Monday, July 4, 2011

Darjah Gelabah UMNO/BN Melonjak Ke Anak Tangga Paling Tinggi...

Menjelang jam 9.00 malam tadi, ramai yang menerima sms dan email yang sama... waktu itu sekelian EXCO Pemuda PAS Kedah sedang bermesyuarat bulanan di Kompas Batu 9. Titah Khas KDYMM Yang DiPertuan Agong dikirim laju ke segenap pelosok bumi, membawa satu mesej yang umum. Baginda memerhati dan mengambil berat terhadap perkembangan semasa politik negara, dengan menitahkan beberapa maudu'...

1. Bersih dan tuntutannya.
2. DS Najib keupayaannya
3. Kerajaan dan pelaksanaan amanah rakyat 
3. Demokrasi dan perjalanannya
4. Demontrasi dan kesannya.

Adapun sepanjang sejarah, selain titah rasmi baginda di majlis rasmi Negara, detik bersejarah dan peristiwa penting tanahair, titah langsung (khas) daripada KDYMM YDP Agong dalam isu-isu politik semasa amat jarang kedengaran. Seingat saya, kali terakhir ialah titah menasihatkan agar dibatalkan debat UMNO-PAS  pada tahun 1985. Selepas itu, titah inilah...

Saya sama sekali walau sebesar kelumit pun tidak berniat atau berhasrat engkar atau sembah derhaka akan titah perintah Baginda, tetapi sebagai hamba rakyat negara ini yang terbabit secara langsung dalam politik dan parti politik, mempunyai beberapa rumusan....

1. Tahap kebimbangan dan darjah ketakutan UMNO/BN  kepada tuntutan rakyat telah melantun ke tahap paling tinggi pada detik ini.

2. Adapun parti yang membentuk kerajaan pusat waktu ini sangat lemah, tenat dan tidak tentu arah.

3. Tahap keupayaan dan kecekapan UMNO/BN yang membentuk kerajaan pusat  mencapai tahap tepu dan tidak berupaya lagi mentadbir rakyat yang semakin bijak dan matang.

4. UMNO/BN hilang upaya diri untuk bergerak seiring dengan keterbukaan maklumat dan kesedaran rakyat.

5. UMNO/BN sudah menemui titik nokhtah sebagai isyarat untuk berhenti menjadi kerajaan atas kegagalan melaksanakan tuntutan sistem demokrasi dalam negara ini.

6. UMNO/BN hanya bergantung kepada Institusi awam untuk memanjang hayat politik mereka.

Oleh yang demikian... saya menyeru supaya Perdana Menteri segera mengadap KDYMM YDP Agong untuk memohon limpah perkenan baginda supaya Parlimen dibubarkan dan pilihanraya umum segera diadakan. Dengan itu, rakyat dapat memilih satu parti baru untuk membentuk kerajaan negara ini secepat mungkin.

Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Mohon Di Ampun...Patik menjunjung kasih di atas titah perintah Tuanku kepada sekelian hamba rakyat pada malam tadi, sebagai tanda kasih dan sayang Tuanku kepada patik-patik sekelian. Sebelum mengakhiri kalam, patik mohon limpah perkenan KDYMM Tuanku untuk patik dan sahabat-sahabat patik untuk terus melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat dan ahli parti politik dalam negara Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi ini. Ampun Tuanku.

5 comments:

  1. Apakah pengharaman himpunan BERSIH 2 ini merupakan satu tindakan terakhir yg boleh manjamin keamanan negara???? atau ada pihak yg terlalu takut kehilangan kuasa dan amat takut dgn kesan yg bakal dihadapi bila kehilangan kuasa mereka. atau ada pihak yg cuban menggunakan alasan keamanan negara utk menutup segala kepincangan dan kekotoran dlm pentadbiran mereka, segala penyelewengan, korupsi, jenayah, maksiat, menjual hak dan tanah org melayu dan berbagai2 dosa yg terhimpun selama 54 tahun memerintah.

    Apakah pilihan yg ada kepada rakyat setelah berkali2 tuntutan dibuat supaya kerajaan berlaku adil… apa yg kerajaan lakukan… alasan demi alasan dan berbagai cara dilakukan utk menidakkan tuntutan rakyat. ini jelas. mana2 rakyat pun akan nampak dan dapat rasakan kejahatan dan penipuan oleh pemerintah ini, hanya maruah dan keimanan yg teguh yg dapat membuat seseorang itu untuk merasa sensitif dan bertanggungjawab utk mengambil tindakan kerana mereka sedar akan perbicaraan dan hisab yg bakal dihadapi di Mahkamah Allah Rabbul Jalil bila mati nanti…

    Apakah mereka yg telah melakukan kerosakan dan pengkhianatan selama 54 tahun terhadap hak rakyat negara ini terutama hak2 orang melayu dan Agama Islam sanggup utk menghadapi undang2 jika kuasa mereka tumbang. Akan ada bekas2 pemimpin yg akan mati dipenjara dunia ini. Apakah mereka sanggup.

    Jadi mau tak mau merekalah pihak yg beria2 akan mempertahankan kuasa mereka hatta dgn menggadai nyawa sekalipun.. ini lah orang2 yg mempunyai motif dan kepentingan peribadi yg akan menggunakan apa cara sekali pun utk kekal berkuasa. dan merekalah yg paling takut dgn kebangkitan rakyat…

    ReplyDelete
  2. Ulasan penuh untuk artikel ini pakteh letak di blog pakteh sebab agak panjang. Mungkin Tn Hj boleh membacanya disana jika ada kelapangan. Namun begitu menjadi rakan bertandang...pakteh letakkan juga ulasan akhir pakteh yang diambik sikit untuk tatapn rakan-rakan disini..

    Ulasan pakteh: Cepat atau lambat, PRU13 pasti berlaku…UMNO/BN tidak pernah melebihi waktu tempoh mandat yang diberikan. Bersabarlah…..masanya akan sampai…jadilah insan yang boleh bersabar. Untuk menjadi pemimpin, perasaan sabar adalah kunci kejayaan. Lihatlah apa jadi pada Anwar yang tidak punyai rasa kesabaran. Jika sudah sampai waktunya…jika parti anda menang…maka perintahlah…jika gagal..terimalah hakikat itu. (Parti anda telah tawan kedah….dan tidak mustahil parti anda tawan Malaysia…tetapi bersabarlah…masanya akan sampai utk PRU13). Janganlah kerana tidak ada kesabaran, segala cara yang busuk lagi membusukkan sanggup dilakukan malah sehingga melacurkan negara kepada anasir luar.....
    Tuan Setpol...Bersabarlah....

    ReplyDelete
  3. Otaklunyai...

    apabila membuat ulasan secara umum meletakkan segala-galanya yg buruk sahaja dibawah BN...anda seolah-olah menafikan kenikmatan yang dirasakan semenjak merdeka dulu.

    Pakteh tak pasti nak ulas atau tidak tentang komen anda cuma...pakteh berpandangan..biarlah kita menimbang dengan penuh keikhlasan apabila membuat sesuatu tuduhan.

    ReplyDelete
  4. Pak Teh...sabar adalah bahagian besar dalam iman... Byk ayat2 quran dan hadis menuntut sabar dan sembahyang, sabar ketika musibah, sabar mengahadapi ujian, sabar beribadat, sabar mengahadapi maksiat.... Sabar mendapat nimat dsb. Tingginya nilai sabar dalam Islam.

    Kes yang sedang kita tekuni ini adalah sebahagian dari tuntutan sifat sabar. Sejak tahun 1951, PAS sentiasa dalam kesabaran. Pemimpin ditangkap, ditembak, dibunuh, diISAkan, ditipu dalam pilihanraya, ceramah PAS disekat, negeri yg PAS perintah dianak tirikan, peruntukan diberi hanya berasaskan parti, 18 bilion projek pembangunan ditarik dr Kelantan, royalti dirampas dr terengganu, dipulangkan bila BN dapat balik trgnu! Projek2 disalur melalui kerajaan dalam kerajaan di kedah, kelantan dan di terengganu dulu. Kita terus bersabar.

    Kalau nakkan Melayu, Kedah, Kelangan, terengganu dulu, semuanya Melayu. hanya 2 % cina di Kelantan, atas nama apa diskriminasi ini dikenakan?

    Walau kalah di byk tempat, banyak kali...kita terus masuk pilihanraya krn ulama PAS berijtihad, perjuangan PAS waktu inii melalui kaedah muwajahah silhmiyyah (Dengan kaedah aman)...kita tak pernah ajak sesiapapun berperang.

    Rally Bersih juga adatas dasar sabar...kita berjalan dengan aman menuntut perubahan dlm sistem demokrasi dan pilihanraya..tiada niat selain menyediakan padang yang sama rata, pengadil yang tidak memihak.

    Kalau Pak Teh kata kita longgokkan semua salah ke atas BN, Ya, krn mereka ada kuasa untuk membuat perubahan pada waktu inii. Pd masa yg sama, sila senaraikan apakah ada kesalahan terhadap tuntutan yang bersih kemukakan itu?

    Terima kasih krn sudi bertukar pandangan. Saya sgt menghargainya.

    ReplyDelete
  5. Tn Hj..
    pakteh rindukan Pas yang dulu...

    Jika dulu kalah dibyk tempat, pas masih masuk PRU, kini apabila menang banyak tempat...sepatutnya Pas lebih terkehadapan untuk bersedia mengepalai/mengetuai PR. Apa yang tertonjol kini adalah sebaliknya.

    Soal BN/UMNO, pakteh juga percaya ada kelemahan dan cacat celanya. Adalah satu pembohongan jika dikatakan tidak berlaku kerosakan dan musibah didalam BN mentadbir negara namun begitu pakteh masih amat percaya peluang pembangkang dalam memenanngi kerusi pilihanraya adalah terbuka luas.

    ReplyDelete