Ke
Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Menteri Besar Kedah
.
29 Ogos 2010
Dewan Sivik
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
5:00 petang - 8:15 malam
.
Aturcara:
Tayangan Multimedia
Taklimat Perkembangan Negeri Kedah -EXCO
Ucapan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak
Jamuan Berbuka - 'Lamb mandy Special'
Solat Maghrib - Bersurai
.
Terbuka dan Percuma Kepada Seluruh Rakyat Kedah di Lembah Kelang
Hubungi:
.013-4332730 (Rahimin)
013-5844310 (Afnida)
019-9902839 (Solehah)
04-7312136 (Pejabat MB Kedah)
012-4827563 (Ust Musadaq - Urusetia Penerangan)
019-4706247 (Ust Rosli - Urusetia Belia)
.
Thursday, August 19, 2010
Menjawab Desakan Membatalkan Kelulusan Kerajaan Lama...
Ada orang mendakwa kerajaan sekarang lemah dan tak tau buat kerja walaupun sudah diberi kuasa memerintah. Ada pulak yang melagukan 'bangau oh bangau' hanya kerana kita mendedahkan bila pembalakan itu diluluskan. Kita dituduh pulak menghalalkan tindakan zaman UMNO dulu yang merugikan rakyat atas kepentingan kita. Inilah jawapannya kepada blog-blog UMNO dan suku sakatnya yang suka-suka komen ikut suka:
.
.
Keputusan-keputusan (kelulusan kerajaan) seperti ini mengikat (bind) kerajaan sebagai pihak berkuasa negeri, ia tidak mengikat parti maupun individu sebagai MB atau EXCO. Ia sama seperti perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh mana-mana kerajaan didunia.
.
(Lihat usaha carigali minyak di perairan Malaysia kepada Shell dan BP walaupun kita sudah ada Petronas - Yang merantau jauh ke seluruh dunia mencari minyak tetapi minyak dalam negara sendiri syarikat lain yg gali - semua itu persetujuan dan kelulusan atas nama kerajaan, bolehkah dinyahkan BP dan Shell dari membawa hasil perut bumi kita keluar kerana kita sudah ada Petronas? Lihat persetujuan kerajaan mengizinkan Tentera Udara Australia berpengkalan di Butterworth - sudah tamat tempohnya, mereka pun keluar. Bolehkah mereka dihalau keluar kerana kita sudah ada airforce yang kuat - walaupun enjin pesawat hilang - sebelum perjanjian tamat?)
.
Membatalkan kelulusan yang dibuat mengikut undang-undang sedia ada akan mengakibatkan kerajaan menghadapi tindakan undang-undang. Lihat kerajaan Pahang dijatuhkan hukuman di mahkamah membayar gantirugi RM63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan walaupun ia adalah kes lama sebelum DS Adnan Yaakob menjadi MB. Begitu juga Kelantan yang diarahkan oleh mahkamah membayar kepada sebuah syarikat berpengkalan di Singapura walaupun dealing itu berlaku di waktu BN memerintah Kelantan.
.
Kes serupa berlaku kepada sebuah kuari di Singkir, Yan yang menghadapi bantahan penduduk akibat banjir lumpur sejak sekian lama. Kes itu telah pun dibawa ke mahkamah dan kuari itu menang. Kerajaan harus bersedia menghadapi tuntutan puluhan juta jika membatalkan kelulusan kuari tersebut atas nama dan kuasa kerajaan. Sebab itu, semua tindakan dan urusan kerajaan harus mengambilkira kesannya apada masa hadapan.
.
Umpamanya kes Kedah Marble di Langkawi. Walaupun telah menutup operasi, syarikat itu bankrap dan diambil alih oleh Danaharta, tetapi perjanjian dan kelulusan kepada syarikat itu masih berkuatkuasa. Mereka menuntut RM50 juta jika kerajaan berhasrat memberikan kelulusan operasi mengeluarkan marble Langkawi kepada syarikat lain.
.
Kes yang sama juga berlaku dalam kes penswastaan bekalan air di Langkawi kepada Teleworks Sdn Bhd. - sebuah syarikat perniagaan MCA Kedah. Walaupun kerajaan terpaksa top-up bayaran kepada syarikat itu puluhan juta setahun, perjanjian penswastaan itu tidak dapat ditamatkan sehingga tahun 2020. Perjanjian di zaman UMNO memerintah Kedah ini mengakibatkan kerajaan negeri terpaksa membayar hingga RM70 juta kepada syarikat itu walaupun kutipan mereka hanya sekitar RM32 juta. Sedangkan semua infra untuk bekalan air kerajaan yang sediakan.
.
Inilah kerja-kerja di zaman UMNO/BN yang mengikat (bind) kerajaan sekarang walaupun telah bertukar parti memerintah. Walaupun sedar ini bukan kerja mudah dan memakan masa, tetapi pihak kerajaan negeri sekarang sedang mencari kaedah terbaik untuk memperbetulkan perjanjian yang hanya menguntungkan syarikat dan merugikan rakyat seperti itu. Ia mudah jika syarikat itu dan parti yang menguasainya mengembalikan apa yang mereka ambil dari rakyat secara sukarela. Ia hanya boleh berlaku jika dipersetujui kedua-dua pihak yang terikat dengan perjanjian. Mahukah mereka?
.
Saya percaya kes-kes seperti ini akan terbongkar satu demi satu bila tiba masanya. Tunggu saja kerja-kerja mengorek bijih besi di Tupah yang lulus kepada syarikat kroni suku sakat UMNO di penghujung tempoh berkuasa... kalau tak banjir lumpur atau mengganggu bekalan air kepada penduduk...depa selamat. Kesilapan atau keputusan dulu-dulu terpaksa dipikul sekarang atas nama kerajaan, tetapi kita dilarang menyebutkan siapa yang buat - dengan lagu bangau!!?? Patutkah begitu? Tunggu juga bila BN/UMNO diusung keluar dari Putrajaya!!!
.
Balak di Sik pun serupa. Mahukah syarikat yang diluluskan konsesi itu pada 2005, - yang belum ditebang hingga sekarang (ada 4 block lagi) - menyerahkan balik kawasan itu kepada kerajaan dan menerima balik bayaran premium, yang sudah dibuat sebulan selepas ia diluluskan. Saya rasa tidak! Sebab bayaran2 'lain' yang sudah keluar waktu itu siapa nak pulangkan? Ada banyak lagi senario seumpamanya, sebab itu BN tidak boleh dibenarkan lagi menang dan memerintah negeri ini...kalau rakyat tidak mahu terbabit dalam tindakan yang merugikan. Mahukan perpaduan la pulakkk! Ishhh!
.
Mungkin Info Ni Boleh Buat Depa Garu KepalaYang Tak Gatal...
Patutlah...sesetengahnya gelak sakan bila berjaya menimbulkan kepercayaan palsu di kalangan orang ramai bahawa kerajaan negeri PR meluluskan pembalakan di Rimba Teloi dan menyebabkan banjir, tapi ada orang yang tidak dapat tidur lena dengan cerita yang dia buat sendiri. Sepatutnya...kalaupun nak orang kata kita hero, jangan sampai angkut semua pinggan mangkok periuk belanga di dapoq, dan tilam bantai dalam kelambu buat modal politik. Ini sangat bahaya.
.
Ada sumber yang sangat berautiriti memaklumkan bahawa Kompartment 73 Hutan Simpan Rimba Teloi telah diluluskan untuk pembalakan pada 25 Ogos dan 9 November 2005, dan ia dibahagikan kepada 7 block. 3 block telah dikeluarkan lesen menebang, 4 block lagi belum diberi lesen menebang kerana belum menyempurnakan prosedur yang perlu.
.
Salah satu block yang belum dapat lesen menebang itu dianugerahkan kepada sorang tokoh muda yang sedang meningkat naik dalam UMNO Bahagian Sik pada waktu itu. Masa itu dia sangat rapat dengan MB baru yang berjaya menggulingkan MB lama. Walaupun dia tidak menggunakan lesen pembalakan atas namanya, sumber dalaman amat mengetahui block itu adalah miliknya. Kawasan itu nanti akan dijual kepada taukey-taukey balak (selalunya pengusaha cina) untuk dikerjakan sehingga kayu dijual. Sebaik sahaja surat tawaran kelulusan dikeluarkan, dia akan menerima bayaran bahagiannya, dan dia tak akan muncul lagi dalam apa-apa urusan kawasan itu. Memang kerja membalak di zaman itu tak ada orang politik yang guna nama sendiri, depa akan guna lesen sapa-sapa pun untuk melobi kawasan, dan pemilik lesen akan dapat bayaran duit lesen RM50k (biasanya) untuk satu kawasan.
.
Pengusaha itu patut mendapat apa yang diusahakan, dan tuan lesen pun patut dapat habuan dia kerana dia membayar duit lesen setiap tahun disamping cukai syarikat. Yang untung ialah 'pemilik sebenar' yang bersembunyi di sebalik lesen dan pengusaha itu. Di zaman balak dianugerahkan secara besar-besaran dengan hanya premium RM1000 bagi hutan dara dan RM500 bagi hutan sudah kerja (KSK), pada waktu itu (2005- awal 2008), orang-orang ini mengaut keuntungan berjuta ringgit. Duit ini akan diguna untuk mendapat tempat dan membina pengaruh untuk memanjat hirarki dalam parti politik.
.
Patutlaaahh... diawal polisi tander terbuka dilaksanakan, saya ada mengusik pengusaha-pengusaha balak yang masuk tander bahawa mereka telah buat untung besar waktu harga premium cuma RM1000 dan RM500, sekarang ini waktu untuk menyumbang kepada negeri...depa ketawa besar. Kata mereka, harga yang mereka bayar waktu itu adalah sama dengan harga tander juga. Untuk rekod, bagi kawasan hutan dara, harga tander yang menang sekarang antara RM12 hingga RM16 ribu sehektar. Bagi Kawasan Sudah kerja (KSK), antara RM7 - RM10 ribu sehektar, bergantung kepada nilai kayu yang ada dalam kawasan itu.
.
Senario ini berubah dan terhenti bila kerajaan sekarang mengamalkan polisi tender terbuka dan pemberian secara anugerah dihentikan. Tokoh mana pun, baik dengan siapapun, kalau nak balak, sila masuk tender terbuka. kalau membuat tawaran tinggi, dia dapat. Kalau tawaran rendah, maaf laaa... maka pendapatan kerajaan meningkat mendadak berlipat ganda kerana wang balak yang dulu masuk poket 'orang-orang dibelakang' pelesen dan pengusaha, kini masuk kepada kewangan kerajaan.
.
Patutlah... sebaik sahaja banjir surut pada jam 7 pagi, dia himpunkan TV3 dan Utusan untuk menyerang kerajaan sekarang dengan peluru kapor dan meriam buluh untuk melindungi kepentingan yang sudahpun dihabiskan untuk berada di tahap sekarang...Apa khabar YB??? Ada pribahasa kata: Berkokok berdegar-degar, ekor bergelumang tahi...
.
Tuesday, August 17, 2010
Banjir dan Balak di Sik Part 3 : Menjawab Komen Blog-blog Spesis UMNO
Ni satu lagi komen kaum bengap ka apa ka? Zamani menulis...
...ko ni setpol, kalu nk jd munafik pun jgnla di bulan yg baik ni,dah terang2 lesen tu lulus tahun 2010 ko kata lesen 2009, ko nak tipu org tua sik boleh la,ha! satu g kat mekah banjir berapa kali setahun,berapa ml/y,ni aku nak post lik ko jgn delete lak jgn jd dayus...
http://theflyingkick.blogspot.com/2010/08/terang-terang-pembohong-setpol-menteri.html

Si mamat zamani ni pun satu, saya tulis kawasan pembalakan di Rimba Teloi tu dilulus pada mesyuarat JK Hasil Bumi pada 25 ogos 2005 dan 9 November 2005, dia pi tuduh saya munafik di bulan ramadhan pulak. Dia kata pulak saya tulis lulus 2009...saya cari kat mana saya tulis lulus 2009 tu, sampai la ni tak jumpa.
Saya terima hakikat bahawa nak cerita dengan spesis UMNO bagi depa faham memang payah. Sebab tu depa duduk dalam UMNO juga walau dibentang hujah dan bukti apapun. Depa ni jenis orang yang hanya nampak apa yang ada depan mata, manakala yang tersirat, proses sebelumnya, selepasnya, kaitan dan rentetan sesuatu hal, amat kurang difahami. Sebab itu, dalam hal pelaksanaan Islam, bagi depa Islam hanya lah apa yang telah dibuat depan mata oleh UMNO. Islam yang belum dibuat, belum dilaksana, tak pernah dilihat, yang depa tak belajar lagi , yang tak selari dengan selera depa, depa anggaplah Islam ala PAS. Ini fikrah yg ada di kalangan UMNO di semua peringkat.
Orang yang ada fikrah macam ni menganut satu fahaman tahyul yang kian terhakis sedikit demi sedikit. Tahyul itu ialah, hanya sanya UMNO sajalah yang boleh memerintah di negara ini, orang lain tak boleh. Sebabnya ialah, sejak lahir, depa hanya nampak UMNO dan BN saja jadi kerajaan. Bila BN/UMNO kalah di beberapa negeri, parti lain pun boleh memerintah...tahyul tu mula terhakis.
.
Mereka juga berfahaman sesiapa yang lawan UMNO adalah lawan kerajaan dan menderhaka. Depa tak reti lagi nak bezakan UMNO sebagai sebuah parti politik dengan kerajaan yang menjadi entiti sebuah negara berdaulat. Sebab itu depa selalu merujuk kerajaan negeri Kedah, Kelantan dan Selangor sebagai kerajaan pembangkang. Istilah ini hanya ada dalam kamus UMNO di Malaysia. Orang jenis ini juga bertaklik bahawa hanya UMNO mampu membawa pembangunan dan kemajuan. Bila dihujahkan bahawa di negara-negara maju, hatta di Singapura, Thailand, malah di Amerika dan Australia yang lebih maju dari kita dalam bab pembangunan, tak ada UMNO pun! Depa tetap tak dapat terima kerana tak nampak depan mata. Nak nampak macam mana? Sesetengahnya tak pernah pi mana pun!
.
Sama jugalah macam gambar di papan iklan syarikat pembalakan di Rimba Teloi yang mencatatkan lesen menebang bertarikh 2010, depa tetap mengatakan kerajaan sekaranglah yang meluluskan kawasan itu untuk pembalakan. Padahal, tarikh pada papan itu antara bulan Mac 2010 hingga bulan Sept 2010 ialah tarikh lesen menebang balak itu berkuatkuasa. Sebelum dan selepas tarikh itu, penebangan tak boleh dilakukan. Kenapa lesen menebang dan mengeluarkan kayu balak itu diberikan kepada syarikat itu? Ia adalah kerana syarikat itu telah mendapat konsesi balak kawasan itu yang diluluskan oleh kerajaan BN pada 2005!
.
Dari mana saya dapat tarikh kelulusan pada 2005 itu? Dari rekod dan laporan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Jabatan itulah yang menyimpan semua rekod dan maklumat pembalakan, bukan YB UMNO atau Timbalan Pengerusi UMNO Negeri, juga bukan tukang tangkap gambar yang tak tau gambar apa dia ambil.
.
Rekod jabatan itu juga mengesahkan tiada sebarang kelulusan kawasan membalak di Rimba Teloi yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri PR yang ada sekarang. Tak faham lagi tak tau laaaa...nanti saya scan laporan tu besar-besar, saya muatkan di sini... dan saya bulatkan tarikh kelulusannya...tapi mungkin juga depa tak percaya sebab di atas laporan tu tak ada tertulis Utusan Malaysia ataupun TV3!
.
Kalau susah sangat nak faham biar saya jelaskan begini! Kelulusan kawasan pembalakan kepada syarikat Meng Heng di Hutan Simpan Rimba Teloi oleh kerajaan BN pada 2005 adalah seperti Akad Nikah...manakala lesen menebang pada 2010 adalah seperti proses kerja-kerja buat anak... kalaupun depa 'buat anak' sampai banjir lumpur masuk rumah orang... puncanya kerana ada 'akad nikah' oleh UMNO/BN pada 2005. faham dak lagi? Tak faham jugak? Memang sah UMNO!
.
Monday, August 16, 2010
Ada Mamat Rajin Ambik Gambar, Tapi Tak Tau Gambar Apa dia Ambik!!!
Ada komen di blog saya menyebutkan seperti berikut:
.
Aku malas nak cakap banyak, sebab dah memang artikel ni cuba menipu... Dalam artikel kat blog aku dah ada siap gambar bukti menunjukkan lesen pembalakan diluluskan pada tahun 2010... P/S: Jangan padam komen ni, kalo hang betui anak jantan... Jgn buat dosa kering dalam bulan Ramadhan...
.
Laporan Jabatan Perhutanan Kedah berkaitan dakwaan Kerajaan Negeri Kedah sekarang meluluskan kawasan balak di kawasan tadahan hujan membuktikan sebaliknya. Sekali lagi saya terpaksa melayan mamat UMNO yang rajin pi ambik gambar, tapi tak tahu gambar apa yang diambil.
.
Kelulusan kawasan pembalakan di Kompartmen 73 Hutan Simpan Rimba Teloi dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Hasil Bumi pada 28 Ogos 2005 dan 9 November 2005. Tahun 2005, PAS cuma ada 5 kerusi di Dewan Undangan Negeri Kedah, PKR dan DAP tak menang. Kerajaan waktu itu ialah Barisan Nasional, MB ialah DS Syed Razak dan MB berikutnya sedang berusaha mendapatkan kuasa.
.
Dalam gambar yang disiarkan dalam blog UMNO di atas, yang dibulatkan ialah lesen menebang bukannya kelulusan kawasan balak, setelah semua proses teknikal selepas kelulusan pada 2005 dilaksanakan. Ia dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan sebagai proses akhir kayu balak dikeluarkan dari hutan. Setelah melaksanakan prosedur yang perlu mengikut akta, kalau lesen menebang tak dikeluarkan, penerima konsesi boleh menyaman kerajaan negeri seperti yang dialami oleh negeri Pahang dan Kelantan (seperti yang saya sebutkan dalam posting awal).
.
Kawasan tersebut dikategorikan oleh Jabatan Perhutanan sebagai kawasan hutan pengeluaran, bukan kawasan tadahan. Kelulusan dan pembalakan terakhir dilaksanakan pada tahun 1975 hingga 1990. Semuanya di zaman BN.
.
Hari ini bukan setakat ADUN UMNO di kawasan itu 'menembak tuannya', yang turut campurtangan menuduh kerajaan sekarang ialah bekas EXCO Kanan, Wakil Rakyat paling lama dalam DUN Kedah. Dia sekarang jadi Timbalan Pengerusi UMNO Kedah...barangkali kerana sikap kurang periksanya ini, dia belum sempat jadi MB mau pun pengerusi UMNO Negeri, setakat Timbalan sajalah. Terpaksa jemput orang Sabah datang memimpin orang-orang macam ini. Nasiblahhh!!
.
Penyakit ni menular sampai ke bawah. Semalam, mamat ni muncul dalam TV menuduh kerajaan macam-macam. Mat Taib Bin Che Teh (JKKP Bendang Man) turut menandatangani kelulusan Kajian Kesan Sosial Pembalakan di kawaan tersebut pada 27 Ogos 2009. Kajian tersebut adalah keperluan yang ditetapkan oleh Jab Hutan. (Saya ada salinannya) Tapi, setahun selepas itu, dia terlupa, dia juga turut meluluskan pembalakan itu pada peringkatnya (JKKKP). Kalau macam ni depa punya lupa, lepas tangan, buat-buat tak tahu, patut lah Kedah tak berkembang selama setengah abad di bawah UMNO.
.
Banjir Di Sik Dan Baling...Pasai Pembalakan La Pulak.
Wartawan TV3 dan Utusan hari ni gelak sakan la...buleh tibai kerajaan yang kununnya meluluskan pembalakan di kawasan Hutan Simpan Rimba Teloi, Kawasan Tadahan Sg Semeliang lalu menyebabkan banjir teburuk dalam tempoh 40 tahun.
.
Saya bersimpati dan merakamkan takziah kepada semua mangsa banjir di Baling dan Sik. Kerajan melalui Pejabat Daerah dan JKM sedang bertungkus lumus membantu apa yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ni, tentu perit rasanya ditimpa musibah banjir. Kepada Allah kita berserah...ini semua ujian kepada hambanya yang kerdil seperti kita.
.
Ada pulak YB UMNO yang cari publisiti, tanpa usul periksa, cepat-cepat buat kesimpulan. Banjir ni puncanya kerajaan negeri punya pasai, lulus balak ikut suka. Esok, dia nak angkut mangsa-mangsa banjir pi SPRM nak buat laporan pembalakan haram di Rimba Teloi. Saya nak habaq, Jitra pun kena, tak ada pembalakan pun! Tahun lepas Jeddah bah besaq, ramai jemaah haji terkandas dan ada yang meninggal. Mana ada balak ditebang di Jeddah. Tak tau la kot-kot UMNO jadi kerajaan di Arab Saudi masa tu.
.
Saya alu-alukan langkah politiknya tu, kita tengok la apa hasilnya. Tapi mau ingat juga, sejak 2 tahun setengah kerajaan PR di Kedah, belum ada kelulusan pembalakan di Rimba Teloi, kalau ada pun, ia lulus di zaman bos dia jadi MB dan menguasai kerajaan. Kita boleh tengok lah sapa yang dapat kawasan tu, berapa depa bayaq masa tu, sapa nak kena jawab!
.
Maklumat yang saya ada, kali terakhir balak ditebang di Rimba Teloi/tadahan Sg Semeliang yang bersambung dengan Sg Chepir ialah sewaktu DS Syed Razak jadi MB, lepas tu Big Boss dia pulak jadi MB dan menguasai kelulusan kawasan pembalakan. Tiba-tiba YB UMNO tu mendakwa pembalakan berlaku September tahun lalu (2009). Maka kerajaan la ni bertanggungjawab. Jawapan saya begini.
.
Setiap kawasan pembalakan melalui proses kelulusan yang ketat, dibawah seliaan, kajian dan recommendation Jabatan Perhutanan. Mana-mana kawasan yang diluluskan dalam Jawatankuasa Hasil Bumi mengambil masa 1 hingga 3 tahun untuk proses tagging (tanda pokok yang boleh ditebang), persempadanan kawasan, dan memproses lesen menebang. Ini prosedur biasa. Boleh rujuk Jabatan Perhutanan atau mana-mana taukey balak. Paling cepat satu tahun, tapi jarang berlaku.
.
Oleh kerana sepanjang bulan Mac 2008 hingga kini belum ada kelulusan pembalakan di kawasan itu oleh kerajaan sekarang; dan proses mengubahasil yang memakan masa hingga 3 tahun, MAKA, kalaupun ada pembalakan di situ pada bulan September 2009, ia adalah kawasan yang diluluskan oleh kerajaan BN dan dalam tangan big bosnya dalam tahun 2006 -2009. Ia adalah tanggungjawab dan kawalan mutlak kerajaan BN.
'
Nanti ada orang akan kata pulak... "Ha! ni lah keja kerajaan PR, tak habis-habiskan nak salahkan kerajaan dulu. Dah jadi kerajaan, pandai-pandai lah jaga negeri". Jawabnya mudah. Kawasan yang telah lulus ikut proses masa itu, tak ada peraturan lain yang boleh menarik balik kelulusan itu. Proses itu 'mengikat' semua pihak! Kalau nak kena saman dan didenda macam kerajaan Pahang kena RM63 juta, cubalah batalkan mana-mana kawasan. Ada kes di Kelantan, kerajaan la kena bayar beratus-ratus juta walaupun kes kelulusan pembalakan itu berlaku di zaman BN memerintah Kelantan. Kalau Kedah kena, bingkuih kita!
.
Mana-mana kawasan yang telah lulus atas tanggungjawab Jabatan Perhutanan telah melalui proses standard yang termaktub dalam undang-undang (Akta Parlimen) yang telah diluluskan. Cuma, telah diketahui umum, kelulusan pembalakan dizaman 2006-2009 sangat 'memilukan' kantong kewangan negeri. Hanya sekitar RM6 juta hingga RM10.8 juta masuk sebagai hasil pembalakan kepada negeri dalam tempoh itu. Kuota tebangan ditetapkan ialah 2,340 hektar, tidak termasuk tanah kerajaan dan kuota tahun sebelumnya yang tidak dihabiskan..
.
Di zaman itu juga, kuota yang disimpan di zaman Tan Sri Sanusi Joned di habiskan. (TS Sanusi Joned meminimumkan pembalakan di zamannya). Dengan kuota tahunan yang sama, kerajaan sekarang menghasilkan RM35-RM38 juta (premium sahaja, belum masuk cukai kayu per/tan) pada tahun 2008-2009. Itupun kawasan yang diluluskan melalui tender terbuka adalah di Bkt Kachi, Tiang Layar, Ulu Muda dan Gunung Inas sahaja. Tidak ada di Rimba Teloi.
.
Esok, Jabatan Perhutanan akan masuk memeriksa dakwaan YB UMNO itu dalam akhbar hari ini. Saya bimbang ada yang tidur tak lena malam ini dan malam esok. YB, jangan asal nampak pokok bergoyang, YB pi tembak, mana tau itu bos YB sedang bersembunyi dari isterinya yang mengamok! YB pi la awai-awai pagi esok, sebaiknya lepas sahur terus naik bas MARA ke Alor Setar...Maaflahhh kawan!
.
Majlis Berbuka Anak Kedah Di Lembah Kelang Berubah Tempat...
Salam untuk semua sahabat...seperti yang dihebahkan sebelum ini, lokasi yang dirancang dan telah dipersetujui pada peringkat awal terpaksa diubah. Kawasan Kediaman YAB MB Selangor dikhuatiri tidak mampu menampung pengunjung dan ada kawasan yang tidak boleh digunakan akibat mendapan tanah. Atas sebab keselamatan dan keselesaan, pihak penganjur terpaksa mencari lokasi lain.
.
MB Kedah mengarahkan diadakan di mana-mana Markaz PAS atau dewan orang ramai yang boleh disewa, asalkan kosnya rendah.
.
Maka saya dan team kerja kena cari tempat lain, yang saya rasa amat sukar di saat-saat akhir, kerana kebanyakan dewan sudah ditempah lebih awal. Kalau ada sesiapa yang tahu lokasi yang sesuai untuk 2000 pengunjung, kos yang murah, bolehlah menghubungi saya di 012-5969220, ust Rosli 019-4706247/ust musadaq 012-4827563/En idrus 012-4454235.
.
Perkara asas ialah budget yg paling rendah. Kalau tak ada juga lokasinya, program ini akan ditunda ke tahun hadapan....Sekian Terima Kasih.

Sunday, August 15, 2010
Saya Tutup Gadget Shout! Untuk Membina Pengunjung Yg Berintegriti.
Salam untuk semua...Ya! Saya marah dengan caci maki dan tuduhan liar yang tidak ada asasnya melalui ruangan shout! blog saya. Bukan kepada saya saja, tapi kepada sesiapapun yang saya kenal atau tidak. Pokoknya ia menggunakan medan yang saya pugar, gelanggang yang saya bersihkan. Ia berwewenang dgn fitnah, saya harapkan ia berupa soalan yang boleh diberi penjelasan, tapi ia jadi medan fitnah dan keras kepala.
.
Seolah-olah saya hanya boleh menerima saja makian dan tuduhan orang, tetapi tidak boleh menjawab dan memberi penjelasan, tidak boleh membetulkan persepsi yang salah kerana saya setpol, makan gaji untuk dihina dan dimaki. Persepsi yang salah itu dibina oleh si pencaci dan pemaki tadi atas kepentingan bisness dan puak mereka. Saya percaya mereka tidak bermati-matian memfitnah orang itu orang ini hanya kerana sukarela, tapi bermotifkan dengki, khianat, tamak, wang ringgit dan kurang ajar. Kalau nak ikutkan sukarela, Yahudi dan Zionist pun sukarela juga...tapi mereka sesat dan masuk neraka akhirnya! Mau menjejaki mereka?
.Yang tidak baiknya ialah ruangan shout! itu tidak memaparkan identiti si penulis, pengkritik, pencaci atau pemaki. Dia boleh lempar batu sembunyi tangan, membiarkan kita memberi penjelaan yang tidakpun menjadi matlamatnya. Dia akan reka cerita lain pulak. Blog saya bukan Bohsia! Saya bersengkang mata di waktu malam, kadang-kadang sampai pagi untuk update apa yang patut untuk manfaat pengunjung, bukan medan menyebar fitnah. Bila baca cadangan seorang 'tetamu' di ruangan shout! tadi, saya rasa ia idea yang bagus. Ini blog saya, itu hak saya...saya punya suka la kata org lani.
.
Semoga dengan cara itu, pemberi komen boleh memberi komen di posting, dan ada identiti yang boleh dijejaki. Harapan saya ialah, manusia yang menulis di ruangan ini menulis dengan penuh tanggungjawab, integriti dan amanah. Bukan menjadi medan fitnah, bertengkar, tak mau dengar, hanya mau mengata!
.
Saya pun manusia, saya tak mampu bertoleransi dengan manusia dari spesis tak reti dengar, hanya tahu menyuruh orang percaya katanya saja. Bila diberi penjelasan, dia tukar topik lain pulak. Kalau 10 tahun dulu, sah budak tu makan penampaq jepun, dak pun buleh rasa penendang budak Sg Pau tu. Boleh la try orang Sik ni tara mana.... La ni tak leh dah, kena jaga adab, kena sopan, kena lembut dengan orang...hang hanya buleh dengaq kami nak kata apa, ikut suka kami..... Saya memang berkecil hati sebagai seorang manusia dengan komen kurang ajar dan kurang sopan tu. Saya tidak berhasrat menyertai spesis itu, tapi saya ada cara supaya mereka lebih bertanggungjawab. Bertalqinlah... shout! sudah mati.
.
Terima kasih 'pirahsetpol'
Buat sahabat seiras 'pirahsetpol'....
Lama menerjah, kuat menikam, puas menghentam, letih bersilat tanpa buah, banyak pulak dalih dan alasan... bila diminta butirannya, dia tak mampu beri. Hanya mendengar dihujung telinga, cerita-cerita pasal si polan bin si polan jahat dan menipu. Puas menuduh kita bersubahat dengan orang itu dan orang ini berbuat honar. Bila di tanya apa buah butirnya, dia kata dia cuma bagi hint, lagipun dia tak dibayar gaji untuk memberi maklumat lengkap tentang tuduhannya. Habis siapa yang bayar dia untuk menuduh?
.
Ada pesanan dari Allah tentang pembawa berita yang fasiq, orang mukmin mesti siasat dulu. Inilah punca dan kesannya. Kalaulah semua pembawa berita diterima tanpa usul periksa, porak perandalah masyarakat kita. Apa akan jadi kalau tiba-tiba kerajaan negeri bertindak ke atas orang itu dan orang ini kerana satu hint melalui blog yang tak tahu punca dan sumbernya. Sedangkan dalam pemerhatian kita setiap hari secara langsung, tiada apa yang honar dan khianat, tiba-tiba kita salah kerana berdiam diri.
.
Bertanya dan mendengar jawapan lebih molek dari menghentam dan menuduh, apalagi memfitnah sipolan-sipolan itu bersubahat dan menjadi dajjal meruntuhkan kerajaan. Alangkah bodohnya kalau kita berjuang lebih 50 tahun untuk mendapat kuasa bagi melaksanakan perintah Allah kepada manusia, tapi bila diberi ruang oleh Allah, kita berkelahi dengan semua orang hingga menjejaskan semua kerja buat kita untuk menegakkan perintah Allah. Kita ketepikan pula dasar dan agenda perjuangan kita.
.
Usul fiqh memandu kita...Menolak mudharat lebih aula dari mengambil manfaat dari sesuatu perkara. Islam tidak tersebar dengan begitu gelojoh. Islam juga tidak mulia dengan tuduh menuduh orang itu jahat orang ini salah tanpa usul dan bukti. Apa lagi cerita sensasi dari tepi jalan. Kata seorang ulama', Islam dan cara ia dipersembahkan adalah sama penting, sama mustahak. Dalam bab ini, Islam menyuruh kita berjemaah dan berwala' dgn pimpinan. Apa tujuan menyalahkan pimpinan atas strategi yang diambil berdasarkan syura di byk peringkat...hingga menjadikan kita lebih tahu dalam semua hal. Petua untuk hidup tenang dan harmoni, bertanya kalau tak tahu. Menghentam melulu tak bawa kebaikan malah menghasil keburukan.
.
Apa nak diharap dari pemberi hint yang tidak pula menyerlahkan wajah dan dirinya. Siapa yang akan tampil sebagai saksi kepada tuduhannya? Saksi pulak mesti adil, tidak boleh fasiq. Dalam kes menuduh ini, ada hukum qazaf bg yang menuduh si gadis berzina, sebat 80 rotan ...Yang menuduh orang itu rasuah, kebas harta kerajaan, jahat, menipu, bersubahat dan macam-macam lagi, ... tapi tak tau bila, dimana, berapa, apa salah sebenarnya..apa jahatnya... boleh pakai kira ka?
.
Saya minta 'pirahsetpol' memohon maaf kepada manusia yang bernama Hasan dan Madi yang dia namakan sebagai 'orang jahat' berbuat honar di dalam ini negeri. Selagi dia menyimpan tuduhan tanpa usul periksa, dan orang ramai terpengaruh dengan tuduhannya, lalu menjejaskan manusia yang dinamakan itu, saya khuatir dia merintis laluan dosa tak berkesudahan. Sepanjang perkenalan dengan sahabat yang dinamakan itu, setahu saya bersandarkan maklumat dan pengetahuan yang ada, mereka tidak salah apa-apa. Mereka manusia seperti kita, yang kadang-kadang terkena tempias dengki, khianat dan fitnah. Mereka bersolat, berzakat, menolong orang dalam kesusahan, miskin , menderma, subuh istiqamah berjemaah di masjid (saya tak mampu lagi). Namun mereka juga tidak maksum. Kebaikan mereka mungkin jauh lebih besar dari kita atau yang kita sangka.
.
Saya berlepas diri dari termakan adu domba 'pirahsetpol' dalam hal ini. Kalau dia masih menyimpan syak wasangka terhadap saya, saya maafkan dia dibulan yang mulia ini. Saya menanti kalau-kalau ada bukti dari manusia spesis ini. Telah kukenal siapa dirimu....aku memohon Allah mengampuni kesalahanmu....Wallaahu a'lam.
.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)