Thursday, August 5, 2010

Kepada yang mengirim ucapan Selamat hari Ulangtahun ke 36, jutaan terima kasih di atas ingatan Tuan.

Masa umur enam tahun, tahun 1980, aku sudah ada 9 adik beradik (semuanya 13 org)...duduk di Sg Pau, di sebuah rumah papan tanpa pintu tanpa tingkap dan tanpa bilik. Dinding pun papan jarang-jarang. Depan rumah ada pokok durian pokok petai, halaman rumah tak ada, hanya ada paya. Belum ada sebatang pun pokok rambutan milik keluarga masa tu... musim buah, durian banyak, 'moktan' kena pi umah tok. Waktu malam, belum ada elektrik masa tu, selimut gebaq syer dua orang...warna ala-ala guni tepong gandum. Musim sejuk, masuk gulung tikar, kalau setitik air embun dari atap zink menitik atas kaki, Aduuuhhhh! sejuk sampai tulang hitam. Ada dua tangga naik kerumah, satu di depan, satu di pelantar (jemoran). Pagi-pagi pakat himpun sampah daun durian bakar berdiang...sejuk sungguh dulu-dulu.
.
Mak keja tanam ubi dengan taukey cina Ah Neo, upahnya Rm5.50 sehari. Pak pi keja buruh binaan di Singapura. Satu hari tengah-tengah merong sampah (cuci tanah) utk tanam ubi milik sendiri, satu tunggul kayu tercacak kat kepala mak aku, abang aku baling untuk masuk dalam unggun api. Mak aku menangis kesakitan. Lama juga menangis...tak dak klinik dan hospital untuk berubat. Selaput tunggul, daun kapal terbang untuk hentikan pendarahan, Toyu dengan kopi aja la ubatnya. Hidup diselimuti kemiskinan...kaya dengan adik beradik... orang banyak yang menjueh! Tak ada sebijik gerek pun. Kemana-mana hanya jalan kaki, mandi telaga di paya, ada ketika lauk hanya garam dan minyak goreng ikan tamban. Baju penuh getah cenerai peluru caplong. 'Game' yang popular ialah 'lawan-lawan'...hulubalang, panglima, pendekar tujuh beradik. Kain batik mak jadi sampin pendekar...
.
Masa umur 16 tahun, 1990, aku belajaq di SSMJ, Sungai Petani, tengah buaih! Kena hantaq balik ke SMS. Adik beradik masa tu dah 'full'. Dah isi borang PAS dengan Pak Njang Bashir. Pak aku keja tukang rumah, dok buat rumah di kemelong dengan Pak Long Mud Tok Didik. Satu hari lepas 'dihantaq' ke SMS, kena tangkap sbb bawa rokok ke sekolah, Pak aku dipanggil jumpa pengetua. Kerana rokok ada dua batang, dia ambik sebatang, pak long mud sebatang, dia cucuh, dia balik pi kerja....cikgu dengan pak aku sama-sama tak tau nak buat apa dah...
.
Masa umur 26 tahun, aku sedang mnanti kelahiran cahaya mata pertama, yang kemudiannya aku namakan Nurul Fatihah. Duduk rumah sewa di Kg Baru, Pokok Sena, Kepala Batas, P. Pinang. Kerja di CAP, Jalan Macalister. Isteri mengajar di Sekolah Cina di Bagan Ajam.
.
Masa ni umur 36, menyewa rumah di Taman Lumba Kuda, Alor Setaq. Kerja dengan YAB MB. Rumah di kampung terbiar kosong. Adik beradik bertebaran dengan kerjaya masing-masing. Semuanya sudah 'kaya' banyak berbanding 30 tahun dulu. Pak aku umur 70 tahun, dah 15 tahun jadi imam di Sg Pau, Mak sakit-sakit lutut di usia 60 tahun, ada cucu 42 orang. Adik beradik semua dah kerja, yang bongsu saja belum kawin kerja jururawat pegigian di Puchong. Kakak sulong umur 46, yang bongsu 22. Aku no 7, enam di atas, enam dibawah. Miskin dan susah tetap jadi hal paling menyentuh hati sanubari, menghilangkan rasa sayang pada duit dan harta, sering menumpahkan air mata...memberi apa yang ada, dibina dari sejarah silam yang sengsara.
.
Seingat aku, aku masih boleh bayangkan wajah tok chair Mat yang sedang sakit atas rumahnya, perutnya berkedut-kedut, tak kurus tak gemok....dia meninggal tahun 76, umur aku dua tahun. Itulah bermulanya memori, terpahat sampai kini... sepanjang jalan menuju hari-hari untuk mengadap Allah s.w.t. Semoga bertemu di usia 46.
.

7 comments:

  1. Muda lagi rupanya sahabat aku ni...dan lagi untuk pelingkup umno-apco...InsyAllah!

    Teruskan Perjuangan. Jangan biar walau sehari berlalu tanpa memikirkan tentang ISLAM!

    Tahniah!!!

    Alhamdulillah...Syukran!

    Sh'irrubarakatillah..!!!

    p/s:

    Dulu, sebak berkongsi pilu kala terbiar,

    Kini, arrrggghhh..usah dikenang pilu semalam!!!

    Doa dititip buat sahabat...dekat tapi jauh.

    Bersatu fikrah biar terpisah arah..pasrah walau gundah.

    ReplyDelete
  2. Geng-geng aku pun sama. Dulu hidup susah sangat, la ni boleh lah. Setakat 4 ringgit secawan kopi Old Town tu, anggap 4 kupang saja lah. No hal. Duit elaun bulanan saja, makan tak habih. Alhamdulillah, hidup aku tak se susah dahulu. Rezeki Allah Taala bagi, aku bersyukur. Berkat kesabaran perjuangan agaknya.

    Aku harap, mentor aku, Bang Jan,dapat mentadbir Kedah dengan sebaiknya. Janganlah PAS rebah PRU 13 nanti...aminn....

    Aku sayang sangat Bang Jan. Dia memang hebat. Para pendokong parti pun dah mula faham. Siapa tak faham, mesti kena faham. Nak tadbir negeri bukannya senang. Kerusi yg duk duduk ni pun, 1 kaki orang lain punya. Jadi, hangpa pun jangan lah hingaq sangat bab-bab undang-undang Islam ni. Satgi ramai orang lari dari kita. Kan susah. Aku tak mau la jadi susah balik. Susah oo..

    Bang Jan tau la apa dia buat. Minta hangpa tulong pakat rhenggah gelak saja bila dia perleceh Umno. Yang tu tetapla..penyeri kehidupan. Kita kena entertain low mentality supporter kita. Mengutuk tu makanan asasi depa.
    Orang Umno pun hangpa janganlah kecik hati pulak. Hangpa nak mentekedarhah apa pun, hangpa buat la..senyap-senyap, janji jangan tokak kami balik saja. Bang Jan baguih apa. Dia tau hangpa memang jenis berok, tapi tengok, dia tak buang pun hangpa. Kira ok la tu. Jawatan tetap ada. Kita pakat-pakat la bersepakat no..

    Tak mau la jadi susah balik........

    ReplyDelete
  3. awat yg gaya buat ayat benci sangat kat abang setpol kita? dia ada kacau hidup kita ka yg dok tembak dia sakan sangat..
    dah nama dia pon berjawatan..mesti ada gaji..dah ada gaji.takkan tak leh nak makan atau minum? nak minum kopi mahai tegha mana pon..dah nama pon duit gaji ngan elaun dia..
    epatutnya kita menilai tahap tugas beliau samada bagus atau tidak..kehidupan mewah memang tak lari bila kita berjawatan..takkan laaa dah ada elaun ngan gaji mahai..kluaq lepak ngan kengkawan nak blanja ayaq suam sahaja? buat belakang kita pakat dok kutuk kata kedekut!
    hampa ni..buat baik pon susah, buat jahat lagi la hampa rasa susah...
    susah senang tu ketentuan ALLAH..kita hanya berusaha...walaupun beliau ada kereta bernilai 190K pon bukannya dia bayaq cash..tetap menanggung hutang nak bayaq bebulan..selama 9 tahun..jadi dia kena usaha maintain kan tugas dia agar PR kekal dalam negeri kedah sampai PRU 13 nanti..
    cuba buang sikap suka buat tanggapan buruk kat orang.tuhan balas balik bukan kat kita..tapi kat anak2 kita..mintak simpaaang..
    saya harap kita berblog dan berdebat secara sihat..yang salah kita tentang habis-habisan..tak kira PR atau BN..yang betul dalam tugas kita sokong tanpa henti agar moral dia tak jatuh ketika memimpin...

    P/S tak salah kot budak kanyiaq ni bagi nasihat kat orang yang lebih makan garam dari saya..kot2 ada perasaan ego plak..melenting nak ajak bertumbuk ka hapa...kekekekekek

    COOOBAAAANNN.....

    ReplyDelete
  4. anyway..happy besday to bro setpol sanusi..memoga panjang umoq..murah rezeki...kot ada rezeki lebey..mai la blanja saya minum ayaq kopi ka neskape kaaa..

    ReplyDelete
  5. Terlebih dulu abang ucapkan selamat hari jadi yang ke 36 kepada adek sanusi.Saya cukup kenai dengan ayah adek tu. cuba kita bayangkan la ni, macamana ayah bela kita adek beradek sampai sanggup pi singapura kerja cara makan nak bela anak. 1980 hutan simpan dekat sg pau tu tak tolak jadi kampong keda macam la ni. Selalu singgah disurau sg pau sembahyang asar waktu balek dari kuala pegang pi pugaq tanah dengan orang tua abang. Musim durian banyak kawan-kawan dok jual tepi jalan. masa tu kalau beli rm20.00 dah mewah dah. Zaman silam kita memang susah, dulu mengaji diSMG kena kayuh gerek, 11 batu pi 11 batu balek, jalan pula ikut lorong batas keretapi. Selalu balek sekolah betumbuk dengan anak cina kg. baru, depa kena rantai gerek, lari lintang pukang, bos abang din black, selalu kena rotan dengan guru besar narayanan. ingat sekali geli hati. mula hidup naik gerek, lepaih tu pakai honda 70 second hand, lepaih tu pakai rc 80, lepaih tu pakai honda ex5, kawan kesian jual honda civic cowboy, lepaih tu pakai magma, beli lagi kancil, kawan pula curi kancil pada 8.3.2008 pagi mengundi tu. la ni ada 2 biji kereta. macam tu berkat usaha dan kesabaran kita dalam mengharungi hidup. apa pun kita jangan jadi orang zaman 60an dulu, kalau musim kemarau bangkit pagi, nak pi mandi sejuk, malas pula tu, dok sentong kain raba kote, tak senonoh langsung. Apa pun, YAB Ust azizan lebih arif kalau kita nak cerita bab susah ni. makan nasi dengan garam, minyak lauk, pisang rebus, pisang lenyek, pucuk ubi cicah dengan cabai melaka, dah jadi resam bagai kita yang pernah susah.Susah kita jangan kita pulangkan dendam itu kepada anak-anak kita. bagi abang, anak-anak abang cukup mengerti susah payah ibu bapa mereka. kini abang bersyukur lima orang dari enam beradek telah berjaya kemenara gading dan tiga darinya telah menjawat jawatan sebagai pengajar, pensyarah dan juruanalisis digital. Dari coretan adek, abang dapat rasakan bagaimana susahnya hidup dizaman itu, malahan kawasan sik, pdg. terap dan baling adalah daerah termiskin dikedah masa itu. kini semuanya sudah berubah dan yang tak mau berubah tu kita cuba sedarkan supaya mereka berubah. kena tanya haji shafie yang ada kandang kambing sebelah taman lumba kuda,bagaimana nak berubah. Salam perjuangan.

    ReplyDelete
  6. ha3 samala umuq kita no. lagi kita kan sama sekolah - mat jiwa. hang org sg pau, aku org batu lima. hang kenai lagi kot.

    ReplyDelete
  7. Al Amin, depa bukan benci atau marah...depa sama macam kita, nak pastikan yang terbaik dari kerajaan PR di Kedah. Cuma caranya kadang-kadang caranya macam cerita beruang halau lalat dari muka tuan dia...kibaih tak lari, ambik batu hampookkk!

    ReplyDelete