Tup-tup, hari ni ada dua naskah akhbar nyamuk melayang ada atas meja, kata PA saya, dapat melalui pos. Tajuknya "Kita Sejahtera" ... kertasnya jenis mahal.. colourfull...tentulah yang buat ni berduit dan berdana besar, siap pos lagi! Satu saiz A4, satu saiz A3.
.
Biasalah, jenih yang mai melayang tak bertuan ni - macam hantu raya- kerjanya merosakkan orang, memfitnah, memimpin kepada kehancuran! Tapi yang ni jenih terdidik sikit, tuannya mungkin spesis cerdik-cerdik, tapi tidak dapat mengelak dari memfitnah dan menuduh semberono.
.
Akhbar hantu raya ni sedaya-upaya menyembunyikan "jarum yang mengepalai benang"..tetapi dari penyembunyian itulah saya dapat rasakan tikaman jarum yang makin tumpul dan bengkok itu. Ini adalah manifestasi dari pergolakan dalaman yang berlarutan sekian lama, cubaan menutup kebocoran kumpulan masing-masing di zaman lampau.
.
Akhbar melayang kedua ini bukan kerja orang politik, bukan PAS, bukan UMNO, PKR maupun DAP. Ia hasil tangan individu dan kumpulan yang terbina dari kepompong politik lama, lalu cuba mengibas debu dan mengikis daki, tetapi tersadung lingkaran politik semasa di saat cuba bertatih terbang!
.
Hepotesis awal saya ialah, sikap dan tindak tanduk orang politik di zaman sebelum jatuh tersungkur pada 2008, telah membina kalangan pengikut-pengikut yang turut bersilat mengikut rentak politik sumbang pemimpin-pemimpin waktu itu. Politik dulu berasaskan peluang dan ruang untuk harta dan kuasa. Seikhlas mana orang politik BN/UMNO waktu itu mentadbir harta dan kuasa, seikhlas itulah para pengikut mereka. Serakus mana pemimpin, serakus itu juga pengikut! Kerakusan itulah yang menyungkurkan UMNO/BN, kerakusan jugalah yang melahirkan hantu raya waktu ini.
.
Pesanan saya kepada sekelian pembela hantu raya, baik dari spesis apapun, lambat laun, hantu raya itu dibotolkan juga. Saat itu, pembelanya akan meraung meminta tolong! Rakyat Kedah tidak memerlukan 'kemajuan' jenis ini... jangan jadi 'racun' dalam pembinaan masyarakat bertamaddun... yang sudah tu ..sudahlahhhh!
.
Nota: Saya akan cuba jawab tuduhan-tuduhan kepada MB dan PAS dalam akhbar nyamuk itu, menyingkap fakta dan hakikat, biar pahit biar kelat...kerana kita semua hanya memerlukan penawar bernama KEBENARAN!
.
No comments:
Post a Comment