Wednesday, June 29, 2011
KUBANG PASU - Pemberian geran hak milik tanah kepada rakyat Kedah bukan gimik pilihan raya, sebaliknya dibuat sejak dua tahun lalu setelah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Kedah.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, setakat ini, kelulusan hak milik tanah telah diberikan di empat daerah, iaitu Padang Terap, Baling, Sik dan Pendang.
"Penduduk di daerah lain diharap bersabar kerana proses permohonan mengambil masa sedikit. Apa yang kita beri ini adalah sejajar dengan manifesto Kerajaan Negeri, dan bukannya atas kepentingan politik," katanya, selepas menyerahkan surat hak milik tanah bagi daerah Kubang Pasu kepada 207 penerima, semalam.
Menurutnya, kelulusan ini membabitkan tanah seluas 164 hektar dengan kutipan premium mencecah RM664,441 daripada keseluruhan premium tanah di daerah Kubang Pasu yang mencecah RM10.67 juta.
Azizan berkata, dasar Kerajaan Negeri ini adalah untuk mensejahterakan rakyat selepas meneroka kawasan tanah yang diusahakan melebihi lima tahun.
"Pemberian seterusnya untuk daerah Kubang Pasu akan dibuat selepas Aidilfitri membabitkan penduduk Felda Bukit Tangga. Kelulusan ada yang melibatkan permohonan sejak 10 hingga 20 tahun lepas," katanya.
Ditanya sama ada terdapat pihak cuba mengambil kesempatan atas dasar pemilikan tanah ini, Azizan berkata, ianya mungkin berlaku tanpa pengetahuan, tetapi Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mengenakan syarat ketat membendung berlakunya penyelewengan.
"Walaupun kita benarkan penduduk buat permohonan hanya selepas lima tahun meneroka tanah, namun ianya tidak semudah yang disangka. Berlaku beberapa peringkat di mana mereka perlu dapatkan lesen milik sementara (LMS) sebelum diberikan lesen penuh. Antara syarat ditetapkan ialah tanah berkenaan tidak boleh dijual sebelum tempoh matang 10 tahun," katanya.
Ini secara tidak langsung dapat menghalang wujudnya kes memanipulasi jualan tanah secara berleluasa oleh pihak tertentu yang mahu mengambil kesempatan dalam pasaran terbuka.
"Jika kita siasat dan dapati berlaku penipuan, permohonan mereka akan ditolak serta merta," katanya.
Azizan turut mendedahkan kebanyakan pemohon gagal membayar premium tanah menyebabkan permohonan lewat diproses, dan beliau menasihatkan pemohon agar tidak leka membayar premium sekiranya mahu pemilikan dibuat segera.
Sent via BlackBerry from Maxis
KUBANG PASU - Sekiranya Kerajaan Barisan Nasional (BN) yakin mereka memperoleh sokongan majoriti rakyat negara ini, perhimpunan Bersih 2.0 tidak perlu dihalang.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, perhimpunan aman yang mahu menyuarakan hasrat rakyat tetap akan diadakan apabila sampai masanya, dan ianya tidak boleh dihalang kerana negara ini mengamalkan amalan demokrasi.
"Kalau Kerajaan Pusat yakin mereka kuat dan sokongan rakyat menyebelahi mereka, kenapa mahu halang Bersih. Jika dihalang, kelak rakyat akan lebih simpati pada parti pembangkang kerana menidakkan hak untuk bersuara," katanya, selepas majlis penyerahan surat hak milik tanah daerah Kubang Pasu, semalam.
Menurutnya, suara rakyat tidak boleh disekat dan perlu didengari kerajaan pemerintah, sekiranya tidak mahu tempias revolusi di Eygpt menular ke negara ini.
"Sampai masa akan berlaku juga, tak perlu sekat. Kecuali mereka berhimpun untuk langgar undang-undang atau merusuh. Tetapi mereka cuma mahu berhimpun," katanya.
Azizan mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, mendakwa perhimpunan Bersih bukan kerana memperjuangkan pilihan raya bersih, sebaliknya kerana ada pihak yang tidak sabar untuk berkuasa.
"Memang benar Pakatan Rakyat (PR) mahu ambil alih kuasa di Putrajaya, tetapi bukan menerusi revolusi. Ia hanya akan berlaku menerusi pilihan raya umum," katanya.
Ditanya kewajaran menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini, Azizan berkata, ianya tidak relevan dan sengaja diumumkan untuk menakut-nakutkan orang ramai.
"Patut ISA sudah lama tidak digunakan… saya anggap Pusat ketandusan idea cuba gunakan ISA sebab mereka yakin tak mampu pertahan keadaan. Untuk elak jadi perhimpunan haram, berilah permit," katanya.
Azizan turut mengingatkan Kerajaan Negeri tidak akan bertanggung jawab terhadap mana-mana rakyat Kedah yang ditangkap atas kesalahan merusuh di perhimpunan itu kelak.
"Saya tak halang sesiapa sahaja yang nak pergi ke perhimpunan Bersih, sebab itu hak individu. Kita sokong apa jua hak rakyat, tapi pelik ada pihak sokong, ada pihak larang, biar lah ianya dibuat secara aman, kalau salah barulah tangkap," katanya.
Menurutnya, pihaknya turut mempertikai insiden di mana beberapa individu ditangkap kerana hanya memakai baju kuning logo Bersih, sedangkan mereka bukannya berhimpun secara haram.
Sent via BlackBerry from Maxis
Monday, June 27, 2011
MB Tunggu Buku Jawapan UMNO
"Tidak mengapa jika ada pihak tidak puas hati tentang penjelasan kejayaan manifesto itu, yang penting mesej kepada rakyat sampai. Saya sedia tunggu pemimpin UMNO buat kajian semula terhadap penjelasan buku itu dan jawab semula berdasarkan penilaian mereka," katanya.
Sent via BlackBerry from Maxis
Sunday, June 26, 2011
Hebatnya Anwar... Bersih Jadi Macam Selsema Burung
Friday, June 24, 2011
PPFZ -MCA: Ini Versi UMNO Pula
Thursday, June 23, 2011
Kabinet Kepimpinan PAS Kedah 2011-2013
Pesuruhjaya : YAB Dato' Seri Ust. Hj Azizan bin Abd. Razak
Monday, June 13, 2011
Maklumat Arus Pinggir - Oportunis Menjarum
Ada banyak kepentingan yang bergayut di 'rantaian berita arus pinggir', setiap satu pembawanya saling tidak sama tujuan dan matlamatnya, malah sumbernya juga bersimpang siur. Agak berat untuk dilanjutkan bila sampai ke peringkat meminta saksi atau bukti...paling tidak pembawa berita jenis itu akan menuding kepada si anu-si anu ataupun dia angkat kaki untuk bercerita kepada orang lain pula. Dia akan kata pula kita tak boleh pakai kerana tak menerima beritanya malah kita dituduh pula bersubahat dengan pembuat angkara durjana.
Kelompok besar dalam pembawa berita atus pinggir ialah 'badut politik', ahli perniagaan dan oportunis yang gagal mencapai 'hasrat di hati'. Mereka bukan marhaen yang tertindas, mereka tak kenal 'pisau motong' atau 'tukul merton'. Mereka hebat dan berada dalam kelas tersendiri, mereka usahawan dan sesetengahnya sudah masuk kelas pemodal dan 'land lord' juga. Melepak dan bersembang di pejabat dan di cafe atau kedai kopi lama-lama, bertukar cawan kopi dan pinggan nasi kandar.Cerita mereka mudah diterima kerana mereka dilihat berwibawa, mendakwa rapat dengan 'sipolan-sipolan', kaya dan serba tahu... telefon melekat di pipi, dengan nombor orang ternama tersimpan rapi.
Acapkali kita yang terjebak dan bertindak atas maklumat 'arus tpinggir' seperti ini terkapai-kapai mencari bukti dan sumber, saat itu mereka ketawa berdekah-dekah kerana sebahagian hasrat 'mengenakan' orang itu -orang ini sudah berjalan.
Mujurlah Tun Perak bijak, tidak membunuh Hang Tuah yang dihukum atas maklumat 'arus pinggir' Dato' Karma Wijaya yang berhasrat mengambil semula tempatnya di sisi Tuanku Sultan. Sejarah membawa kisah turun temurun ini untuk kita jadi pedoman. Waalhua'lam.