Friday, February 10, 2012

Fwd: Aman Central: Apa Kata Penasihat Undang-undang Negeri Kedah


Subject: Aman Central: Apa Kata Penasihat Undang-undang Negeri Kedah


 
ALOR SETAR - Pengambilan tanah bagi membangunkan projek Aman Central adalah mengikut prosedur dan dibuat melalui perundangan yang sah.
            Walaupun terdapat dua kes mahkamah yang dikaitkan dengan pembangunan projek bernilai RM500 juta itu, namun kes pertama yang difailkan oleh Tunku Yaacob Holdings sebelum ini sudah selesai Disember lalu, manakala kes kedua difailkan oleh ahli jawatankuasa Madrasah Salihiah masih belum diputuskan.
            Penasihat Undang-undang Negeri Kedah, Datuk Anas Ahmad Zakie berkata, pada 27 Disember lalu, Peguam Negara membantah kebenaran untuk mencabar keesahan prosiding pengambilan tanah di Lot 150 dan 151, milik Tunku Yaacob Holdings.
            "Dalam kes itu, Peguam Negara membantah permohonan kebenaran yang dipohon Tunku Yaacob Holdings terhadap Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Pentadbir Tanah Kota Setar dan Kerajaan Negeri. Kes ditolak, kita tak perlu kemukakan hujah kerana kebenaran tidak diberikan," katanya.
            Menurutnya, pada masa sama, Tunku Yaacob Holdings memohon injunksi interim tetapi ianya tidak didengar ekoran kes itu sudah ditolak lebih awal.
"Mereka memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan namun belum ditetapkan tarikh. Kes ini membabitkan dua lot tanah bersebelahan, di mana salah satunya terdapat binaan dan sebahagian tapak kosong," katanya.
Penjelasan ini sekaligus melenyapkan dakwaan kononnya projek Aman Central dibangunkan tanpa melalui proses pengambilan tanah yang sah, apabila sebelum ini, heboh diperkatakan ianya mendapat tentangan pemilik tanah, termasuk pihak Istana.
Mengulas kes kedua membabitkan pengambilan tanah wakaf yang menempatkan Madrasah Salihiah, Anas berkata, apabila pengambilan tanah dibuat, pampasan akan dibayar kepada yang berhak.
"Mengikut prosedur, setelah pengambilan tanah dibuat, disusuli pampasan. Pentadbir Tanah akan memberi surat pengosongan kepada pemilik premis. Dalam kes ini, madrasah menerima notis kerana ia bawah Majlis Agama Islam Kedah (Maik) selaku pemegang amanah tanah wakaf," katanya.
Menurutnya, sekiranya pampasan sudah dibayar, bermakna semua prosedur sudah lengkap dan hak milik asal terbatal.
"Mungkin timbul kekeliruan di sini apabila Maik keluarkan surat tangguh pengosongan madrasah, yang mungkin disalah tafsir pihak tertentu," katanya.
Anas yang mewakili Kerajaan Negeri dan Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar dalam kes ini, berkata, pihaknya menerima writ saman daripada peguam mewakili ahli jawatankuasa Madrasah Salihiah pada 8 Januari, pihaknya kemudian memfailkan permohonan saman dalam kamar untuk mengetepikan writ saman itu pada 16 Januari, bagi membantah serahan saman itu kerana pihak yang sepatutnya menerima saman ialah pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
"Peguam mereka hantar writ saman ke alamat penyampaian yang tidak tepat, iaitu pejabat Penasihat Undang-Undang, maka saya berhak bantah," katanya.
Menurutnya, pada 29 Januari, pejabat SUK Kedah menerima satu saman dalam kamar bagi permohonan injunksi interim yang pertama kali disebut kelmarin (6 Februari).
 Pada masa sama, Maik melantik Tetuan Omayah, Nawal and Partners bagi memfailkan permohonan terhadap plaintif, membantah writ saman yang difailkan.
"Difahamkan, peguam Maik mengemukakan alasan, kes berkaitan wakaf perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah dan bukannya mahkamah sivil. Kelmarin, semua pihak memfailkan afidavit jawapan masing-masing sebelum 21 Februari ini," katanya.
Kelmarin, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ooi Sheaw Yean, memaklumkan  plaintif diwakili peguam, Ahmad Rusydi Md Nor dan Adnan Seman alias Abdullah, bercadang membuat permohonan meminda writ saman dan penyata tuntutan.
Anas berkata, pihaknya turut bercadang untuk memfailkan permohonan membatalkan writ saman yang difailkan sebelum ini, namun akan mengemukakan alasan yang berbeza daripada Maik.
            Kelmarin, Mahkamah Tinggi Alor Setar menetapkan 21 Februari ini sebagai tarikh akhir plaintif kes Madrasah Salihiah menyerahkan afidavit balas terhadap afidavit yang dikemukakan dua defendan sebelum ini.
 
CAPTION:
 
PIX1
ANAS         

No comments:

Post a Comment