Bajet ini adalah bajet kerajaan, bukan bajet rumahtangga kita - maka, duit menimbun yang diumumkan itu bukan dalam poket kita, tapi dalam kantung kerajaan... turunnya nanti macam hujan gerimis, pakat kena sorang sikit. Kena kot mana, belum tentu...silap-silap kita tak basah langsung walaupun setengah orang yang ada dalam 'line' tu basah kuyup. JKKK dan JKKKP mungkin juga terasa sebab dapat elaun lebih...naik jadi RM800. Begitu juga Tuan-tuan Imam.
.
Gaji? Gaji kita banyak tu juga... naik ikut standardnya lah! Tetapi kita kena tahu, bajet ini menuju matlamat 'Negara Berpendapatan Tinggi' macam Singapura, macam Australia, macam United Kingdom. Di Australia, gaji minimum pekerja biasa restoren ialah AUD18 sejam, dibayar seminggu sekali, dapatlah lebih kurang AUD400 seminggu bekerja. Depa tak kerja 'marathon' macam pak guard-pak guard kita sampai dua belas jam.
.
Waktu malam adalah waktu rehat, kedai-kedai tutup jam 5 petang. Depa duduk rehat dirumah bersama family. Depa jarang kira gaji ikut bulan...semuanya dikira ikut minggu. Majikan kena bayar harga ini kepada pekerjanya, kalau tidak kena tindakan. Tapi, ada juga yang tak ikut, terutama yang menggaji orang asia dari China.
.
Seperti pendapatan rakyatnya, taraf hidup mereka tinggi, setinggi peraturan, disiplin dan mentaliti. Peraturan dan undang-undang ditaati, itulah yang mengatur hidup semua orang. Walaupun melanggar peraturan melintas jalan, orang pandang serong dan jengkel. Di persimpangan lampu isyarat dalam bandar, kereta mereka memecut laju kerana semua pemandu tahu, orang tak akan melintas kalau lampu hijau (tanda boleh melintas) belum menyala. Kalau di tempat kita, ramailah orang melambung dirempuh kereta saban hari, ramai jugalah pemandu dipukul orang!
.
Peraturan tidak dikompromi, kalau merokok dalam bilik hotel, didenda AUD50. Kalau degil juga, boleh kena sampai AUD270. Kena bayar waktu check-out... kalau engkar, polis mai ambik wak pi. Denda itu dikira berdasarkan kos untuk menggaji pekerja mencuci bilik itu hingga hilang bau rokok, dan tempoh masa bilik itu tak dapat disewakan kepada orang lain! Dahsyat! Tak payahlah nak 'pi buat kira' dengan depa... jolok-jolok ...Sorry! Kawan saya biasa kena. Kalau di tempat kita?
.
Penduduk asli Australia dibayar elaun khas AUD300 seminggu, tanpa bekerja. Cukup untuk makan pakai (dan mabuk-mabuk). Rumah disediakan kerajaan. Sama seperti penduduk lain yang tak berumah, kerajaan tolong bina, bayar ikut kemampuan. Hah! Jangan bayangkan rumah PPRT atau flat Paya Nahu... bayangkan rumah sesebuah yang berharga RM70-90 ribu di tempat kita. Keutamaan diberi kepada warga tua dan pesara...wajib ada rumah.
.
Setinggi pendapatan, setinggi itulah kos hidup...setinggi itu juga cukai dan harga barangan. Bagi rakyat biasa, semua orang hampir sama, tak terlalu kaya, tak pula miskin... kalau yang betul-betul kaya, bisnes mereka menjangkau internasional, punya ladang ribuan hektar atau taukey kasino atas kapal mewah...atau mereka memang sudah kaya waktu berhijrah ke sana. Kaya pula atas usaha titik peluh. Ahli Parlimen dibayar AUD200 ribu setahun, dan mereka tak boleh kerja lain, meniaga dilarang!
.
Kita?... Kita masih jauh ke tahap itu. Buruknya mentaliti dan sikap orang kita bermula dari atas...Yang kaya di tempat kita adalah orang politik yang memegang kuasa. Orang kita berpolitik untuk meniaga! Sekelian kontrak kerajaan, permit dan lesen diatur untuk kroni yang akan menaja kempen politik mereka. Termasuk yang mewah ialah isteri-isteri Menteri dan Perdana Menteri. Sekali rumah dimasuki pencuri, barang kemas isteri yang dikebas bernilai RM300 ribu. Habis kontrak di kementerian suaminya dikawal macam dia punya.
.
Yang kaya lagi ialah orang yang boleh 'beli'undang-undang dan peraturan dan sekali dengan penguatkuasanya. Yang kaya lagi, beli mahkamah dan hakim-hakim. Yang dapat projek kerajaan RM4 bilion, adjust sampai RM12 bilion. Yang dapat projek stadium, buat ala kadar untuk sekali pakai, lepas tu runtuh... bagai lampin bayi. Ramailah yang kaya dan dikayakan untuk menjana peluang pekerjaan untuk orang ramai macam taikun-taikun besar yang rapat dengan PM dulu dan sekarang... tup-tup syarikatnya dijual kepada orang lain, dan dia lari pi luar negeri. Pinjaman bank tak dibayar.. tak apa, kerajaan buat Dana Harta dan khazanah Nasional...tolong bayarkan!
.
Budaya ini menular ke semua peringkat... sesetengah pegawai-pegawai tinggi kerajaan kaya raya, ada ladang ribuan ekar, kena naik helikopter. Ketua pencegah rasuah pun kena tuduh rasuah. Yang jaga sempadan supaya jangan sampai ada yang bolos masuk, pun kena cekup kerana rasuah, sehari boleh dapat RM3 ribu.
.
Kedudukan di kerusi pegawai itu pun guna untuk bisness juga. Bisnessman kena rapat dengan pegawai, kena ada peruntukan khas syarikat untuk entertainment... puluhan ribu untuk golf dan karaoke. Seorang kontraktor pegang 30 lesen, dapatlah kerja kat lesen mana pun, dia juga yang punya. Pemilik sebenar lesen itu dapat komisyen seribu dua, pemegangnya juga yang kaya. Sampai ke pegawai-pegawai rendah, nak mintak tanah atau kuari pasir, kena tukaq tayar kereta sampailah repair peti sejuk di rumahnya. Dapat ka tidak, belum tentu... kena ejas tempat lain pulak!...Alahaiiii!!!
.
Terlalu banyak kepentingan diri dan kelompok untuk dijaga dalam negara kita. Terlalu banyak penapis rapat dan jarang yang terpasang dengan sendirinya untuk sampai kepada rakyat. Duit RM212 bilion tu belum tentu berapa yang betul-betul bermanfaat dan sampai kepada rakyat. Kalaulah mentaliti dan senario ini tidak berubah, jauh lagilah belanjawan yang dibentang itu mampu membina 'Negara Berpendapatan Tinggi' di tempat kita. Ia bermula dengan perubahan mentaliti, sikap dan cara hidup secara total dan holistik, mencakupi semua orang. Kita pakat-pakat tunggulah tengok... mulakan daripada diri kita sendiri! Pembentang (pembaca buku) belanjawan dan yang berbaris dibelakangnya tu, boleh berubah ka??
.
salam anaknda Sanusi,
ReplyDeleteNabi saw dah bersabda : Di akhir zaman kekayaan negara akan diwarisi oleh sekelompok manusia.
Dan kita dah pun maklum kelompok haprak tu.
Wassalam.
Salam anaknda Sanusi,
ReplyDeleteRosmah lega dapat 111juta RM (Rosmah Mansor).
Itulah bajet 2011 BN ( Bini Najib).
Wassalam.