Saturday, August 22, 2009

Lawatan Ke Kg Batu Seketul - Mangsa Ribut

Bencana alam! 35 rumah dipukul ribut di Kg Batu seketul 17 Ogos lalu. Kawasan kampung yang didiami masyarakat siam paling teruk, dengan 29 buah rumah terlibat, 5 buah rosak sama sekali. Kawaan wat dan perkuburan yang dibina tempat sami mengajar anak-anak mereka juga beberapa batang pokok meranapkan beberapa bangunan.


Banyak yang terpaksa dibaiki...YB Mani, Exco Hal Ehwal Masyarakat Siam...nak buat camna ni?


Ketua Sami Wat Telok Wanjah - Ketua Pelatih Sami Seluruh Malaysia.

Rumah ini musnah sama sekali, ditimpa pokok durian, pemiliknya ada di dalam rumah sewaktu kejadian...memeluk cucunya dan berdoa. "Kalau tengok rumah, orang ingatkan saya dah mati" Kata pemiliknya, warga emas berusia 70 tahun.



Di belakang ialah tempat memasak sami-sami yang mendiami Wat dan kawasan perkuburanini.
Selain saya dan YB Cikgu Yahya Abdullah (YDP PAS Kawasan Sik), lawatan ini turut disertai YB Manikumar, Sdr Ismadi dan Sdr Boon Chai. Turut berada di sana ialah Sami Utama Negeri Kedah, Tok Tan Ai Lap dari Wat Telok Wanjah. Pihak YB Manikumar akan segera mengikhtiarkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
Sebahagian bumbung terpaksa diganti sementara dengan plastik dulu...

1 comment:

  1. Salam sejahtera,

    Tuan, saya merupakan salah seorang blogger dalam masyarakat Siam di negeri Kedah. Bermacam-macam permasalahan wujud dalam masyarakat kami tetapi tidak pernah sampai ke pengetahuan pihak atasan dalam kerajaan negeri Kedah. Antaranya:
    1. Jangan melibatkan sami dalam politik.
    2. Kami tak mahu Datuk Siw Chun Presiden Persatuan Siam Malaysia merangkap Ketua Cawangan UMNO Kg. Jejawi, Perlis berada dalam Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Siam Negeri Kedah di bawah YB Manikumar. Tengok macam orang Siam Kedah ni tak ada pemimpin sehingga ambil orang negeri lain mai jadi pemimpin.
    3. Peruntukan kerajaan negeri tak pernah sampai ke peringkat akar umbi. Peruntukan RM43,000 yang diberikan kepada orang Siam pada tahun 2008 melalui akaun Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Negeri Kedah (PEKEMAS) pun pihak SUK nak ambil balik. Ini apa cerita?
    4. Tuan perlu ambil perhatian, ada NGO yang sebenarnya mewakili masyarakat Siam Kedah iaitu PERSATUAN SIAM KEDAH (PSK) dan PERSATUAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT SIAM NEGERI KEDAH (PEKEMAS). Harap pihak tuan dapat memberi perhatian supaya tindakan tuan betul-betul mengenai sasarannya. Biarlah PERSATUAN SIAM MALAYSIA berada di peringkat Federal. Kami ni hanya berkhidmat di peringkat negeri Kedah sahaja. Jika silap perhitungan, peruntukan Kerajaan Kedah boleh ditabur sampai Perak, Perlis, Kelantan, terengganu, Penang dan Selangor, di mana ada orang Siam. Akhirnya orang Kedah sendiri terpinggir.

    Harap tuan pertimbangkan komen saya. Hubungi saya di www.only1siamese.blogspot.com atau www.pekemas.org.my

    ReplyDelete