Monday, August 16, 2010

Banjir Di Sik Dan Baling...Pasai Pembalakan La Pulak.

Wartawan TV3 dan Utusan hari ni gelak sakan la...buleh tibai kerajaan yang kununnya meluluskan pembalakan di kawasan Hutan Simpan Rimba Teloi, Kawasan Tadahan Sg Semeliang lalu menyebabkan banjir teburuk dalam tempoh 40 tahun.
.
Saya bersimpati dan merakamkan takziah kepada semua mangsa banjir di Baling dan Sik. Kerajan melalui Pejabat Daerah dan JKM sedang bertungkus lumus membantu apa yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ni, tentu perit rasanya ditimpa musibah banjir. Kepada Allah kita berserah...ini semua ujian kepada hambanya yang kerdil seperti kita.
.
Ada pulak YB UMNO yang cari publisiti, tanpa usul periksa, cepat-cepat buat kesimpulan. Banjir ni puncanya kerajaan negeri punya pasai, lulus balak ikut suka. Esok, dia nak angkut mangsa-mangsa banjir pi SPRM nak buat laporan pembalakan haram di Rimba Teloi. Saya nak habaq, Jitra pun kena, tak ada pembalakan pun! Tahun lepas Jeddah bah besaq, ramai jemaah haji terkandas dan ada yang meninggal. Mana ada balak ditebang di Jeddah. Tak tau la kot-kot UMNO jadi kerajaan di Arab Saudi masa tu.
.
Saya alu-alukan langkah politiknya tu, kita tengok la apa hasilnya. Tapi mau ingat juga, sejak 2 tahun setengah kerajaan PR di Kedah, belum ada kelulusan pembalakan di Rimba Teloi, kalau ada pun, ia lulus di zaman bos dia jadi MB dan menguasai kerajaan. Kita boleh tengok lah sapa yang dapat kawasan tu, berapa depa bayaq masa tu, sapa nak kena jawab!
.
Maklumat yang saya ada, kali terakhir balak ditebang di Rimba Teloi/tadahan Sg Semeliang yang bersambung dengan Sg Chepir ialah sewaktu DS Syed Razak jadi MB, lepas tu Big Boss dia pulak jadi MB dan menguasai kelulusan kawasan pembalakan. Tiba-tiba YB UMNO tu mendakwa pembalakan berlaku September tahun lalu (2009). Maka kerajaan la ni bertanggungjawab. Jawapan saya begini.
.
Setiap kawasan pembalakan melalui proses kelulusan yang ketat, dibawah seliaan, kajian dan recommendation Jabatan Perhutanan. Mana-mana kawasan yang diluluskan dalam Jawatankuasa Hasil Bumi mengambil masa 1 hingga 3 tahun untuk proses tagging (tanda pokok yang boleh ditebang), persempadanan kawasan, dan memproses lesen menebang. Ini prosedur biasa. Boleh rujuk Jabatan Perhutanan atau mana-mana taukey balak. Paling cepat satu tahun, tapi jarang berlaku.
.
Oleh kerana sepanjang bulan Mac 2008 hingga kini belum ada kelulusan pembalakan di kawasan itu oleh kerajaan sekarang; dan proses mengubahasil yang memakan masa hingga 3 tahun, MAKA, kalaupun ada pembalakan di situ pada bulan September 2009, ia adalah kawasan yang diluluskan oleh kerajaan BN dan dalam tangan big bosnya dalam tahun 2006 -2009. Ia adalah tanggungjawab dan kawalan mutlak kerajaan BN.
'
Nanti ada orang akan kata pulak... "Ha! ni lah keja kerajaan PR, tak habis-habiskan nak salahkan kerajaan dulu. Dah jadi kerajaan, pandai-pandai lah jaga negeri". Jawabnya mudah. Kawasan yang telah lulus ikut proses masa itu, tak ada peraturan lain yang boleh menarik balik kelulusan itu. Proses itu 'mengikat' semua pihak! Kalau nak kena saman dan didenda macam kerajaan Pahang kena RM63 juta, cubalah batalkan mana-mana kawasan. Ada kes di Kelantan, kerajaan la kena bayar beratus-ratus juta walaupun kes kelulusan pembalakan itu berlaku di zaman BN memerintah Kelantan. Kalau Kedah kena, bingkuih kita!
.
Mana-mana kawasan yang telah lulus atas tanggungjawab Jabatan Perhutanan telah melalui proses standard yang termaktub dalam undang-undang (Akta Parlimen) yang telah diluluskan. Cuma, telah diketahui umum, kelulusan pembalakan dizaman 2006-2009 sangat 'memilukan' kantong kewangan negeri. Hanya sekitar RM6 juta hingga RM10.8 juta masuk sebagai hasil pembalakan kepada negeri dalam tempoh itu. Kuota tebangan ditetapkan ialah 2,340 hektar, tidak termasuk tanah kerajaan dan kuota tahun sebelumnya yang tidak dihabiskan..
.
Di zaman itu juga, kuota yang disimpan di zaman Tan Sri Sanusi Joned di habiskan. (TS Sanusi Joned meminimumkan pembalakan di zamannya). Dengan kuota tahunan yang sama, kerajaan sekarang menghasilkan RM35-RM38 juta (premium sahaja, belum masuk cukai kayu per/tan) pada tahun 2008-2009. Itupun kawasan yang diluluskan melalui tender terbuka adalah di Bkt Kachi, Tiang Layar, Ulu Muda dan Gunung Inas sahaja. Tidak ada di Rimba Teloi.
.
Esok, Jabatan Perhutanan akan masuk memeriksa dakwaan YB UMNO itu dalam akhbar hari ini. Saya bimbang ada yang tidur tak lena malam ini dan malam esok. YB, jangan asal nampak pokok bergoyang, YB pi tembak, mana tau itu bos YB sedang bersembunyi dari isterinya yang mengamok! YB pi la awai-awai pagi esok, sebaiknya lepas sahur terus naik bas MARA ke Alor Setar...Maaflahhh kawan!
.

8 comments:

  1. payah betui nooo nak hidup time bulan posa nih...YB bashah tu tak ingat kaa ni bulan ramadhan? bulan yang mulia..kot laa nak stop sat dok buat cerita camtu..buat kurang pahala jaaaaa posa...

    masalah sosial yang bersepah dalam negeri kita ni kot dia nak pi pulun tegas ka buat repot kat SPRM ka...hat bab tuuu jugak dia kalut..

    semua benda yg dia attack..at last tenggelam begitu sahaja...cuba cari hat kukuh sket ka...pi tangkap kot-kot ada YB tak posa kaa...makan dalam pejabat time posa ka...best la jugak.. ni tak abih2 balak balak balak..naik cemuih saya sebagai rakyat nak nengok..

    kot bebetui leh setel masalah ok la jugak..

    p/s naik jemu nak nengok..

    ReplyDelete
  2. salam abang setpol..
    saya tak tau camno nak private dgn abang setpol...
    harap2 kot abang setpol leh bantu...
    LOKASI: TAMAN SRI MANIS, ALOR SETAR, KEDAH

    USUL: saya dan penduduk teringin sangat nak nengok jalan dalam kawasan kami ni di turap setelah hampir 15 tahun just hanya di tampung sahaja jalan kawasan taman ni..tu pun kalau di tampung..dan di bubuh BUMP di tempat2 strategik di sekitar padang permainan.
    baru2 ni..ada lubang2 di dalam kawasan taman kami ni kian menjadi besar dan dalam..bleh membahayakan semua org yg menggunakan jalan kawasan taman..tambahan pulak taman kami ni dijadikan laluan utama penduduk tmn purnama/sultan badlishah/tmn berjaya/tmn datin nurulkiah dan taman malik..

    saya mohon abang leh bantu saya dan penduduk setempat..tolong report kat sesiapa yg berkenaan agar mai tampung ka turap bagi elok..

    minta maaf la terbuat aduan kat tempat yg tak sepatutnya...jangan la marah saya..nak jentik tu bleh la..tapi jgn kuat sangat...

    terimaaaa kasihh sesangat..

    ReplyDelete
  3. kita mengalu-alukan tindakan politik YB UmNo....dah siasat siapa yg lulus jangan sorok pulak..habaq la kat utusan...ada berani ka....bg org semua tau....Tanya Meng Cheh(nampak nama Pelesen dekat papan tanda yg dihighlight TV3)bleh tau tahun bila lulus kawasan...

    ReplyDelete
  4. Al- Amin Ahmad jangan la dok pi private dengan Abang Setpol hang tu...nanti x pasai2 pulak jenuh dok berjawab. Buleh pulak kat tv3(3/4)...hah...riuh satu Malaya dicanangnya.


    hehehe...lawak2 posa sambil nak tunggu berbuka!

    ReplyDelete
  5. Aku malas nak cakap banyak, sebab dah memang artikel ni cuba menipu... Dalam artikel kat blog aku dah ada siap gambar bukti menunjukkan lesen pembalakan diluluskan pada tahun 2010...

    P/S: Jangan padam komen ni, kalo hang betui anak jantan... Jgn buat dosa kering dalam bulan Ramadhan...

    http://exception2008.blogspot.com/2010/08/kerajaan-pas-kedah-nak-tipu-pun-agak.html

    ReplyDelete
  6. salam ramadhan....nak copy and paste ....dengan izin

    ReplyDelete
  7. ko ni setpol, kalu nk jd munafik pun jgnla di bulan yg baik ni,dah terang2 lesen tu lulus tahun 2010 ko kata lesen 2009,ko nak tipu org tua sik boleh la,ha! satu g kat mekah banjir berapa kali setahun,berapa ml/y,ni aku nak post lik ko jgn delete lak jgn jd dayus

    http://theflyingkick.blogspot.com/2010/08/terang-terang-pembohong-setpol-menteri.html

    ReplyDelete
  8. kalau pun la kata lesen tu luluih taun sudah ka... taun sebelom taun sudah ka... xbulih ka kerajaan negeri tarik balik? untuk kebaikan bersama jugak.... ka kerajaan negeri la ni pun 'tumpang sekaki'... terus terang saya habaq... mmg saya dah meluat dengan alasan 'bangau oh bangau' ni... 2thn lebih dah wei.... jangan sampai kena tukaq pulak... buleh teqa tu?

    ReplyDelete