Ada komen di blog saya menyebutkan seperti berikut:
.
Aku malas nak cakap banyak, sebab dah memang artikel ni cuba menipu... Dalam artikel kat blog aku dah ada siap gambar bukti menunjukkan lesen pembalakan diluluskan pada tahun 2010... P/S: Jangan padam komen ni, kalo hang betui anak jantan... Jgn buat dosa kering dalam bulan Ramadhan...
.
Laporan Jabatan Perhutanan Kedah berkaitan dakwaan Kerajaan Negeri Kedah sekarang meluluskan kawasan balak di kawasan tadahan hujan membuktikan sebaliknya. Sekali lagi saya terpaksa melayan mamat UMNO yang rajin pi ambik gambar, tapi tak tahu gambar apa yang diambil.
.
Kelulusan kawasan pembalakan di Kompartmen 73 Hutan Simpan Rimba Teloi dibuat oleh Mesyuarat Jawatankuasa Hasil Bumi pada 28 Ogos 2005 dan 9 November 2005. Tahun 2005, PAS cuma ada 5 kerusi di Dewan Undangan Negeri Kedah, PKR dan DAP tak menang. Kerajaan waktu itu ialah Barisan Nasional, MB ialah DS Syed Razak dan MB berikutnya sedang berusaha mendapatkan kuasa.
.
Dalam gambar yang disiarkan dalam blog UMNO di atas, yang dibulatkan ialah lesen menebang bukannya kelulusan kawasan balak, setelah semua proses teknikal selepas kelulusan pada 2005 dilaksanakan. Ia dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan sebagai proses akhir kayu balak dikeluarkan dari hutan. Setelah melaksanakan prosedur yang perlu mengikut akta, kalau lesen menebang tak dikeluarkan, penerima konsesi boleh menyaman kerajaan negeri seperti yang dialami oleh negeri Pahang dan Kelantan (seperti yang saya sebutkan dalam posting awal).
.
Kawasan tersebut dikategorikan oleh Jabatan Perhutanan sebagai kawasan hutan pengeluaran, bukan kawasan tadahan. Kelulusan dan pembalakan terakhir dilaksanakan pada tahun 1975 hingga 1990. Semuanya di zaman BN.
.
Hari ini bukan setakat ADUN UMNO di kawasan itu 'menembak tuannya', yang turut campurtangan menuduh kerajaan sekarang ialah bekas EXCO Kanan, Wakil Rakyat paling lama dalam DUN Kedah. Dia sekarang jadi Timbalan Pengerusi UMNO Kedah...barangkali kerana sikap kurang periksanya ini, dia belum sempat jadi MB mau pun pengerusi UMNO Negeri, setakat Timbalan sajalah. Terpaksa jemput orang Sabah datang memimpin orang-orang macam ini. Nasiblahhh!!
.
Penyakit ni menular sampai ke bawah. Semalam, mamat ni muncul dalam TV menuduh kerajaan macam-macam. Mat Taib Bin Che Teh (JKKP Bendang Man) turut menandatangani kelulusan Kajian Kesan Sosial Pembalakan di kawaan tersebut pada 27 Ogos 2009. Kajian tersebut adalah keperluan yang ditetapkan oleh Jab Hutan. (Saya ada salinannya) Tapi, setahun selepas itu, dia terlupa, dia juga turut meluluskan pembalakan itu pada peringkatnya (JKKKP). Kalau macam ni depa punya lupa, lepas tangan, buat-buat tak tahu, patut lah Kedah tak berkembang selama setengah abad di bawah UMNO.
.
Dia ambek gambar nak nama ja tu, tahun depan dapat pingat jek ketua (PJK) bukan pingat jaksa kebaktian. nasib baik jkkkp yang latah macam tu. apa pun kepada mkk bendang man jangan dok latah macam depa tu, sebelum nak lulus apa-apa pun kena perati elok-elok. untuk kebaikan dan kesejahteraan orang kampong bendang man. KEDA tak berapa layan dengan MKK.
ReplyDelete