Salam untuk semua...Ya! Saya marah dengan caci maki dan tuduhan liar yang tidak ada asasnya melalui ruangan shout! blog saya. Bukan kepada saya saja, tapi kepada sesiapapun yang saya kenal atau tidak. Pokoknya ia menggunakan medan yang saya pugar, gelanggang yang saya bersihkan. Ia berwewenang dgn fitnah, saya harapkan ia berupa soalan yang boleh diberi penjelasan, tapi ia jadi medan fitnah dan keras kepala.
.
Seolah-olah saya hanya boleh menerima saja makian dan tuduhan orang, tetapi tidak boleh menjawab dan memberi penjelasan, tidak boleh membetulkan persepsi yang salah kerana saya setpol, makan gaji untuk dihina dan dimaki. Persepsi yang salah itu dibina oleh si pencaci dan pemaki tadi atas kepentingan bisness dan puak mereka. Saya percaya mereka tidak bermati-matian memfitnah orang itu orang ini hanya kerana sukarela, tapi bermotifkan dengki, khianat, tamak, wang ringgit dan kurang ajar. Kalau nak ikutkan sukarela, Yahudi dan Zionist pun sukarela juga...tapi mereka sesat dan masuk neraka akhirnya! Mau menjejaki mereka?
.Yang tidak baiknya ialah ruangan shout! itu tidak memaparkan identiti si penulis, pengkritik, pencaci atau pemaki. Dia boleh lempar batu sembunyi tangan, membiarkan kita memberi penjelaan yang tidakpun menjadi matlamatnya. Dia akan reka cerita lain pulak. Blog saya bukan Bohsia! Saya bersengkang mata di waktu malam, kadang-kadang sampai pagi untuk update apa yang patut untuk manfaat pengunjung, bukan medan menyebar fitnah. Bila baca cadangan seorang 'tetamu' di ruangan shout! tadi, saya rasa ia idea yang bagus. Ini blog saya, itu hak saya...saya punya suka la kata org lani.
.
Semoga dengan cara itu, pemberi komen boleh memberi komen di posting, dan ada identiti yang boleh dijejaki. Harapan saya ialah, manusia yang menulis di ruangan ini menulis dengan penuh tanggungjawab, integriti dan amanah. Bukan menjadi medan fitnah, bertengkar, tak mau dengar, hanya mau mengata!
.
Saya pun manusia, saya tak mampu bertoleransi dengan manusia dari spesis tak reti dengar, hanya tahu menyuruh orang percaya katanya saja. Bila diberi penjelasan, dia tukar topik lain pulak. Kalau 10 tahun dulu, sah budak tu makan penampaq jepun, dak pun buleh rasa penendang budak Sg Pau tu. Boleh la try orang Sik ni tara mana.... La ni tak leh dah, kena jaga adab, kena sopan, kena lembut dengan orang...hang hanya buleh dengaq kami nak kata apa, ikut suka kami..... Saya memang berkecil hati sebagai seorang manusia dengan komen kurang ajar dan kurang sopan tu. Saya tidak berhasrat menyertai spesis itu, tapi saya ada cara supaya mereka lebih bertanggungjawab. Bertalqinlah... shout! sudah mati.
.
Bagus!Good!
ReplyDeleteTuan telah mengambil tanggungjawab yang sewajarnya, pada saya fitnah lahir daripada unsur iaitu 1) Ruang pembenihan fitnah 2)Kejanggalan tingkah-laku dan kekaburan fakta. 3)Kepentingan yang tiada bertunjang keimanan.
Dengan tindakan Tuan menutup ruang shout tetap berhadapan dengan pro dan kontra, namun perkara 1) dan yang utama iaitu ruang pembenihan fitnah telah dimusnahkan. syabas!!!
Namun harus diingat, fitnah pasti terus berlaku sehingga tiupan sangkakala.
Walaupun ruang telah ditutup namun tidak bermakna fitnah tidak lagi akan berbenih,perkara 2) dan 3) masih perlu dititik-beratkan dan diberi perhatian yang sewajarnya.
Tuan berada dimedan tempur yang mana 'senjata pemusnah'nya ialah di FITNAH atau ter FITNAH tidak juga terkecuali ialah terbenih FITNAH.
Untuk bertempur dimedan ini perlulah 'berlapang dada' dan bukannya 'memdepang dada'.
Wallahu'aklam
Terima kasih sahabat yang mengerti...minta-minta yang suka cakap benda yang depa tak tau pi jerkah di blog UMNO, dak pun buat blog sendiri. Orang kalau tak tau tanya la, ni pi dok caci hina tak ketahuan punca...sapa boleh tahan, kan?
ReplyDelete.
Saya cukup bersedia untuk menjawab apa sj soalan yang saya tau hujung pangkalnya, kalau belum ada maklumat, saya akan usaha cari, supaya orang boleh dapat info dan memperkemaskan pendirian. Kalau setakat nak provok itu ini, pi cari tempat lain la...
.
Saya tak dibayar gaji utk berkelahi, buka gelanggang tibai orang, dan jaja itu ini. Saya mengangkat sumpah memegang jawatan dan menyimpan rahsia...takkan semua nak kena report kat mamat-mamat hilang punca tu...TV3 buleh la buat keja tu. Sari dua ni geram sungguh kat org jenih tembak melulu, tak dak punca, fitnah orang. Kawan tu cari makan anak bini, ikut peraturan, korban masa, dedikasi kat tugas, cari yang halal...tiba2 dituduh itu ini tanpa bukti. Parasit ni memusnahkan tamadun...Melaka dulupun jatuh pasai parasit jenis ni.
.
Walausiapapun kamu, aku ucapkan terima kasihhh...
Tambah sikit lagi Tuan,
ReplyDeletePembelaan dan pembebasan dari ancaman FITNAH perlu juga dijadikan 'Tasking'. Samada diri sendiri, sekutu maupun seteru.
Tidaklah beramanah jika hanya 'kain' sendiri saja yang diberatkan, sedangkan jiran tetangga juga turut dipertanggunjawabkan, sementelah lagi 'anak-anak' buah dan rakan semusafir.
Shirrubarokatillah Ya Ramadhan.
Conquering TAQWA yet ultimated GOAL.