Sunday, August 9, 2009

Sidang Akhbar DiBatalkan

Atas pertimbangan semula bahawa akan ada sidang akhbar pada hari sidang DUN iaitu 9 Julai 09, maka sidang akhbar khas di Seri Mentaloon ditangguhkan. Esok la kita tanya soalan-soalan tu semua. Tapi saya lebih berminat pada jawapan yang telah diberikan secara tidak langsung sejak Mac 2008.
Mac 2008 membuktikan BN ditolak, semua parti dalam BN ditolak oleh rakyat. Rakyat memilih untuk tidakmengundi BN. Pengganti BN mesti lebih baik, lebih efisyen, lebih bersih, lebih berintegriti, lebih...lebih..itu dan ini. Tapi yang ganti BN juga adalah manusia hidup!
Hidup yang paling baik ialah hidup bersama orang lain, berjemaah, bersosial dan berkerjasama dengan ada peraturan, matlamat dan ada sempadan. Peraturan, matlamat dan sempadan inilah yang diajar oleh agama. Semua yang dilalui sepanjang hidup adalah satu set ujian dari Allah s.w.t. Ujian untuk membuktikan kita adalah hambaNya, dan khalifah untuk mentadbir muka bumi ini. Jika kita gagal, ada balasan, jika kita berjaya, ada balasannya juga. Di akhirat kita akan hidup selama-lamanya, derita atau bahagia bergantung kepada lulus atau gagal kita dalam ujian membuktikan kehambaan kita kepadaNya. Inilah intipati hidup berteraskan Islam.

1 comment:

  1. Assalamualaikum ...
    Agak pening jugak seketika bila membaca kenyataan Tuan mengenai tarikh sidang DUN Kedah tu ... tak silap saya 2kali Tuan memaparkan Sidang DUN Kedah adalah pada "09 Julai 2009" ...

    Sedangkan saya rujuk laman rasmi Kerajaan Kedah : berbunyi ; Persidangan DUN Kedah
    Mesy. Kali Pertama Penggal Kedua
    Dewan Undangan Negeri Kedah
    Pada 9 Ogos 2009/18 Syaaban 1430H

    Hmmm, sebagai SETPOL, Tuan harus berhati-hati dengan tarikh ... bukan apa, takut tersilap tarikh, Wakil Rakyat pulak susah nanti ... hehe ... bila Wakil Rakyat pun tersilap tarikh akibat setpolnya, maka kelam kabut nanti ... :)

    Sekadar memberi pendapat kepada "musuh politik" ... tetapi Saudara SeIslam dan SeBangsaku ... Salam Hormat ...


    AloQStaQ
    09/OGOS/2009

    ReplyDelete