Wednesday, June 29, 2011

Jangan halang jika yakin sokongan berpihak pada BN
 
KUBANG PASU - Sekiranya Kerajaan Barisan Nasional (BN) yakin mereka memperoleh sokongan majoriti rakyat negara ini, perhimpunan Bersih 2.0 tidak perlu dihalang.
            Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, perhimpunan aman yang mahu menyuarakan hasrat rakyat tetap akan diadakan apabila sampai masanya, dan ianya tidak boleh dihalang kerana negara ini mengamalkan amalan demokrasi.
            "Kalau Kerajaan Pusat yakin mereka kuat dan sokongan rakyat menyebelahi mereka, kenapa mahu halang Bersih. Jika dihalang, kelak rakyat akan lebih simpati pada parti pembangkang kerana menidakkan hak untuk bersuara," katanya, selepas majlis penyerahan surat hak milik tanah daerah Kubang Pasu, semalam.
            Menurutnya, suara rakyat tidak boleh disekat dan perlu didengari kerajaan pemerintah, sekiranya tidak mahu tempias revolusi di Eygpt menular ke negara ini.     
            "Sampai masa akan berlaku juga, tak perlu sekat. Kecuali mereka berhimpun untuk langgar undang-undang atau merusuh. Tetapi mereka cuma mahu berhimpun," katanya.
            Azizan mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, mendakwa perhimpunan Bersih bukan kerana memperjuangkan pilihan raya bersih, sebaliknya kerana ada pihak yang tidak sabar untuk berkuasa.
            "Memang benar Pakatan Rakyat (PR) mahu ambil alih kuasa di Putrajaya, tetapi bukan menerusi revolusi. Ia hanya akan berlaku menerusi pilihan raya umum," katanya.
            Ditanya kewajaran menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini, Azizan berkata, ianya tidak relevan dan sengaja diumumkan untuk menakut-nakutkan orang ramai.
            "Patut ISA sudah lama tidak digunakan… saya anggap Pusat ketandusan idea cuba gunakan ISA sebab mereka yakin tak mampu pertahan keadaan. Untuk elak jadi perhimpunan haram, berilah permit," katanya.
            Azizan turut mengingatkan Kerajaan Negeri tidak akan bertanggung jawab terhadap mana-mana rakyat Kedah yang ditangkap atas kesalahan merusuh di perhimpunan itu kelak.
            "Saya tak halang sesiapa sahaja yang nak pergi ke perhimpunan Bersih, sebab itu hak individu. Kita sokong apa jua hak rakyat, tapi pelik ada pihak sokong, ada pihak larang, biar lah ianya dibuat secara aman, kalau salah barulah tangkap," katanya.
            Menurutnya, pihaknya turut mempertikai insiden di mana beberapa individu ditangkap kerana hanya memakai baju kuning logo Bersih, sedangkan mereka bukannya berhimpun secara haram.
Sent via BlackBerry from Maxis

2 comments:

  1. BAGUS !

    SEBAIKNYA MB KEDAH SEBUT LA MACAM NI , BARU SEDAP SIKIT ANWAR , AMBIGA & MAT SABU MENDENGAQNYA...

    "PAS Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah akan membantu mana-mana rakyat yang terlibat dengan BERSIH sama ada diberi wang poket, bas rombongan dan peguambela seandainya di tangkap!"

    TAPI, MB KEDAH SEBUT SEBALIKNYA... KALAU AKU PENYOKONG PAS KEDAH, GERENTI HATI AKU DAH TERBAKAQ!

    Tak perchaya cakap aku? KLIK SINI (Kalau Berani!)

    http://aloqstaqblog.blogspot.com/2011/06/kejammm-mb-kedah-tidak-akan.html

    ReplyDelete
  2. Baguih la MB cakap awai2.
    Cerdik sungguh MB no.

    Pi Bersih ni hak individu, bukan anjuran kjaan negeri, takkan nak guna duit kjaan negeri..
    Pas bukan mcm Umno yg akan perguna harta negeri dan harta negara mcm mak-pak mereka punya.

    Ada beza duit kjaan dgn duit Parti.

    ReplyDelete