Thursday, February 25, 2010

Siapa masuk siapa keluar ?

Siapa masuk, siapa keluar..Tajuk sinar hari ni....


Rombakan EXCO adalah adalah bidang kuasa dan hak eksklusif MB. Setelah nama-nama baru dan lama dipersembahkan kepada Tuanku Sultan untuk perkenan baginda, barulah ia boleh diumumkan. Memang kelmarin, selepas Mesyuarat EXCO, MB sebut tentang hal ini apabila ada wartawan bertanya. Jadi kita tunggulah dengan sabar... MB punya alasan dan sebab musabab untuk berbuat demikian.

.

Cara MB bekerja membina ketenangan dan keselesaan, ini yang tidak berlaku di negeri-negeri PR yang lain....Dalam tempoh 25 tahun di Kedah, zaman Ust Azizan jadi MB adalah tempoh paling aman antara orang politik dengan pegawai tadbir... kami syok buat kerja dengan aman.... kata seorang pegawai kanan kerajaan kepada saya beberapa hari lalu.


Saya jawab MB menjaga hubungan dengan semua orang, semua kelompok dan semua pihak, hingga kadang-kadang mendapat kritikan daripada penyokong parti. MB menjaga hubungan dengan Istana, dengan KCS, dengan kerajaan Pusat dan dengan orang ramai. Dengan menolak konfrantasi dan membina hubungan baik dengan semua orang, prestasi boleh ditingkatkan dan potensi boleh berkembang.
.
Hingga pada satu ketika MB menegaskan mana-mana orang yang dilantik ke mana-mana tempat dalam kerajaan ataupun GLC yang tidak boleh mengikut cara beliau bekerja bolehlah berhenti... Khalas!








2 comments:

  1. takkan exco ja...nu jawatan lantikan politik dan glc awat tak rombak sama.
    Yang x boleh buat kheja patut diganti atau digugurkan sama.Apalagi yang dok mentedarah gaji buta saja...ingat duit mak pak hangpa ka? duit 2.9j rakyat kedah woo...larat hangpa nak berjawab dengan depa di padang mahsyar nanti. Renung-renungkan dan selamat beramal.

    ReplyDelete
  2. RAKYAT KEDAH 1.9 JUTA SAJA... hal ini memang sudah dalam perhatian serius, memang ada yang tak perform, dan perlu diganti...Kebanyakan pegawai-pegawai dilantik berdasarkan kontrak, ada setahun ada dua tahun, ada yang dilantik sebagai staf tetap. Sehingga kontrak tamat, tak leh la nak buang gitu saja kan...

    ReplyDelete