Friday, October 8, 2010

Hutang Depa: Kita Bayar - Depa Dah lama Kaya

Akhbar Utusan Malaysia semalam menyiarkan ‘cakap-cakap kosong orang politik’ pemimpin UMNO Kedah yang menyerlahkan betapa singkatnya maklumat yang ada di kalangan pimpinan UMNO pertengahan. Cakap-cakap itu juga mengesahkan betapa bercelarunya ‘kesatuan’ di kalangan pimpinan UMNO Kedah, malah di peringkat nasional sekalipun. Banyak yang dibuat senyap-senyap di atas, hingga orang bawah yang cuba bercakap supaya nampak ‘pandai’ dan ‘bersunggguh-sungguh membela rakyat’ akan terperangkap dan memalukan diri dan parti.
.
Kenapa, Dato’ Seri Shafie Apdal, sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, seorang Menteri Kabinet dan memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar tak memberikan sebarang komen atau respon tentang isu kenaikan tariff air di Kedah? Apa dia tak mau ambil pot membela rakyat yang Kedah yang ‘ditindas’ kerajaan Pakatan Rakyat? Apa dia sudah meluat dengan UMNO Kedah, atau UMNO Kedah tak suka dia?
.
Jawabnya… Kerana dia tahu, kenaikan tariff itu adalah kehendak dan arahan Kerajaan Persekutuan, dibincang diluluskan dalam mesyuarat kabinet. Malah, Pindaan Perlembagaan Persekutuan dan kelulusan Akta Industri Perkhidmatan Air (Water Services Industry Act – WSIA) (Akta 654 dab 655) di buat oleh Kerajaan barisan Nasional yang memerintah Negara ini pada waktu itu – tahun 2005 & 2006. Pindaan Perlenbagaan dan kelulusan Akta-akta inilah yang menyebabkan ¾ hak kerajaan negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia terhadap sumber dan perkhidmatan air negeri-negeri ‘ditakluk’ oleh Kerajaan Persekutuan.
.
Penaklukan ini berasaskan dua kehendak kerajaan persekutuan. Pertama memungut hutang yang menimbun sejak merdeka, kedua mengurangkan kuasa kerajaan negeri dalam sektor strategik dalam ekonomi, keselamatan, sosial dan politik. Penaklukan ini berlaku penuh strategik, seperti yang pernah dilakukan dalam sektor tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
.
Sejak 2003, pemimpin kerajaan BN di Pusat mencaturkan pindaan perlembagaan yang terjelma pada 2005 dan diwartakan pada 2006. Kelulusan ini yang menjadi sebahagian perlembagaan telah membatalkan semua Enekmen negeri-negeri berkaitan bekalan air. Asasnya... mana-mana undang-undang (Akta / enekmen / Ordinan) yang menyalahi perlembagaan, adalah terbatal!
.
Kenapa berhutang melalui pinjaman daripada pusat? Selain menyelesaikan tanggungjawab asas kerajaan menyediakan bekalan air bersih, pinjaman juga menjamin pemimpin politik kerajaan peringkat negeri menentukan siapa yang mendapat kontrak membina loji, paip, rumah pam, tangki dan semua infrastruktur air. Projek-projek ini tidak melibatkan ribuan ringgit, tetapi bermula dengan jutaan. Sewaktu Syabas mengambil alih (penswastaan) bekalan air di Selangor, mereka memperuntukan modal 30 bilion. Itupun air di Selangor masih ‘berbunyi’ sampai sekarang.

Tarif dipaksa dinaikkan melalui Warta Kerajaan Persekutuan Jilid 54, No. 20, bertarikh 1 Oktober 2010, P.U. (A) 332 di bawah Tajuk Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi melaksanakan kuasa yang diberikan oleh Perenggan 84(2)(a) dan 179 (i) Akta 655, Menteri membuat peraturan-peraturan berikut:……………. Maka, berlakulah apa yang berlaku di Kedah. Bukan sahaja Kedah, seluruh negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia, tak ada yang dapat mengelak dari mematuhi Perlembagaan Persekutuan.Warta ini boleh dibeli di Percetakan Nasional Berhad, malah dibekalkan kepada Ahli-ahli Parlimen.

Kepada rakyat Kedah, ini bukan kehendak kerajaan negeri sekarang, ini angkara hutang menimbun yang ditinggalkan oleh BN selama 50 tahun memerintah Kedah yang sebahagiannya mendatangkan untung kepada sesetengah pemimpin waktu itu dan kroni mereka. Kitalah yang terpaksa membayarnya. Inilah kepandaian BN! Ini adalah arahan kerajaan pusat yang masih diperintah oleh gerombolan ini juga….. Kalau zaman dulu, orang berhutang ni anak dara pun kena bagi .... bersambung….
.
Esok: Air untuk rakyat Lawan Besi untuk Kroni… BN pilih besi!
p/s: Khabarnya SPRM dan mulakan siasatan...wait and see!
.

No comments:

Post a Comment