Monday, August 2, 2010

Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah

Salam... sat lagi, Sidang Dewan Undangan Negeri akan berlangsung. Sidang terakhir sebelum pembentangan Bajet 2011. Lepas MB kemuka usul kertas-kertas yang akan dibentangkan, soalan lisan Ahli Dewan akan dijawab oleh kerajaan. Biasanya sejam pertama bab soal-jawab ni. Barangkali sempatlah sampai soalan ke tujuh atau lapan daripada 60 soalan yang dikemukakan lebih awal. Tiap-tiap soalan yang dijawab, diberikan peluang untuk mengemukakan soalan tambahan berkaitan soalan asal, biasanya dua soalan dibenarkan. Kita tunggu tengoklah soalan apa dan siapa yang bertanya... siapa pula yang menjawab.
.
Tak tau apa pulak yang nak jadi soalan hangat kali ni. Kita tunggu sat lagi!! Mana-mana soalan lisan yang tak sempat dijawab, maka jawapan bertulis mesti diberikan pada hari yan lain. Tanya senang, jawabnya susah.
.
Siapa nak mai dewan hari ni, jam 9 boleh mai ramai-ramai. Pakaian baju melayu ataupun long suit.
.

1 comment:

  1. Selepas sidang dewan negeri YAB ust mai ke pejabat daerah yan jam 4.00 petang tadi. Dia mai sampai sumbangan kerajaan negeri, Kafalah, bagi gerek, bagi mesin potong rumput, bagi injin potong kayu, bagi injin pum tabur benih padi, mesin tebu, alat-alat buat kuih, jumlah semua diumum pegawai daerah rm246,000.00, cuma ada baki rm4,000.00. ini lah betui-betui pegawai daerah pegang amanah.hadir sama yb ust firdaus, yb. dr hamdan, yb. dato ku rahman dan semua pegawai kerajaan negeri daerah yan. Yang terkejut sikit dalam ucapan YAB Ust, ada bagi tau peruntukan DUN Guar Chempedak ada RM300,000.00, tapi tak tau duit tu pak ku buat apa, kut-kut bagi kat geng-geng umno yang sewaktu dengannya tak tau lah.Yang kerajaan bagi hari ni, tak kira sapa, layak saja dia bagi. yang ni lah orang umno yan kalah dengan YAB Ust.Cara pembawa dia tu, orang sejuk hati.Kawan cina dok dekat saya tadi, Lu tengok, olang cin mati pun ust. azizan bagi luik juga ooo, kalau ini macam, itu umno kasi hampui sama dia ooo.Cuaca hari ini panas, angin pun tak dak, tapi bila gendang keling bunyi angin pun mai sejuuuuuuk ja.

    ReplyDelete