Wednesday, July 6, 2011

Kenyataan Media Berhubung Simbahan Cat Merah dan Risalah Ugutan

PAS Kedah mengutuk keras tindakan pihak-pihak yang cuba mengganggu kestabilan dan keharmonian di Negeri Kedah dengan tindakan provokatif membaling cat dan risalah di beberapa kediaman pimpinan dan ahli PAS. Tindakan membaling cat merah termasuk di kediaman YAB Menteri Besar di Markaz PAS Jerai adalah perbuatan tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan keamanan dan keharmonian di negeri ini.

Risalah yang dilemparkan bersama cat merah itu juga mengandungi ugutan serius, membabitkan nyawa dan keselamatan ahli keluarga pimpinan dan ahli PAS. Saya percaya tindakan bodoh ini bertujuan mengugut dan menakutkan mereka dari memberikan sokongan kepada rally Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti, selain menimbulkan suasana tegang di kalangan masyarakat.

PAS Kedah menggesa piahk polis mengambil tindakan segera untuk menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat berasakan peruntukan undang-undang yang ada di negara kita. Ahli -ahli PAS yang menerima ugutan dalam kejadian itu di beberapa tempat diharap dapat memberikan kerjasama terhadap siasatan pihak berkuasa.

Polis juga diharap dapat meningkatkan kawalan dan pemantauan untuk mengelak kejadian sama berulang pada masa hadapan. Ahli dan penyokong PAS dinasihatkan meningkatkan kewaspadaan pada sepanjang masa, supaya pihak-pihak yang mempunyai agenda jahat seperti itu dapat dibanteras.

Sekian terima kasih.

Muhammad Sanusi Md Nor
Ketua Penerangan PAS Kedah

No comments:

Post a Comment