Friday, July 8, 2011

Ayuh! Berjuanglah Dengan Sabar...Rahmat Allah Bersama Kita Semua.

Kepada seluruh Warga Kedah yang menyokong Bersih 2.0...selamat jalan, semoga kita semua selamat sampai di Kuala Lumpur. Ingatan saya kepada semua sahabat, jaga tingkah laku kita yang membawa dan imej jemaah Islam dan Parti PAS. Sematkan keazaman untuk tidak membuat sebarang kekacauan walau diuji dan ditekan sehebat manapun... kita sudah faham semuanya itu dilakukan untuk mengekalkan regim UMNO-BN untuk terus berkuasa. Kesabaran kita adalah kekalahan mereka. Matlamat kita ialah kezaliman dan penipuan terhadap rakyat dapat ditamatkan dalam sistem demokrasi yang kita pilih.


Kita mahu buktikan bahawa mereka sememangnya lemah, terpaksa menggunakan semua kudrat institusi awam untuk menyelamatkan diri. Kita tunjukkan bahawa kita mampu menurunkan mereka dalam PRU-13 hanya dengan berjalan secara aman...tidak menerusi kekerasan. Kita adalah pencinta keamanan dan kedamaian. kita menolak kekerasan dan keganasan!

Selamat pergi dan selamat kembali. Jika ada pihak2 yang cuba menjual kejantanan mereka, kita jangan beli...teruskan bersabar...hingga mereka terpaksa melelong jantan mereka di tepi jalan kerana kita tidak membuat tawar menawar. Kita tidak gedebe, kita tak pandai bersilat atau berlakon, kita tidak ada naungan sesiapa melainkan naungan daripada Allah swt, lantaran itu kita bukan lah pengecut! Kita datang dengan aman, dengan tangan kosong... kita juga mahu pulang dengan aman dan tangan kosong. Belilah buah tangan untuk anak dan isteri dari membeli buah tangan agen UMNO-BN.

Selamat berjuang daripada Lajnah Penerangan PAS Negeri Kedah Darul Aman. Allahu Akbar!3x

1 comment:

  1. Tn Hj...biar apapun tujuannya bergerak ke KL, selamat berangkat, semoga selamat pergi dan kembali.
    Cuma..jangan disalahkan pihak berkuasa yang menjalankan tugas menjaga keamanan. Siapapun yang memerintah, tugas menjaga keamanan tetap di pihak keselamatan. Mereka tidak berpilih2 dalam menyiasat. Sedangkan Anwar Ibrahim ketika bertitle TPM pun disiasat kerana keselamatan negara, inikan pula apabila begitu bnyk bukti meresapnya anasir luar dalam BERSIH 2.0.

    Dari Dokumen Negara Islam Pas 2003
    "kebebasan dalam negara Islam bukanlah suatu hak mutlak (absolute right) tetapi dipandu oleh peraturan yang melindungi hak orang lain yang mungkin terganggu kerana disalah gunakan. Islam tidak mengakui kebebasan mutlak kerana ianya akan mengancam dan menggangu kebebasan orang lain - m/s 40"

    Bukankah seruan tn hj untuk terus merasuk bersama BERSIH 2.0 ini bertentangan sama sekali dengan apa yang digariskan sebagai sebuah negara Islam?

    Apapaun...selamat berangkat....ingatlah insan tersayang...

    ReplyDelete