Wednesday, July 27, 2011

Kerajaan digesa serius tangani jualan arak

Dipetik dari Harakahdaily

Gabungan Pertubuhan NGO Islam Malaysia (ACCIN) meminta pihak kerajaan supaya menangani dengan serius isu penjualan arak tanpa kawalan yang sedang berlaku di dalam negara.

Setiausahanya, Dr Mohd Roslan Moh Noh berkata, ACCIN meminta supaya tindakan lebih tegas dikenakan terhadap orang Islam yang didapati meminum arak.

Katanya, pihak jabatan agama perlu lebih hebat memantau kawasan-kawasan 'panas' untuk mencegah perbuatan tersebut.

“ACCIN bimbang dengan gejala ini dan melihat ianya boleh menjejaskan modal insan yang ingin dEibina di dalam negara kita,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, golongan yang minum dan ketagih arak perlu dibendung, ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana mereka boleh menyebabkan berlaku banyak masalah sosial.

Oleh itu, ujarnya wajar bagi pihak kerajaan dan pelbagai agensi yang bertanggungjawab supaya memberikan perhatian serius tentang masalah tersebut.

Gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam bukan kerajaan terdiri daripada Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Research And Information Centre On Islam (RICOI), Persatuan Darul Fitrah Malaysia, Persatuan Al-Hunafa’, Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Pertubuhan Jama’ah Islah Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persekutuan Seruan Islam Selangor & W.P (JAM’IYAH), Islamic Information & Services Foundation (IIS).

Persatuan Dakwah Islamiah & Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia (AL-HIDAYAH), Interactive Muslimah Association (IMAN), Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA), Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia (DARUSSYIFA), Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), World Assembly Of Muslim Youth (WAMY) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

1 comment:

  1. Pakteh menyokong saranan sebegini. PBT harus lebih pro aktif dalam menangani masalah arak dikalangan umat Islam. langkah Kuantan tidak membenarkan GRO melayu (Islam) boleh dijadikan contoh untuk menangani masalah sebegini.

    Ramai pihak menyedari betapa GRO Melayu begitu laku dan menjadi daya tarikan untuk jantan2 bersantai.....

    err....makin banyak pub/bar yang menggajikan GRO Melayu dibukak skang ni...Sungai Petani dah jadi hampir2 sama dengan Penang...

    Mungkin PR meletakkan standard yang sama maka negeri2 dibawah PR haruslah sama.....

    Bukan pakteh nak kata masa BN memerintah dulu benda ni takdak...tapi pengamatan dan kajiselidik yang dibuat rakan2 pakteh menunjukkan pusat2 maksiat ini naik mendadak dalam 2/3 tahun ini. Apakah ianya trend yg sama di seluruh Malaysia atau hanya negeri2 PR, itu pakteh tak pasti.

    Tn Hj Sanusi.....dok nampak2 sangat depa dok pelekuh depan mata....

    Mungkin Tn Hj Boleh sarankan agar diwujudkan sedikit kawalan...atau buat kempen besar-besaran....

    Mungkin skali skala Tn Hj kena pi lepak jugak kat tempat2 lagu ni....tengok apa jadi dengan nasib anak bangsa yang seagama dengan kita... Tapi jangan la pulak dok tumpang minum ngan depa tuuu...hehehe...

    ReplyDelete