Monday, March 1, 2010

Perumahan Awam Kos Rendah... Dosa Parti Itu...

Selepas 2 hari keluar di TV cerita Perumahan Awam Kos Rendah di Mergong, saya dapat banyak sms menyokong tindakan kerajaan mengambil langkah yang sudah diputuskan. Terima kasih kepada Pendekar Gunung Kriang dalam posting yang saya baca (dan salin) dari KedahLanie.

Pegawai yang bertanggungjawab dalam hal perumahan awam di Kedah memaklumkan, di PAKR Mergong sahaja, tunggakan bayaran berjumlah RM6 juta, dan di seluruh negeri tunggakan berjumlah RM23 juta. Yang tak bayaq hutang ni...bila mati esok lagu mana tuan? Beliau bertanya dengan geram. Kita nak depa sejahtera, bukan atas dunia sahaja (sebab dapat duduk rumah free) tapi lepas mati pun kena ambil kira jugaaaa...

Ada satu trend di kalangan penghuni yang keluar TV malam tu… ramai yang sms saya menyatakan perkara yang sama… cara mereka bercakap dan penampilan mereka membawa imej sebuah parti melayu… malas la nak tuduh, tapi ramai yang berpandangan begitu. Mungkin inilah jenis pentadbiran parti itu waktu dulu… janjikan rumah percuma kepada penyokong dan pengundi mereka, tapi kerajaan yang tanggung beban. Hal ini perlu dihentikan! Sudahlahhhhh…

Kata YAB MB, kita mahu buat lebih banyak rumah kos rendah untuk rakyat dengan bayaran yang diterima dari penghuni sekarang. Dengan RM23 juta, kita boleh bina lagi 1,277 unit rumah awam kos rendah… bayangkanlah berapa ramai yang boleh mendapat kemudahan asas ini, kalau depa semua faham… kalau 5 orang dapat berteduh di sebuah rumah, 6,388 orang akan dapat manfaat.
.
Pendekar Gunung Kriang menulis...........

Saya sebenarnya nak tulis posting ini sejak malam tadi lagi, sebaik saja tertonton berita 9 malam di TV3. Tapi malangnya sibuk sangat malam tadi, hingga tiada ruang waktu untuk menulis. Pagi tadi pun tak sempat menggarap ulasan terhadap apa yang bermain-main di kepala saya itu, kini baru ada sedikit masa untuk menulis.
.
Ia mengenai satu berita di TV3 malam tadi. Kononnyua kisah duka penduduk-penduduk Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Mergong yang rasa sangat sedih kerana pengumuman terbaru Kerajaan Negeri Kedah yang akan menyerahkan urusan mengutip balik tunggakan hutang PAKR Mergong kepada pihak bank. Kata mereka yang diwawancara bahawa habislah mereka kali ini, kerana pihak bank tentu bukan seperti Kerajaan Negeri yang bertolak ansur dalam bayaran balik hutang penduduk. Dulu semasa urusan membayar balik hutang diurus sendiri oleh Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri, sama ada mereka hendak membayar balik atau tidak, Bahagian Perumahan buat tidak peduli sangat. Tapi jika urusan mengutip balik hutang ini diserah kepada bank, mereka takut bank akan bertindak tegas merampas rumah yang mereka jarang-jarang bayar balik hutang itu atau tak pernah langsung bayar balik pinjaman selama bertahun-tahun.
.
Seorang penghuni yang diwawancara berkata, jika dia diusir, ia adalah perbuatan zalim kerana dia telah menduduki rumah itu sangat lama (barangkali tanpa pernah bayar balik pinjaman!). Seorang lagi berkata, bukan mereka tak mahu bayar balik pinjaman, tapi meereka orang susah, kadang-kadang ada duit lebih, kadang-kadang tak ada duit lebih, macam mana nak bayar balik hutang kepada Kerajaan Negeri?
.
Sebenarnya apa yang Kerajaan Negeri Kedah buat itu bukanlah suatu polisi baru. Sudah banyak Kerajaan Negeri yang menyerahkan urusan mengutip balik bayaran hutang PAKR di negeri masing-masing. Semasa saya berkhidmat di Perlis dahulu, Kerajaan Negeri yang tidak tahan dengan tunggakan PAKR penghuni-penghuni yang terus enggan membayar balik hutang mereka yang berjumlah jutaan ringgit itu, akhirnya telah menyerahkannya kepada pihak bank untuk menguruskan kutipan bayaran balik. Langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Perlis itu adalah menuruti tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang ketika itu di bawah BN yang mempelopori langkah yang serupa yang terbukti sangat berkesan dalam memdapatkan balik hutang yang tertunggak.
.
Di Perlis dulu, banyak kisah pelik dalam kes keengganan penghuni membayar balik pinjaman PAKR ini. Ada yang berpuluh tahun tak pernah bayar, ada yang tidak pernah bayar langsung dan bila meninggal, rumah itu diwariskan pula kepada anak cucu yang juga tidak pernah membayar balik hutang. Itulah yang menyebabkan jumlah tunggakan mereka meningkat dan jika dicampur-campur semua sekali tunggakan semua penduduk, ia menjadi puluhan juta ringgit.
.
Yang Kerajaan Negeri pula membina rumah-rumah PAKR ini bukannya dengan peruntukan mereka sendiri. Mereka mendapat pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan dengan kadar faedah 4% setahun. Tapi bila ramai penduduk PAKR yang tidak membayar balik pinjaman, ia telah menjadi satu bebanan besar kepada Kerajaan Negeri, yang terpaksa menanggung hutang yang banyak dengan Kerajaan Persekutuan. Akhirnya apabila hendak membuat pinjaman baru, Kerajaan Persekutauan 'liat' untuk meluluskan pinjaman baru, kerana hutang lama pun belum dijelaskan. Bagaimana Kerajaan Negeri hendak jelaskan kepada Kerajaan Persekutuan, jika sumber bayaran dari penghuni PAKR sukar diperolehi?
.
Akhirnya Kerajaan Negeri menyerahkan urusan mendapatkan balik bayaran hutang itu kepada pihak bank. Pihak bank tidak seperti Bahagian Perumahan yang kakitangan penguatkuasaannya sentiasa tak cukup itu. Pihak bank, jika lambat bayar terus beri amaran dan lepas itu rumah disita dan jika masih berdegil kes itu dibawa ke mahkamah. Itu yang membuatkan sebahagian penghuni PAKR yang telah lali tinggal percuma puluhan tahun itu sakit hati.
.
Sesuatu yang penghuni-penghuni PAKR yang enggan membayar balik pinjaman ini lupa, sikap mereka yang enggan membayar balik hutang itu menyebabkan rakyat berpendapatan rendah lain dinafikan hak mereka untuk mendapatkan rumah. Kerana mereka enggan membayar balik hutang, menyebabkan Kerajaan Negeri pula yang terpaksa menanggung hutang dengan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan pula enggan menyalurkan peruntukan baru kepada Kerajaan Negeri atas alasan hutang lama masih banyak yang tertunggak. Bagaimana tidak tertunggak jika ada penghuni yang tinggal percuma puluhan tahun dan menganggap mereka berhak mendapat rumah percuma kerana mereka orang susah? Sedangkan di luar sana, masih ramai lagi yang susah, malah ada yang tinggal di gerobok buruk atau di bawah jambatan!!
.
Kadang-kadang kita ingat orang lain zalim, tapi kita lupa kita juga telah menzalimi saudara-saudara kita yang dinafikan hak mereka untuk mendapatkan rumah kos rendah. Semuanya kerana kita liat untuk membayar balik pinjaman!!

~ pendikar gunung kriang

6 comments:

  1. cakap senang la.pak mentua aku oku dan dok mengharap mak mentua aku saja dok berniaga tepi
    jalan.pendapatan lebih kurang rm 30 sehari.
    bukan x pernah bayar .memang dok bayar tiap bulan.kekadang tertunggak juga 3 atau 4 bulan.
    bank mana nak biar kalau macam ni?apa jaminan kerajaan pas nak berlaku adil dengan depa ni?takkan nak biar rumah mereka di lelong?sedangkan mereka dah duduk berpuluh tahun dah?

    ReplyDelete
  2. limpong85... hang pun satu dol... pak mentua hang tu x dak anak dah ka... awat tak suruh anak dia tolong... kalau semua nak harap kerajaan negeri bantu... yang ramai lagi orang susah kat kedah ni sapa nak bantu... hang dok sembang saja awat yang tak bantu... ooo anak dia hang sapu... [ak dia hang x mau tolong... matang la sikit.. sampai bila nak harap ehsan ja... kena jaga negeri sama... kalau dah bankrap negeri ni mana kita semua nak duduk... hangpa x pa la jugak ada rumah walaupun hampa liat bayaq... ni kami ni ramai lagi yang x dak rumah sendiri... apa cerita sapa pulak yang nak bantu... hang habaq mai kat aku sat... hang kata cakap senang... hang pun sembang buat kemaih...sama ja...

    ReplyDelete
  3. salam...hrmm...duk sembang pa...ni...tak salah kalau suruh anak bantu...abis tu anak dia x gaduh nak jaga anak bini dia ka..awat anak dia menteri ka??? hampa duk kalut nak buat rumah tambahan awat tanah di negeri kedah ni banyak hak kerajaan negeri ka?? setau aku tanah kat negeri kedah ni banyak hak org persendirian...nak kena beli tanah baru leh buat umah...yang hg nak halau org tak bayar..depa nak pi duduk tang mana atas pokok ka??? pasai pa plak..kerajaan negeri nak bangkrap..???yang hampa duk buat poster, miniboard rata cerok pakai duit mana??..hg duk kalut x dak umah sendiri, awat la hang duk tang mana>???

    ReplyDelete
  4. matdogoimalaya@gmail.comApril 7, 2010 at 10:59 PM

    Saudara Sanusi , Kata diri pandai , tetapi tek faham apa yang diminta penduduk Perumahan Awam. Janganlah perlekehkan sangat orang dok rumah Awam ni. Kot satu hari Tuan kena bagi kat anak duk rumah Awam juga. Sebenarnya Orang UMNO pun tak pernah janji atau suruh orang ramai jangan bayar hutang rumah, tetapi yang saya tahu Dato bashah sendiri pun merayu supaya semua orang membayar tunggakan setakat yang mampu. Ini timbang rasa namanya. bulan dia suruh orang tak bayar seperti yang tuan, Mahfuz dan Dr Ismail dakwa tu. Malam jumaat kata diri dari Parti PAS (Parti Islam Semelaysia) bunyi dah songsang kerja pun songsanglah sebab malamjumaat orang berzikir kepada Allah SWT ini tidak Malamjumaat kutuk, orang, fitnah orang, cerita fakta pun tak betul, mana tidak nya , taklah lah orang belah baling tu sampai tak ada tunggakan langsung. Janganlah perbodoh orang sampai tahap orang kita kita penipu besar. Kalau betul bagi angka-angka tu dalam sidang Dewan Undangan, kita nak tengok sama dak dengan angka yang tuan cakap tu. Kalau tak betul apa macam. Jangan lah perlekeh sangat orang Taman Wira saja. Tujuan kotor ini semata mata POLITIK MURAHAN PAS, NAK tembak Dato Bashah. Tu baru jadi setpol, kalau jadi YB macam mana pulak la dia. Mungkin dia nak lawan Dato Bashah diBakat Bata kut, sebab tu dia hentam orang tak tengok hari.

    Yang depa cakap tu cuma depa tak mau pi Bank saja , depa faham depa kena bayaq, tapi depa tak mau bagi kat bank saja. Itu kenalah faham.Tuan kata duit27 juta tu boleh buat 1277 buah rumah lagi, yang ada di Flat Gemilang masih kosong banyak dan bagi penuntut Insaniah duduk buat apa.Bagi lah kat orang yang minta berdudyun2 tu. Awat kena tapis tengok bulan kot!!!! matdogoi

    ReplyDelete
  5. Salam En. Sanusi...bila dah org sebut ttg flat gemilang tu saya nak tahu jugalah bolehkah kakitangan kerajaan yg mempunyai kad OKU memohon utk tinggal di sana? sebab katanya masih byk kekosongan.

    ReplyDelete