Monday, May 23, 2011

Lamanya Tak posting...macam-macam hal

UUM.

Sejak UUM senyap, saya pun senyap! Tup-tup malam Rabu lepas kawan di SADA telefon, paip UUM dan meletup-letup tak dapat tampung kemasukan air seperti yang diminta, 13 juta liter padu sehari. Bila loji Padang Sanai mula beroperasi pada 15hb, kawasan yang ada masalah dulu banyak dah selesai. Oleh kerana orang-orang besar UUM dan lajak cakap sebelum ini bahawa depa tak ada masalah dari segi infra, yang bermasalah ialah SADA, maka bila paip meletup, cepat-cepat depa kata mantainance biasa saja! Meletup tempat lain kot??! Alah bang...semua orang tau... upgrade lah! Jangan malu-malu! Orang kat luar ni nak senyum saja. tak kata apa-apa pun. lain kali jangan pakai baju UMNO untuk tadbir institusi macam UUM.


Haaaa...jangan tak tau pulak! KPT sudah merayu untuk kurangkan cukai tanah UUM...kan ramai dok kata Kerajaan Pusat tak berduit sekarang ni, terpaksa merayu dari Kerajaan Negeri untuk kos serendah RM1.7 juta... kecik laaa kalau nak banding dengan income dan pertumbuhan yang diwar-warkan... nak syarah apa lagi...bajet 300 juta setahun pun tak cukup nak bayaq cukai tanah. Menteri Pengajian Tinggi tentu kena belasah dalam mesyuarat kebinet nanti...tunggu laaaaa!

FB vs Blog
Banyak juga kawan-kawan komen saya tak aftif di Fb...tempat orang cerita semua hal sekarang ni. Terima kasih lah. Prihatin la tu. Bila mula cerita di Fb, blog pulak terbengkalai...masa ada banyak tu saja...capai satu luruh satu...nasib badan lah. Ramai juga dok tanya bila nak update blog, saya kata blog orang tak tengok dah la ni...semua main fb. Masa fokus blog, orang kata pulak tak aktif fb, media perdana sekarang. Ok, nanti kita cuba dulu...mana yang sempat. Fb generasi Y (mobile), Blog generasi X...outdated! Hah! penin...

Manifesto

Alhamdulillah, laporan penuh manifesto dah siap edit dan update, dah hantar cetak...YB Dato' Amir dah bentang dalam ijtima'. Sehari dua lagi keluarlah di pasaran...Percuma! Ada peningkatan dari mula saya post dlm blog sampai sekarang , percentage pelaksanaan sudah berubah...kalau bagi masa lebih lama...tentu lebih banyak dapat dibuat...tahniah kepada semua yang bertungkus lumus bekerja untuk menunaikan amanah! UMNO? Heh barang sudah tentu depa kondem, peduli apa sangat, itu manifesto kita, kita yang laksana, depa mana tau. Kalau depa tak komen baru kita pakat hairan...kalu hentam gila-gila, laaa...nak pelik apa, memang keja depa....Pembangkang lah katakan!

OPS! Terbaca dalam akhbar tadi Rozai kata pemuda UMNO Kedah, khususnya Pemuda UMNO Pendang kena bersedia menghadapi pembangkang! Aik! Nak lawan sama sendiri ka? Pembangkang di Kedah ni ialah BN...kot mana Rozai boleh silap cakap ni. PAS dah jadi kerajaan...dia tak sedaq lagi paaaa. Patutlah duit yang pinjam untuk buat bangunan UMNO Pendang tak bayaq-bayaq, dia lupa!

Harian PAS Pusat melawat Kedah.


Alhamdulillah, Presiden, Timbalan presiden, Naib-Naib Presiden dan semua pembesar parti dapat dibawa melawat semua tempat yang dijadualkan. Memang nak bawa tengok banyak lagi pencapaian Kedah di bawah PR ni, tapi masa tidak mengizinkan. Dalam masa 2 hari satu malam, Kuala Lumpur dapat melihat dengan jelas apa telah berjaya dibuat di Kedah. Presiden sangat berpuas hati dengan pencapaian Kedah, yang agak kurang diberi publisiti sebelum ini. itu baru 3 tahun...kalau sepenggal lagi, colourfull lah Kedah!


Duit Senggara Jalan JKR di Selangor dan Kedah tak diguna dengan betul - Shaziman Abu Mansor


Apa kata kita tanya negeri-negeri lain, lagu mana depa belanja duit tu? Dato' Phahrolrazi, EXCO yang jaga bab JKR kata lagu mana kerajaan dulu belanja duit tu, lagu tu lah kitapun... sebab apa... Pegawai-pegawai JKR, UPEN, Kewangan yang dok mengurus atoq duit tu pun orang yang sama, guna prosedur kewangan yang sama, tatacara perbelanjaan kewangan yang sama, pekeliling yang sama... dari dulu sampai laaa ni..tak ada arahan untuk ubah apa-apa pun! Pasai apa Selangor dan Kedah saja... awat? ada perubahan yang Kedah dan Selangor tak update ka? Ish!Ish! Musykil! Musykil!


Oh! Rupanya depa nak divert tu dari akaun kerajaan negeri ke akaun lain...Laaa...awat tak habaq terus terang. Berlapik-lapik la pulak Shaziman ni punnn... kalau masuk akaun kerajaan negeri Ketua-ketua Bahagian payah nak atoq projek, nak agih sama-sama depa dan kawan-kawan. Dato' Shaziman! kalau dulu kawan tu yang ada mesin dan alat2 jentera berat buat jalan, la ni pun depa juga la dok buat jalan tu...orang lain tak dan lagi nak beli mesin-mesin mahal tu...jangan takut! Orang PAS tak larat beli stamroll pun... lagipun, stamroll bukan buleh trekta bendang...nak beli buat paaaa...ada menatang berat tu pun, menatang boh tar pulak tak dak, akaun hutang di kuari pun tak dak, tektenoon pun tak dak...orang yang asal2 ada pekakas tu juga la dok buat keja ni.,..bezanya mungkin...tak dak ashoookk kat ketua bahagian! Tu saja..dato' selesai kot lain laaaa...bagi la sikit yang dok taruh  tu.


Video Pun Basi


Heran juga! benda besaq, bahan penting, peristiwa sejarah, dan modal paling besar tiba-tiba jadi sunyi dan sepi...tak bermaya. Video seks yang dikatakan melibatkan bakal pemimpin negara Islam tersohor di dunia tiba-tiba senyap! Aik...Heran!  mana pi dah tukang-tukang salak dan tukang selak? Dok sibuk rakam adegan yang lain pulak ka? Please make sure....ha ha ha ... perut tak buncit, tetek tak landoq! Jangan sampai tokey hampa naik basi sudah...


PRU-13


Dah tak lama dahhhh!!! Ada kemasukan besar-besar di Kedah, Selangor dan Perak...AWAS! Derih Jusoh jadi pengarah laa ni..dia dah buktikan kejayaan di Terengganu tahun 2004. Mudus operandinya sama. Ada masa lagi niii...cepat cari pi tolong daftar pemilih baru.


Undi POS mansuh...hanya untuk yang sedang bertugas di perbatasan sahaja. yang kerja rutin di kem, yang sedang jadi admin, pegawai-pegawai yang jaga pusat-pusat latihan, pelatih, dok atas kapal yang tak belayar...dah kena undi macam orang awam..Macam mana tu? tak jelas lah SPR. Dulu pun, masa depa mengundi, agen kita tak leh cek nama, boleh tengok kot jauh saja walaupun dibenar masuk ke kem...la ni macam mana pulak? cuba habaq bagi jelas sikit! Jangan pulak mengundi secara awam di kem Sg layar, pi kira di UPU Kota Aur, Sik...punggahhh!


esok cerita lain...........ada banyak lagiiiii..

Friday, May 20, 2011

Lawatan Presiden PAS Ke Ladang Lembu di Laka Temin.

Sent via BlackBerry from Maxis

-----Original Message-----
From: sanusimdnor@gmail.com
Date: Fri, 20 May 2011 12:20:40
To: <sanusisetpol.newpost@blogger.com>
Reply-To: sanusimdnor@gmail.com
Subject: Lawatan Presiden PAS ke Ladang Lembu di Laka Temin.


Sent via BlackBerry from Maxis

Friday, May 6, 2011

Mengapa Rayuan rebet Cukai Tanah UUM Ditolak.

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
@ kedahla.blogspot.com

BULETIN UTAMA TV3 cuba memanipulasi isu penolakan rebat cukai tanah yang dipohon UUM.

Pihak UUM sebelum ini telah merayu kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja seperti yang dinikmati pada 2006-2008, berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun lagi.Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011.


Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta. Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan. Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang ‘tidak disengajakan’ itu untuk menjelaskan cukai.

 
Satu lagi alasan yang diberikan ialah keluasan tanah UUM adalah 1,104.3 hektar tetapi hanya 57% dari keluasan tanah tersebut atau 627.8 hektar sahaja yang dibangunkan. Orang kampung yang mengusahakan sawah padi tetap perlu membayar cukai tanah meskipun pada tahun tertentu sawah mereka dilanda banjir, mereka tidak pernah menggunakan hujah ‘ala UUM’ untuk meminta rebat cukai.

Kadar cukai tanah yang dikenakan ke atas UUM ialah RM0.20 bagi satu meter persegi, bermakna jumlah keseluruhan ialah RM1,744,357.00. Bagaimanapun berlaku pengambilan sejumlah kecil tanah UUM iaitu 3119.3662 meter persegi menyebabkan taksiran cukai berkurang menjadi RM1,743,735.00.

Kadar RM0.20 bagi satu meter persegi adalah kadar cukai tanah mengikut semakanhasil tanah pada 2005 yang menjadikan cukai tanah UUM sebanyak RM1,743,735.00. Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru bagi UUM ialah RM2,615,602.00!

Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dilaporkan tidak bersetuju terhadap rebat oleh UUM itu kerana ia boleh dijadikan ‘precedent case’ atau kes duluan untuk dijadikan rujukan. Hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri Kedah dari tanah-tanah milik Persekutuan di negeri ialah RM31 juta setahun.

Jika UUM diberikan rebat, bayangkan jika semua jabatan Persekutuan tersebut, khususnya IPTA membuat rayuan terhadap kerajaan negeri menggunakan alasan yang sama yang digunakan UUM; maka ia meletakkan kerajaan negeri dalam dilema kerana tidak adil dalam melayan pembayar cukai tanah. UiTM Merbok dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, lebih sekali ganda dari yang ditanggung UUM. Bagaimana jika UiTM Merbok turut meminta rebat, kerana alasan mereka lebih kuat untuk meminta rebat?


Sepanjang tiga tahun memberi rebat pada UUM (2006-2009) kerajaan negeri telah kehilangan hasil sebanyak RM4,933,071.00. Sekiranya permohonan untuk mendapat jumlah rebat yang sama dipanjangkan lagi selama lima tahun maka negeri akan kehilangan hasil sebanyak RM8,218,675.00. Jumlah tersebut adalah terlalu besar untuk bukan sebuah negeri maju macam Kedah.


Jika pihak UUM masing ‘membuat bising’ kononnya kadar cukai tanah RM0.20 satu meter persegi yang dikenakan terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar, maka eloknya kita meneliti kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap IPTA di negeri lain sebagai rujukan.


USM Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi. Manakala semua premis milik Pusat seperti sekolah, balai polis, hospital dan lain-lain yang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan maka kadar untuk satu meter persegi ialah RM0.55. Semua premis tersebut tidak sibuk meminta rebat, UUM pula yang tiba-tiba menjadi Universiti Uzur Malaysia yang perlu diberi rebat.


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada UUM. Cakapnya ‘double standard’ kerana dia tidak mengulas hal yang sama bagi UNIMEPS atau mana-mana IPTA yang terletak di negeri-negeri ditadbir BN. Sepatutnya negeri BN menjadi contoh dalam memberi rebat ‘gila-gila’ itu kepada semua IPTA yang terdapat di negeri masing-masing, tapi ia tidak berlaku.


Di Kedah, di mana sahaja ceramah politik BN diadakan maka isu cukai tanah UUM menjadi isu wajib untuk diulas. Ini menunjukkan bahawa permohonan rebat oleh UUM terhadap kerajaan negeri bukan ikhlas demi pembangunan pendidikan tetapi lebih menjurus kepada provokasi politik.


Apabila nanti kerajaan negeri menolak maka bolehlah jentera propaganda mereka menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata bahawa kerajaan negeri menindas institusi pengajian tinggi. Jika itulah maksud yang tersirat dari apa yang tersurat, maka ‘eloklah’ mereka meneruskan niat busuk tersebut.


Soalan politik yang mereka ajukan kepada kerajaan negeri sekarang ialah; jika masa BN dulu mereka boleh beri rebat, mengapa sekarang tidak?


Jawapannya begini:

1) Mengapa kerajaan negeri Perlis yang diperintah BN kini tidak memberi rebat kepada UNIMEPS yang kadar cukainya jauh lebih tinggi dari UUM? (Jawapan dalam bentuk soalan)


2) Kerajaan negeri dulu hilang hasil dari RM4,933,071.00 akibat pemberian rebat, tetapi perbelanjaan pengurusan negeri terutamanya dalam bidang kebajikan rakyat banyak diambil alih oleh Pusat akibat kelemahan kerajaan negeri pada masa itu. Sekarang kerajaan perlu berdikari kerana bantuan Pusat tidak lagi melalui negeri. Sekalipun Kedah masih dibawah pemerintahan kerajaan BN Pusat namun Kedah adalah antara negeri yang dianaktirikan oleh BN Pusat. Ramai dari senarai penerima bantuan E-Kasih ditamatkan bantuan bulanan oleh Pusat sedangkan senarai E-Sinar di bawah negeri terus menerima bantuan.


3) Di samping perlukan dana untuk pembangunan negeri dan kebajikan rakyat, kerajaan negeri kini terpaksa menjelaskan hutang tinggalan BN lalu sebanyak RM2.3 Billion, di mana RM1.83 Billion darinya adalah hutang berkaitan air.


4) Kerajaan kini sangat mementingkan kebajikan rakyat, justeru akan mempastikan setiap sen duit yang menjadi hak rakyat diguna untuk kesejahteraan rakyat. Ini berbeza dengan kerajaan lalu yang lebih mementingkan 'orang kaya' (UUM) dari rakyat yang ramai masih miskin.


Wednesday, May 4, 2011

UMNO Pula Mai Join PAS

1. Politik tanahair kini menyaksikan UMNO dan BN terus mendendangkan irama lama yang kian sepi tidak dipeduli. Malah seninya kian pudar dan "tone"nya kehilangan sentuhan pitching yang tepat. Persembahan tidak seimbang dan penampilan tampak pincang. Apabila UMNO mengajak PAS sekali lagi menyertai Barisan Nasional dan jikalau PAS tidak mahu menyertai Barisan Nasional, keluar Pakatan Rakyat pun jadilah. Saya lihat UMNO kini seperti Pungguk Rindukan Bulan.

2. Mengatas nama bangsa dan agama, UMNO melalui Presidennya terus mendesak agar PAS menyertai BN atau sekurang - kurangnya keluar Pakatan Rakyat. Jelas agenda mereka hanya satu iaitu mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat yang dilihat semakin utuh atau dalam erti kata lain ialah untuk meretakkan kesatuan dan keutuhan Pakatan Rakyat.

3. Demi bangsa dan agama ! begitulah tone lama yang pitchingnya sumbang. Kononnya PAS tidak boleh bersama DAP kerana DAP menentang perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Tiba - tiba MCA yang menjadi rakan kongsi UMNO di dalam BN bingkas memberi amaran, jika PAS menyertai BN pastikan PAS tidak memperjuangkan negara Islam. Inilah barangkali suatu contoh tindakan yang pernah disindir oleh Allahyarham P. Ramle sebagai Masuk Angin Keluar Asap.

4. Menariknya, UMNO seperti telah mengiktiraf bahawa perjuangan PAS adalah untuk Islam, justeru itu mereka sangat bimbang kalau - kalau perjuangan suci itu dihalang oleh DAP lantas menggesa PAS keluar dari Pakatan Rakyat kalaupun tidak mahu menyertai BN. Saya mahu ucapkan terima kasih diatas pengiktirafan secara tidak langsung itu setelah sekian lama sejak tahun 51, PAS diitentang serta dibelasah habis - habisan oleh UMNO dan BN lantaran mereka tidak pernah mengiktiraf perjuangan PAS untuk Islam sebelum ini.

5. Setelah saya kemukakan 4 perenggan di atas, isunya terhenti di atas dua point.

Pertama : Demi bangsa dan agama, PAS tidak boleh menyertai Barisan Nasional kerana kompenan kedua besar parti Barisan Nasional MCA telah memberi amaran agar PAS tidak memperjuangkan negara Islam. Sedang DAP melalui pengerusinya Karpal Singh di Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu telah memperlihatkan keterbukaan beliau terhadap dasar perjuangan PAS ini apabila Karpal Singh mengisyaratkan bahawa isu negara Islam boleh dibincang. Sedang DAP memberi isyarat bahawa isu negara Islam boleh dibincangkan, MCA pula membentak keras memberi amaran kepada PAS supaya jangan memperjuangkan negara Islam.

Kedua : Apabila UMNO telah mengiktiraf Islam yang diperjuangkan oleh PAS, lantaran itulah UMNO kelihatan malu malu sayang lalu menggesa supaya PAS keluar Pakatan Rakyat bimbang ianya dihalang oleh DAP. Maka saya berpandangan, amat wajarlah UMNO yang menyertai PAS demi masa depan bangsa dan agama atau sekurang - kurangnya UMNO keluar Barisan Nasional kerana MCA jelas lantang menentang Islam dan penubuhan negara Islam sementara UMNO kini kelihatan sangat berminat dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Untuk apa lagi UMNO menahan rasa dan membendung resah bersekongkol dengan MCA.

6. Saya meninjau pandangan umum dari kalangan rakyat awam yang mempunyai akses dengan maklumat ketiga dan rata - rata dalam kelompok yang saya temui mempercayai bahawa kini UMNO dan BN terdesak untuk kembali memulih potensi memiliki dua pertiga majoriti mereka di parlimen. Tiada link kedua melainkan UMNO mesti merencana sesuatu untuk memecahkan kesatuan Pakatan Rakyat ekoran inilah satu - satunya tembok penghalang untuk UMNO dan BN merealisasikan impian mereka.

7. Mengaibkan peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyebarkan video lucah kepada umum, pula mendahului siasatan yang adil dan saksama adalah diyakini sebagai sebahagian usaha untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Character assassination ini dilakukan dengan penuh teliti dan terancang. Merentasi kewajaran dan rasional masyarakat bertamadun. Berteraskan prinsip politik Mechavelli "matlamat menghalalkan cara", kini UMNO mencipta satu lagi sejarah hitam politik negara dengan memperkenalkan Politik Lucah yang jijik dan mual.

8. Sebahagian masyarakat pula cepat mengesan bahawa ini tidak lebih dari sandiwara UMNO dan BN apabila tangan kirinya menggapai PAS untuk menyertai mereka sementara tangan kanannya pula siap belati dan sabit bermata dua untuk menikam dan mencincang PAS. Realiti ini jelas diperhati umum, sebagai contoh pilihanraya peringkat negeri Sarawak tempohari, walaupun BN tahu PAS hanya bertanding di 5 kerusi, tetapi Presiden BN yang juga Presiden UMNO terus mengasak dan mengganyang PAS seolah - seolah PAS satu - satunya lawan mereka di Sarawak.

9. Saya tidak bermaksud malah tidak pernah berselera untuk UMNO dan BN menghulurkan simpati kepada PAS sehingga memberi laluan selesa kepada PAS untuk memenangi satu - satu edisi pilihanraya, tetapi apa yang tekankan ialah sikap. Pastinya adab kita mengundang, adab kita mahu berkawan dan sebagainya didahului dengan langkah berbuat baik, beramah mesra dan seumpamanya. Apa yang berlaku, UMNO dan BN terus menunjukkan sikap permusuhan dan dendam politiknya yang berterusan kemudian mengajak PAS menyertai mereka. Jika bukan sandiwara politik maka drama apakah ini ?

10. PAS tidak pernah menolak suatu yang diajar oleh Islam seperti perpaduan ummah dan kerjasama baik demi negara, bangsa dan agama selama mana ia benar - benar dibina di atas landasan Islam. Wajarnya UMNO pula menyertai PAS demi merealisasikan hasrat murni tersebut. Sementelah PAS pernah mempunyai pengalaman menyertai Perikatan suatu ketika dahulu, kini eloklah UMNO pula mengambil pengalaman tersebut. Jika UMNO enggan untuk menyertai PAS demi kerana bangsa dan agama maka bagaimanalah UMNO boleh fikir bahawa PAS mahu menyertai UMNO dan BN ?

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan

Ketua DPP Malaysia