Barangkali musim ni musim orang mengajak kawan dan lawan berdebat, maka ada pelawat blog saya yang guna nama padijantan pun ajak saya berdebat, istilahnya mencabar saya berdebat! Di Pulau Pinang kelmarin pun ada orang buat laporan polis gara-gara ada orang gantung banner program debat dengan pemuda Pakatan Rakyat, tapi orang tu nak debat dengan ketua menteri sahaja. Depa tak mau kuda KM yang mai.
Berdebar juga saya baca cabaran orang tu, maklumlah padijantan...tapi saya teringat selalunya pokok jantan ni tak berbuah, cuma berbunga saja. Padijantan guna nama Sobri Sudin, orang yang ada dalam gambar yang saya post dalam blog. Dia bersyarah masa mini demo perumahan Awam Kos Rendah Mergong hari tu. Betoi ka ni? Atau orang saja nak kenakan saya dengan Sobri Sudin.
Kalau betul, saya tabik lah kat Saudara Sobri Sudin ni. Sudah penat membela saudara mara yang berhutang dengan bahagian perumahan, nak berdebat tajuk Kedah Sejahtera pula. Demi Apa? Wallahu a'lam. Saya tak berapa kenal hamba Allah ni, cuma dengar cerita budak-budak kolej dan orang pokok sena sikit-sikit pasal dia. Setiausaha Akhbar MB la ni mungkin kenai baik sebab depa sama-sama bekas pelajar kolej. Setahu saya dia lebih tua daripada saya.
Tak apa lah, kalau betul, saudara boleh hubungi Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Di alamat Pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Kompleks PAS Batu 9, untuk aturkan tempat, masa, format dan moderatornya. Harap-harap bintang saudara akan kembali bersinar.
kenkadang meluat gak nak baca artikel yg berkaitan dengan pepuak dah hilang akai sebab tidak lagi berduit..
ReplyDeleteberdebat..depa ni bukan nak pikiaq yang berdebat..selalunya ending..mengaibkan diri..bukannya leh bangga kebenda pon..contoh terdekat..saberi chik..takkan tak ingat dimalukan depan 1Malaysia bila berdebat sampai berbuih mulut cam kena sawan ,ending dia debat tak sampai kat 1malaysia...yang sampai kat kepala otak semua org yg melihat ialah fakta yg di berikan oleh DSAI terpahat dalam minda mengenai kenaikan harga minyak yg tidak sepatutnya berlaku dalam 1Malaysia..
Untuk bro sanusi..kalau lah debat ni berjaya untuk di debatkan..saya mintak bro cungkil balik apa kelemahan dan kelebihan pemerintahan dulu..biaq depa dengar..bagi fakta yg sah...bab pemimpin dulu dok pi hancurkan tanah hak melayu ditukarkan ke tanah antarabangsa..last2 jadi rumah yg org melayu kita tak mampu beli!pastu yang penting...explainkan la apa yang dah ISLAM maktubkan hal perihal hutang!cerita bab dosa bebanyak sket!
pastu bagitau kat si pendebat tu..saya budak cap ayam kirim salam...habaq kata..ALLAHswt suka bayaq cash bab dosa yang berkaitan dengan kita duduk atas tanah org cara tak betui!...
tau la nak rampas balik negeri KEDAH pun...tapi biaq la secara yang beretika..bermaruah...
p/s sebenaqnya semua ketua-ketua dah tak semewah dulu...dulu pi kedai kopi leh gak bebelanja org..la ni pulun la nak naik nama..mana tau..tetiba najib hantaq duit satu beg kat depa...
from: pemuda UMNO yang takkan masuk parti lain tapi benci cara UMNO berjuang secara pengecut!
p/s lagi: wahai bro setpol sanusi..mintak tolong bgtau kat MB ustaz azizan agar pesan kat semua YB yg ada..rakyat negeri kedah ni tak kisah kerajaan negeri tak taboq duit depan mata..tapi at least..tolong laaaa jaga kawasan..jangan biarkan jalan2 utama di kawasan depa berlubang...sampai rim kereta motor pakat bengkok habih..ingat kami kaya ka hapa nak tukaq kong / rim tayar kekerap...
Salam, jiwa setpol Sanusi tu memang jiwa Kedah walaupun mai dari Kangar. Tak seperti orang luar yang kerja di Kedah, terutamanya puak2 yang memang duk cari pasai nak perlingkup Kedah.
ReplyDeletePasai debat tu tak payahla duk layan sangat kerana hang ada kerja lain yang lebih mustahak lagi nak buat. Tapi kalau dia nak debat juga, okla tapi aku rasa elok buat masa tengah duk sambutan ulangtahun 2 tahun PR memerintah ni di Batu 9.
Satu lagi minta tolong hang bersihkan jiwa-jiwa yang duk merancang nak jatuhkan kerajaan dengan segala macam perbuatan lepa dalam senyap. Ada orang duk pi cucuk atau cerita macam2 perkara fitnah kepada exco-exco supaya perjahamkan kerajaan PAS dan bila benda ni sampai ke pengetahuan atasan semua dah jadi kelam kabut.
Minta tolong Setpol Sanusi tengok2 perkara ni sebelum melarat dan merebak jadi besar.
Kalau rasa tak leh lepas dengan Saudara Sobri Sudin, Tuan Muhammad Sanusi Md Nor boleh bertandang ke facebook Kedah La Ni bawak lah banyak2 koloni-koloni tuan tuh kita pakat-pakat sembang ramai-ramai kat sini.
ReplyDeleteklik atau copy/paste
http://www.facebook.com/note.php?note_id=354989912345
untuk laluan express (tak perlu guna wang rakyat & mengadaikan rakyat)
Salam, saya rasa tak perlu Setpol Sanusi layan sangat dengan ajakan si Padijantan tu kerana apa yang jelas kelihatah hanyalah lebih kepada konflik peribadi saja. Jangan buang masa dengan perdebatan tersebut kerana sesungguhnya amat membazir dan memenatkan.
ReplyDeleteTumpukan sepenuh kerja seperti yang diamanatkan adalah lebih berfaedah dan biaq pilah apa si padijantan nak kata, kita buat bena saja.
jangan sampai orang Cap pentadbiran PAS lePAS tangan dah le.. sampai kaedah berdebat atau perkataan lainnya "Brain Storming" pun di tolak.
ReplyDeleteini bermakna memang nyata Prinsip Pentadbiran PAS ini jauh tersasar dari tuntutan islam.
"Paatutlah Tuanku Sultan Kedah Mula Bertitah"
rujuk akhbar Utusan (tak payah pi beli) klik atau copy/paste link nih http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm
lepas tangan dari anjing kurap baguih pa..?beza debat dgn brain stoming pun tak reti...tu pun jgn...uuuwweekkkk
ReplyDelete