Dengan kebocoran banyak maklumat penting itu, dia bimbang (baca: takut terseret dengan dia sekali) nasib DS Najib akan jadi macam Muammar Ghadafi.
Dia takut sangat-sangat sebab banyak agensi penting telah dikendalikan oleh pegawai yang masuk melalui pengambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), tetapi menyokong perjuangan Anwar Ibrahim!
Boleh baca di sini - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm
Kata mamat Utusan ni, depa yang berada dalam agensi strategik kerajaan tu bagai 'musang berbulu ayam' kerana membocorkan maklumat penting Najib kepada Anwar seperti kos penerbangan dan percutian pribadi dengan pantas dan tepat! Hah! Kalau cepat mungkin kerana depa tu memang cekap, kalau tepat, hang susah hati buat apa?
Saya rasa mamat utusan ni kepalanya dah tak betoi. Kalau Najib tak buat salah apa-apa, apa yang nak dibimbangkan. Bocoq pi lah 40 lori maklumat atau dokumen pun, kalau tak ada yang tak betoi, apa nak takut. Itu yang rakyat nak sekarang ni, kerajaan dan pemimpin telus dan transparen.
Perkara yang mamat utusan ni tak sedar ialah manusia yang dipilih, dilantik dan diamanahkan menjaga agensi strategik kerajaan ialah manusia yang hebat dan cemerlang, sama ada dinilai melalui kelayakan akademik maupun rekod kerja mereka sebelumnya.
Depa mengaji dari tadika hingga universiti dididik dan dilatih membuat pertimbangan dalam tugas depa berdasarkan ilmu pengetahuan. Depa cerdik, pandai dan layak menduduki jawatan itu kerana mereka berilmu. Ilmulah yang memandu depa apa yang baik, apa yang buruk, apa yang salah dan apa yang benar, apa yang patut dan apa yang tidak patut.
Kalau mamat utusan kata depa tu musang berbulu ayam kerana pertimbangan berasaskan ilmu yang depa ada, orang macam mamat utusan dan mamat mamat lain yang kuat membodek dan melindungi tingkah laku salah pemimpin melalui media yang depa kepalai itu, nak dipanggil apa? Musang apa? Berbulu apa?
Kenapa mereka bocorkan maklumat? Saya percaya sebab depa mahu rakyat tahu apa yang pemimpin negara ini sedang buat diwaktu rakyat dicengkap tekanan kenaikan harga barang dan seribu mak nenek masalah lain dalam negara ini. Kenapa depa tak mau kunci mulut? Sebab depa tau, di akhirat esok, depa pun kena juga kalau bersubahat melindungi kerja tak betoi pemimpin. Ini satu perkembangan yang sihat dalam perkhidmatan awam! Pegawai dah mula merujuk kepada agama dalam tingkah laku mereka, mereka sudah kenal dosa dan pahala!
Apa guna ilmu dan kemahiran yang diajaq di universiti, malah sejak pra sekolah lagi, kalau dalam waktu depa mengamalkan ilmu itu di alam pekerjaan, depa dipanggil musang berbulu ayam. Kalau begitu, ambil saja kaki bodek, kaki subahat, yes man, kaki ampu di kedai kopi dan pejabat UMNO Bahagian jagi pegawai di agensi strategik kerajaan.
Tengok la juga kaki angguk macam pokka di pejabat JASA, Kemas, Seranta, Utusan Melayu, Media Prima, Star, SB dan MIO yang bekerja hanya untuk membetulkan semua salah-silap pemimpin kerajaan (baca: Pemimpin UMNO/BN) dan meletakkan salah itu kepada orang lain. Senaraikan juga JKKK, ketua blok felda, Penyelaras DUN dan Parlimen, blogger dan cyber trooper UMNO yang sudah dikunci mulut dengan elaun besar selama ini untuk menduduki agensi strategik kerajaan. Kalau semua ini terjadi, sah! Pemimpin itu akan selamat dan bersih...tapi negara ini akan hancur!
Kenapa orang cerdik pandai di agensi itu menyokong perjuangan Anwar Ibrahim? Adakah depa semua tak tau Anwar Ibrahim itu manusia paling jahat di Malaysia ni (baca: manusia paling jahat di dunia)? Dia kaki sex,luar tabii, kaki betina, kaki rasuah, kawan dengan Yahudi, jual negara, jemput kuasa asing, pembohong, pelari duit, gadai agama, bla...bla...? Mana ada manusia selepas Firaun yang sejahat Anwar? Depa tak tau ka? Takkan orang cerdik pandai yang kerja di agensi strategik kerajaan tak kenai Anwar Ibrahim dan perjuangannya? Hish! SPA dan JPA salah pilih orang ni...
Kesimpulan dari ketakutan dan kesediahn Mamat Utusan yang tak boleh tidur lena ni.... Nilai dan norma hidup mereka sudah terbalik kuang dek kerana telah buta dan tuli dengan UMNO/BN. Segala yang salah di kalangan pemimpin mesti disorok dan dilindungi oleh semua agensi kerajaan. Biar pemimpin dan bini depa buat apa saja sesuka hati, atas nama negara, depa mesti dijaga, takut nanti jadi Muammar Gaddafi! Mabuk ka apa dia ni??
Pemimpin kami dalam PR siap siaga sepanjang masa untuk dilondeh oleh rakyat maupun pegawai di keliling mereka jika ada sebarang kesilapan yang disengajakan sepanjang memegang amanah negara (baca: sentiasa diintai sepanjang masa kalau-kalau ada kesilapan, kalau tak ada juga, cipta satu kesilapan untuk dikenakan mereka secukup-cukupnya).
Para pemimpin kami sentiasa menunjukkan contoh teladan yang baik kepada pegawai dan rakyat dalam semua aspek kehidupan termasuk kehidupan pribadi mereka. Mereka memahami dan menghayati slogan 'Kepimpinan Melalui Teladan' melebihi pembawa slogan itu sendiri.
Apa yang terdedah, apa yang rakyat tahu, apa yang kami kata, apa yang kami buat, apa yang terbit dari mulut, itulah yang di hati...apa yang dijalani oleh pemimpin kami, itulah yang sebenar, tanpa selindung, tanpa takut tanpa bimbang (no fear kata mat saleh)... Itulah beza kami dengan kamu wahai Mamat Utusan Zaini Hassan! Hanglah bapak Musang Berbulu Ayam yang sebenar!
dia cuba bodek kot2 Najib pilih dia jadi calon...hehe.
ReplyDeleteKes maklumat dalaman bocor ni memang sentiasa berlaku samada dipihak BN atau PR
persoalan utama disini ialah AMANAH
Sepatutnya mereka yang menjawat jawatan yang diamanahkan untuk menjaga kerahsiaan, tidak membocorkan maklumat tak kira dipihak BN/PR.
Contoh kes BN, seperti yang dilaporkan utusan. Contoh kes PR...seperti terdedahnya dokumen2 sulit PR, mana mungkin umum akan dapat sekiranya tidak ada orang dalam yang sanggup beri maklumat. Bagaimana Ezam boleh buat salinan surat Anwar merayu Tun Mahathir agar sengketa mereka ditamatkan sedangkan depan khalayak Anwar seperti singa. Walaupun kelihatan memberi untung kepada BN dan memancung kepada Anwar, Bagi Pakteh dari segi etika, Ezam tidak boleh dipercayai kerana pecah amanah membuka, membaca, menyalin dan menyimpan salinan surat Anwar kepada Mahathir.
Amanah...Amanah..Amanah..
Penting dipegang..apatah lagi jika sifulan2 itu berjawatan....
tak gitu Tn Haji?