Friday, August 6, 2010

Derita miskin melarat ramai yang terasa: Ada yang tak gembira bila ada yang dapat keluar dari putaran ganasnya...

Ada prasa yang sering dapat dikongsi dengan beberapa kawan yang pernah menderita diulit derita kemiskinan dan kesusahan. "Masa susah tak ada orang tanya, tak ada orang nak tolong, masa senang ramai yang buruk sangka dan mereka cerita"...
.
Kawan pula tambah..."masa aku melilau cari kawan2 nak pinjam sikit beli susu anak, tak ada yang tumpang simpati, masa aku berada sikit, depa reka cerita aku curi duit kat mana...bukan nak mai tanya hang buat kerja macam mana...
.
Ada sahabat lama bagitau, dia kerja dengan company swasta, ada gaji dan ada komisyen berdasarkan performence. Lima tahun dia kerja tanpa cuti, kalau cuti pun hari jumaat ja, 15 -18 jam sehari, kadang-kadang tidur di pejabat. Di tahun ketiga, bini dia pun buat loan, dia mula buat rumah di kampung... ada sorang tu lalu depan rumah dia lepas balik menoreh pukul 11 pagi, naik gerek... sambail menjueh mulut, sambil geleng kepala. masa tu dia tengah mengecat.
.
Petang tu sampai la cerita, kawan yan lalu depan rumah tadi pi sembang di rumah orang sebelah umah dia, kawan saya tu dah kena buang kerja, makan rasuah sbb buat rumah besar, kalau tak percaya pi tengok sendiri dia tengah cat sendiri rumah dia...
.
Padanlah dia motong sampai ke tua, kerja 4 jam sehari, lepas tu suka reka cerita 'pedih-pedih' pasai orang... tuhan bagi setakat tu aja la rezeki dia... kata kawan saya.
.
Sebab tu agaknya tak ramai yang mau berlabuh di kampung bila agak berada...payah nak cerita kat orang, duit mai mana... tapi rupanya, di pekan pun tak ada bezanya...kawan-kawan sendiri pun terbawa penyakit kampung depa...
.
Orang yang senang di sekeliling kita mungkin deritanya dulu melebihi kita. Bersyukurlah bila dia diberi rezeki. Susah miskin ada jalan keluarnya...yang pasti bukan dengan jalan mengata caci nista...kena bekerja, bekerja, bekerja. Putaran kemiskinan ganas deritanya...begitu juga kebodohan! Keluarlah dari pusarannya.
.

2 comments:

  1. Sanusi,
    meratuih apa sangat2 aih...lagi syok puak2 tu duk membebel.

    Hang tok sah dok ambik kesah la sangat cherita2 pedih yang orang dok canang tu...biaq ka depa la...!!

    Bila depa rasa 'pedaq; lidah tu..berenti la sat...tapi kata nak berenti teruih belum tentu lagi....memang dah lumrah dunia macam tu, tambah2 lagi bidang yang ceburi ni memang dah dijanjikan tohmahan bermula dari langkah yang pertama lagi.

    Hikmah dia samada..1) Sebagai Tazkirah, 2) Menghapuskan dosa atau 3) Meningkat darjat...mungkin ketiga-tiga sekali...InsyAllah, kerana itu janjiNya.

    ReplyDelete
  2. Jika orang yang pernah bergelumang dengan kesusahan, rasanya tak salah kalau nak meratueh zaman-zaman silam. Segala usaha kena ada prinsip hidup, hendak seribu daya kalau tak hendak seribu daleh.Berkat usaha itulah, sekarang dengan izin Allah, adek telah ditempatkan dikerusi setiausaha politik menteri besar kedah darul aman yang selama-lama nya aman dibawah naungan duli yang maha mulia tuanku sultan yang sentiasa dalam ketenangan.Walau apa pun adek kena ingat bahawa ranjau itu sepanjang jalan yang diilhamkan dato shahnon ahmad, anak jati sik. bayangkan duri nibong, duri tambun taik, duri rhekait, duri keman gajah, duri rotan, duri keman, pokok jelatang, duri semambu dan lain-lain lagi duri dalam hutan.Setiap yang gagal tak semestinya kita gagal selama-lamanya (Orang yang gagal selalunya tak ada semangat juang) begitu juga yang berjaya, tak semestinya dia berjaya selama-lamanya. Hidup ini ibarat roda, ada waktu kita diatas ada waktu kita kebawah.Teruskan usaha.

    ReplyDelete