Tuesday, July 5, 2011

"Bentenglah Kemarahan Rakyatmu Dengan Keadilanmu"- Khalifah Umar Abdul Aziz

PAS mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertindak untuk mengharamkan Pertubuhan Bersih 2.0, yang terdiri daripada gabungan 62 NGO yang sah dan berdaftar 6 hari menjelang perhimpunan Bersih 2.0 Julai 9 ini.

PAS juga menyelar tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang telah menyalahgunakan kuasa yang ada dengan bertindak di luar batas undang-undang untuk mengharamkan Bersih 2.0 di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 kerana ia jelas bercanggah dengan dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat seperti yang dinyatakan peguam Hak Asasi Manusia, N Surendran. 
PAS menghidu tindakan kerajaan BN untuk mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang tidak pernah didaftar semata-mata bertujuan supaya gabungan 62 NGO tersebut boleh dianggap pertubuhan haram bagi membolehkan KDN mengerahkan polis untuk bertindak ke atas pemimpinnya.

Tindakan ini dilihat langkah awal bagi melakukan tangkapan besar-besaran ke atas para pimpinan NGO yang menyokong Bersih 2.0 termasuk Pakatan Rakyat kononnya mencetuskan suasana gawat dalam negara; walhal jelas di mata orang awam bahawa Umno dan Perkasa merupakan pihak yang mencetuskan kontroversi dalam mengadakan perhimpunan Julai 9 ini.

PAS juga melihat tindakan KDN ini seolah-olah cuba mendapatkan keizinan perundangan ke atas tindakan yang bakal dilakukan.

Menteri Dalam Negeri sewajibnya bertindak dengan lebih profesional melayani kehendak rakyat ke arah sistem pilihanraya yang lebih baik dan adil daripada menumpukan kepada kerja untuk memburukkan Bersih 2.0. 

Keyakinan rakyat kepada sistem pilihanraya yang bersih dan adil adalah asas keyakinan dan kesejahteraan negara.

KDN boleh mengarahkan polis untuk menghalang dari sudut fizikal, namun perlu diingatkan rasa tidak puas hati rakyat akan terus membara dan marak, sehingga ianya boleh mencetus pemberontakan dalaman. Sepatutnya ini yang perlu dinilai oleh KDN.

Sewaktu seorang gabenor memohon peruntukan tambahan kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz bagi membuat benteng bagi menahan pemberontakan rakyat terhadap pemimpin, Umar membalas surat permohonan gabenornya dengan katanya:

"Bentenglah kemarahan rakyatmu dengan keadilanmu, mendengar rintihannya, melayani aduan mereka; itu lebih teguh benteng daripada kota yang kamu cuba bina."

Wahai KDN, ambillah iktibar daripada Umar bin Abdul Aziz sebelum terlambat.



Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Pusat


Sent via BlackBerry from Maxis

2 comments:

  1. Tn Hj..

    62 NGO tapi lihat siapa di belakangnya.

    Org nombot 2 bawah Ambiga ialah Timbalan Presiden Pas. iaitu Mohamad Sabu, sebagai Timbalan Bersih, Tian Chua, AJK Publisiti Bersih yang juga Naib Presiden PKR; Dr Hatta Ramli, AJK Mobilisasi Bersih yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat; Syed Shahril Mohamud, Ketua Cabang PKR Kelana Jaya; Teresa Kok, Pengerusi DAP Selangor dan Badrul Hisham Shaharin, aktivis PKR.

    Tn Hj..wakil 62 NGO terbabit?...hehe..sure mereka dari orang yang sama. Walaupun 62 NGO..berapa ramai ahlinya?. Ada NGO yang keahliannya hanya tak sampai 100 orang...sekadar memenuhi/melengkapkan syarat penubuhan kelab/persatuan malah pakteh percaya...dari 50 ahli kelab..yang bergerak hanya beberapa orang dari AJK NGO terbabit sahaja. Inikah keadilan yang sebenar sehinggakan suara majoriti diabaikan?

    Tn Hj...boleh berikan jumlah keahlian semua 62 NGO terbabit?....boleh fikirkan hal ini dengan hati yg ikhlas??....

    Kerana itu pakteh sering memperkatakan BERSIH 2.0 ini adalah KUDA Anwar Ibrahim...

    Ambiga IFC telah pun putuskan utk buat dalam stadium....apa kata Pas?...ehhh..Timbalan Presiden Pas yg beria2 utk ikut skali mengadap DYMM YDP Agong ikut skali tak??...atau khabarnya terttinggal bas...ehh...ditinggalkan bas....

    ReplyDelete
  2. PERSOALANNYA :-

    1. MENGAPA MAT SABU DI BAWAH AMBIGA ?
    2. MENGAPA AMBIGA YANG JELAS MENENTANG ISLAM ?
    3. TIADAKAH TOKOH ISLAM YANG LAYAK MENGEPALAI ?
    4. MENGAPA DAN SAMPAI BILA PAS NAK JADI PENCACAI?

    ReplyDelete