Sunday, October 31, 2010

Sidang Bajet Kedah 14 - 16 November 2010

Salam hormat untuk semua.
.
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dijadualkan pada 14 - 16 November nanti, dan Bajet 2011 akan dibentangkan oleh YAB MB pada tarikh 15 Nov. Siapa yang ingin hadir sebagai pemerhati, bolehlah datang pada tarikh tersebut. Pakaian baju kebangsaan atau long suit.
.
Tadi ada kawan sms bagitau, ada mamat mana tak tau buat blog menghina MB...dari kandungan blog itu, ia mungkin dari group yang buat demo 7 orang depan wisma 10hb dulu. Mamat tu tulis di blog dia kata MB dok binding dah bajet yang nak bentang tu tanpa bincang dengan exco dan pegawai! Hah! Lawaknya blog tu. Tu la...kalau tak tau apa-apa jangan reka cerita. Kan dah jadi fitnah tu... dah tak dak barang lain dah ka nak tulis. Bajet bukan semudah tu nak buat.. suka-suka nak bentang...siap dok binding dah pulak tu.
.
Bajet ni mai dari jabatan-jabatan dan agensi negeri. Berapa depa kutip hasil, berapa depa perlukan peruntukan, apa depa nak buat tahun depan, berapa belanja...semua tu dibuat oleh pegawai-pegawai di bawah Pegawai Kewangan Negeri. Lepas bincang, dihalusi, oleh jabatan-jabatan yang bertanggungjawab, baru boleh dibentang. Ia mengambil kira unjuran pencapaian hasil dan sejarah kewangan negeri...bukan boleh main hentam buat sendiri... gila ka apa mamat tu.
.
Nak buat ringkasan untuk ucapan pembentangan dalam DUN pun bukan sorang dua...lima enam orang pakar, tiga empat kali mesyuarat. Sekali mesyuarat berjam-jam, kebaih punggung! Dah dua kali saya terbabit dalam urusan itu. MB tengok satu-satu, teliti dengan detail sedetailnya.
.
Saya berdoa semoga mamat yang tulis hal tu di blog dia belum masuk tanjung rambutan lagi..biaq dia sempat tengok Bajet 2011 dibentangkan pada 15hb nanti!
.

9 comments:

  1. Salam
    Tuan, bagaimana pendapat tuan berhubung penghinaan yang diberikan PR samada pemimpin atau ahli bawahan terhadap bajet yang dibentangkan oleh DS Najib baru-baru ini. Jika itulah yang dapat tuan nyatakan berkaitan bajet yang bakal dibentang oleh MB Kedah (MB pakteh juga), pakteh percaya, untuk membentangkan bajet negara, sudah pasti segala2nya dirancang begitu rapi, persoalannya mengapa PR masih bersikap kebudak-budakan kecuali Timbalan Presiden Pas Ust. Nasa yang lebih matang dalam memberikan pandangan.
    pendapat tuan?

    ReplyDelete
  2. Bijak soalan pakteh, silap-silap jawab, jerut tengkok ni. Lagu ni la Pak Teh, dalam hal ni ada beberapa perbedaan antara bajet DS Najib dengan bajet negeri yg bakal dibentang. antaranya:

    1. Bajet Najib ialah bajet persekutuan yg kaya diperintah BN turun temurun, yang harta negara ni sudah dianggap harta mak bapak dia.Dia sudah pandai kona walau pejam mata.

    2.Bajet negeri ialah bajet kerajaan baru yang terhad sumbernya, lagipun kerajaan baru ni belum habih lorong-lorong dalam kampung dilalui, ia bergantung banyak kepada jurupandu yang dipercayai ikhlas dan lurus.Bukan kita tak pandai, tapi kita serahkankepada yang pakar buat keja, kita tegoq mana yang tak kena dengan prinsip kita.

    3. Bajet persekutuan tu dikepalai BN yang jarang ambil berat aulawiyat, hukum hakam, amanah, pokoknya boleh rembat duit.

    4. Bajet negeri kita dibawah pimpinan org amanah, tau yg penting dan yg samping, apa aulawiyat, hak rakyat untuk rakyat, tak terlintas nak kebas sama.

    5. Bajet persekutuan dirancang pegawai yg sudah dpt menghafal kepala pimpina BN yang auta.

    6. Bajet kita dirangka dan dirancang oleh pegawai yang tengah dok mancari rentak nak sesuaikan dengan kita...jadi depa tak langgaq ikut dan macam di KL.

    7. Bajet kita sekitar 500 juta, bajet depa 212 bilion. Bocor sikit pun orang nampak ketara, depa punya tirih sama besaq dengan muka pun org kata biasa.

    banyak lagi lah pakteh...pokoknya, bajet kita ambik kira dosa pahala, dosa neraka, bajet depa kira kelambu baju tidoq dan spenda.

    ReplyDelete
  3. Dalam dok jaga takut terjerut tengkok dengan soalan Pakteh, terjerut juga Saudara Sanusi. Jawapan 1 hingga 7, itulah yang pakteh huraikan sebagai kebudak-budakan.

    ReplyDelete
  4. Hah! En Syburi Times...baru saya tau apa yg Pakteh maksudkan 'kebudak-budakkan' tu. Jawapan sebenarnya terhadap soalan PakTeh tu hanya boleh saya tulis lepas tamat waktu embargo bajet negeri (lepas MB bentang)...baru boleh banding dan ulas isinya...baru padan kalau dibuat perbandingan dengan bajet najib yg sudah terbentang dan diketawakan orang....itu baru ulasan kulitnya. Jadi kena tunggu 15hb nanti lah! Baru tau budak ka org tua...anyway, TQ.

    ReplyDelete
  5. En. Sanusi

    Saya tambah skit ulasan/jawapan utk Pakteh tu...

    Budget Najib mementingkan anak bini dan kroni utk memperkayakan mereka berbanding dengan budget negeri Kedah yg pastinya mementingkan majoriti rakyat. Hanya org2 yg tidak dapat keuntungan secara langsung (dibaca dpt projek) mcm Pakteh kut yg dok mengelupoq.

    Wakakakakakaka...........

    ReplyDelete
  6. Tuan Kamal
    Bab bajet negeri Kedah, pakteh xdapat nak ulas lagi, sama seperti tuan Sanusi yang juga masih tak boleh ulas walau mungkin tahu sedikit2 isi kandungannya. Itu amanah...
    Bab dapat projek ni, Alhamdulillah, banyak jugak yang pakteh dapat. Mungkin boleh pakteh turunkan sedikit disini.

    1. Lahir saja kedunia, Negara dibawah kepimpinan UMNO/BN/Perikatan telah menyediakan kemudahan perubatan untuk pakteh...FREE

    2. Masuk sekolah rendah...FREE...

    3. Masuk sekolah Menengah...FREE...Dok Asrama..yuran cuma RM1 sehari. (Mahal dari gaji penasihat ekonomi Selangor). Dpt Biasiswa sebulan RM60

    4. Masuk STPM...FREE...dok asrama...yurah masih RM1 sehari. Dpt biasiswa RM90 sebulan

    5. Dpt belajaq ke IPT...pinjaman JPA bayaq sebulan RM50 ja bila pakteh dah keja.

    6. Bini pakteh (disebut Makteh), Mengandung, Kad klinik cuma RM1, dan rawatannya dari start mengandung sampai lahir anak....FREE

    7. Kitarannya masih sama...anak pakteh pun dah bersekolah...FREE...

    8. Tahun depan bila nak try hantar PERMATA...dah penuh n dimaklumkan pakteh tak layak kerana gaji lebih dari syarat. Pakteh Redha walaupun program PERMATA tu pakteh dah tenguk perjalanannya...BEST sangat2....Tahniah DS Rosmah.

    jAWAPAN PENUH PAKTEH AKAN ULAS DI BLOG PAKTEH
    http://www.betoika.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Sanusi,
    Mana nak dapat link bagi sidang dun kedah siaran lansung. Susah nak cari ni......Boleh bagi petunjuk

    ReplyDelete
  8. Pakteh ternantikan jawapan Tn. Haji seperti yang dijanjikan.

    ReplyDelete
  9. pakteh umoq brapa? saya masuk skolah rendah n menengah kena bayaq duit...x free pon..

    ReplyDelete