22 October 2010
Kenyataan Media Ust. Asri berkenaan Islamic Fashion Festival Rosmah
Kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mengenai Islamic Fashion Festival (IFF)
Saya berada di Qatar ketika ini. Pihak media bertalu-talu menghubungi saya bertanya pendapat tentang hal ini. Maka, saya ingin menyebut secara ringkas beberapa perkara berikut;
1. Berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan. Sama sekali ia tidak islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.
2. IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.
3. Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.
4. Mereka yang terlibat hendaklah memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah ‘Islamik’.
5. Bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti ini. Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.
6. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan. Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim.
7. Saya mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan ‘Islamic fashion’ mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak.
-Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Doha, Qatar
Kesinambungan dari IFF ni, Malaysia nak dijadikan negara hub hiburan malam dan spa dengan alasan menjana ekonomi dan pekerjaan serta alasan-alasan lain. Ini termasuk di dalam Economic Transformation Plan atau ETP...
ReplyDeleteSebelum anak-anak muda Malaysia terjerumus ke dalam dunia maksiat elok kita sokong ETP1 dan ETP2 ni.
Sebelum ramai anak muda mendapat pekerjaan sebagai pelayan bar, GRO dan yg sekasta dengannya, elok kita sokong ETP1 dan ETP2 ni.
ETP1 = Elok Tukaq Pm
ETP2 = Elok Tukaq Pentadbiran
Tahniah kepada ETP dan kita tunggu perlaksanaan ETP1 dan ETP2 pada PRU-13 nanti.