Sunday, July 19, 2009

Malam yang penuh GERAM! Macam-macam hal terjadi sepanjang hari...hadapilah dengan tenang.. beremosilah bila ketenangan dirampas!

Banyak hal berlaku sehari dua ini di seluruh negara. Kematian, bantahan, tunjuk perasaan, rungutan, tuduh menuduh, umpan 11 +1, bomoh, menang dan kalah pilihanraya.

Pihak yang kalah pula bertabiat seperti telah menang, dengan ulasan pimpinan berjela-jela setiap hari. Tak malu ka? Tapi yang menang diam pula (menjaga hati yang kalah kah?!)

Paling tragis ialah 'kematian mengejut' Sdr Teoh, Setiausaha Politik YB Seri Kembangan. Jatuh bangunan Pejabat SPRM Selangor! Awas kakitangan SPRM Selangor! Pejabat anda tidak selamat untuk didiami, anda mungkin terjatuh dan mati!!!.

Takziah untuk seluruh keluarga, sahabat dan rakan seperjuangan Sdr Teoh..anda akan dikenang selamanya, terpahat dalam sejarah hitam negara..
**************************************
Banyak pertanyaan yang tiada jawapan sahih dan yakin, semakin lama tidak dijawab, semakin banyak pula persoalannya. Jawapan yang seluruh rakyat mahukan ialah JAWAPAN YANG BENAR dengan keterangan yang munasabah.
Jawapan-jawapan 'spot' yang biasa diberi oleh pihak berkuasa, sudahpun dikeluarkan di banyak media, kebanyakannya untuk cover-up kepentingan penguasa dan yang berkuasa. Jawablah SPRM dan Polis Selangor! Rakyat tunggu dengan sabar dan rasional. Emosi akan meruap-ruap jika jawapan tuan terus bersembunyi.
************************************************************
UMNO Hanya Berpantang dengan HARAM BABI, yang lain tidak???
Bantahan dan demo tentang babi semarak semula, kali ini oleh JKKKP (Ketua Cawangan UMNO) di tempat yang dicadangkan oleh Jab. Verterinar, Sg Tok Pawang. Saya mendapat satu SMS dari seorang kawan beberapa jam sebelum demo itu dibuat. Mesejnya begini..
"Salam...suka saya maklumkan bahawa penduduk di persekitaran Kg Sg Toh Pawang akan berdemontrasi pada hari ini, Jumaat 17/07/09 jam 3.00 petang bagi membantah penempatan sembelihan babi...saya harap agar mereka akan mendapat kejayaan...Terima Kasih. Mohd Suhaimi Abdullah, Ketua Umno Bahagian Jerai. 012-2828228."
Mereka ini memang suka benar berputar atas isu yang sensitif ini. Berapa lama mereka biarkan tempat sembelihan di Kg Berjaya beroperasi tanpa lesen dalam serba kedaifan sistemnya? 30 tahun! Mengapa? Mereka hendak menjaga hati MCA dan Gerakan dan menawan undi kaum cina, pemakan babi.
Bila undang-undang dikuatkuasakan, mereka juga berdemo membantah pusat itu dipindahkan..mereka biarkan saja MCA dan Gerakan memberontak kepada undang-undang. Bila ada cadangan di Kg Cina, Pendang, UMNO jugalah yang mengepalai demontrasi. Tak apa jika tidak suka, tapi kena tengok juga hak kaum pemakan babi. Babi hanya haram bagi orang Islam memakannya, najis mukhallazah kalau terkena, kena samak dengan air tanah. Bagi bukan Islam, makanlah berapa ekor pun sehari...
Memakan babi tidak kena hukum hudud, tapi zina kena hudud, bunuh orang kena hudud, minum arak kena hudud, mencuri kena hudud, murtad kena hudud..tapi UMNO tak pulun pun banteras mungkar ini macam depa pulun isu babi! Padahal bukannya mereka dipaksa makan babi!
Sama-sama haram ialah rasuah..Rasulullah berpesan "Rasuah..penerima dan pemberi sama-sama dalam neraka". Berbomoh dan berdukun di luar kaedah Islam juga haram, malah Syirik, dosa yang tidak diampun Allah. Berbohong juga haram, salah satu sifat munafik...dalam neraka paling bawah. Tapi benda-benda ni semua berlegar putar dalam UMNO setiap hari. Tiap-tiap kali pemilihan UMNO, ada rasuah politik (politik wang).
Isteri pemimpin UMNO berbomoh dan berdukun, dituduh puaka oleh adiknya sendiri. Dibuat video yang tak pernah dinafikan. Cakap bohong pun berlaku setiap hari.. Apa dia yang dibohongi? Mereka kata mereka pejuang melayu, tetapi sejak merdeka hingga sekarang, orang melayu dalam semua aspek sangat kronik dan semakin kritikal. Tun Mahadhir sewaktu bersara mengaku bahawa beliau gagal mengubah kaum Melayu. Mereka kata pembenteras rasuah, tetapi mereka sendiri merasuah untuk menang dalam pemilihan. Bohong ke tidak?
Ada Ketua Bahagian UMNO kutip anak-anak melayu di rumah-rumah KEDA masuk kolej jururawat swasta, janji semuanya percuma, atau paling kurang pun dapat pinjaman. Lepas tahun pertama, budak-budak tu balik seorang demi seorang kerana tak dapat bayar yuran, pinjaman tak dapat, bantuan UMNO pun tak dapat! Kolej nasihat mereka balik cari duit dulu! Mereka dobohongi pemimpin UMNO, walau nampak macam baik, bohong juga tu.. Mereka kini mengadu ke hulu ke hilir tentang pembohongan 'mamak' itu! Sayang sungguh nasib melayu, percaya sangat dengan janji bohong UMNO seorang itu!
Tapi depa tak pulun tolak dengan berdemo dan berbantah-bantah habis habisan dalam bab ini, berbanding babi, kenapa? Padahal babi tidak haram kepada bukan Islam, mereka suka pula memakannya. itu makanan depa. Menjadi tanggungjawan pemerintah berikan hak yang menjadi hak kepada rakyat...termasuk hak bukan Islam.
Di satu sudut mereka berpeluk, di satu sudut mereka bertikam! Pakatan jenis apa ini?
*****************************************************************
Kenapa dan ada apa di Sg Toh Pawang???
Sg Toh Pawang berada dalam kawasan Parlimen Jerai, tidak jauh dari Bedong dan Gurun. Disana ada banyak ladang kelapa sawit swasta. Salah satu ladang sawit itu diusahakan juga dengan ternakan babi, tetapi jauh ke dalam ladang, jauh dari pandangan dan pengetahuan orang ramai. Ada ratusan ekor babi di situ. Sejak bila diternak? Puluhan tahun juga. Ada lesen? Tak ada.
Kementerian Pertanian Malaysia (MOA) dalam bab babi telah membuat zon penternakan babi seluruh Semenanjung Malaysia. Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Pahang ialah zon bebas dari ternakan babi. Negeri2 ini tidak boleh menternak, tapi boleh mengguna. Sejak bila? Lama tapi tidak dikatahui.
Pada tahun 2007, BN di Kedah meluluskan satu tapak penternakan babi sistem moden di Bukit Selambau. Bila dibangkitkan dalam Sidang DUN, projek itu dibatalkan oleh kerajaan baru! Siapa yang batalkan? Kerajaan PR. Kenapa? Tiada keperluan! Siapa yang lulus? BN! Siapa yang bangkitkan? BN! Siapa yang bantah? BN! Siapa yang berbelit-belit? BN!
Apakah cara terbaik mendapatkan lokasi yang diluluskan membantai (sembelih) babi? Dapatkan nasihat dan pandangan jabatan teknikal seperti Jab. Alam Sekitar, Jab Pertanian, Jab Verterinar, selain pihak berkuasa tempatan, pejabat tanah, pejabat daerah dll. Siapa yang cadangkan tapak di Sg Toh Pawang? Jab Verterinar dan JAS! Apa syarat-syaratnya? Sangat ketat, antaranya zero discharge..tiada aliran keluar sama sekali. Di rawat dan guna semula.
Kenapa perlu ada rumah sembelih di Kedah? Kerana ada hampir 0.5 juta penduduknya boleh dan memang memakan haiwan itu. Kenapa Sg Toh Pawang? Kerana sesuai dari segi teknikalnya, seperti jauh dari orang ramai, tiada aliran air, dan sudah ada aktiviti ternak ratusan ekor babi yang tidak pun dibantah, di larang oleh JKKKP dan tidak diketahui orang! Ternak babi dengan sembelih babi, aktiviti mana lebih meloyakan baunya atau melimpahkan lebih banyak najis?? Yang diternak - setiap hari hinggalah disembelih, yang disembelih - sekali itu saja, Kan??! MCA dan Gerakan, Marahlah pada UMNO!

2 comments:

  1. SYABAS & TAHNIAH sdr penulis.

    UMNO Kedah hanya JUARA sekadar ISU BABI..!!!

    PAS Kedah hanya JUARA sekadar ISU ROBOH PENEMPATAN BABI..!!!

    Gelaran JUARA MENUNGGU PAS Kedah jika selesai ISU PENEMPATAN BABI..!!!

    Jelaslah kpd kita khususnya rakyat Kedah, KERAjaan Islam yg diterajui PAS Kedah telah gagal memartabatkan Daulah Islamiah dlm menyampaikan Dakwah Islamiah kpd kaum Cina (bahasa kasar yg tiada nilai etika digunakan penulis "kaum pemakan BABI") mengenai hikmah disebalik pengharaman memakan BABI.

    Jika begitu halnya, takdak beza PAS ngan UMNO, yg membezakannya cuma dasar perjuangan parti sahaja (jika berpandukan gaya penulisan sdr. penulis). Cumanya PAS melalui PBT (MBAS) dan KERAjaan Neg.Kedah berjaya meroboh seterusnya menutup "Pusat Ternakan dan Cucuk Mati Babi" diKg Berjaya. Dah nama pun Kg Berjaya, mesti berjaya punyalah... Berbeza dgn UMNO melalui KERAjaan Neg. Melakau, sampai la ni pun tak berani usik hal berkaitan BABI. Maklumlah bangsa yg dikatakan "kaum pemakan BABI" ni lah penentu jatuh bangunnya UMNO diMelakau Bandarayau Bersejarah. Nasib baik Hang Tuah 5 saudara dah arwah, kalau tak pasti mereka akan berentap ngan "pembela" BABI yg tgh gila kuasa kat Melakau dgn mengamalkan rasuah utk jaw. Timbalan Presiden UMNO utk memerintah M'sia 1 hari nanti.

    Jgn lupa bukan semua org Cina makan BABI, malah sedar ataupun tidak bangsa Melayu kita pun tak terkecuali makan sumber dr BABI. Tak percaya selidiklah sendiri, sbg hintnya rujuklah tujuan apa diciptakan E-CODES atau lbh tepat lg kod babi? Ianya tdk lain dan tdk bukan adalah utk mengelirukan org Islam, sbg cth E334, E477 dan yg sewaktu dgnnya.

    UMNO Hanya Berpantang dengan HARAM BABI, yang lain tidak??? Tak kisahlah sdr penulis, kita dah tegur depa tanggungjawab kita dan lepas, selebihnya antara depa dgn tuhan.

    Kenapa dan ada apa di Sg Toh Pawang??? ghimau yakin kalau sdr penulis anak kariah Sg Toh Pawang, walaupun kajian dan pemantauan Jab Verterinar dan JAS dibuat pun sdr penulis juga tdk akan setuju BABI ditempatkan disitu setelah mengambil kira faktor menularnya pelbagai wabak dan penyakit berjangkit yg berpunca dr BABI. Amerika Syarikat yg maju tu pun tak dpt memerangi penyakit bawaan BABI, inikan pulak KERAjaan Kedah yg pernah satu ketika dulu berdiri dgn slogan "KEDAH MAJU 2010".

    Sebagai rakyat yg berada dibawah pemerintahan KERAjaan Neg. Kedah dan dibawah naungan Duli Tuanku Al Sultan Neg. Kedah, ghimau dgn rasa rendah diri dan penuh tawadho' mengingatkan pemerintah yg ada sekarang selesaikanlah isu BABI ini dgn penuh hikmah dan rasa sayang sesama manusia yg usul asalnya dr Adam dan Hawa bagi menzahirkan slogan terbaru "KEDAH SEJAHTERA" yg dicedok dr manifesto PAS Kedah pd PRU12 yg lalu setelah dibuang dan dibakul sampahkan "NIKMAT UTK SEMUA". Kenapa dibuang "NIKMAT UTK SEMUA"??? Tanyalah MB kesayangan kita semua YAB Ust. Azizan Razak bukannya Syed Razak mahupun Najib Razak.

    Sbg sumber rujukan dan dakwah yg berguna kpd Muslim/Non Muslim, sila layari YouTube dibawah tajuk: Mengapa Umat Islam Tidak Makan Daging BABI.

    "Betulkan yg biasa, biasakan yg betul". Selamat beramal... Sampaikan salam ta'zim hamba pd YAB DS MB negeri jelapang padi.

    Wallahu a'lam.
    Wailalliqa'.

    ReplyDelete
  2. Lupa tanya td, babi ada tengkok ka???
    Bukan apa saja nak tau, kalau kelar/potong selain bhgn tengkok org tak panggil sembelih dah...

    ghimau confuselah, mohon penjelasan.

    ReplyDelete