Wednesday, June 29, 2011

BERSIH 2.0 (promo 1)

Check out this video on YouTube:

http://www.youtube.com/watch?v=Hp8K3sWQD_E&feature=youtube_gdata_player


Sent from my iPad

BERSIH 2.0: First Time Kot (Pt. 1)

Check out this video on YouTube:

http://www.youtube.com/watch?v=rnLGR9FUCnA&feature=youtube_gdata_player


Sent from my iPad

MB6.JPG

MB di Kubang Pasu hari ini...
Sent via BlackBerry from Maxis
Bukan gimik pilihan raya: MB

KUBANG PASU - Pemberian geran hak milik tanah kepada rakyat Kedah bukan gimik pilihan raya, sebaliknya dibuat sejak dua tahun lalu setelah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Kedah.
            Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, setakat ini, kelulusan hak milik tanah telah diberikan di empat daerah, iaitu Padang Terap, Baling, Sik dan Pendang.
            "Penduduk di daerah lain diharap bersabar kerana proses permohonan mengambil masa sedikit. Apa yang kita beri ini adalah sejajar dengan manifesto Kerajaan Negeri, dan bukannya atas kepentingan politik," katanya, selepas menyerahkan surat hak milik tanah bagi daerah Kubang Pasu kepada 207 penerima, semalam.
            Menurutnya, kelulusan ini membabitkan tanah seluas 164 hektar dengan kutipan premium mencecah RM664,441 daripada keseluruhan premium tanah di daerah Kubang Pasu yang mencecah RM10.67 juta.
            Azizan berkata, dasar Kerajaan Negeri ini adalah untuk mensejahterakan rakyat selepas meneroka kawasan tanah yang diusahakan melebihi lima tahun.
            "Pemberian seterusnya untuk daerah Kubang Pasu akan dibuat selepas Aidilfitri membabitkan  penduduk Felda Bukit Tangga. Kelulusan ada yang melibatkan permohonan sejak 10 hingga 20 tahun lepas," katanya.
            Ditanya sama ada terdapat pihak cuba mengambil kesempatan atas dasar pemilikan tanah ini, Azizan berkata, ianya mungkin berlaku tanpa pengetahuan, tetapi Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mengenakan syarat ketat membendung berlakunya penyelewengan.
            "Walaupun kita benarkan penduduk buat permohonan hanya selepas lima tahun meneroka tanah, namun ianya tidak semudah yang disangka. Berlaku beberapa peringkat di mana mereka perlu dapatkan lesen milik sementara (LMS) sebelum diberikan lesen penuh. Antara syarat ditetapkan ialah tanah berkenaan tidak boleh dijual sebelum tempoh matang 10 tahun," katanya.
            Ini secara tidak langsung dapat menghalang wujudnya kes memanipulasi jualan tanah secara berleluasa oleh pihak tertentu yang mahu mengambil kesempatan dalam pasaran terbuka.
            "Jika kita siasat dan dapati berlaku penipuan, permohonan mereka akan ditolak serta merta," katanya.
            Azizan turut mendedahkan kebanyakan pemohon gagal membayar premium tanah menyebabkan permohonan lewat diproses, dan beliau menasihatkan pemohon agar tidak leka membayar premium sekiranya mahu pemilikan dibuat segera.
Sent via BlackBerry from Maxis

Jangan halang jika yakin sokongan berpihak pada BN
 
KUBANG PASU - Sekiranya Kerajaan Barisan Nasional (BN) yakin mereka memperoleh sokongan majoriti rakyat negara ini, perhimpunan Bersih 2.0 tidak perlu dihalang.
            Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, perhimpunan aman yang mahu menyuarakan hasrat rakyat tetap akan diadakan apabila sampai masanya, dan ianya tidak boleh dihalang kerana negara ini mengamalkan amalan demokrasi.
            "Kalau Kerajaan Pusat yakin mereka kuat dan sokongan rakyat menyebelahi mereka, kenapa mahu halang Bersih. Jika dihalang, kelak rakyat akan lebih simpati pada parti pembangkang kerana menidakkan hak untuk bersuara," katanya, selepas majlis penyerahan surat hak milik tanah daerah Kubang Pasu, semalam.
            Menurutnya, suara rakyat tidak boleh disekat dan perlu didengari kerajaan pemerintah, sekiranya tidak mahu tempias revolusi di Eygpt menular ke negara ini.     
            "Sampai masa akan berlaku juga, tak perlu sekat. Kecuali mereka berhimpun untuk langgar undang-undang atau merusuh. Tetapi mereka cuma mahu berhimpun," katanya.
            Azizan mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, mendakwa perhimpunan Bersih bukan kerana memperjuangkan pilihan raya bersih, sebaliknya kerana ada pihak yang tidak sabar untuk berkuasa.
            "Memang benar Pakatan Rakyat (PR) mahu ambil alih kuasa di Putrajaya, tetapi bukan menerusi revolusi. Ia hanya akan berlaku menerusi pilihan raya umum," katanya.
            Ditanya kewajaran menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini, Azizan berkata, ianya tidak relevan dan sengaja diumumkan untuk menakut-nakutkan orang ramai.
            "Patut ISA sudah lama tidak digunakan… saya anggap Pusat ketandusan idea cuba gunakan ISA sebab mereka yakin tak mampu pertahan keadaan. Untuk elak jadi perhimpunan haram, berilah permit," katanya.
            Azizan turut mengingatkan Kerajaan Negeri tidak akan bertanggung jawab terhadap mana-mana rakyat Kedah yang ditangkap atas kesalahan merusuh di perhimpunan itu kelak.
            "Saya tak halang sesiapa sahaja yang nak pergi ke perhimpunan Bersih, sebab itu hak individu. Kita sokong apa jua hak rakyat, tapi pelik ada pihak sokong, ada pihak larang, biar lah ianya dibuat secara aman, kalau salah barulah tangkap," katanya.
            Menurutnya, pihaknya turut mempertikai insiden di mana beberapa individu ditangkap kerana hanya memakai baju kuning logo Bersih, sedangkan mereka bukannya berhimpun secara haram.
Sent via BlackBerry from Maxis

Monday, June 27, 2011

MB Tunggu Buku Jawapan UMNO

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersedia menanti kemunculan buku jawapan daripada UMNO Kedah berhubung ketidakpuasan hati mereka terhadap buku 'Pencapaian Kedah Sejahtera'.
Katanya, sekiranya pemimpin UMNO tidak berpuas hati dengan penjelasan dalam buku berkenaan, mereka boleh menerbitkan buku jawapan untuk menidakkan kesahihan fakta dalam buku terbitan Kerajaan Negeri itu.

"Tidak mengapa jika ada pihak tidak puas hati tentang penjelasan kejayaan manifesto itu, yang penting mesej kepada rakyat sampai. Saya sedia tunggu pemimpin UMNO buat kajian semula terhadap penjelasan buku itu dan jawab semula berdasarkan penilaian mereka," katanya.
           
Azizan mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, yang mempertikai kesahihan fakta buku 'Pencapaian Kedah Sejahtera' yang memperjelas pencapaian Kedah berdasarkan janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
           
UMNO Kedah turut bercadang menerbitkan sebuah buku bagi menjawab segala penjelasan dalam buku berkenaan dalam masa terdekat.
           
Azizan berkata, pihaknya pelik dengan sikap pemimpin UMNO yang 'ghairah' sebelum ini mahu kejayaan manifesto PRU12 diedarkan untuk tatapan umum, namun apabila diedarkan, timbul pula persepsi lain.
           
"Dulu mereka juga yang beriya-iya minta pencapaian itu diedarkan pada semua orang, bila kita hebahkan, timbul pula cerita lain dakwa ianya pembohongan. Jika mereka tidak puas hati kemukakan hujah mereka," katanya.
           
Mengulas mengenai hasrat pemimpin UMNO yang akan membangkitkan semula isu manifesto dalam Sidang DUN akan datang, Azizan berkata, pihaknya tiada masalah untuk menjawab segala persoalan yang dibangkitkan.
           
"Itu hak mereka untuk bangkitkan apa jua soalan dalam Sidang DUN. Saya tiada masalah untuk buat penjelasan isu berkenaan walaupun ianya telah ditulis secara jelas dalam buku itu," katanya.
           
Azizan berkata, pandangan parti pembangkang mengenai pencapaian manifesto itu seperti yang dipaparkan dalam buku berkenaan tidak penting, kerana penilaian rakyat adalah lebih utama.
           
"Yang penting rakyat tahu apa kita buat di Kedah. Biarlah rakyat buat penilaian, buku itu sekadar jadi rujukan. Malah saya andaikan kebanyakan daripada kejayaan manifesto turut melibatkan rakyat secara tidak langsung," katanya.
           
Secara sinis, Azizan berkata, hanya ahli Pas yang tahu apa janji-janji manifesto dan bukannya pihak luar, terutama parti lawan. Menurutnya, apa yang dipaparkan dalam buku itu semuanya berlandaskan fakta sebenar dan Kerajaan Negeri telus dalam perinciannya, ini dibuktikan apabila beberapa perkara yang belum dicapai dan dalam perancangan turut disertakan.
           
"Kita telus dan nyatakan apa yang telah dicapai termasuk tujuh perkara dalam manifesto yang belum dilaksanakan. Kita tidak berselindung dalam perkara ini," katanya. (Sinar Harian).
Sent via BlackBerry from Maxis

Sunday, June 26, 2011

Hebatnya Anwar... Bersih Jadi Macam Selsema Burung

Semalam sehari Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kedah, dia ke Kodiang, Ke Bukit Kayu Hitam, Pokok Sena dan Naka, sampai lewatmalam. Saya hanya sempat bersamanya di Markaz PAS Kawasan Pokok Sena. Ribuan manusia hadir di satu-satu tempat Anwar singgah, dan dia seperti biasa saja, malah lebih bersemangat walaupun bebanan yang menghimpitnya bukan kepalang. Dia membacakan beberapa potong ayat Al-Quran dan mengambil sejarah Nabi Musa a.s menentang kezaliman Firaun. Media Firaun, Mahkamah Firaun, tentara dan polis Firaun, SB Firaun, penjara Firaun dan segala aparatus kerajaan Firaun yang dikerah menghalang dakwah dan perjuangan Nabi Musa a.s. Akhirnya Firaun dan segala 'pekakasnya' ditelan belahan laut.

Saya percaya ramai yang kecewa dan mati akal dengan sambutan yang diterima Anwar. Bermati-matian meyakinkan rakyat dengan semua kaedah moden dan tradisional untuk mengaibkan, menjatuhkan maruah, membina persepsi buruk terhadapnya...satupun tak berkesan. Kisah usaha gigih pimpinan BN membunuh karier politik dan perjuangannya sudah jadi macam telenovela/senetron. Skripnya panjang.

Saya juga pasti, panel skrip telenovela Anwar sekarang ni, pagi-pagi lagi sudah sibuk memilih jalan dan plot cerita, melibatkan semua perkakas negara untuk memelihara BN dan pimpinannya. Panel skrip tentu pening kerana drama mereka belum berjaya menyentap keyakinan penonton, malah makin ramai pula yang ubah channel bila telenovela Anwar disiarkan. Orang sudah meluat. Saya belum membaca akhbar hari ini, tapi saya yakin ada cerita Anwar dan 'keburukannya' dipersembahkan lagi.

Dato' Mahfuz Omar juga berceramah semalam. Nadanya tinggi dari awal sampai habis, menunggu kehadiran Saifuddin yang tidak berjaya sampai dari ceramahnya di Naka. Mahfuz mengayuh laju... penutup ceramahnya cerita Anthony Quin yang berlakon sebagai Umar Mokhtar dalam cerita Lion Of The Desert. Wajah Anthony Quin (tak pasti betul atau salah ejaannya namanya) jaguh Hollywood itu berjaya diubah menjadi Umar Mokhtar, malah lenggok badan, tutur kata, senyum dan dan tegas Umar Mokhtar dalam dipancarkan dengan jelas dalam filem itu. Tapi itu bukan Umar Mokhtar, pejuang Islam kebanggaan rakyat Libya menentang penjajah Italy...itu Anthony Quin, pelakon filem dari Amerika beragama Kristian...juga bangsa penjajah. Begitu juga filem Ghandi... heronya seolah-olah dilakonkan sendiri oleh Ghandi yang mati 60 tahun lalu. Kedua-dua pelakon itu 100% menyamai watak asal. Dalam filem yang dikatakan Anwar, pakar yang diupah hanya berani mengatakan 99.9%...mana perginya 0.1% lagi???

Mereka simpan untuk beralasan bila pelakon sebenar ditemui... beda lapik untuk berbohong! Penerbit drama seks itu lupa, filem-filem lain hanya sebagai hiburan, orang tak pertikai sangat cerita Lion Of The Desert dan Ghandi walau ada kecacatan kerana ia sekadar filem untuk menceritakan sejarah dan berhibur. Cerita Anwar lain, ia guna untuk mentajuhkan dan memalukan orang. Sebarang kecacatan akan makan tuan! Ini dunia real, bukan jalan cerita yang dipersembahkan, tetapi watak, tokoh dan susuk pelakonnya. Tunggulah hari dan waktunya, kebenaran akan terserlah! Sabarlah Anwar.

Bersih 2.0

Sesiapa yang memakai baju kuning dengan tulisan Bersih 2.0 tiba-tiba amat menakutkan BN dan pimpinan negara. Macam pembawa virus selsema burung. Banyak yang sudah ditangkap. Di Ampang, di Kepala Batas dan di Kuala Lumpur. Sewaktu wabak selsema burung menyerang dan mewabak, habis ayam itik satu reban ditangkap dan di bakar untuk mengelak virus itu merebak...tapi dalam kes bersih 2.0, belum ada api yang boleh menyala untuk membakar baju dan gelombang kuning itu. Tangkaplah...kena lepas juga. Selamat menghadapi fobia baru buat pimpinan BN dan semua penyokongnya. Kami akan pergi pada 9 Julai nanti. Jumpa di sana! Wabak ini hanya menyerang pemimpin yang korup dan menyeleweng. kalau anda bersih, anda tak akan dijangkiti.

Friday, June 24, 2011

PPFZ -MCA: Ini Versi UMNO Pula

Friday, June 24, 2011

Punggah - dah bagi dah loan RM1.4b tak cukup loan lagi RM2b : Satu lagi projek Rent-Seeking?
RM2b lagi setelah RM1.4b habis digunakan

Menurut laporan Business Times Singapura yang disiarkan pada 16 Jun 2011, CIMB Bank secara rasmi mengambil alih Asia Petroleum Hub Sdn Bhd, yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO. Ini kerana syarikat ini telah menghabiskan pinjaman RM1.4 bilion dari CIMB, namun gagal menyempurnakan projek Asia Petroleum Hub, malah merancang untuk mengumpul RM2.0 bilion lagi untuk mengisi lubang hitam perbelanjaan.

Asia Petroleum Hub ialah satu projek mega yang mengambil tempat di Wilayah Pembangunan Iskandar, selatan Johor (berdekatan dengan Tanjung Pelepas). Mengikut rancangan asal, projek bernilai RM1.4 bilion ini memiliki kemudahan pelabuhan pelbagai jenis - mampu mengendalikan kapal pelbagai skala, dengan bilangan 3,000 kapal setahun, dan 30 juta tan produk petroleum.

Dalam satu kenyataan pada Julai 2007 oleh Asia Petroleum Hub Sdn Bhd, projek ini pada asalnya dijangka siap pada tahun 2009. Namun demikian, penyempurnaan projek berkenaan belum mencecah 65% sehingga hari ini, dan RM1.4 bilion telah habis digunakan.

Kos pembangunan Asia Petroleum Hub secara keseluruhannya bergantung kepada kemudahan yang ditawarkan CIMB. Business Times memetik sumber dalaman bahawa CIMB menawarkan bridge loan selama tiga tahun, bernilai RM1.4 bilion kepada Asia Petroleum Hub Sdn Bhd pada tahun 2006.

 
Lebihan kos sekurang-kurangnya RM2 bilion
 
Sebagaimana yang diketahui, Asia Petroleum Hub Sdn Bhd telah mengeluarkan RM840 juta pada tahun 2009 untuk membayar kos perbelanjaan projek tersebut. Tetapi, kos projek tersebut terus melonjak, mengakibatkan kosnya melebihi anggaran RM1.4 bilion sebelumnya.

Menurut sumber, sehingga penghujung tahun 2010, tunggakan perbelanjaan modal (accumulate capital expenditure) termasuk faedah pinjaman telah melebihi RM1.4 bilion, namun projeknya hanya siap sehingga 64%. Oleh sebab modal yang dikumpulkan gagal untuk menampung perbelanjaan, maka Asia Petroleum Hub Sdn Bhd merancang untuk mencari pelabur agar RM2.0 bilion disuntik lagi untuk mengisi "lubang hitam" yang tidak berpenghujung. Dengan kata lain, projek yang pada asalnya dianggarkan RM1.4 bilion kini telah mengalami lebihan kos sekurang-kurangnya 142% (atau bersamaan RM2.0 bilion)!

Pada dasarnya, adalah sesuatu yang lumrah apabila berlaku lebihan kos dalam projek pembangunan kerajaan, terutamanya GLCs atau mereka yang merentir (rent-seeking) kerana hubungan yang rapat dengan UMNO atau BN - adalah "pakar" dalam hal "lebihan kos".

Terlalu besar untuk gagal

Di bawah kerangka merentir ini, "kos yang tinggi" ini biasanya diselindungi dengan pelbagai projek pembangunan, disalurkan ke dalam poket parti politik, institusi, korporat dan individu tertentu, melalui pelbagai cara. Ia adalah hasil daripada politik naungan (Political Patronage) yang diamalkan kerajaan UMNO-BN - menggunakan kerajaan atau institusi kewangan yang dikuasai kerajaan sebagai tiangnya untuk menyokong kepentingan ekonomi kroni.

Disebabkan sokongan kerajaan di sebalik tabir, maka perentir (rent-seeker) ini bersikap untuk membazir sewenang-wenangnya. Terlalu besar untuk gagal (Too big to fail) - kerana mereka percaya bahawa kerajaan akan menghulurkan tangan agar projek itu diselamatkan pada akhirnya. Dan sikap inilah yang menyebabkan kegagalan banyak projek mega pada akhirnya.
 
Projek Asia Petroleum Hub adalah permainan rent-seeking yang tebal dengan politik naungan, berlegar-legar di keliling mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan UMNO.
 
Rent-Seeking dan politik naungan
 
Pemilik projek ini, iaitu Asia Petroleum Hub Sdn Bhd pada asalnya adalah syarikat yang dimiliki KIC Oil & Gas Group of Companies (KIC) dan Trek Perintis Sdn Bhd (yang dikawal UMNO). KIC memegang 90% saham, dan 10% selebihnya dipegang Trek Perintis.

KIC adalah terminal service provider di Malaysia, diasaskan oleh Abdul Rashid Mohd Isa Al-Qadiry dan Faidzan Hassan Al-Qadiry, yang kini merupakan pemegang saham terbesar. Trek Perintis pula adalah syarikat proksi UMNO yang dikuasai Abdul Azim Zabidi, Bendahari UMNO ketika zaman Abdullah Ahmad Badawi menerajui UMNO. Azim dilantik pada zaman Abdullah untuk mengurus harta di bawah UMNO.

Abdullah Ahmad Badawi menjadi Penaung Amanah Al-Wariseen, tabung amanah yang digerakkan Kumpulan KIC. Pada masa yang sama, Reezal Merican Naina Merican, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, juga bekas Setiausaha Politik Abdullah, adalah nama yang muncul dalam lembaga pengarah tabung amanah tersebut.

Rombakan struktur saham

Namun, menurut laporan New Straits Times pada 14 September 2007, selepas satu rombakan struktur saham, pegangan saham KIC dalam Asia Petroleum Hub Sdn Bhd berkurang dari 90% kepada 40%, dan saham pegangan Trek Perintis telah bertambah dari 10% kepada 20%.

Pada masa yang sama, dua syarikat iaitu Seaport Terminal Sdn Bhd dan Teori Selatan Sdn Bhd bangkit untuk menjadi pemegang saham Asia Petroleum Hub, masing-masing memegang 35% dan 5% saham. Seaport Terminal Sdn Bhd dimiliki Syed Mokhtar Al-Bukhary (gambar kiri), usahawan terkenal yang sering dikaitkan dengan UMNO, sementara Teori Selatan pula adalah sebuah syarikat persendirian yang dikawal oleh Tunku Ibrahim Ismail (Sultan Johor sekarang) yang pada ketika itu Tunku Mahkota.

Pendek kata, Kumpulan KIC telah mengagihkan 50% saham pegangannya dalam Asia Petroleum Hub Sdn Bhd kepada istana Johor, UMNO dan Syed Mokhtar yang berhubungan rapat dengan UMNO.

Hubungan kontaktor dengan UMNO
 
Di samping itu, maklumat menunjukkan bahawa kontraktor yang menerima projek ini tidak kurang datang dari mereka yang berhubungan rapat dengan UMNO. Senarai kontraktor seperti berikut, ZAQ Construction Sdn Bhd, Mott MacDonald Sdn Bhd, Nam Fatt Corporation Bhd, Kencana Petroleum Bhd, Muhibbah Engineering Bhd dan Qi-PMC Sdn Bhd.
 
Asia Petroleum Hub Sdn Bhd adalah kontraktor utama projek ini, dan ZAQ Construction Sdn Bhd adalah Managing Contractor, bertanggungjawab untuk melantik dan mengagihkan projek kepada sub-kontraktor. Bos dan Pengarah ZAQ Construction ialah Zainal Rafique, adik beradik kepada Zamani Rafique, iaitu seorang lagi Pengarah. Seorang lagi adik-beradik mereka, Zulkifly Rafique adalah pengasas firma guaman Zul Rafique & Partners - antara orang rapat Perdana Menteri Najib Razak. Najib merombak semula harta parti dan memasukkannya di bawah Temasek Padu, dan melantik Zulkifly untuk menjaga syarikat ini.

Qi-PMC Sdn Bhd dan ZAQ Construction mempunyai struktur pegangan saham yang sama, dan Zamani sebagai Pengarah ZAQ Construction, juga salah seorang pengarah Qi-PMC. Apa yang menarik, Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan ketika zaman Abdullah menyandang jawatan PM, adalah adik beradik Zulkifly. Zulhasnan juga dilihat sebagai orang rapat Abdullah Ahmad Badawi (gambar kanan).
 
Nam Fatt Corporation Bhd, Kencana Petroleum Bhd dan Muhibbah Engineering Bhd adalah sub-kontraktor dalam projek ini. Antaranya, Kencana Petroleum adalah syarikat tersenarai yang dimiliki Mokhzani Mahathir, anak kepada mantan PM Mahathir Mohamad.

Sub-kontraktor menjadi mangsa
 
Jika dilihat kepada perkembangan akhir projek Asia Petroleum Hub, tidak kurang sub-kontaktor yang menjadi mangsa kepada skandal kewangan projek ini. Antaranya, Muhibbah Engineering Bhd memaklumkan kepada Reuters baru-baru ini, bahawa hutang setinggi RM370.8 juta masih belum dibayar kepada syarikatnya, sehingga akhir tahun 2010.

Selain itu, Nam Fatt Corporation Bhd juga menyaman ZAQ Construction melalui tribunal dan menuntut agar ZAQ membayar hutangnya. Sebagaimana yang diketahui, ZAQ memberi dua kontrak kepada Nam Fatt Corporation Bhd, yang jumlahnya bernilai RM550.3 juta. Menurut kenyataan Nam Fatt Corp. Bhd, ZAQ belum menjelaskan hutang sejumlah kira-kira RM39 juta sehingga akhir tahun 2010, dan Nam Fatt menuntut pampasan RM65.86 juta daripada ZAQ Construction.

RM1.4 bilion hilang entah ke mana?

Menurut jumlah hutang yang didakwa dua sub-kontraktor di atas, projek Asia Petroleum Hub ini sekurang-kurangnya memikul hutang RM400 juta (tidak termasuk pampasan kerugian kontaktor). Mengapa satu projek yang mendapat pinjaman RM1.4 bilion dari CIMB gagal menjelaskan hutang RM400 juta?

Kini, adalah menjadi satu tanda soal, sama ada RM1.4 bilion yang pada asalnya digunakan untuk menampung kos pembinaan - dihabiskan kerana lonjakan kos, atau disalurkan ke dalam poket rent-seeker?

Apa yang pasti, projek yang belum diselesaikan (dijangka hanya selesai 64%) ini memerlukan lebih banyak dana untuk diteruskan. Menurut laporan media, pelaburan RM2.0 bilion diperlukan lagi untuk memenuhi keperluan kos pembinaan. Namun demikian, persoalan pokoknya, adakah RM2.0 bilion ini mampu menutup lubang hitam yang tiada penghujungnya?

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 21 Jun 2011
Tugasan terakhir saya sebelum ke Muktamar PAS yang lalu ialah menyerahkan senaskah teks dan layout yang dimuktamadkan -  'buku kecil yang sangat besar' bertajuk   'Kedah Sejahtera 2008 - Pencapaian Kita' kepada Saudara Zaki di Urusetia Penerangan. 

Jawatankuasa Kajian Pelaksanaan Manifesto yang diketuai oleh Al-fadhil Ustaz Ahmad Yahya, Ketua Pemuda PAS Kedah sebelum itu telah bermesyuarat beberapa kali bagi mendetailkan segenap tajuk Manifesto PAS pada Pilihanraya Umum Ke- 12 - apa yang sudah dan apa yang belum dilaksanakan. Ia bermula pada tahun 2009 lagi, berlanjutan mengikut arahan pimpinan. Setelah tertangguh agak lama selepas mesyuarat terakhir, saya mengadap YAB Ustaz Azizan membawa hasil kajian untuk  'direbus empuk' olehnya.

Bermula dari detik itu, saya benar-benar mengenali betapa telitinya Ustaz Azizan dalam hal penerbitan dan pentadbiran. Tidak kurang dari 12 kali, seperti murid mengadap guru, setiap kali memakan masa berjam-jam lamanya teks itu diperhalusi. Kami lalui setiap huruf dan ayat, setiap tajuk dan isi, dari huruf mula hingga huruf akhir teks. Ketelitian YAB Menteri Besar sangat meletihkan tetapi terlalu berharga untuk bekal kehidupan. Setiap patah perkataan diulang-ulang untuk melihat ketepatan maksud, pembaziran- walaupun membazirkan sepatah perkataan - dielak sejauh-jauhnya. Cepat dan pantas adalah kemestian, tapi jangan beri ruang sama sekali kepada kesilapan!

Saya bebas memberi cadangan dan pendapat, tapi awas! mesti ada hujah, mesti bersedia untuk diasak, walau hanya dalam bab penggunaan perkataan dan susunan ayat. Apatah lagi dalam hal-hal yang lebih besar dan berat dalam pentadbiran negeri. Beliau juga ada cadangan, lepas dibandingkan, dibuat hujahan dari semua sudut, kekadang ayat saya, kekadang ayat beliau. Setiap kali mengadap, setiap ayat diubahsuai, ditambah dibuang, dibuat jangkaan pemahaman dan reaksi pembaca... helaian demi helaian...hingga beliau terlelap keletihan. Saya pun pulang diam-diam.

Barangkali ketelitian inilah yang membuatkan sesetengah orang berpendapat beliau payah diajak berunding...? Pada saya, ketelitian itulah resipi paling ampuh mengemudi Kerajaan Kedah yang makin hari makin tenang dan aman.
 
Hari ini, perkara yang sudah diterima sebagai menifesto yang sudah dilaksanakan, esok belum tentu ia kekal di sana. Jangan ada ruang sama sekali untuk musuh kutip sebagai bahan ketawa mereka....kalau mereka ketawa juga, itu atas kejahilan mereka...bukan atas silap kita. Ustaz Azizan hanya mahu kita mencetak perkara yang benar untuk rujukan sepanjang hayat. Semakin hari saya merasakan buku kecil itu semakin besar dan semakin berat 'bebanannya'. Hampir sebulan lamanya proses penelitian itu dilaksanakan berdua dengannya. Hal terakhir ialah Ustaz Azizan memberikan tajuknya!
 
Sehingga pada hari terakhir sebelum ke muktamar, saya berikan teks dan layout yang diperhalusi itu kepada Saudara Zaki di Urusetia Penerangan untuk urusan cetak dan edar. Alhamdulillah, 'buku kecil yang besar' setebal 44 halaman itu sudah berada ditengah-tengah orang ramai. Belum ada komen serius setakat ini!

Muktamar telah lama selesai... kabinet di peringkat PAS Pusat sudah siap untuk bekerja. Isnin lalu hingga semalam, saya  menerima beberapa ucapan tahniah, kritikan dan cemuhan, kerana diberi amanah lagi sebagai Ketua Penerangan PAS Kedah. Saya tidak pernah mimpikan sebarang jawatan dalam PAS, saya tidak pernah bertanding dalam mana-mana pemilihan parti sejak 1998 hingga 2010. Sebelum ini, semua posisi saya dalam parti adalah atas asas lantikan atau laluan tanpa pertandingan.

 Tahun ini saja saya memecah tradisi diri, dari cadangan, desakan dan permintaan kawan-kawan dan orang-orang lama. Ah! pertandingan mencetuskan kesan besar yang menakutkan. Saya sangat tidak selesa dengan bertanding dalam parti...biarlah kita berada di mana posisi pun, atas asas merit dan keupayaan diri...bukan kecekapan memenangi pertandingan. Kita boleh menyumbang untuk jemaah dan parti dari posisi mana sekalipun...kalau bawah, bawahlah....kalau atas ataslah! Tiada masalah. Tugasan diberi, laksanakan saja seupaya yang ada...yang penting teliti dan sabar!
 
Demikianlah bekerja dibawah bimbingan dan arahan langsung Ustaz Azizan sejak 12 Mac 2008. Dalam hal-hal bersabit tugasan Setiausaha Politik, ketelitian dalam semua hal adalah ramuan utama. Perbincangan, pemakluman, pelaporan, cepat, peka, siap siaga adalah ramuan lain yang memandu kata pemutus daripada beliau. Untuk menyempurnakan setiap 'hidangan' dari dapur Ustaz Azizan, perkara paling asas ialah ketahanan pancaindera, fizikal dan mental...tanpa ketahanan, bersiaplah untuk bertemu kegagalan dan keciciran. Ramai yang sudah merasainya. Ramai juga yang hilang sabar.

Merasakan tugasan baru ini terlalu berat, diwaktu beban tugas sedia ada sangat memeritkan, saya mohon sahabat dan taulan memahami untuk sedia membantu menggalasnya. Saya maafkan sebarang cemuhan dari yang kurang mengerti situasi, tidak memahami bidang tugasan dan terlalu mengharapkan hasil yang lebih dari keupayaan yang terhad. Saya alu-alukan sebarang cadangan dan sumbangan untuk mendepani cabaran melonjakkan fungsi dan kesan Penerangan PAS Kedah.
 
Membina Negara Berkebajikan
Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.


Masjid Qiblatain, Madinah Al-Munawarah





















Akhukum Fil Islam
Muhammad Sanusi Md Nor
Alor Setar Kedah Darul Aman.

Thursday, June 23, 2011

Kabinet Kepimpinan PAS Kedah 2011-2013

Saya bercuti 5 hari, dari 18 hingga 22 jun 2011. Agak lama tempoh itu, dan dalam tempoh itu, satu keputusan penting di buat oleh YAB Pesuruhjaya PAS Kedah. Sebelum bercuti, saya diarahkan oleh YAB Pesuruhjaya untuk mengeluarkan surat memanggil mesyuarat Pertama Jawatankuasa Harian dan Mesyurat BadanPerhubungan PAS Kedah. Setiausaha Perhubungan belum dilantik waktu itu.  Setelah membereskan hal itu, dan mengirim sms kepada semua yang terbabit untuk hadir ke mesyuarat itu, saya pun bercutilah dengan staff pejabat seramai 24 orang. Inilah keputusannya....

Mesyuarat Badan Perhubungan PAS negeri Kedah yang diadakan pada jam 3.15 19 Jun 2011 telah melantik kabinet baru bagi menerajui PAS Kedah bagi sesi 2011-2013.


 Pesuruhjaya : YAB Dato' Seri Ust. Hj Azizan bin Abd. Razak
Timbalan Pesuruhjaya I : YB Dato' Ir. Hj Phahrolrazi bin Zawawi
Timbalan Pesuruhjaya II : YB Dr Ismail bin Salleh
Timbalan Pesuruhjaya III : Ust. Mohd Isa bin Shafie
Setiausaha : Ust. Musoddak bin Hj Ahmad
Bendahari : YB Dato' Ir. Hj Amiruddin bin Hamzah
Ketua Penerangan : Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor
Pengarah Pilihanraya : YB Haji Muhammad Yusuf bin Husin

Penolong Setiausaha I: Ust. Mohd Aizat bin Zakaria
Penolong Setiausaha II : Hj Sobri @ Mutalib bin Awang
Penolong Setiausaha III : Kapten (B) Zamri bin Ibrahim

Ketua Dewan Ulamak : Hj Sheikh Mohamad bin Abdullah
Ketua Dewan Pemuda : Ust Ahmad bin Yahya
Ketua Dewan Muslimat : YB Aishah binti Ghazali
Setiausaha Dewan Ulamak : Ust. Hj Mohd Zainol Asri bin Ramli
Setiausaha Dewan Pemuda : Ust. Mohd Rosli bin Azmi
Setiausaha Dewan Muslimat : Ustazah Fatimah binti Wan Teh

Ahli Perhubungan Yang dilantik

1. Rosli bin Darus
2. Ust. Abu Kassim bin Abdullah
3. Sheikh Ismail bin Kamis
4. Tuan haji Che Had bin Dhali
5. Tuan Haj Mat Akhir bin Talib
6. Fadzil bin Baharum
7. Dr Rohani bin Abd. Mutalib

YDP dan Setiausaha PAS Kawasan-Kawasan

Langkawi
YDP : Zubir bin Ahmad
Setiausaha : Yusuf bin Abdullah

Jerlun
YDP : YB Ust Hj Abd Ghani bin Ahmad
Setiausaha: Azhar bin Ibrahim

Kubang Pasu
YDP : YB Dato' Dr. Hj Abd Isa bin Ismail
Setiausaha: Ust Mohd Yusuf bin Ahmad

Padang Terap
YDP : Ust Hj Zawawi bin Ahmad
Setiausaha: Ust. Mohd Azam bin Abd Aziz

Pokok Sena
YDP : YB Dato' Hj Mahfuz bin Omar
Setiausaha: Zuhairi bin Zubit

Alor Setar
YDP : YB Dr Ismail bin Salleh
Setiausaha: Hj Adnan bin Saad

Kuala Kedah
YDP : YB Dato' Hj Phahrolrazi bin Zawawi
Setiausaha: Hj Aris bin Awang

Pendang
YDP : YB Dato' Hj Taulan bin Mat Rasul
Setiausaha: Ust. Fadhil Mohd Noor bin Sahani

Jerai
YDP :YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan bin Abd Razak
Setiausaha: Muzaini bin Azizan

Merbok
YDP : YB Dato' Dr. Hamdan bin Mohamed Khalib
Setiausaha: Hj Halim bin Abdullah

Sungai Petani
YDP : YB Hj. Abdullah bin Jusoh
Setiausaha: Khairun Nizar bin Hj Ismail

Sik
YDP : YB Che Uda bin Che Nik
Setiausaha: Anuar bin Che Omar

Baling
YDP : Tuan Guru Hj Abd Wahab bin Hasan
Setiausaha: Ust Hassan bin Saad

Padang Serai
YDP : Hj Fauzi bin Tahir
Setiausaha: Badrol Hisyam bin Yusuf

Kulim/Bandar Baharu
YDP : Ust Hj Hassan bin Abd Razak
Setiausaha: Arshad

Sebelumnya, selepas Muktamar PAS Pusat, YAB Pesuruhjaya ada membayangkan beberapa posisi sebagai amanah untuk saya pikul ...tetapi dengan keupayaan yang sangat terbatas, saya menolaknya. Bebanan tugas sebagai Setiausaha Politik terlalu berat untuk dibereskan...beliau saja memahaminya.

Ya, walaupun sesetengah pihak kurang senang kerana didakwa mandom dan lesu, saya tidak dapat menjelaskannya secara halus atau kasar...biar saja direndam dalam-dalam...bukan semua orang memahami tugasan ini... saya tahu semua yang memberi teguran atas hasrat dan niat yang baik...inilah environment kerja Setiausaha Politik. Lebih banyak dibawah permukaan... daripada muncul di medan...penuh rahsia dan kesulitan.

Walau apapun sebab dan alasan, saya menerima kritikan dan teguran dengan berlapang dada untuk memperbaiki segala kekurangan... tiada siapa rela untuk sentiasa dalam keadaan dilihat lemah...walau daya upaya sudah dikerah semahunya...terima kasih atas sokongan dan nasihat. Teruskan tugasan masing-masing untuk memastikan kita hanya memberikan yang terbaik untuk jemaah. Kedah Sejahtera Nikmat untuk Semua.

Nota: Sebarang cadangan dan pandangan untuk penambahbaikkan Lajnah Penerangan PAS Kedah dialu-alukan. Hantarkan ke email sanusimdnor@gmail.com atau komen di blog ini.

Monday, June 13, 2011

Maklumat Arus Pinggir - Oportunis Menjarum

Terima kasih kepada Mat Luku dan Tulahan atas perhatian saudara. Saya tidak berhasrat memanjangkan hal ini kerana tanggungjawab memberi pencerahan dari  maklumat 'arus tengah' Negeri Kedah sudah saya tunaikan seperti yang diamanahkan kepada saya oleh pimpinan negeri. Saya sedar 'berita arus pinggir' dari kedai kopi dan rumah kenduri juga berguna untuk dibuat pertimbangan, tetapi mesti 'dipadankan' dengan sumber sahih berdasarkan rekod, dokumen dan bukti. Hanya ini jalan untuk menjadikan dunia kita terurus dan tersusun. Demikina jugalah perintah Allah swt dalam Al-Quran bila kita berhadapan dengan berita dan pembawa berita.



Ada banyak kepentingan yang bergayut di 'rantaian berita arus pinggir', setiap satu pembawanya saling tidak sama tujuan dan matlamatnya, malah sumbernya juga bersimpang siur. Agak berat untuk dilanjutkan bila sampai ke peringkat meminta saksi atau bukti...paling tidak pembawa berita jenis itu akan menuding kepada si anu-si anu ataupun dia angkat kaki untuk bercerita kepada orang lain pula. Dia akan kata pula kita tak boleh pakai kerana tak menerima beritanya malah kita dituduh pula bersubahat dengan pembuat angkara durjana.

Kelompok besar dalam pembawa berita atus pinggir ialah 'badut politik', ahli perniagaan dan oportunis yang gagal mencapai 'hasrat di hati'. Mereka bukan marhaen yang tertindas, mereka tak kenal 'pisau motong' atau 'tukul merton'. Mereka hebat dan berada dalam kelas tersendiri, mereka usahawan dan sesetengahnya sudah masuk kelas pemodal dan 'land lord' juga. Melepak dan bersembang di pejabat dan di cafe atau kedai kopi lama-lama, bertukar cawan kopi dan pinggan nasi kandar.Cerita mereka mudah diterima kerana mereka dilihat berwibawa, mendakwa rapat dengan 'sipolan-sipolan', kaya dan serba tahu... telefon melekat di pipi, dengan nombor orang ternama tersimpan rapi.


Acapkali kita yang terjebak dan bertindak atas maklumat 'arus tpinggir' seperti ini terkapai-kapai mencari bukti dan sumber, saat itu mereka ketawa berdekah-dekah kerana sebahagian hasrat 'mengenakan' orang itu -orang ini sudah berjalan.

Mujurlah Tun Perak bijak, tidak membunuh Hang Tuah yang dihukum atas maklumat 'arus pinggir' Dato' Karma Wijaya yang berhasrat mengambil semula tempatnya di sisi Tuanku Sultan. Sejarah membawa kisah turun temurun ini untuk kita jadi pedoman. Waalhua'lam.

Sunday, June 12, 2011

Kalau PAS Tak Ambil, UMNO Akan Ambil- Satu Pencerahan Dari Kedah

Saya terpanggil memberi komentar terhadap kenyataan Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamad Bin Sabu (Bang Mat), Timbalan Presiden PAS yang baru dipilih, dalam interview beliau dengan Malaysiakini bertarikh 10 Jun 2011. Nasihat terus terang beliau sebagai Timbalan Presiden dan pemimpin lama PAS yang telah teruji, wajar dilihat dengan positif demi kebaikan parti dan kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS.



Menurut Bang Mat dalam bab harta dan pangkat - 'Kalau PAS tak ambil, UMNO akan ambil' - adalah satu pegangan atau tanggapan yang menyalahi matlamat perjuangan PAS , dan ini wajib diubah, dengan perubahan yang lebih besar. Tanggapan ini wujud terpahat dalam kepala orang PAS di mana-mana, dan bagi Kedah dan Kelantan, yang dipimpin oleh PAS, perubahan yang berlaku dalam hal ini tidak mencukupi. Contohi Pulau Pinang yang dipimpin DAP, kata Bang Mat.



Saya setuju dan akur, tetapi (maafkan saya!) kalau kenyataan ini dibuat sebelum muktamar, saya percaya Timbalan Presiden PAS yang baru mungkin bukannya Bang Mat. Apa telah berlaku di Kedah dan Kelantan dan ada apa di Pulau Pinang dan hingga Bang Mat membuat seruan mencontohi negeri itu?


Gelaran Dato'


Saya tidak melihat kewujudan pemikiran itu ataupun natijah 'pegangan salah' itu di kalangan pemimpin PAS di Kedah, malah tidak berlaku sebarang perlumbaan di kalangan pimpinan PAS Kedah untuk mengejar harta atau pingat, jauh sekali memohon tanah di kalangan wakil rakyat atau Exco. Gelaran Dato' misalnya, adalah hak mutlak KDYMM Tuanku Sultan, tiada Exco atau wakil rakyat daripada PAS yang mengisi borang bagi pihak diri sendiri untuk memohon gelaran itu.



YAB Menteri Besar ada mencalonkan beberapa nama dari kalangan ahli politik, termasuk daripada PAS, yang mana tuan tubuhnya pun tidak dimaklumkan sehingga surat perkenan dari pejabat KDYMM Tuanku Sultan sampai ke tangan, barulah individu tersebut tahu. Dalam bab Pengurniaan Bintang dan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Dato' dalam mana-mana kategori, terdapat cadangan yang ditolak di peringkat Jawatankuasa Jemaah Dato'-Dato' Kedah, dan ada yang belum diperkenankan oleh KDYMM Tuanku Sultan sendiri. Ada juga calon yang dicadangkan pingat lain, tetapi KDYMM Tuanku Sultan memperkenankan calon itu diberikan Dato'.



Di Pejabat Menteri Besar, sayalah yang menguruskan borang pencalonan dan menapis semua permohonan Pingat, Bintang dan Darjah Kebesaran bagi kategori ahli politik dan aktivis masyarakat bagi pihak Menteri Besar, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganugerahan Pingat, Bintang dan Darjah Kebesaran. Bagi pencalonan dalam kategori lain, ada jawatankuasa lain yang bertanggungjawab. Semua pencalonan akan diangkat untuk perkenan KDYMM Tuanku Sultan setelah melalui tahap-tahap tapisan beberapa jawatankuasa. Ia tidak semudah sangkaan tidak tepat sesetengah pihak. Dalam tempoh tiga tahun ini, saya telah melihat trend yang jelas dalam hal ini, iaitu, tiada pemimpin PAS yang menunjukkan minat yang mendalam untuk mendapat gelaran Dato' - sehingga perlu ditegur oleh Bang Mat.



Dalam hal ini, saya akui ada di kalangan ahli dan penyokong di peringkat akar umbi yang tidak berpuas hati dan merungut kenapa waktu kita menjadi kerajaanpun, penerima pingat, bintang dan darjah kebesaran masih ramai dari kalangan UMNO dan BN. Pada saya, teguran bang Mat itu wajar ditujukan kepada mereka, bukan kepada pimpinan. Pun begitu, saya memahami bahawa itulah budaya nilai yang diwarisi daripada sejarah kerana kita lahir dan hidup membesar di Malaysia, sebuah negara dengan sistem Raja Berperlembagaan. Mereka tidak mengenal budaya Cuba, China, Russia maupun Libya atau Iran. Negeri Pulau Pinang dan DAP yang Bang Mat jadikan contoh dalam hal ini, tidak mempunyai Sultan, Raja maupun Istana yang memayungi pembentukan adat, nilai dan budaya hidup rakyatnya.

Balak dan Pencapaian Kedah.

Dalam bab balak yang juga disebut oleh Bang Mat, tidak ada kalangan pemimpin PAS Kedah yang pernah atau cuba memohon kawasan. Walaupun ruang dan peluang terbuka luas kepada sesiapa sahaja, kerana Kedah mengamalkan sistem tender terbuka, belum ada seorangpun wakil rakyat, exco atau pemimpin PAS yang pernah memohon, masuk tender atau meminta balak daripada kerajaan. Apatah lagi mendapat kawasan. Memang ada ahli dan penyokong PAS yang menerima konsesi balak hasil sistem tender terbuka, tetapi mereka bergiat dalam bidang ini sejak bertahun-tahun dulu, sebelum kerajaan bertukar tangan, kerana mereka menawarkan harga yang terbaik.



Untuk pengetahuan Bang Mat, sejak Kedah ditadbir oleh PR yang diterajui oleh PAS, dengan kuota keluasan tebangan yang sama yang ditetapkan oleh kementerian yang bertanggungjawab (2,340 hektar setahun bagi Negeri Kedah), hasil balak untuk negeri Kedah telah meningkat berlipat kali ganda setiap tahun. Daripada purata RM9.5 juta di zaman BN, mencapai kepada RM53 juta pada tahun 2010. (RM35 juta pada 2008, RM38 juta pada 2009). Dalam hal meningkatkan hasil dari industri pembalakan, kerajaan negeri pimpinan PAS tidak melihat kepada latar belakang parti pemohon/pembida, tetapi berapa harga yang ditawarkan.



Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 memperakukan Kerajaan Negeri telah berupaya meningkat pendapatan melalui industri pembalakan pada kadar 205% pada tahun 2008 dari tahun sebelumnya. Pencapaian ini sudah semestinya melalui perancangan yang rapi yang disusun oleh kepimpinan YAB Menteri Besar untuk membuktikan pentadbiran PAS dan PR jauh lebih baik daripada era UMNO/BN. Negeri Pulau Pinang dan DAP yang Bang Mat jadikan contoh dalam bab ini sudah tidak mempunyai hutan dan balak untuk ditender dan ditebang, kerana negerinya sudah dipenuhi hutan batu.



Permohonan Tanah.



Dalam bab memohon tanah, sepanjang pengetahuan saya, belum ada kes Exco atau wakil rakyat PAS di Kedah yang memohon tanah untuk diri sendiri maupun kaum keluarga. Memang telah menjadi dasar yang tidak bertulis di Kedah, dan difahami dan dihayati dengan sebaik-baiknya oleh sekelian Exco dan Wakil rakyat PAS bahawa mereka tidak mungkin boleh melakukan hal itu. Kalau ada permohonan tanah sebelum menjadi Exco atau wakil rakyat yang masih belum selesai prosesnya, saya tidak tahu. Negeri yang Bang Mat jadikan contoh itu sudah tidak ada tanah yang luas untuk dipohon, bukan sahaja oleh exco atau wakil rakyat, malah rakyatnya juga telah ramai berhijrah ke Kulim, Sungai Petani dan utara Perak gara-gara harga hartanah yang terlalu tinggi dan sebahagian penduduknya sudah tidak mampu memilikinya lagi.



Saya akur dan berterima kasih di atas ingatan dan nasihat daripada Bang Mat yang berterus terang dalam hal ini, yang saya percaya bertujuan memelihara kepentingan dan matlamat perjuangan parti. PAS tidak boleh dan tidak mungkin bergerak menyamai apa yang telah dibuat oleh UMNO/BN yang membawa kebencian rakyat ketika menjadi kerajaan. Saya menghormati dan menyanjung tinggi keberanian dan 'drive' Bang Mat menerajui kepimpinan parti sebagai Timbalan Presiden PAS yang inginkan parti kita terus maju dan disenangi dan disayangi oleh rakyat, dalam hal-hal yang bersangkut dengan keperluan dan kemahuan dalam hidup sebagai manusia yang diberi amanah kuasa.



Untuk melaksanakan hasrat yang mulia Bang Mat itu, alangkah baiknya jika Bang Mat mendapatkan maklumat dan gambaran yang jelas dari kepimpinan PAS di Kedah maupun di Kelantan melalui hubungan dan persahabatan yang baik lagi mesra, sebagaimana Bang Mat berjaya lakukan dengan kepimpinan kerajaan di Pulau Pinang. Maklumat dari pinggiran yang (jika) menjadi asas penilaian Bang Mat, saya khuatiri akan menyebabkan teguran Bang Mat menjadi tidak bermakna dan tidak menguntungkan sesiapa. Teguran terbuka seperti ini juga lebih manis dibuat dulu dalam mesyuarat di peringkat PAS Pusat yang dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS negeri-negeri terbabit. Saya mohon ampun dan maaf daripada Bang Mat jika terkasar bahasa dan terlajak bicara.

Sekian.



Saya yang menjalankan amanah,


Muhammad Sanusi bin Md Nor
Setiausaha Politik
YAB Menteri Besar Kedah D.A

Thursday, June 2, 2011

LAPORAN ISU KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH( KUIN)

LAPORAN ISU KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH( KUIN)

Masalah yang berlaku di kuin sekarang ini berpunca daripada rasa tidak puas hati pelajar terhadap beberapa masalah yang pada pandangan mereka tidak berjaya diselesaikan oleh pentadbiran kuin dengan baik. Jika kita mengkaji secara lebih mendalam, masalah-masalah yang mereka timbulkan ini bukan hanya berlaku pada sesi 2010/2011 sahaja, tetapi telah berlarutan sejak beberapa tahun. MPM pada sesi sebelum ini pun memperjuangkan isu yang sama.

Rentetan daripada masalah ini dan desakan berterusan daripada mahasiswa, maka Majlis perwakilan mahasiswa kuin (MPMKUIN) telah menganjurkan satu himpunan mega mahasiswa pada 11.01.2011 untuk menuntut masalah-masalah ini diselesaikan segera. Perhimpunan ini juga dihadiri oleh rektor dan pengurusan tertinggi kuin. 21 masalah telah dibangkitkan. Antaranya ialah :

1. Masalah kelewatan bayaran ptptn dan zakat
2. Isu penempatan pelajar
3. Isu keselamatan
4. Masalah disiplin
5. Yuran asrama dan pengajian yang tinggi
6. Etika pemakaian pelajar
7. Kemudahan asas dan bilik kuliah tidak mencukupi
8. Masalah pengangkutan pelajar yang tinggal di asrama
9. Karenah birokrasi yang teruk dll.

Dalam perjumpaan itu, rektor dan beberapa pegawai kanan KUIN berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sebaik mungkin. Selepas menanti selama 3 bulan, pentadbiran KUIN dilihat seolah-olah tidak bertindak sesuatu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Padahal, masalah yang berlarutan sejak bertahun- tahun sebelum ini memerlukan penstrukturan semula KUIN secara menyeluruh, dari semua sudut. Apa yang sedang di buat oleh kerajaan sekarang ialah transformasi secara total, baik dari sudut pembangunan kursus, perubahan attitude pensyarah dan pelajar, kediaman dan kemudahan- kemudahan. Pembinaan kampus tetap adalah sebahagian dari komitmen besar kerajaan ke arah itu.

Daripada tiga ribu pelajar, kini KUIN menampung tujuh ribu pelajar. Sudah tentu masalah yang berlarutan itu juga semakin mendesak untuk diselesaikan. Usaha gigih ini sudah menampakkan hasil yang sangat baik dari masa ke semasa. Tidak mungkin ia dapat memenuhi semua tuntutan dalam sekelip mata.


Tidak dapat dinafikan UMNO melihat peluang memadamkan political millage yg diraih oleh PAS dengan usaha- usaha penambahbaikan KUIN sama ada menerusi pembinaan kampus tetap di Kuala Ketil, penambahan kursus dari 7 program ke 42 kursus termasuk Perubatan yang akan bermula Julai ini dgn pengambilan pertama seramai 100 org. Jarum politik UMNO dicucuk di pusat tahfiz KUIN, tempat paling rapat dan paling sensitif dgn umat islam dan melayu- lanskap politik Kedah.

Kemudian timbullah isu baru iaitu pelajar-pelajar diploma tahfiz diarahkan untuk mengosongkan asrama Ar-Razi ( berhampiran Masjid Sultanah) untuk memberi laluan kepada Sekolah Bistari (internatinal school di bwh anak syarikat Insaniah Holding) Pelajar dan guru tahfiz yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut telah mengadakan satu demontrasi dihadapan bangunan tersebut pada 1/4/11 selepas solat jumaat. Pada selepas subuh lagi, jemaah masjid dr kalangan UMNO telah menjaja akan ada demo selepas jumaat pd hari tersebut.

Perhimpunan ini telah mendapat liputan yang luas di media massa dan secara tidak langsung telah mencalarkan imej Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato' Seri Ust Azizan Abd Razak. Laporan kepada MB pulak datang dengan berbagai versi yg melibatkan pemalsuan laporan oleh dekan dan pensyarah pusat pengajian itu. Esoknya, satu laporan baru yg dilunakkan dihantar, dan sekan membuat statement ttg salahlapor sebelumnya. Ini memberikan imej buruk kepada KUIN dan Kerajaan Negeri.

Kejadian serangan bom petrol dihadapan pejabat HEP beberapa hari kemudian juga telah dikaitkan dengan demontrasi tersebut. Seterusnya berapa kenyataan media dan tindakan susulan dilakukan oleh pelajar, pensyarah, pengurusan kuin dan pimpinan kerajaan telah menjadikan isu ini semakin rumit. Pelajar yg dikenakan tindakan adalah antara penganjur demo dan berucap di khalayak dan memberi statement kepada media memburukkan imej KUIN dan kerajaan.

Akhirnya, 6 orang pelajar tersebut telah diberikan surat tunjuk sebab diatas beberapa kesalahan seperti menghadiri demontrasi, memberi kenyataan kepada media tanpa kebenaran, mengganggu ketenteraman awam dan lain-lain. Selepas dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin KUIN, 5 orang telah digantung pengajian dan seorang didenda RM 100.

TINDAKAN DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

DPPNK melalui JPM telah mengadakan beberapa siri perjumpaan tertutup dengan wakil mahasiswa dan pensyarah untuk menyelesaikan kemelut ini. Kita ingin terus membantu, mahasiswa maupun pihak pengurusan KUIN.

Berbagai pandangan dan nasihat yang diberikan untuk menyelesaikan isu ini tetapi, isu ini menjadi semakin panas apabila ada campurtangan dari SMM dan beberapa gerakan mahasiswa di lembah kelang.

Antara tindakan mereka ialah menghantar satu memorandum kepada pimpinan tertinggi PR termasuk Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mereka menuntut agar YAB Dato' Seri Ust Azizan dinasihati dan ditegur.

Pada 29 Mei 2011, DPPNK telah mengambil langkah menjemput semua pihak termasuk wakil pentadbiran KUIN untuk memberikan penjelasan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH PENTADBIRAN

1. MASALAH KELEWATAN BAYARAN PTPTN
Ptptn mempunyai jadual pembayaran yang tetap, dan pihak kuin tidak ada kuasa untuk melakukan perubahan, selain itu, ada sesetengah pelajar yang tidak menyediakan dokumen yang lengkap menyebabkan bahagian pemprosesan maklumat peminjam di jabatan hep terpaksa menunggu untuk menghantar permohonan secara serentak.

2. ISU PENEMPATAN PELAJAR
Asrama yang ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah yang ramai, selain itu kuin mempunyai sumber kewangan yang terhad dan tidak mampu untuk menyediakan penempatan kepada semua kerana sewa yang dikenakan untuk sesebuah rumah tinggi, akibatnya terpaksa menanggung subsidi yang tinggi. Contohnya, bahagian perumahan negara meletakkan harga bagi sebuah rumah di flat gemilang ialah rm 750. Sedangkan pihak kuin mengenakan yuran asrama hanya rm 50 sebulan. Untuk keselesaan, sebuah rumah hanya boleh memuatkan 8 orang pelajar. Rm 50 x 8 orang bersamaan rm400. Jadi kuin terpaksa menampung rm 350 untuk sebuah rumah.

3. YURAN ASRAMA DAN PENGAJIAN YANG TINGGI
Kuin antara ipts yang mengenakan bayaran yang terendah kepada pelajarnya berbanding dengan ipts yang lain.yuran pelajar diploma hanya rm 48 bagi satu jam kredit, manakala untuk ijazah rm 60 satu jam kredit. Ada sesetengah ipts yang mengenakan yuran sebanyak rm250 untuk satu jam kredit. Kementerian pengajian tinggi pernah menegur kuin kerana mengenakan yuran yang terlalu rendah seolah-olah mensia-siakan sumber yang ada iaitu yuran pelajar.


Kenaikan yuran juga untuk menampung kos penambahan pensyarah. Jumlah pelajar dalam sesebuah dewan kuliah sekarang ialah 150, manakala jumlah yang yang disyorkan oleh kpt ialah 50 orang untuk diberi keselesaan pembelajaran.


Selain itu, kuin ada mengenakan yuran pentadbiran kepada pelajar. Yuran ini bertujuan untuk peperiksaan, percetakan dan lain-lain lagi.

4. ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR WANITA
Masalah ini berlaku di kuliah kejururawatan dan hospitaliti kerana kuliah ini mewajibkan pelajar memakai pakaian seragam sesuai dengan bidang yang dipelajari, kod etika yang dikeluarkan oleh kuin memang tidak menyalahi tuntutan syarak. Cuma ada segelintir pelajar wanita yang melakukan ubahsuai dan menyebabkan pakaian ini tidak memenuhi tuntutan syarak. Pihak hep akan melakukan tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini.

5. KEMUDAHAN ASAS DAN BILIK KULIAH TIDAK MENCUKUPI
Pihak kuin memang mengakui kelemahan ini, ada sesetengah bilik kuliah yang tidak mempunyai kemudahan kerusi, meja, mikrofon dan lcd yang secukupnya. Walau bagaimanapun pihak kuin memang berusaha untuk memastikan setiap bilik kuliah mempunyai kemudahan yang lengkap.

6. MASALAH PENGANGKUTAN PELAJAR YANG TINGGAL DI ASRAMA
Kuin hanya mempunyai 3 buah bas dan tidak mampu untuk mengangkut beribu-ribu pelajar yang berada di 4 asrama, untuk mengatasi masalah itu, kuin terpaksa menyewa bas-bas dari syarikat luar setiap hari dengan kos rm40 satu perjalanan. Oleh sebab itulah kuin terpaksa mengenakan sedikit yuran pengankutan kepada pelajar

​Secara kesimpulannya memang pihak kuin berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar, tetapi kekangan utama ialah faktor kewangan. Peruntukan dari kerajaan negeri ialah 9 juta setahun, manakala perbelanjaan ialah 30 juta setahun. Kuin terpaksa mencari jalan untuk menampung lebih dari 20 juta. Jikalau kuin menaikkan yuran, maka pelajar akan mengadakan demontrasi, kalau yuran tidak dinaikkan, maka semua masalah ini sukar untuk diselesaikan. Dilema inilah yang dihadapi oleh pihak kuin sekarang.

KESIMPULAN

Akhirnya bolehlah kita simpulkan bahawa isu KUIN ini menjadi panas disebabkan beberapa faktor :

1. Kegagalan pihak pentadbiran KUIN menyelesaikan masalah yang disuarakan dan tidak membuat penjelasan secara terperinci kepada pelajar.

2. Kegagalan MPM mendapatkan penjelasan tentang masalah yang mereka bangkitkan.

3. Hubungan pentadbiran KUIN khususnya HEP dengan MPM yang semakin renggang.

4. Masalah kewangan yang dihadapi oleh KUIN.

5. Demontrasi yang dilakukan untuk mengangkat isu ini kepada umum.

6. Permainan media menjadikan isu ini kontraversi.

7. Hubungan pegawai tinggi KUIN dengan staf bawahan pensyarah tidak begitu baik.

8. Campurtangan daripada pihak luar yang mengeruhkan keadaan.

Semua pihak berharap agar isu kuin ini segera selesaikan dengan cara yang baik. Semua pihak mesti bersedia duduk berbincang dan berlapang dada untuk menerima kelemahan dan kekurangan masing-masing. Matlamat perjuangan mesti diletakkan dihadapan mengatasi kepentingan peribadi. Keikhlasan dan keazaman untuk mencari penyelesaian adalah anak kuncinya. Agar beroleh keredhoan didunia dan diakhirat.

Kerajaan negeri, khususnya MB sgt komited utk merungkai masalah KUIN sejak bertahun-tahun menjadi cacamerba dibawah BN. Sebarang tindakan yang memberi kesan negatif kepada KUIN dan kerajaan negeri sangat memberi bekas kpd usaha2 ini. Kerajaan harus diberi peluang dan masa untuk merungkai masalah ini satu persatu. Kami hanya perlukan sedikit masa dan sokongan, bukan kegopohan dan aksi gelojoh akibat tertusuk jarum UMNO.


Siapa yang peduli dengan KUIN sebelum ini? Kenapa susah payah membangunkan KUiN tidak dipeduli, tetapi bila ada pihak yang tergopoh gapah mencalarkan imej dan melanggar peraturan sedia ada diambil tindakan, dipersalahkan KUIN pula! Diarahkan pula memberi kemaafan kerana mereka punya hak untuk berdemo walaupun atas asas teknikal yang tidak sepatutnya diangkat sebagai perjuangan mahasiswa.

Ya boleh! Kata MB, tetapi mesti melalui proses rayuan. Hari ini mereka menghantar surat "tidak mengaku salah" malah mengecam pengurusan KUIN dan Lembaga tatatertib, juga membuat edaran kpd media. Surat itu dibuat oleh peguam yang mereka lantik. Siapa pula peguam itu? Fahamkan mereka isunya apa, masalahnya apa, puncanya apa dan kenapa tindakan diambil?

Pada 6 Jun ini, sesi kemasukan pelajar baru bermula. Pihak pelajar yg kena tindakan dan penyokong mereka mengadakan kempen boikot sesi itu, dan mungkin ada demo lagi. Apa tindakan yg perlu? Maafkan? Tengoklah.......!

Selepas semua usaha dan perbincangan untuk membantu dari kami di DPPNK tidak dipedulikan, malah pihak diluar terutama di KL lebih senang didampingi untuk mencari sandaran atas ketelanjuran mereka..kalau perlu, Saya mahu istiharkan Perang!!!! Dengan kedegilan!

Muhammad Sanusi Md Nor. -

Terima kasih atas semua pihak yang membantu mencerahkan isu ini khususnya mantan Presiden MPMKUIN yang membantu menyediakan laporan ini.


Sent from my iPad