Thursday, January 19, 2012

Bersekongkol Dengan Pembohongan...

Ada blogger UMNO Menggunakan nama Pak Teh yang bekerja di perpustakaan sebuah universiti menulis bahawa dia terkejut teramat sangat bila saya menulis posting sebelum ini perihal sifat dan perangai babi. Tergamaknya saya sebagai Ketua Penerangan PAS menukilkan babi sebagai perumpamaan kepada pemberitaan melulu, bohong, terdesak dan menyimpang dari kebenaran...

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/36409_134417373244468_2255067_n.jpg

Dalam komen di fb ada seorang ustaz menulis begini...

... lembu punya hal, sapi dapat nama ... kesian, manusia buat haprak babi dapat nama ... dalam al-Quran ada Allah sebut kebanyakan Jin dan manusia yang Allah lempaq ke dalam neraka jahannam, mereka itu mempunyai hati tak mau pikiaq (tak faham), punya mata tak mau tengok kebenaran, punya telinga tak mau dengaq mana satu haq dan batil, mereka ini kata Allah macam binatang ternakan, bahkan lebih sesat dari itu, sebab mereka ini orang yang lalai ... binatang ternakan boleh kita makan dan jual tapi bila Allah kata lebih dari binatang ...

apa yg kita nak kata ... tidak lain dan tidak bukan ialah syaitan ... dalam surah Al-Baqarah, ayat 14, bermaksud: "Dan apabila mereka bertemu Dengan orang-orang Yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya Kami tetap bersama kamu, sebenarnya Kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang Yang beriman)"... dalam ayat ini Allah sebut, bagi orang2 yang suka olok2, buat cerita tak benar adalah "syaitan2" ... Babi hanya haram dimakan oleh orang Islam sahaja ... yg molek boleh kita guna bagi manusia yg tak guna hati, mata, telinga untuk jalan yang betul paling layak adalah syaitan ... tapi ada juga Nabi sebut dalam Hadisnya bagi orang yang suka minum arak sambil dihiburkan dengan artis macam babi dan kera (القردة والخنازير)... kesimpulanya: yang suka buat kerja mengolok2kan orang, kita panggil syaitan2 dan yang suka minum arak sambil dihiburkan dengan artis (boleh pi tgk di kelab malam, pub, ddisco dan pusat hiburan) kita pangil kera dan babi ...


Mungkin kalau saya gunakan perumpamaan seperti yang dicatatkan oleh ustaz di atas, maka dia akan lebih terkejut berok. Babi dengan syaitan bagi masyarakat kita lebih terok dan jahat syaitan. Apakah sifat dan kerja syaitan...? Semua orang beriman maklum tentang arahan Allah untuk menjauhi syaitan, hasutannya, godaannya, kesesatannya, yg paling berat ialah kekufurannya kepada Allah swt.

Yang menghairankan saya ialah bagaimana seorang pustakawan yang ditimbus buku dan ilmu di tempat yang mulia boleh terjerumus dengan kebathilan dan pembohongan sebuah berita...Paparan di blognya juga tidak lebih baik daripada utusan. Dia berubah dari seorang pustakawan menjadi agen video sex dan gambar lucah. Hingga sekarang pun dia masih mengiklankan khidmat 'cinadol' sebagai pil untuk pening kepala. Saya kira dia lebih buruk daripada utusan dalam pemberitaan dan dalam hal penulisan saya tentang pemberitaan bertaraf babi dia bersekongkol dengan penipuan Utusan. Buku-buku di sekelilingnya yang terkandung berjuta ilmu bagi menyuluh kehidupannya tidak berupaya mendidiknya.... Bersekongkol lahhh!

Wednesday, January 18, 2012

Terdesaknya BN...Adoiii!

Saya menulis di fb perihal rencana bergambar di Utusan Malaysia semalam "pemberitaan bertaraf 'babi' oleh anak babi dalam akhbar gerombolan babi"... Ramai yang menyokong dan menokok menambah. Ada juga yang mengatakan bahasa itu kasar dan babi tidak bersalah dalam usaha Utusan melepaskan diri tuannya yang sedak terdesak dan tersepit. Tuannya ialah UMNO dan BN.

Dalam puluhan ribu yang hadir ke konvensyen PR di Stadium Suka Menanti Utusan hanya dapat mengesan 4 orang wanita yang melengung dalam dewan dengan kerusi kosong di belakang mereka. Tajuknya Konvensyen Pembangkang Hambar!

Saya pernah terserempak dengan haiwan bernama babi, di hutan dan di jalan. Babi terkenal sebagai binatang yang tiada 'stereng' gara2 ia dijadikan berleher pendek, tidak mampu untuk menoleh ke kiri atau kanan. Kalau berlari akibat terkejut anjing buruan, atau bunyi tembakan pemburu, ia hanya ada satu lorong lurus, membelah dan melanggar apa saja yang ada di depan. Sama ada arahnya itu ada laluan atau halangan, dia tak peduli. Kalau pokok, dia melanggar pokok, kalau parit dia akan yerjun ke parit, kalau tebing, dia akan langgar tebing, kalau pagar, dia akan melanggar pagar, kalau orang, dia akan melanggar orang. Asal saja dapat lepaskan diri, dia akan terus meredah apa saja. Demikian tabiat babi yang tersepit untuk selamatkan diri.

Babi hutan adalah haiwan perosak bagi petani yng berkebun dan bercucuk tanam. Tabiat merosaknya sangat jahat dan menyakitkan hati. Walaupun dia tidak makan semua tanaman, tapi dia menyondol dan mematahkan anak pokok, apa lagi kalau tanaman itu jenis makanannya. Pagar kawat disondol rebah, pukat disondol koyak, anak getah disondol patal, ubi disondol dan dikunyah, pisang disondol tumbang...makan atau tidak soal kedua, yang utama rosakkan kebun dan tanaman dulu. Dia tak makan getah sekerap, tapi habis cawan dan pancur getah disondolnya...hilang!

Kata orang tua-tua, Babi beranak ikut bulan, kalau awal tahun bulan satu, seekor anaknya...kalau hujung tahun bulan 12, banyak itulah anaknya. Saya kurang percaya, tapi anak babi mengekor saja ke mana mak bapak dia buat. Dia belajar menyondol dari babi tua yang jadi ibu atau bapaknya.

Bagi orang melayu di kampung-kampung, babi bukan sekadar haiwan najis mukhallazah yang haram di makan, ia menjadi bahan maki hamun kerana adat dan budaya melayu menjadikan ia kotor dan menjijikkan kerana sifat dan perangainya. Banyak benda haram lain dikerjakan orang, tapi kalau babi, orang melayu loya dan mau termuntah. 

Saya tidak menghina pemakan babi, itu hak yang dibenarkan oleh agama dan adat mereka. Makanlah sebanyak mana yang mereka mau dengan resipi apapun. Ada orang bercerita tentang pelanggan pelacur selepas berzina, dia cari tempat makan yang tidak menghidangkan babi, padahal  berzina lebih terkutuk daripada memakan babi. Makan babi tidak termasuk kesalahan dikenakan hudud, tapi berzina YA! Tp bangi masyarakat melayu, babi lebih dijauhi daripada benda haram lain.

Kalau pemberitaan seperti Utusan tulis semalam itu dibabikan, menurut seorang sahabat yang merujuk kepada kisah-kisah dalam Al-Quran masih dikira ringan, kerana padanan yang tepat kepada mereka ialah syaitan! 

Pemberitaan melulu, meluru, sesat, melanggar realiti, merosak, tidak menoleh kiri kanan yang sedang memerhati, janggal, pelik, terkeluar dari laluan kebenaran, ia memang bersifat kebabian. Ia adalah sifat2 dari tindak balas babi yang terkejut dan tersepit untuk menyelamatkan diri. 

Dengan pemberitaan seperti itu, nampak sangat- sangat 'tuan' Utusan sangat-sangat tersepit dan terkejut dengan sambutan besar-besaran dalam Konvensyen PR Ke-3 sabtu lalu. Anak-anaknya mengekor saja ke mana saja 'ibu' mereka  berlari.... Kamu semua sedang menuju ke parit dalam...!

Wednesday, January 4, 2012

Mazhab Politik 'Pem-bangunan' - Bukan Pasal lain!

Bukan! Bukan! Bukan....bukan pasal surau, bukan pasal tanah wakaf, bukan pasal solat jemaah, pasal imarah, pasal Islam, pasal gereja, pasal apa pun bukan! Ia adalah pasal mazhab ciptaan ciptaan UMNO yang tertanam di benak mereka - hanya UMNO/BN sahaja boleh memerintah kerana hanya UMNO mampu membawa pem-bangunan!

Politik pem-bangunan adalah fahaman bahawa kejayaan sebuah kerajaan pemerintah ialah membangunkan bangunan besar- besar, tinggi-tinggi, panjang-panjang...hingga tiada bangunan di dunia ini boleh menandinginya. Kemajuan negara diukur dengan jumlah dan saiz bangunan. Kalau ada bangunan itu semua, berjayalah kerajaan, majulah negara, majulah rakyat, membangunlah masyarakat. Ini mazhab UMNO sejak Merdeka lagi. Tak percaya tunggu musim kempen pilihanraya PRU13 nanti, apa PM dan menteri-menteri nak syarahkan di TV dan akhbar.

Plaza Tengku Yaakob selama 33 tahun adalah lambang kegagalan politik pem-bangunan UMNO di Kedah. Ia semak, menyakitkan mata, sarang penagih dan bagai habuk dalam kelopak mata penganut mazhab ini. Selama beberapa dekad, bertukar menteri besar dan exco, ia gagal diselesaikan.

Kejayaan Kerajaan Negeri sekarang melalui PKNK menyelesaikan lambang kegagalan 33 tahun UMNO/BN dalam kes Plaza Tengku Yaaob adalah pukulan maut kepada mereka. Parti yang tidak bercakap pasal menara tertinggi di dunia, bangunan pencakar langit, jambatan terpanjang tiba-tiba dalam tempoh 3 tahun mampu menyelesaikan masalah bangunan yang cacat di tengah bandar Alor Setar. Hati mana yang tidak sakit, muka mana yang tak malu, telinga mana yang tak merah, lidah mana yang tak kelu!

Gara-gara malu dan jatuh saham mazhab politik pem-bangunan itu, satu-satunya modal yang ada untuk gagalkan Aman Central ialah Madrasah Solihiah dan tanah wakaf. Maka di pasanglah kaki dan perkakas yang sedia menurut perintah untuk GAGALKAN Aman Central. Cari apa saja alasan, gerakkan apa saja sentimen, pertikai apa saja keputusan dan fatwa, pusing apa saja fakta...asalkan Aman Central yang akan menjadi mercu tanda baru bandar Alor Setar dapat digagalkan. Bukti kewujudan perkakas ini ialah kelibat Sobri Sudin yang tetiba bertungkus lumus dalam isu surau dan wakaf...nampak macam bagai rusa masuk kampung. Sewaktu demontrasi depan majlis pelancaran pecah tanah Aman Central, dia terjumpa saya dan dia cakap lain daripada apa yang dia buat sekarang...

Tidak membina Aman Central tidak menjejaskan PAS Kedah...tidak mencafatkan Ustaz Azizan sebagai MB. Lagipun kata mereka PAS bukan pandai pun buat pem-bangunan..., PAS parti yang tolak kemajuan dunia, PAS tak pandai cipta kemajuan... PAS parti tok lebai...tak reti memerintah. Dalam tak pandai itu, PAS ada kompleks sendiri, setiap kawasan ada markaz sendiri...

Berjaya meneyelesaikan kes Plaza Tengku Yaakob adalah satu alamatul-kubra bahawa mazhab yang dianut oleh BN/UMNO sejak Merdeka sedang menuju ke kubur. Mari selamatkan madrasah adalah ayat lain untuk satu seruan Ayuh! Gagalkan Aman Central! Ke guane?