Semalam sehari Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kedah, dia ke Kodiang, Ke Bukit Kayu Hitam, Pokok Sena dan Naka, sampai lewatmalam. Saya hanya sempat bersamanya di Markaz PAS Kawasan Pokok Sena. Ribuan manusia hadir di satu-satu tempat Anwar singgah, dan dia seperti biasa saja, malah lebih bersemangat walaupun bebanan yang menghimpitnya bukan kepalang. Dia membacakan beberapa potong ayat Al-Quran dan mengambil sejarah Nabi Musa a.s menentang kezaliman Firaun. Media Firaun, Mahkamah Firaun, tentara dan polis Firaun, SB Firaun, penjara Firaun dan segala aparatus kerajaan Firaun yang dikerah menghalang dakwah dan perjuangan Nabi Musa a.s. Akhirnya Firaun dan segala 'pekakasnya' ditelan belahan laut.
Saya percaya ramai yang kecewa dan mati akal dengan sambutan yang diterima Anwar. Bermati-matian meyakinkan rakyat dengan semua kaedah moden dan tradisional untuk mengaibkan, menjatuhkan maruah, membina persepsi buruk terhadapnya...satupun tak berkesan. Kisah usaha gigih pimpinan BN membunuh karier politik dan perjuangannya sudah jadi macam telenovela/senetron. Skripnya panjang.
Saya juga pasti, panel skrip telenovela Anwar sekarang ni, pagi-pagi lagi sudah sibuk memilih jalan dan plot cerita, melibatkan semua perkakas negara untuk memelihara BN dan pimpinannya. Panel skrip tentu pening kerana drama mereka belum berjaya menyentap keyakinan penonton, malah makin ramai pula yang ubah channel bila telenovela Anwar disiarkan. Orang sudah meluat. Saya belum membaca akhbar hari ini, tapi saya yakin ada cerita Anwar dan 'keburukannya' dipersembahkan lagi.
Dato' Mahfuz Omar juga berceramah semalam. Nadanya tinggi dari awal sampai habis, menunggu kehadiran Saifuddin yang tidak berjaya sampai dari ceramahnya di Naka. Mahfuz mengayuh laju... penutup ceramahnya cerita Anthony Quin yang berlakon sebagai Umar Mokhtar dalam cerita Lion Of The Desert. Wajah Anthony Quin (tak pasti betul atau salah ejaannya namanya) jaguh Hollywood itu berjaya diubah menjadi Umar Mokhtar, malah lenggok badan, tutur kata, senyum dan dan tegas Umar Mokhtar dalam dipancarkan dengan jelas dalam filem itu. Tapi itu bukan Umar Mokhtar, pejuang Islam kebanggaan rakyat Libya menentang penjajah Italy...itu Anthony Quin, pelakon filem dari Amerika beragama Kristian...juga bangsa penjajah. Begitu juga filem Ghandi... heronya seolah-olah dilakonkan sendiri oleh Ghandi yang mati 60 tahun lalu. Kedua-dua pelakon itu 100% menyamai watak asal. Dalam filem yang dikatakan Anwar, pakar yang diupah hanya berani mengatakan 99.9%...mana perginya 0.1% lagi???
Mereka simpan untuk beralasan bila pelakon sebenar ditemui... beda lapik untuk berbohong! Penerbit drama seks itu lupa, filem-filem lain hanya sebagai hiburan, orang tak pertikai sangat cerita Lion Of The Desert dan Ghandi walau ada kecacatan kerana ia sekadar filem untuk menceritakan sejarah dan berhibur. Cerita Anwar lain, ia guna untuk mentajuhkan dan memalukan orang. Sebarang kecacatan akan makan tuan! Ini dunia real, bukan jalan cerita yang dipersembahkan, tetapi watak, tokoh dan susuk pelakonnya. Tunggulah hari dan waktunya, kebenaran akan terserlah! Sabarlah Anwar.
Bersih 2.0
Sesiapa yang memakai baju kuning dengan tulisan Bersih 2.0 tiba-tiba amat menakutkan BN dan pimpinan negara. Macam pembawa virus selsema burung. Banyak yang sudah ditangkap. Di Ampang, di Kepala Batas dan di Kuala Lumpur. Sewaktu wabak selsema burung menyerang dan mewabak, habis ayam itik satu reban ditangkap dan di bakar untuk mengelak virus itu merebak...tapi dalam kes bersih 2.0, belum ada api yang boleh menyala untuk membakar baju dan gelombang kuning itu. Tangkaplah...kena lepas juga. Selamat menghadapi fobia baru buat pimpinan BN dan semua penyokongnya. Kami akan pergi pada 9 Julai nanti. Jumpa di sana! Wabak ini hanya menyerang pemimpin yang korup dan menyeleweng. kalau anda bersih, anda tak akan dijangkiti.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteTuan,
Pakteh sejak dulu jika ada yang tak ingin join UMNO, pakteh cadangkan join Pas dan begitu juga sebaliknya dan tidak pernah sekali-kali mencadangkan PKR...
Maksudnya pakteh menerima skill politik ala Pas walaupun hati memberontak...apa boleh buat..itulah demokrasi yang memberi hak kepada individu membuat pilihan masing-masing.
BERSIH 2.0 bagi pakteh adalah satu agenda yang busuk lagi membusukkan. Jika dari awal dikhabarkan bertujuan untuk PR menjatuhkan BN...itu masih boleh diterima sekadar merebut peluang kepada keadaan semasa tetapi apabila dengan bangga berselindung disebalik NGO yang diketua Ambiga...pakteh mula loya apatah lagi kini makin terdedah individu2 dan dalang sebenar disebalik BERSIH 2.0
Berbalik soal Mahfuz dan contoh pelakon2 yang memainkan watak dalam filem sehingga mampu menyerupai watak sebenar....
Dengan ikhlas hati dan rendah hati pakteh memohon tuan merujuk kepada hujah balas dari Kickdefella. Biarlah dalam soal ini tuan berbicara dengan hati sendiri. Tiadak rugi apa2 jika tuan melapangkan sedikit masa membaca ulasan dari blog tersebut dan ditambah dengan pendirian hati kecil tuan sendiri.
TUAN...BAGAIMANA ANWAR BOLEH ADA DALAM CCTV BERSAMA ESKAY DI LOBI APARTMENT tempat kejadian TERSEBUT pada tarikh yang sama?...
Jika cumpa Anwar lagi...tolong tanyakan tentang hal ini
p/s: tahniah sekali lagi atas pelantikan Ketua penerangan pas Kedah....
AKUM TUAN SANUSI, TGK LAA VIDEO TUU BTOL2 DULU, PASTU BARU KATA TELENOVELA KE APE KER, VIDEO TAK BRANI NAK TGK, ASYIK NAFIKAN JER, TUAN ADA MASTER BHGN YG BERKAITAN KER, DEMI PAS, AMEK VIDEO TUUU, BAWA GE AGENSI2 YANG TUAN PERCAYA UNTUK SIASAT, KALU DAPAT KEPASTIAN ITU BUKAN ANUAR YG TUAN TERLAMPAU SAYANGI, BIAQ KITA CANANG SATU KEDAH, TUAN CUBA BYG KEANGGOTAAN AHLI BARU JIKA PELAKON VIDEO ITU DIPASTIKAN BUKAN ANUAR OLEH AGENSI YANG BOLEH DIPERCAYAI KREDIBILITINYA, PAS PUN BUKAN BODOH SGT KOT, TAKKAN TUAN NAK TUNJUK TAHAP BODO SGT MACAM TUAN MAHFUZ BEAN PLAK,MESTI PAS PUN ADA AGENSI2 YANG BOLEH DIPERCAYAINYA DARI LUAR NEGERA, TAPI TINDAKAN PAS SEKARANG MCM TAKUT NAK TERIMA KEBENARAN JER, TAKKAN ANUAR DAH BG HABUAN KAT TUAN JUGA KOT, JGN HABUAN BLAKANG JADI LER YER TUAN. AKHIR KATA, JGN TERLAMPAU MEMALUKAN AHLI2 PAS YG LAIN, PENOLAKAN TUAN PUN RASA2 TUAN TAHU PASAL APA GAK KOT NOOO.
ReplyDeletePakteh berpandangan Pas lebih kuat dan mantap kredibilitinya ketika bersendirian....
ReplyDeleteSemua berlaku adalah taqdir
ReplyDeleteKita kena Iktiar
Katrideg pelating kena kepala Dato Seri Tu
Takdir ka ikhtiar?
Apa bila Rasullulah wafat. Omar membantah menyatakan nabi hanya pergi sperti Nabi Musa dan akan kembali.Abu bakar membaca sepotong ayat dari Al Quraan yang maksud nya lebih kurang: Adakah kamu akan kembali kufur sekira Rasul mati atau di bunuh ,sensungguh nya Allah itu maha berkuasa dan tidak memerlukan kita.
ReplyDeleteAbu Bakar menambah lagi: Jika kamu menyebab Muhamad ,Muhamad sudah wafat ,jika kamu menyembah Allah .. Allah kekal abadi.
Omar tersentak dan terpaksa menerima hakikat dan ayat itu memang pernah di baca dan dengar...
Bagitu juga PERJUANGAN ISLAM jika kita memuja Osama bin Laden dia telah mati (atau watak nya di matikan),kalau pejuang Afghanistan yang puja Burhanuddin Rabbani (Persian: برهان الدين رباني Burhânuddîn Rabbânî) (1940 – 20 September 2011) was President of Afghanistan from 1992 to 1996 dia juga tekah di bunuh dan yang memuja Ahmad Shah Massoud dia juga di bunuh pada 3 hari sebelum serangan Twin Tower ....
Semua watak Politik mati atau di bunuh. Oleh perjuangan hnedak lah berdasarkan perinsip bukan dokongan pemimpin Karisma semata mata.
Oleh itu Watak D S Anwar telah terkorban... Oleh itu perjuangan perlu di teruskan bukan kerana beliau.
Ilhlaskan hati kerana Allah!!!