Tuesday, May 25, 2010

BN Kedah Akan Lancarkan Perang Saraf Baru dengan 'Tangan APCO'

Setelah psywar lompat dapat ditamatkan malam 22 Mei lalu, startegi baru UMNO/BN untuk melemahkan kerajaan dan membina persepsi buruk terhadap kerajaan Kedah akan memasuki fasa baru.

Kini, pemikir-pemikir UMNO/BN dari ibunegara telah dijemput memberikan idea dan strategi baru yang lebih efektif. Saya telah menulis perihal 'Tangan APCO Meraba Kedah' dalam posting yang lalu. daripada maklumat yang diterima hari ini, hal tersebut memang sudah dan sedang berjalan.
.
Siang tadi seorang Dato' Seri yang pernah menjadi Setiauaha Politik Perdana Menteri menelefon salah seorang EXCO dari PKR yang menyampaikan ceramah malam 22 Mei lalu untuk 'merisik' dan 'meraba'.
.
Akan datang satu 'grand design' dari BN/UMNO untuk menggoncang Kerajaan Kedah... dari segenap penjuru... sama seperti yang pernah dibuat di Kelantan 20 tahun dulu. Kalau waktu itu dikatakan Strategi Ghafar, Di Kedah akan dijalankan strategi APCO. Seluruh rakyat, pemimpin masyarakat, media, penulis, blogger, pemerhati di harap tidak melatah dan berjaga-jaga. Mungkin juga jarum yahudi itu masuk melalui penulisan, rungutan dan kritikan dan pendedahan kita tanpa kita sedari.
.
Untuk mengelak kita jadi talibarut grand design BN/UMNO, semua maklumat sewajarnya harus diteliti dengan cermat. Sebaiknya mendengar dan bertanya terus dengan tuan tubuh atau pihak yang terlibat. Mengkritik tidak salah, salahnya ialah bila kritikan itu menjadi fitnah!
.

2 comments:

  1. http://www.kedahlanie.blogspot.com/

    oleh KedahLama

    Pendedahan berani ADUN Kulim, YB Lim Soo Nee membuktikan bahawa pentadbiran Kerajaan Kedah yang diterajuim oleh PAS dikuasai oleh seorang sahaja, iaitu MB Kedah Ustaz Azizan Razak...Tindakan berani YB tersebut membuka mata banyak pihak terutama di Kedah bahawa cara kepimpinan MB Kedah banyak bersifat diktatorshio. MB Kedah dilihat teramat ego dan enggan menerima dan mendengar pandangan serta pendapat Exco dan ADUN-ADUN lain dalam Pakatan Rakyat.

    Cara MB Kedah mengurus negeri nampak macam stabil dan tidak ada apa-apa yang bergolak. Tetapi hakikat sebenarnya, semua EXCO dan ADUN Pakatan Rakyat menyimpan rasa tidak puas hati yang terbuku sejak sekian lama di dalam hati. SIkap ego MB juga menjadikan terbitnya pelbagai spekulasi tentang lompat melompat ini. Sebagai ketuan kerajaan, sepatutnya setiap keputusan yang hendak dibuat perlulah dibuat dan dibincang secara musyawarah. Keputusan diambil adalah keputusan bersama. Perlu ada sikap memberi dan menerima. Kena terima pakai pandangan dan pendapat orang lain kerana ADUN semua adalah mewakili rakyat yang memberi kepercayaan kepada mereka melalui undi pilihanraya.

    Pendedahan berani secara terbuka oleh YB Lim Soo Nee merupakan satu keputusan yang cukup bijak dan harus dipuji. Sepatutnya semua EXCO dan ADUN perlu ada sikap dan sifat sedemikian bagi memastikan perjalanan kerajaan negeri stabil dan telus.

    Pada malam itu, saya sempat bertemu dengan beberapa orang rakan dari Kelab Penyokong PAS Kedah. Mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan sikap dan perangai MB Kedah serta perangai EXCO Kanan Kedah, Ir Pharolradzi yang dilihat tidak profesional dan mengabaikan tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Mereka melihat EXCO Kanan ini kurang mengerti dan tahu tentang urusan pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Negeri. Tidak tahu bidang tugas dan cara-cara menguruskan tugas sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai rakyat berbilang kaum.

    Mereka memuji cara dan pendekatan yang dilakukan oleh ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa dan ADUN Tanjung Dawai, Dr Hamdan Mohd Khalib. Kedua-dua ADUN ini nampak lebnih terbuka, mesra rakyat dan menggunakan pendekatan secara profesional dalam menjalankan tugas mereka sebagai wakil rakyat. Kaum Tionghua dan India amat kagum dengan kedua-dua ADUN ini yang sekaligus menjadi tunjang kekuatan dan sokongan bukan Islam kepada PAS....

    Mereka juga mempertikaikan nama-nama berikut yang selalu mencampurin urusan Kerajaan Negeri, antaranya Che Had Dali, Cikgu Roslizan dan Sanusi.....semoga muhasabah dapat dilakukan segera bagi menghubah minda, perangai, sikap dan pendekatan kepada rakyat sebelum rakyat muak dengan sikap kita yang terlampau ghairah setelah menjadi Kerajaaan.

    YA. Berbahagia Tuan Setpol, minta penjelasan isu ini ?

    ReplyDelete
  2. salam. bila kerajaan negeri nak peruntuk sket bajet utk perkhidmatan wireless/3G/4G di kawasan2 seluruh negeri? salah satu keperluan rakyat hari ni adalah hak mendapatkan maklumat. perkhidmatan 3G memang tak sampai, terutama kat kawasan spt kota srg semut, bukit besar, simpang 4, sungai limau, ... tu belum kira kawasan hulu lg mcm sik, jeniang, jeneri... nanti gadoh laa rakyat x dapat maklumat, mudah ditipu media arus perdana bla2... sebelum terhantuk, baik settle cepat2... sekadar cetusan idea. wsalam

    ReplyDelete