Friday, September 25, 2009

Rumah Terbuka MB Meriah

Hari terbuka YAB Dato' Seri MB hari ini meriah, sungguh meriah - kehadiran lebih ramai daripada tahun lepas. Makanan yang disediakan untuk 40-50 ribu tetamu habis sepenuhnya menjelang 4 petang, walaupun ada tetamu yang hadir sehingga jam 5 petang. Apa nak buat, pekena ayaq oren sajalah...

Kehadiran tetamu diluar jangkaan, terdiri dari semua kaum. Antara kumpulan terawal ialah 35orang sami Buddha dari watt seluruh Kedah. Mereka hanya boleh menjamu selera sebelum jam 12.30 tebgahari. Selepas waktu itu, mereka dikehendaki berpuasamengikutupacara agama Buddha.
Umat Islam dari seluruh negeri paling ramai, dan tidak ketinggalan tetamu dari seluruh negara, mengambil peluang beramah mesra dengan YAB MB dan isteri, kakitangan Pejabat MB dan pimpinan parti yang turut hadir.
Menurut sahabat saya dari kaum cina, antara yang ramai hadir ialah kaum cina penyokong MCA yang berpihak kepada Chua Soi Lek. Kanak-kanak tidak ketinggalan mendapatkan duit raya dari MB, RM20 ribu yang disediakan untuk duit raya kanak-kanak habis sepanjang majlis itu.
Turut hadir ialah Lan Pet Pet dari kumpulan Senario dan rakan-rakan artis yang lain. Persembahan pentas pula menampilkan Pak Long (Komposer lagu Al-Jannah Mawi/Cinta Pantai Merdeka Jinbara) dengan lagu-lagu barunya. Bebarapa kumpulan nasyid juga membuat persembahan.
Majlis itu diserikan dengan keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan dan Tuanku Sultanah yang tiba pada jam 1.30 petang. Turut berangkat ialah DYTM Tuanku Raja Muda, YTM Tg Temenggong, dan kaum kerabat Baginda yang lain.

3 comments:

  1. Sepatutnya tak molek sami siam pergi ke sana. Sebab sami siam tertakluk kepada peraturan vinaya berdasarkan ajaran Buddha. Sami tidak digalakkan langsung terlibat dalam mana-mana parti politik. Jangan heret sami utk kepentingan politik mana-mana pihak. Fikirlah secara lebih mendalam soal sensitiviti pelbagai kaum dan agama.

    ReplyDelete
  2. JST wrote:
    "...Sami tidak digalakkan langsung terlibat
    dalam mana-mana parti politik..."

    tuan JST, rumah terbuka ketua kerajaan negeri(hari raya) aktiviti politik gak ke...?

    inilah salah satu contoh kecelaruan minda@kefahaman myskt kita...sebagai rakyat, kita mesti sedar dan mampu membezakan Azizan sebagai MB (menjalankan tugas rasmi), dan Azizan sebagai ketua PAS. Mesti bezakan sama ada ia aktiviti parti atau aktiviti kerajaan negeri...

    Perkara inilah yang sering gagal difahami oleh ramai org, termasuk PM dan TPM sekalipun (mungkin faham tapi sengaja tak mau paham)...contoh, beberapa bulan lepas, Muhyiddin menggunakan Nuri sewaktu merasmikan mesyuarat UMno di Kudat (sehingga terpaksa mendarat cemas kerana cuaca buruk), sedangkan urusan merasmikan mesyuarat bahagian UMno bukanlah aktiviti rasmi kerajaan...!

    ReplyDelete
  3. En. Parazi,
    Bagus la kalau program tu bukan aktiviti politik. Saya cuma suarakan supaya jangan heret sami ke dalam kancah politik. Biarlah sami jadi badan neutral. Kehadiran sami dalam majlis bagi mengeratkan perpaduan kaum saya amat setuju sekali. Hanya org politik saja faham apa yg tersurat dan apa yang tersirat.

    ReplyDelete