Monday, June 13, 2011

Maklumat Arus Pinggir - Oportunis Menjarum

Terima kasih kepada Mat Luku dan Tulahan atas perhatian saudara. Saya tidak berhasrat memanjangkan hal ini kerana tanggungjawab memberi pencerahan dari  maklumat 'arus tengah' Negeri Kedah sudah saya tunaikan seperti yang diamanahkan kepada saya oleh pimpinan negeri. Saya sedar 'berita arus pinggir' dari kedai kopi dan rumah kenduri juga berguna untuk dibuat pertimbangan, tetapi mesti 'dipadankan' dengan sumber sahih berdasarkan rekod, dokumen dan bukti. Hanya ini jalan untuk menjadikan dunia kita terurus dan tersusun. Demikina jugalah perintah Allah swt dalam Al-Quran bila kita berhadapan dengan berita dan pembawa berita.



Ada banyak kepentingan yang bergayut di 'rantaian berita arus pinggir', setiap satu pembawanya saling tidak sama tujuan dan matlamatnya, malah sumbernya juga bersimpang siur. Agak berat untuk dilanjutkan bila sampai ke peringkat meminta saksi atau bukti...paling tidak pembawa berita jenis itu akan menuding kepada si anu-si anu ataupun dia angkat kaki untuk bercerita kepada orang lain pula. Dia akan kata pula kita tak boleh pakai kerana tak menerima beritanya malah kita dituduh pula bersubahat dengan pembuat angkara durjana.

Kelompok besar dalam pembawa berita atus pinggir ialah 'badut politik', ahli perniagaan dan oportunis yang gagal mencapai 'hasrat di hati'. Mereka bukan marhaen yang tertindas, mereka tak kenal 'pisau motong' atau 'tukul merton'. Mereka hebat dan berada dalam kelas tersendiri, mereka usahawan dan sesetengahnya sudah masuk kelas pemodal dan 'land lord' juga. Melepak dan bersembang di pejabat dan di cafe atau kedai kopi lama-lama, bertukar cawan kopi dan pinggan nasi kandar.Cerita mereka mudah diterima kerana mereka dilihat berwibawa, mendakwa rapat dengan 'sipolan-sipolan', kaya dan serba tahu... telefon melekat di pipi, dengan nombor orang ternama tersimpan rapi.


Acapkali kita yang terjebak dan bertindak atas maklumat 'arus tpinggir' seperti ini terkapai-kapai mencari bukti dan sumber, saat itu mereka ketawa berdekah-dekah kerana sebahagian hasrat 'mengenakan' orang itu -orang ini sudah berjalan.

Mujurlah Tun Perak bijak, tidak membunuh Hang Tuah yang dihukum atas maklumat 'arus pinggir' Dato' Karma Wijaya yang berhasrat mengambil semula tempatnya di sisi Tuanku Sultan. Sejarah membawa kisah turun temurun ini untuk kita jadi pedoman. Waalhua'lam.

3 comments:

  1. Perlu wujud Hang Tuah dan Hang Jebat dalam berpolitik CUMA kedua2nya mesti IKHLAS....

    Pakteh menghormati tokoh politik dalam Pas yang keikhlasannya terpancar....
    Pakteh juga membenci tokoh politik dalam UMNO yang keikhalasannya amat-amat diragui....

    pakteh?....hehehe...pakteh di sekadar penebang buluh....kira buluh bagi betoi...jangan dok tipu2...selesai....

    ReplyDelete
  2. Gena bilang buluh pong ada salah silap juga? Kalu hak ghrok dah halus besa lidi bekali ada salah, tapi kalu hak besa besa lengang besa betih pong salah juga...katop mata la kok...! Tapi tak pa, kalu buluh hak sediri, kalu tipu pong tipu diri sendiri...gena pak teh?

    ReplyDelete
  3. Tuan..
    kalu dah hak sendiri pun nak tipu...maknanya takdak keikhlasan dalam diri...so bila berjuang berproksikan rakyat...hanya lahiriah terpaparnya perjuangan untuk rakyat namun batin dan jiwa...masih tidak ikhlas...kerana itu pemimpin samada UMNO atau PAS, tetap dihormati apabila benar2 ikhlas....

    paling penting jangan mudah berputus asa apabila ada halangan.....

    hehehe...buluh besa lengan tak silap kira tapi sengaja disilapkan.....

    ReplyDelete