Thursday, August 19, 2010

Menjawab Desakan Membatalkan Kelulusan Kerajaan Lama...

Ada orang mendakwa kerajaan sekarang lemah dan tak tau buat kerja walaupun sudah diberi kuasa memerintah. Ada pulak yang melagukan 'bangau oh bangau' hanya kerana kita mendedahkan bila pembalakan itu diluluskan. Kita dituduh pulak menghalalkan tindakan zaman UMNO dulu yang merugikan rakyat atas kepentingan kita. Inilah jawapannya kepada blog-blog UMNO dan suku sakatnya yang suka-suka komen ikut suka:
.
Keputusan-keputusan (kelulusan kerajaan) seperti ini mengikat (bind) kerajaan sebagai pihak berkuasa negeri, ia tidak mengikat parti maupun individu sebagai MB atau EXCO. Ia sama seperti perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh mana-mana kerajaan didunia.
.
(Lihat usaha carigali minyak di perairan Malaysia kepada Shell dan BP walaupun kita sudah ada Petronas - Yang merantau jauh ke seluruh dunia mencari minyak tetapi minyak dalam negara sendiri syarikat lain yg gali - semua itu persetujuan dan kelulusan atas nama kerajaan, bolehkah dinyahkan BP dan Shell dari membawa hasil perut bumi kita keluar kerana kita sudah ada Petronas? Lihat persetujuan kerajaan mengizinkan Tentera Udara Australia berpengkalan di Butterworth - sudah tamat tempohnya, mereka pun keluar. Bolehkah mereka dihalau keluar kerana kita sudah ada airforce yang kuat - walaupun enjin pesawat hilang - sebelum perjanjian tamat?)
.
Membatalkan kelulusan yang dibuat mengikut undang-undang sedia ada akan mengakibatkan kerajaan menghadapi tindakan undang-undang. Lihat kerajaan Pahang dijatuhkan hukuman di mahkamah membayar gantirugi RM63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan walaupun ia adalah kes lama sebelum DS Adnan Yaakob menjadi MB. Begitu juga Kelantan yang diarahkan oleh mahkamah membayar kepada sebuah syarikat berpengkalan di Singapura walaupun dealing itu berlaku di waktu BN memerintah Kelantan.
.
Kes serupa berlaku kepada sebuah kuari di Singkir, Yan yang menghadapi bantahan penduduk akibat banjir lumpur sejak sekian lama. Kes itu telah pun dibawa ke mahkamah dan kuari itu menang. Kerajaan harus bersedia menghadapi tuntutan puluhan juta jika membatalkan kelulusan kuari tersebut atas nama dan kuasa kerajaan. Sebab itu, semua tindakan dan urusan kerajaan harus mengambilkira kesannya apada masa hadapan.
.
Umpamanya kes Kedah Marble di Langkawi. Walaupun telah menutup operasi, syarikat itu bankrap dan diambil alih oleh Danaharta, tetapi perjanjian dan kelulusan kepada syarikat itu masih berkuatkuasa. Mereka menuntut RM50 juta jika kerajaan berhasrat memberikan kelulusan operasi mengeluarkan marble Langkawi kepada syarikat lain.
.
Kes yang sama juga berlaku dalam kes penswastaan bekalan air di Langkawi kepada Teleworks Sdn Bhd. - sebuah syarikat perniagaan MCA Kedah. Walaupun kerajaan terpaksa top-up bayaran kepada syarikat itu puluhan juta setahun, perjanjian penswastaan itu tidak dapat ditamatkan sehingga tahun 2020. Perjanjian di zaman UMNO memerintah Kedah ini mengakibatkan kerajaan negeri terpaksa membayar hingga RM70 juta kepada syarikat itu walaupun kutipan mereka hanya sekitar RM32 juta. Sedangkan semua infra untuk bekalan air kerajaan yang sediakan.
.
Inilah kerja-kerja di zaman UMNO/BN yang mengikat (bind) kerajaan sekarang walaupun telah bertukar parti memerintah. Walaupun sedar ini bukan kerja mudah dan memakan masa, tetapi pihak kerajaan negeri sekarang sedang mencari kaedah terbaik untuk memperbetulkan perjanjian yang hanya menguntungkan syarikat dan merugikan rakyat seperti itu. Ia mudah jika syarikat itu dan parti yang menguasainya mengembalikan apa yang mereka ambil dari rakyat secara sukarela. Ia hanya boleh berlaku jika dipersetujui kedua-dua pihak yang terikat dengan perjanjian. Mahukah mereka?
.
Saya percaya kes-kes seperti ini akan terbongkar satu demi satu bila tiba masanya. Tunggu saja kerja-kerja mengorek bijih besi di Tupah yang lulus kepada syarikat kroni suku sakat UMNO di penghujung tempoh berkuasa... kalau tak banjir lumpur atau mengganggu bekalan air kepada penduduk...depa selamat. Kesilapan atau keputusan dulu-dulu terpaksa dipikul sekarang atas nama kerajaan, tetapi kita dilarang menyebutkan siapa yang buat - dengan lagu bangau!!?? Patutkah begitu? Tunggu juga bila BN/UMNO diusung keluar dari Putrajaya!!!
.
Balak di Sik pun serupa. Mahukah syarikat yang diluluskan konsesi itu pada 2005, - yang belum ditebang hingga sekarang (ada 4 block lagi) - menyerahkan balik kawasan itu kepada kerajaan dan menerima balik bayaran premium, yang sudah dibuat sebulan selepas ia diluluskan. Saya rasa tidak! Sebab bayaran2 'lain' yang sudah keluar waktu itu siapa nak pulangkan? Ada banyak lagi senario seumpamanya, sebab itu BN tidak boleh dibenarkan lagi menang dan memerintah negeri ini...kalau rakyat tidak mahu terbabit dalam tindakan yang merugikan. Mahukan perpaduan la pulakkk! Ishhh!
.

5 comments:

  1. Salam,

    Oklah.. mana lebih penting? Wang atau nyawa rakyat? Apakah kerajaan negeri Kedah hanya mengaku terpaksa mengikut perjanjian lama, sedangkan dalam masa yang sama rakyat menderita disebabkan banjir? Apakah wang lebih penting dari rakyat? Atau sememangnya kerajaan negeri Kedah sekarang sudah tidak ada wang?

    OKlah..UMNO Kedah teruk, tapi sekurang-kurangnya, ia tak seteruk pentadbiran Pas Kedah. Baru dua tahun dah goyah. FDI berapa? Hancus.. ni Kulim High Tech, bakal nak lebur. Masalahnya sekarang, kalau kerajaan negeri kuat, apa-apa problem pun boleh selesai, jangan asyik salahkan orang lain. Kalau dah tau Kedah teruk, kenapa masuk bertanding (PRU ke 12) dulu? Lanih bila dah jadi kerajaan, sibuk dok salahkan kerajaan terdahulu. Get ready, be realiti, jangan dok mengelak je.

    ReplyDelete
  2. salam,
    saudara mctheory hang nak BN mengkedarah hak rakyat lagi ka. Hang tak yah nak konar kulim hitech lingkup, Hang tanya mukriz apa dia buat kat MITI sampai pelabur lari.

    ReplyDelete
  3. memang kerja orang umno macam tu, tau nak cari salah orang saja. masa dia perintah kedah terok dia sorok celah kangkang, tapi bila seluaq tekoyak nampak celah kangkang dok salah orang lain. itu lah perangai orang yang kecewa, cakap macamana pun orang dah tau, sapa meterkedarah duit rakyat. kita percaya pas tadbir kedah tenang air ditasik, boleh nampak sisek ikan. biar depa melalak, bila nampak wajah tulang dalam air dia terjun, lepas tu khojol lah dia.

    ReplyDelete
  4. Depa tu puak-puak melayu yg terlupa nama parti sendiri masih menggunakan bahasa penjajah tapi kalut dok berdemo bawak kepala lembu memperjuangkan bahasa kebangsaan. Sebab itu, senang depa buleh cakap, hawat tak terminate approval dulu.

    Depa dok ingat kerajaan Kedah sekarang ni BODOH macam Mctheory, ada otak tak leh berfungsi dan tak bijak mengurus. Bagi mereka, bijak mengurus bermaksud membawa perjanjian yg keuntungannya sebelah pihak saja yg semestinya diri dan kroni sendiri.

    Mmg tugas pembangkang adalah membangkang tapi pakai la otak sama nak bangkang apa pun. Jangan sampai menjilat berak sendiri memperlihatkan muka tebal lebih dari khinzir (nak kata babi nampak kasaq sgt nooo...)

    ReplyDelete
  5. aku stuju btul dgn gomen PAS la ni...bravo set pol..

    ReplyDelete