Tuesday, March 2, 2010

Demo PAKR ada 30 Orang...dua orang dalang import


Pagi tadi ada 30 orang peserta demontrasi berhimpun di depan wisma nak serah memorandum bantahan pasal kes PAKR Mergong. Mereka ni nampak macam tak pernah berdemo kecuali 2 orang, sorang tu pernah jadi Setiausaha Akhbar MB zaman Syed Razak, sorang lagi anak kepada bekas Setiausaha Kerajaan. Saya pernah menulis tentang 2 tokoh pemuda UMNO ni sedikit masa dulu, sorang tu mengadu kat pak dia suruh saya berhati-hati. Saya jawab kat messenger pak dia, kalau tak mau berlaga dengan saya, jangan main politik, kalau nak juga, bersedialah untuk bertembung. Kalau tak mau bertembung, masuk PAS. Tak kan dah besaq macam tu pun sembunyi bawah ketiak pak juga?

.
Sobri Sudin yang pernah menulis dalam Utusan sebagai penulis bebas menghentam Kerajaan Negeri tiga minggu sudah pun bersyarah sakan pagi tadi…saya tak sangka dia pun dok rumah murah tu, dan mungkin termasuk dalam kelompok orang tak bayaq sewa, kalu tidak, buat apa dia bising sangat. Depa yang sepatutnya ‘kaya’ ni (kononnya) membela penghuni yang tak bayaq hutang rumah, ada antara mereka yang tak pernah bayaq langsung sejak 1986 sampai sekarang. Keengganan mereka membayaq sewa ni menyebabkan kerajaan menanggung tunggakan RM23 juta, RM6 juta dari Mergong sahaja.

.
Bhgn Perumahan sudah berlembut melanjutkan tempoh bayaran dari 25 tahun kepada 30 tahun. Sepatutnya, berdasarkan perjanjian, selepas10 tahun, kadar bayaran dinaikkan dari RM100 kepada RM120, tapi ia tidak dinaikkan untuk beri mereka peluang membayar ikut jadual. Bagi yang sudah selesai menjelaskan, sudahpun diberikan geran rumah, ada yang buat pinjaman semula ke bank, dan bank luluskan pinjaman RM25 ribu atas rumah itu. Lebih daripada 10% dalam kelompok ini.

.
Bagi yang bayar ikut jadual, baki masing-masing hanya sekitar RM8,000 sahaja lagi, yang tak bayar langsung, maaf cakap la kan…tak kan ada keistimewaan khas berbanding orang lain, tak patut la macam tu. Ada 1,970 penyewa unit-unit PAKR di Mergong, sepatutnya semuanya dilayan sama rata. Renovate rumah sakan-sakan, pegang jawatan besaq dalam parti dan kerja pun bauk-baik, awat tak mau bayaq sewa rumah. Cuba pi sewa rumah sapa-sapa dan cuba tak bayaq 3 bulan, tengok jadi lagu mana? RM100 saja sebulan, bil astro pun lebih mahal dari itu, kan?

.
Memorandum depa berasaskan 5 perkara, antaranya menuduh kerajaan negeri lari dari tanggungjawab mewujudkan mekanisme berkesan untuk mengutip sewa! Lawaknya!! Yang orang lari dari tanggungjawab membayar sewa dan hutang, depa pi bela pulak… yang cari jalan kutip hutang depakata lari dari tanggungjawab! Akibat keengganan membayar sewa itu, kerajaan tak dapat guna sumber itu untuk buat lebih banyak PAKR untuk golongan lain yang memerlukan. Terdapat 23,000 permohonan untuk memiliki rumah kos rendah di Kedah… sapa pulak nak bela saudara-saudara kita ni.

.
Memorandum tu juga sebut kerajaan bertindak zalim terhadap orang tua dan OKU yang kais pagi makan pagi, dengan tindakan menyerahkan kutipan kepada bank. Saya ingin tegaskan, bagi golongan yang berada dalam kelompok ini tidak sampai 10% jumlahnya di skim itu. Bahagian Perumahan SUK telah berusaha mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi golongan ini, malah mereka turut dibantu dari segi kewangan. Rumah mereka langsung tiada ubahsuai, tiada Astro, tiada kereta besar…mereka patut dibantu, dan ia memang telah dilakukan.

.
Ada pihak yang menyewakan pulak rumah mereka kepada pelajar Insaniah pada kadar RM300 sebulan, tapi hutang dengan Bhgn Perumahan RM100 sebulan tak pulak dibayar, yang jenis ni nak kata lagu mana? Ada yang tak bayar sewa tu peniaga restoren depan ASK, baru-baru ni ubahsuai kedai dia bukan main hebat, dan dia pun mai demo tadi. Nak kata lagu mana kat orang macam ni?

.
Saya simpulkan bahawa, langkah yang diambil kerajaan itu tepat dan adil, kerana sejak beberapa hari lalu, kaunter bayaran Bhgn Perumahan di Wisma penuh, sibuk dan tak lengang dengan pembayar sewa. Boleh bayaq pulak dah?

.
Kata Pegawai yang bertanggungjawab dalam hal ini, oleh kerana mereka menuduh kerajaan tidak adil, zalim dan lari dari tanggungjawab, maka semua penghuni yang menandatangani memorandum tadi akan dibawa ke mahkamah, tempat mendapatkan keadilan bagi semua orang…tunggulaaaaa!!! Panggil la orang yang bersyarah sakan pagi tadi jadi ‘pembela’ di mahkamah nanti.

p/s: Maaf laaa, bahasa tak berapa haluih…belajaq kat orang koolaaa…


14 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. saya rasa ada cara len dari nak buat bantahan macamni dan pihak kerajaan kedah pun ada lagi cara len yg lebih menterjemahkan erti KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA...Saudara Sanusi saya tahu anda dan anak Bekas Setiausaha Kerajaan bertentangan politik tapi anda kalau boleh janganlah mengunakan perkataan BEKAS SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI kerana sepengetahuan saya beliau sekarang KETUA SETIAUSAHA SULIT SULTAN KEDAH.Perkataan bila nak berhujah tue bila awak highlight orang2 yang terlibat dengan ISTANA saya takut ia akan menyebabkan ada pihak yg akan merasa sesuatu yang mungkin kita tidak jangk

    ReplyDelete
  3. salam abg sanusi....status rumah depa la ni nak masuk makamah gak kaaaa....

    saya sebagai yg melihat rasa mungkin boleh bincang lagi sebab mungkin yg alasan logik kita boleh bagi kelongaran sikit

    ReplyDelete
  4. Kepada Sahaq :- Saya raa hujah anda yg OKU kena pi JKM @ ZAKAT itu sesuatu yang bodoh pada mereka OKU yg rasa mereka masih boleh bekerja untuk kehidupan mereka, nampak sangat awak nie terlalu bergantung kepada kerajaan kalau awak sendiri OKU. Walaupun mereka OKU mereka masih mampu hidup menyara keluarga cuma resam kehidupan ada kala naik ada kala jatuh..

    Macam yang saya kata..kita fikir kalau bil elektrik 6 bulan sekali baru sampai..jenuh kelupuq kita nak bayaq..tapi sebab tiap2 bulan sampai that why kita mampu bayar.. Saya rasa kita guna konsep overlapped yg mana buat agrement baru dan kerajaan kena pastikan yang bill di hantar setiap bulan..

    Kepastian diperlukan kalau awak SAHAQ menyatakan ada pegawai perumahan turun untuk kutip duit..Sekiranya ada pun pegawai terbabit perlu lebih sistematik dengan membuka kaunter bergerak..dan highlight kepada penduduk.Pembayaran sebanyak RM 100.00 tapi bila awak kata hulur "sepuluh dua" apa tujuan sebenar maksud awak...

    Akaun beku,itu kena rujuk kelemahan pihak pentadbiran..kalau ambil tindakan awal2 saya rasa mereka akan rasa tangungjawab nak bayar tetapi bila keadaan macam nie semua pasti nampak bahawa berkemungkinan serahan hutang mereka kepada BANK ada tjuan tertentu..mereka pun manusia macam kita dan mereka mempunyai syak dan wasangka.

    Kita sama mengucap dua kalimah syahadah...sebagai pemerhati saya rasa kenyataan SAHAQ perlu di fikirkan dahulu sebelum anda postkan pada laman blog ada kepada UMUM.. Penduduk salah pemerintah pun salah..tetapi perbincangan akan menyelesaikan hal ini..Menghukum untuk di bawa ke makamah macam artikel ABG SANUSI saya lihat lebih kepada sesuatu yang tersembunyi di sebalik tindakan..Saya minta maaf secara terbuka di sini kalau kata2 saya nie salah.. cuba kita tenang dan sama-sama berfikir

    APAKAH AKAN TERJADI KALAU KITA BUAT SESUATU KEPUTUSAN SAMA ADA MEMUDARKATKAN RAKYAT ATAU TIDAK.

    peminpin mempunyai tangujawab yang berat di sisi agama..rakyat yang teraniya bukan makamah dunia yang saya pandang tetapi makamah yang di janjikan ALLAH pada setiap perbuatan kita di dunia.

    YANG BAIK DARI ALLAH yang buruk dari saya.. sekali lagi saya mohon maaf kalau artikel dan komen saya buat pembaca tersentuh hati atau nama-nama yang saya sebut terasa hati..

    SEKIAN,kita akan buat silat di dunia sebab kita bukan maksum seperti NABI MUHAMMAD S.A.W jadi "fikir2 lah dahulu sebelum bertindak"

    Salam

    ReplyDelete
  5. Secara peribadi saya cabar saudara !!! (Muhammad Sanusi Md Nor SETPOL MB Kedah Sejahtera

    Yesterday at 11:41pm
    Facebook "Kedah La Ni"

    Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia.

    Notis Permohonan/Permintaan
    Daripada saudara Sobri Sudin telah mencabar saudara Muhammad Sanusi Md Nor (Setiusha Politik Menteri Besar Kedah) untuk berdebat mengenai "Kedah Sejahtera" yang dijadikankan tema oleh kerajaan PAS, bertempat di Dewan Insaniah Alor Setar Kedah, pada bila-bila masa sahaja.

    Soalan kepada peminat debat
    Adakah saudara Muhammad Sanusi Md Nor (Setiusha Politik Menteri Besar Kedah)
    membuat keputusan untuk...

    a). Menyahut cabaran saudara Sobri Sudin ini demi perjuangan PAS.
    b). Berdiam diri kerana tidak mahu menegakkan kebenaran.
    c). Letak semua jawatan dalam parti dan kerajaan.

    Kepada Saudara Muhammad Sanusi Md Nor (Setiusha Politik Menteri Besar Kedah) diharapkan dapat menghadirkan diri saudara untuk berdebat dengan saudara Sobri Sudin, InsyaAllah segala tanggapan terhadap PAS akan terjawab pada sesi tersebut buat muslimin sekelian.

    Assalammualaikum Warohmatullah'hiwabarokatuh.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum,
    awat senyap je.... :)

    ReplyDelete
  7. woii...sobri sudin tu sapa?...majistret?....doktor?....ahli muzik!!!!.....ka bakal mb kedah.....kihkihkih...uuuwweeekkk..

    hang senyap lagi baguih sanusi oiii....layan pun buat perabeh beraih ja..

    ReplyDelete
  8. salam...isu sewa rumah ni bukan baru lg...dari kerajaan BN dulu dah ada masalah ni..bukan setakat 2 tahun pemerintahan kerajaan la ni...tp pasai pa dulu kerajaan BN tak cagar plak rumah kat pihak bank..pasai pa...pasai pa...

    ReplyDelete
  9. bila demo berjumlah 100 ribu @ lebih dikatakan tidak mewakili suara rakyat... demo >100 dilaung2 sebagai luahan suara rakyat membantah... LOL. kepada yang membayar mengikut jadual xrisau pun... cuma golongan yang culas bayar dah 2generasi yg terasa...

    ReplyDelete
  10. salam..aku bersimpati gak ngan penduduk tmn wira ni..tp yg pelik bnyk lg perumahan yang lain...nape tak rombak sekali...adakah? kerajaan negeri nak guna duit sampai terpaksa mencagarkan perumahan tersebut kat bank?
    dimanakah? moto KEDAH SEJAHTERA?? adakah? dengan cara ini kerajaan negeri hendak membantu rakyat...aku ada baca artikel diatas..berkenaan astro, bg aku benda ni dah jd mcm keperluan takkan depa nak biaq anak depa pi duk melanggut tv astro kat umah jiran sebelah kot...tu yg kekadang sampai miss byr sewa rumah...nak makan lg...nak bayar yuran sekolah anak lg...nak antaq anak mengaji lg...nak byr bil api, ayaq, astro lg,...harap kerajaan negeri kaji la blk...wsalam...

    ReplyDelete
  11. nama pun anakrimau...patut la...mana dia reti makna 'keadilan'( bukan Parti Keadilan Rakyat )...kalau tak tengok astro puntak mati aih...rumah aku x dak astro pun walau pun aku tak duduk perumahan rakyat ( mampu insyAllah..kalau setakat nak langgan astro ).

    tak pulak aku hadapi masalah ngan anak2( 5 orang ) aku nak pi melangut umah orang..yang ni semua atas mak pak macamana nak mendidik anak2...didiklah dengan ilmu bukan dengan kebendaan saja..barulah jadi 'insan kamil'...ni dak masalah depa tak reti nak didik anak2 nak rawit habih semua orang/masyarakat/ kerajaan dsb.

    awat api dan ayaq reti pulak pi bayar...sebab apa? kalu x bayaq kena potong tu ja...tak pulak jadi isu...TNB lagi kaya...tiap2 tahun untung ratus/ribu juta..awat x pi protes kat depa dan minta tak payah bayaq bil letrik sebab tak mampu kerana nak kena bayaq astro supaya boleh kawal anak supaya tak pi melangut kat umah orang. pi laaa...

    woii...seratuih hinggit( RM100)ja woi...sewa hotel kongkiak pun semalam seratuih lebih..ni sebulan bang..

    dok bagi kat anak2 pi 'karaoke box' selagu rm1 boleh plak...ya la...hiburan kan keperluan.

    nak berhujah tu biaq la bagi nampak cerdik...walau pun yang berhujah tu 'kureng' sikit...

    p/s anakrimau...dengaq ka nama...huih seriau aku..tapiiii....sendiri mau pikiaq la...

    ReplyDelete
  12. salam..hang duk sembang umah hg x dak astro mengikut kajian statistik kat malaysia..kebanyakan rakyat malaysia dah melanggan astro...ang duk gedegang pa...

    bab ajar anak2 dgn ilmu ni semua org ajar anak2 depa penuh ngan ilmu mana ada org islam x ajar anak2 depa dengan ilmu...bab kebendaan tu sampingan la...

    tang masa org lain merintah hampa pandai duk komen sana..komen sini...mai tang hampa merintah sama saja...jangan duk sembang pandai saja....

    ReplyDelete
  13. sama apa?...ni buat perubahan la ni..taik palat yang puak hampa dok palit rata selama 50 tahun lebih...naik huih beruih tembaga hang tau dak...!!!

    ReplyDelete
  14. aku ni sekadar pemerhati politik saja...dan apa yang aku rasa x kena aku tolong komen...tp jawapan hampa hanya...nak melepas batuk ditangga bila org komen hampa melenting..bg alasan lapuk ja...naik cemuih dah dgr alasan yg sama.....PERUBAHAN??? apa perubahan yg dah dibuat...jelas mai tgk...kelab malam makin bertambah...pusat karaok...makin banyak...semua yang pi aku tgk...semua bdk2 melayu..kalau hang x percaya jumaat mlm sabtu cuba hang pi duk minum kat kedai mamak salam kat jalan putra tu...hg buka mata tgk budak2 mana yg ramai duk pi....buka mata jgn pejam plak....salam...

    ReplyDelete