Friday, October 15, 2010

Alahai...banyaknya surat khabaq nyamuk melayang...

Minggu sudah, ada satu risalah surat khabaq nyamuk diedarkan...sarat dengan fitnah kepada MB, menyerang pribadinya, menyelongkar rumah tangganya, menuduh pegawai-pegawainya...hah! termasuk saya?
.
Sebahagian kandungan risalah nyamuk itu diungkap sepatah demi sepatah oleh sdr Hj Najib Fahmi sewaktu ditemubual oleh wartawan RTM sewaktu demontrasi 7 orang di depan Wisma Darul Aman. Sebenarnya demo yang dirakam itu adalah lakonan semula, sebab RTM mai lambat. Biasalah RTM, depa selalu lambat dan lembab, termasuk lembab mengesan kebencian dan kemuakkan penonton dengan propaganda murahan yang selalu diulang tayang.
.
Group Hj Najib siap buat banner dari risalah nyamuk itu, membentang dan menjulangnya...padahal ia sarat dengan fitnah dan pembohongan, semuanya rekaan orang tersepit, kecewa, marah, kalah dan sakit jiwa. Eloklah dipadankan risalah itu dengan group depa... risalah itu patut dibakul sampahkan, depa patut 'diwadsakitjiwakan' saja.
.
Perihal demo itu, YB Nasir Koban Rotan telefon saya jam 2.30 pagi... katanya"Mana ada kerajaan yang penaik harga barang, orang demo cuma lapan orang... kalau kita demo "barang naik' di KL, Kuala Kedah saja paling kurang dua buah bas pi... maknanya depa tu ada maksud lain... bukan pasal tarif ayaq!"
.
Kata pulak Lah 46 dalam Sinar Harian dua tiga hari lepas itu..."kita memang tak penggil orang, kita demo jawatankuasa saja... kalau panggil tentu ramai!" Hah! Hah! Badut sungguh bekas UMNO dan Semangat 46 ni. Bila diulang tayang cara dia bagi statement hari tu pun, sah dia memang badut. Depa ni sebar sms suruh orang mai seminggu sebelum itu lagi... saya juga dapat sms itu. Pada 10/10/10 jam 10 pagi...sayangnya, yang mai tak sampai 10 orang! heh! tak panggil??
.
Saya rasa nak cabar depa buat semula demo tu, bawa mai 1000 orang sudahlah, campoq dengan UMNO sekali pun tak pa...saya nak buat kenduri pisang kat depa, kalau ada banyak tu! bawaklah sekelian bini-bini dan anak-anak! Amacam Pak Lah?
.
Saya nak peringat satu perkara saja... Fitnah ni lebih besar dosanya daripada membunuh! Kalau nak lawan secara anak jantan, cuba jatuhkan Ustaz Azizan dalam mesyuarat agong kawasan, lepas tu lawan dia dalam pilihanraya... itu baru cara orang berparti dan berorganisasi. Setahu saya, dua-dua cara ni depa ni dah buat, tapi tak menang-menang juga...sebab tu pilih cara bacoi tu, kan? Apa laaa.... buat malu keturunan saja.
.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan, Ana mohon mencadangkan supaya tindakan organisasi dikenakan terhadap mereka2 ini dengan merujuk kepada Lembaga Disiplin Parti. Jika melayakkan mereka2 ini dipecat, itu yang terbaik. Akhlak berjemaah wajib dipertahankan. Jika tiada tindakan dikenakan, akan menyebabkan timbulnya kekeliruan dan persoalan, apakah protes yang disuarakan berasas walau terlanjur pelakuan?

    Jelas, pelakuan mereka sudah keterlaluan, rasanya ini bukan lah kali pertama. Kumpulan ini tidak dibiarkan begitu sahaja atau tidak perlu dilayan..mungkin? Najib Fahmi bukanlah figure kecil dalam PAS Kedah walau sekadar mantan atau bekas, apatah lagi tiada apa2 tindakan dikenakan keatas beliau. Mungkin kerana menghormati Al Marhum Pak Ya Junid, sedangkan beliau dilihat semakin berani dan kurang ajar. Jika terus dibiarkan, bukan saja PAS Kedah malah Al-Marhum Pak Ya Junid juga akan terfitnah dan mendapat aib. Pengorbanan dan jasa Al Marhum Pak Ya Junid wajib disanjungi namun tidak untuk diwarisi.

    "Berani Kerana Benar" - empunya siapa?..Najib Fahmi dan rakan2 atau PAS Kedah?

    ReplyDelete
  2. Biaq kat depa lah lama man sangat depa nak menyalak tak larat nanti berentilah, aku pun heran macam mana Hj Najib buleh jadi pecacai Lah 46,lagi satu aku tengok depani semua puak2 kecewa kerana tak dapat projek

    ReplyDelete