Sunday, July 31, 2011

Kot Mana Jadi Lagu Niii.....Petikan dari Kedahla.blogspot.com

Depan Melayu 'DAP anti Melayu' depan Cina 'DAP barua Melayu'.. LIDAH BN BERCABANG2
PULAU PINANG, 29 Julai: Rakan karib Umno, MCA hari ini membelasah DAP kerana memberikan semua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  Negeri Pulau Pinang kepada orang Melayu, Bumiputera and India Muslim tapi tidak kepada orang Cina dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang menempelak DAP yang didakwa mereka mengetepikan kaum Cina dalam penanugerahan kontrak JPS Negeri Pulau Pinang sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri tersebut pada tahun 2008.

“Tiada seorang pun kontraktor Cina dalam lima kawasan yang dianugerahkan projek JPS Negeri. Ini bukti bahawa walaupun dengan sokongan orang Cina untuk Lim Guan Eng dan DAP, hak orang Cina semakin terhakis selepas DAP berkuasa.

"Ini kerana DAP berpandangan ke hadapan dan sedar bahawa mereka tidak boleh mengharapkan sokong orang Cina selama-lamanya untuk mengukuhkan kuasa politik mereka di pilihanraya umum akan datang, tapi saya harap cubaan mereka untuk memberikan imej yang baik kepada semua kaum tidak dilakukan dengan menggadaikan hak orang Cina,” tulis beliau dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web MCA.

Merujuk kepada kenyataan Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pada 27 Julai yang lalu, Tan mengatakan kekesalannya apabila semua projek JPS Negeri diberikan kepada orang Melayu, Bumiputera dan India Muslim, di mana antara penerimanya 20 peratus adalah wanita.

“Oleh itu, saya terkejut dan saya tidak dapat memahami mengapa tiada satupun kontrak diberikan kepada mana-mana kontraktor Cina.

"Saya percaya bahawa kontraktor Cina sedar akan tender projek itu dan telah mengemukakan permohonan. Oleh itu, adakah kerajaan negeri menganggap permohonan mereka tidak lengkap?” soal beliau.

Pada pendapat Tan, kerajaan pimpinan Guan Eng sepatutnya adil kepada semua kaum dan tidak sewenang-wenangnya memberikan kontrak kepada kaum Bumiputera untuk membuat parti tersebut kelihatan ‘adil’.

Tan juga memberikan amaran secara tidak langsung kepada kerajaan Pulau Pinang dengan memberikan peringatan bahawa kontraktor-kontraktor bukan Cina yang dilantik mungkin ada masalah kredibiliti dalam menyiapkan kerja mereka dan menyeru kerajaan negeri berhati-hati ketika memilih kontraktor.

“Mereka juga harus memastikan kontraktor yang dilantik boleh menyiapkan projek tersebut dan tiada masalah yang wujud kepada infrastruktur negeri untuk menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat,” tambah beliau.

Kenyataan Tan hari ini sekaligus telah memberi tamparan dan menidakkan tindakan Kimma, Umno dan media tradisional khususnya yang seringkali menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang telah menganiaya orang Melayu.

 

Wednesday, July 27, 2011

Kerajaan digesa serius tangani jualan arak

Dipetik dari Harakahdaily

Gabungan Pertubuhan NGO Islam Malaysia (ACCIN) meminta pihak kerajaan supaya menangani dengan serius isu penjualan arak tanpa kawalan yang sedang berlaku di dalam negara.

Setiausahanya, Dr Mohd Roslan Moh Noh berkata, ACCIN meminta supaya tindakan lebih tegas dikenakan terhadap orang Islam yang didapati meminum arak.

Katanya, pihak jabatan agama perlu lebih hebat memantau kawasan-kawasan 'panas' untuk mencegah perbuatan tersebut.

“ACCIN bimbang dengan gejala ini dan melihat ianya boleh menjejaskan modal insan yang ingin dEibina di dalam negara kita,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, golongan yang minum dan ketagih arak perlu dibendung, ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana mereka boleh menyebabkan berlaku banyak masalah sosial.

Oleh itu, ujarnya wajar bagi pihak kerajaan dan pelbagai agensi yang bertanggungjawab supaya memberikan perhatian serius tentang masalah tersebut.

Gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam bukan kerajaan terdiri daripada Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Research And Information Centre On Islam (RICOI), Persatuan Darul Fitrah Malaysia, Persatuan Al-Hunafa’, Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Pertubuhan Jama’ah Islah Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persekutuan Seruan Islam Selangor & W.P (JAM’IYAH), Islamic Information & Services Foundation (IIS).

Persatuan Dakwah Islamiah & Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia (AL-HIDAYAH), Interactive Muslimah Association (IMAN), Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA), Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia (DARUSSYIFA), Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), World Assembly Of Muslim Youth (WAMY) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Thursday, July 21, 2011

Dr Atory jadi pengampu kelas pertama - Harakahdaily

 KUALA LUMPUR, 20 Julai: Hairan bin ajaib, bagaimana seorang yang bergelar profesor, tiba-tiba menyuruh kerajaan mengambil tindakan kepada portal berita The Malaysian Insider kononnya pemberitaannya memberi kesan buruk kepada keselamatan dan keamanan negara.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata cadangan Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain ditertawakan oleh mereka yang belajar di
sekolah atap."Sebenarnya yang tergugat ialah kerajaan BN, bukannya keamanan negara," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Soalnya, mengapa perlu takut dengan media baru kerana bukankah Umno memiliki media gergasi yang dapat dipancar ke setiap pelosok kampung. Katanya, memang sahlah parti yang didukung Ahmad Atory sudah hendak menghembus nafas terakhir, sehingga takut keburukan parti Umno diketahui oleh rakyat.

Menurutnya, Atory merupakan pensyarah Universiti Sains Malaysia yang memang terkenal sebagai penyokong Umno tegar telah mencadangkan perkara tersebut, kerana resah dengan maklumat yang diberikan oleh The Malaysian Insider dan media alternatif lain. Beliau berkata, jika benar laporan media alternatif itu bahaya dan menyalahi etika media, kerajaan boleh bertindak melalui Akta Hasutan bukannya menerima cadangan Atory.

Idris menambah, sepatutnya yang perlu takut kepada media alternatif ialah Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah, bukannya Atory. Soalnya, tidak cukup lagikah dengan gaji sebagai seorang profesor
sehingga sanggup menjadi pengampu kelas pertama.

"Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kualiti graduan yang beliau ajar jika beliau yang berfikiran sempit dan tidak memahami bahawa sekarang langit sudah terbuka. Inilah nasib seorang Profesor jika taksub dengan
Umno sehingga hilang rasional apabila memberi pandangan," ujarnya lagi.

Tuesday, July 19, 2011

Bila Umno BN nak ikut Kedah

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Dalam keseronokan Umno mengambil kesempatan untuk mengkritik kerajaan Kedah dalam isu Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, PAS hari ini menyeru Umno Barisan Nasional untuk melaksanakan perkara yang sama di negeri-negeri pimpinan mereka.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kelantangan parti MCA dan Gerakan yang selalu mengikut telunjuk Umno dalam menentang rancangan kerajaan Kedah untuk menguatkuasakan Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang telah diluluskan 14 tahun yang lalu oleh kerajaan pimpinan Umno sendiri telah menonjolkan kepada rakyat sikap hipokrit mereka yang ketara.

“Kerana golongan inilah yang juga menyokong enekmen tersebut sewaktu dibentang dulu, kini tetiba cuba menjadi hero kononnya atas alasan untuk membela hak bukan Muslim,” selar beliau.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang wujud sejak zaman pemerintahan Umno dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.

Isu ini telah diambil kesempatan oleh MCA, kawan sejati Umno selama 54 tahun dan Gerakan yang bertalu-talu menyerang kerajaan Kedah sambil menghasut masyarakat bukan Islam dengan dakwaan bahawa kerajaan sedang menghalang hak asasi masyarakat bukan Islam.

Langkah kerajaan negeri turut dilihat oleh sesetengah pihak berfikiran sempit sebagai memberi nadi hidup kepada MCA untuk menekan DAP dalam pertarungan mendapatkan sokongan bukan Islam, tanpa melihat secara menyeluruh bahawa jika PAS tidak dapat melaksanakan larangan ini dengan baik, perkara ini juga akan memberi advantage percuma kepada Umno dalam memenangi hati pengundi Melayu.

Terjerat dengan permainan, tindakan kerajaan Kedah akhirnya mendapat bantahan dari beberapa pihak termasuk MCA, Gerakan dan rakan Pakatan Rakyat, DAP walaupun mendapat pengiktirafan mufti dan pelbagai NGO, termasuk beberapa NGO wanita yang bukan Islam sebagaimana dilaporkan oleh akhbar-akhbar.

Namun, kontroversi tersebut selesai selepas Azizan bertemu wakil pusat hiburan kelmarin dan bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.

“Tindakan tersebut adalah satu pendekatan yang bijak bilamana para pengusaha pusat hiburan bersetuju untuk membantu kerajaan negeri dalam memastikan umat Islam tidak memasuki premis mereka dan juga menyatakan kesediaan mereka untuk dikenakan tindakan seandainya berlaku perlanggaran terhadap enakmen ini.

"Ini adalah satu lembaran baru kerana kerajaan Kedah di bawah PAS telah dapat melaksanakan enakmen yang membawa kebaikan kepada umat Islam negeri tersebut yang selama ini tidak dapat dilakukan oleh Umno yang memerintah negeri itu sekian lama,” ulas Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Dalam satu sidang akhbar semalam juga, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS telah mengambil jalan terbaik dalam isu larangan ini yang tidak boleh diselesai oleh Umno sekian lama dengan tidak menghalang hak orang bukan Islam, dan dalam masa yang sama orang Islam tidak boleh mengerjakan maksiat dalam bulan Ramadhan yang suci.

"Orang Umno buat peraturan orang Islam boleh masuk tempat maksiat, tempat judi. Kita buat pembetulan supaya pengendali pusat hiburan di kalangan orang bukan Islam buat peraturan agar orang Islam tidak boleh masuk,” terang beliau selepas mendapat penjelasan dari wakil kerajaan negeri Kedah iaitu Setiausaha Politik kepada menteri besar, Mohd Sanusi Md Noor.

Namun begitu, keputusan kerajaan Kedah tersebut telah diserang bertubi-tubi oleh Umno atas alasan PAS mengikut telunjuk DAP, walhal perkara ini langsung tidak dapat dilaksanakan oleh Umno sepanjang 14 tahun yang lepas.

“Jangan pula dalam keseronokan mereka menyerang PAS dalam isu ini, mereka terlupa bahawa umat Islam tahu bahawa mereka langsung tidak pernah berbuat apa-apa untuk membentuk environment Ramadhan yang sesuai untuk umat Islam negeri tersebut.
"Kini umat Islam sedang menanti bilakah Umno, yang selalu berheboh bahawa merekalah pejuang Islam yang sebenar akan menguatkuasakan larangan in di negeri-negeri mereka pula,” bidas Tuan Ibrahim.
Assalamualaikum wbt…

Khas buat Pak Teh orang Sik yang pandai menulis, profersional dan saya hormat, tapi tidak kali ini.

Dalam posting terbaru Pask Teh tentang Sanusi, ikan keli dan Ramadhan…saya ingin menjawab begini. Bab Ramadhan, besok saja...hari ini bab keli dan kayu...

Saya nampak ada cubaan secara langsung dan tidak langsung dari Pak Teh untuk mengaitkan saya dengan projek ikan keli-k di tapak kolam Sungai Pau dengan tujuan memburukkan nama dan mencalarkan imej saya. Ini kerja yang mengundang murka Allah swt. Lebih baik sepanjang masa, kita bercakap benar, dan hanya bercakap perkara yang benar-benar kita tahu. Bila kita mula mencemar lidah, berbohonglah kita bagi melanjutkan cerita dusta…bahaya buat kita semua.

Ya, saya orang Sungai Pau, dan saya tahu benar lokasi tapak ikan keli-k…masakan tidak, itulah tempat saya berkelah maggi atau nasi berlauk sardin di zaman kanak-kanak kalau sudah masuk gu. Kami memanggilnya KOLAM. Ia tapak tangki air JKR, bekas rumah pam dan kuater tinggal sejak tahun 80-an. Tak pasti kenapa ia tidak dipakai lagi, yang akhirnya tangki itu diruntuhkan oleh pencuri besi buruk.

Ada sejarah panjang untuk saya sekeluarga di sekitarnya. Ia tempat rehat dari lelah memikul petai dari hutan Bukit Behong dan Charok Air Merah atau Bukit Enggang. Pagi-pagi kami dua tiga beradik menapak di balakang ayah menyusur denai di hutan   itu mencari rezeki halal. Masih terbayang ayah memikul dua ribu keping petai dibahunya menyusur lorong dan paya, kami terhoyong hayang di belakang dengan beban 50-100 keping saja.

Masih Nampak jelas kayu pengandar terbenam di kedua belah bahu ayah dek beban berat itu, kakinya kadang kala terbenam separas buku lali…beratnya petai dua ribu keping. Itu waktu rezeki banyak. Kalau kurang, dapatlah 3 -4 ratus keping. Kadang2, sesampai saja di puncak bukit, petai sudah masak hitam. Kita lambat 3 hari saja kata ayah.

Jam 7 pagi sudah membelah bukit, jam 4 petang, belum berjumpa nasi. Kalau tak jumpa buah tampoi, petai padi atau petai papan itulah sarapan dan makan tengahari saya. Rezeki petai hutan di denai dan lorong sekitar kolam itulah membina daging, tulang, kulit belulang saya. Dari duit petai itulah kami 15 orang sekeluarga membesar, belajar dan mencari ilmu. Dari sanalah kami membina kehidupan…darah dari duit petai itulah mengalir di urat jantung saya hari ini pun! 
Sampai di jalan besar, ramai yang tunggu, petai ayah saya selalunya terbaik, dari nama-nama pokok yang dinamakan sendiri di hutan. Hampir semua pokok petai di hutan itu punya nama. Lihat saja buah, dia tahu dari pokok mana ia diturunkan. Ketika melewati pokok yang diberi nama itu, jika bunga petai sudah chemok, dia tahu berapa lama lagi kita boleh memulas tangkainya. Mahirnya Tok Imam Hj Md Nor dengan petai hutan.

Itulah sentimental value saya dengan tanah itu. Itulah KOLAM dan sekitarnya di dalam kehidupan saya…masakan saya tidak tahu. Masakan saya melupakannya. Hal cerita keli-k muncul 25 tahun selepas zaman petai!

Pada suatu hari, saya ditunjukkan sekeping gambar oleh pegawai di MBI. “Hang tau dak tempat ni?” Saya merenungnya… Oh! ini Kolam, jawab saya…ada apa?

Berapa jauh ke jalan besar? Tanya pegawai itu. Saya agak 1.5 – 2.0 kilometer. Nak buat apa pi sana? Ada projek ternak ikan dengan syarikat dari KL, katanya.

Selang beberapa minggu, pegawai itu datang bertanya lagi…siapa boleh kami jumpa untuk tunjukkan jalan masuk ke tapak kolam itu? Oh senang…Tanya Pak Ndak Id, Cher Ding, Pak Lang Mat, atau Tok Imam Sg Pau… depa semua tau..atau jumpa siapa saja orang Sg Pau, depa akan tunjukkan.

Selang beberapa lama, orang kampung mula bertanya kalau saya balik kampung…Si, dema nak buat pa di kolam? Kami tak kenai seko pong yang dok sodok tanah tu…. Siam banyak, hanying pong ada. Ah! Dema nak bela ikan, orang kolupo pakat dengan anak syarikat kerajaan negeri, itu saja saya tahu. Oh Kalu lagu tu, siap esok buleh kami tupang kerja? Ha! buleh la kot…mu gi lah tanya dema…aku pong tak kenai. Tak terlintas sikit pun di benak saya untuk menyusur jalan ke kolam, untuk lihat apa yang berlaku. Tak sampai seru! Tapi dalam hati ada sikit marah sebab orang yang sedang buat kerja di kolam tak jumpa dulu orang kampong, ambil orang kampong bekerja, atau bergaul dengan mereka. Depa ni mai dari mana?

Sehingga pada satu hari, melalui telefon Ismadi, saya bercakap dengan pegawai perhutanan Batu 10…Bosss, saya Nordin!! Apa nak buat ni? Depa yang dok buka tapak keli tu bukak jalan luas sangat, masuk kawasan yang tak ada permit penggunaan. Kata Tok Renjer. Oh! Aku tak tau la pulak…orang mana buat keja tu? Tanya saya. Dia jawab..Siam! Saya tanya lagi...Kesalahan macam tu biasanya hampa buat macam mana.? Kami kena rampas mesin la bos! Kata Nordin. Oh! kalau macam tu, sila jalankan tugas Hampa! Jangan dok kira depa tu sapa... Selepas itu saya dengar, memang mesin kontraktor itu disita. Saya pun tak ambil kisah lagi. Padanlah masuk kampong orang tak jumpa tuan rumah dulu, masok hutan tak jumpa renjer…terimalah nasib!

Sehinggalah tapak itu dirasmikan oleh YAB MB, hati saya tidak terpanggil langsung untuk menjengok KOLAM dan sejarahnya! Pada hari perasmian, saya ada tugas di Kuala Lumpur. Beberapa bulan selepas itu, satu petang saya menziarahi tapak itu. MasyaAllah! Sudah tak ada rupa kolam lagi…. Semua nostalgia saya tergamit menerjah… kelopak mata bergenang. Kenapa sekali pun aku tak menjengok sebelum ini? Selang beberapa hari sepupu saya datang bertanya, kepada siapa nak diminta wang kerana sign board keli-k di pacak ditanahnya...tanpa bayaran...?? Saya berikan nombor pegawai MBI kepadanya...mintalah dari orang ini... Geram juga saya, kenapa orang luar masuk kampung aku begini pulak kelakunya?

Membaca posting Pak Teh Sik bagai meyiat kulit dan belulang saya. Saya bagai dihiris dua kali…kali pertama tentang kolam, kali kedua tentang balak yang seolah-olah digambarkan oleh Pak Teh sayalah yang merancang dan mengaut wang haram atas nama projek keli. Apa dosa saya kepada Pak Teh atau dosa saya pada kolam? Kenapa ada kaitan dengan kerja buat saya membuat tembok menahan tebing di rumah yang saya tinggalkan di kampong dengan keli itu? Tembok itupun belum siap…terbengkalai…tak apa, asal tebing tak runtuh, tanah di laman tak hanyut!

Kepada Pak Teh! Saya pernah susah, miskin, bernasi garam, berteh daun kopi salai….tapi saya sekeluarga tak jemba duit curi dan menyamun! Demikianlah dulu, demikian lah sekarang. Waalahi-Wabillahi-Watallahi…saya tak terlibat sama sekali dalam apa juga urusan bersabit projek ikan keli, sangkarnya, jalannya, ternaknya, jualnya…. Tanahnya, rimbun pokoknya dan airnyaaaa…. Saya tak terlibat atau terbabit. Mengapa manusia seringkali bersikap begini dan begitu???...... Inilah perjuangan - sejukkanlah hati aku...

Monday, July 18, 2011

Assalamualaikum wbt

Seperti yang dijangka, TV3 dan sekutunya akan kata PAS tunduk kepada tekanan DAP. Di tuduh pula dalam Buletin Utama tadi, saya yang membawa berita kepada PAS Pusat bahawa Kerajaan Kedah telah menarik balik larangan Operasi Pusat Hiburan Di Bulan Ramadhan di Kedah! Hah!

Mari kita memahami isunya dulu, baru kita buat kesimpulan.

Posting saya sebelum ini menegaskan MB tak akan berundur. Berundur daripada apa? Berundur daripada menseragamkan penguatkuasaan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat Exco 4 Mei 2011. Ia tetap akan dilaksanakan seperti yang diputuskan.

Siapa yang mendesak?? MCA, Gerakan dan DAP! Apa desakan mereka?…Hapuskan Enekmen itu! Kalau tidak kami saman! Kata Tan Kheng Liang, Ketua Pemuda Gerakan.

Apa yang terkandung dalam Enekmen itu? Bila diluluskan?

Ia adalah tatacara menjalankan aktivit hiburan dan perniagaan berkaitan hiburan,. Apa aktiviti yang termasuk dalam Enekmen ini? Banyak! 13 kategori semuanya… termasuk karaoke, pentomin, panggung wayang, laser disc, MTV, persembahan pentas, sarkas, pancaragam dengan penyanyi, bowling, snuker, billiard, bar, simulator, disko, pub dan lain-lain Ia diluluskan diluluskan pada 1997 dan diwartakan pada 12 Febuari 1998.

Apakah Syarat Am no. 8?

Dalam Jadual C, Enekmen itu muka surat 150 Warta bertarikh 12 Febuari 1998, dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi.

Syarat inilah yang cuba diseragamkan ke seluruh negeri melalui satu kertas Exco yang diluluskan pada 4 Mei 2011, antara lain kelulusan itu menyatakan seperti berikut:

i. Mengeluarkan arahan kepada semua Pegawai Perlesenan D0aerah (Pegawai Daerah) untuk menguatkuasakan penutupan pusat-pusat hiburan dengan kerjasama pihak polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

ii. Bersetuju mengecualikan pertunjukkan berkaitan dengan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat tidak menimbulkan kacau gangu dan mendapat sokongan daripada Pegawai Perlesenan Daerah untuk dihantar bagi mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

iii. Bersetuju kelulusan Muktamad adalah kuasa Pihak Berkuasa Negeri.

Persetujuan juga termasuk mengklasifikasikan semula jenis hiburan , dengan mengeluarkan aktiviti bowling, billiard, snooker dan sukan-sukan lain daripada takrif hiburan.
Langkah-langkah Penyelesaian

Kerana yang membantah dan menentang ialah masyarakat bukan Islam terutama masyarakat cina, YAB MB memanggil Dewan Perhimpunan Cina Kedah sebagai wakil pengusaha/operator 300 pusat hiburan untuk mendengar pandangan dan keluhan. Dia tidak memanggil Tan Kheng Liang, Chong It Chiew atau Chor Chew Hung! Sekitar 30 orang operator hiburan turut hadir.

Salah sangka – seperti sangkaan MCA, Gerakan dan DAP!

Mereka sangka tentang 13 kategori/jenis hiburan itu diarah tutup semuanya. Mereka sangka tentang jalan keluar dari isu ini hanyalah melalui membatalkan Enekmen 1997 itu. Mereka terlupa syarat no.8 itu ada tercatat pada borang memohon lesen yang mereka tandatangani. Mereka sangka peraturan ini hanya berlaku di daerah tertentu sahaja. Mereka tidak tahu beberapa kategori sukan dikecualikan dari takrif hiburan dalam Enekmen. Semua persepsi ini dibina oleh MCA, DAP dan Gerakan melalui media.

Pendekatan bijak berasaskan agama – bukan perasaan dan sentiment kaum dan politik sempit.

YAB MB memberi penjelasan dan mereka memberi beberapa pandangan dan perakuan dalam memorandum 3 halaman. Secara umum, hiburan tidak dilarang oleh agama selain Islam, dan Ramadhan adalah bulan suci umat Islam sahaja. Di sebalik 300 operator hiburan, ada 6,000 jiwa pekerja mereka yang terpaksa berhenti selama sebulan akibat penutupan itu.

Cadangan mereka ialah (3.1 hingga 3.3) merayu pusat hiburan dizinkan beroperasi mengikut peraturan yang sedia ada. Tidak beroperasi malam Jumaat dan memastikan orang Islam tidak memasuki premis sepanjang Ramadhan. Jika didapati ada pengunjung Islam, mereka bersedia lesen mereka dibatalkan. – Maknanya, operasi sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam. Mereka beri komitmen untuk memastikan hal ini - Jadi apa masalahnya?

Mereka memohon sambutan ‘bulan hantu’ masyarakat cina yang disambut hampir sama dengan Ramadhan dibenarkan diadakan persembahan seperti biasa. Mereka akan pastikan kemuliaan bulan Ramadhan akan terpelihara tanpa sebarang kacau ganggu untuk kepentingan hidup bersama.

Kebijaksanaan Berdasarkan Suasana Semasa

Secara umum, MB bersetuju pusat hiburan dibenarkan sepanjang Ramadhan untuk masyarakat bukan Islam sahaja kerana itu hak mereka, dan kerajaan juga harus memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. Enekmen yang sudah diwartakan harus dikuatkuasakan untuk kepentingan semua pihak. Ini tanggungjawab sebuah kerajaan.

MB menyatakan isu penguatkuasaan Enekmen ini akan diserahkan kepada pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Perlesenan Daerah. Mereka akan timbangkan kelonggaran yang diminta berdasarkan peraturan sedia ada dan cadangan yang dimukakan. Selesailah isu sensasi yang sengaja dipanaskan ‘tak ketahuan punca’ itu. Tidak timbul sama sekali pembatalan larangan atau ‘tarik balik’ kerana takutkan DAP!

Inilah sebahagian kandungan taklimatkan kepada Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa PAS Pusat semalam. Saya juga menjawab dan menjelaskan beberapa persoalan Jawatankuasa PAS Pusat yang kurang jelas dalam beberapa isu di akhbar dan media internet. Daripada beribu komen yang dilontarkan sebaik pengumuman oleh MB pada hari Rabu lalu, hamper tiada yang menentang. Ada sedikit pandangan supaya diberi kelonggaran kepada bukan Islam yang berniaga sesama mereka dalam bulan Ramadhan ini.

Dalam sidang media selepas mesyuarat itu, YB Dato’ Seri Hj Hadi Awang, Presiden PAS menegaskan beliau berpuas hati dengan kebijaksanaan Kedah menyelesaikan isu ini berdasarkan lunas-lunas agama. Memberikan hak kepada bukan Islam mengamalkan cara hidup mereka, dan mengawal umat Islam dari terjerumus dalam amalan yang tidak selari dengan tuntutan Islam - yang menjadi hak dan tanggungjawab kerajaan dan umat Islam.

Beliau kesal dengan manipulasi media yang berniat melagakan parti-parti dalam PR dan mengelirukan masyarakat awam. Beliau mengalu-alukan langkah ke hadapan Kerajaan kedah dalam menguruskan kehidupan masyarakat majmuk dengan penuh kebijakan berasaskan keperluan dan suasana semasa. Tidak ada sepatah pun Presiden PAS menyatakan Kedah menarik balik larangan itu…

Apa makna tarik balik larangan itu? Ia bermakna Kedah membetalkan Enekmen 1997 itu atau menghapuskan syarat am no 8… Adakah kita bergerak ke arah itu? TIDAK! Kita guna Kuasa Pihak Berkuasa Negeri seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang untuk menyelesaikan satu isu yang tak permah selesai di zaman Barisan Nasional. Selamatlah Umat Islam dari gejala yang menjejaskan Ibadah sepanjang Ramadhan tahun ini dan Ramadhan tahun-tahun berikutnya… Kalau boleh, biarlah ia berkekalan hasil tindakan bijak kerajaan dalam Madrasah Ramadhan 1432 ini!

Thursday, July 14, 2011

Hiburan Di Bulan Ramadhan - MB Tidak Akan Berundur!

Latar Belakang

Larangan operasi pusat-pusat hiburan – karaoke, pub, disko dan persembahan terbuka- pada bulan Ramadhan tiba-tiba menjadi isu besar. Akhbar berbahasa cina memainkan isu ini sejak 5-6 hari lalu apabila pengusaha pusat hiburan tidak diberi lesen operasi pada bulan Ramadhan, khususnya di Pejabat Daerah Kota Setar.



Ini bukan isu baru, polisi ini sudah wujud sejak 14 tahun lalu, cuma penguatkuasaannya tidak menyeluruh. Sejak tahun 1997, pada bulan Ramadhan Kedah tidak membenarkan sebarang bentuk hiburan, termasuk pada malam Jumaat sepanjang tahun. Malah lama sebelum itu, rakyat Kedah sudah akur dengan peraturan itu. Semasa industri hiburan belum berkembang pesat, hanya ada panggung wayang, persembahan nyanyian di rumah-rumah kenduri, expo dan di funfair, joget, mak yong dan wayang kulit, masyarakat sangat menghormati bulan Ramadhan dengan memberhentikan aktiviti seumpama itu.

Apabila industri hiburan berkembang dan mencetuskan kesan sampingan yang membimbangkan, diadakan pertemuan Pegawai-Pegawai Daerah yang bertanggungjawab memberi kelulusan lesen hiburan bagi mengetasi kesan industri itu yang kian membentuk budaya baru masyarakat. Persetujuan dicapai pada tahun 1997 untuk memberhentikan pemberian lesen pada bulan Ramadhan, bulan suci umat Islam. Namun, penguatkuasaannya tidak menyeluruh ke semua daerah.

 
Sejak kebelakangan ini, budaya berhibur terutama di kalangan muda mudi diterima umum sebagai antara penyumbang berbagai-bagai gejala. Maka pada tahun ini, perbincangan diadakan semula untuk mengkaji langkah-langkah membendung kegiatan ini, terutama di bulan Ramadhan. Maka satu kertas cadangan diangkat untuk dibentangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dan telah diluluskan.

 
Larangan operasi pusat hiburan sepanjang Ramadhan meliputi pusat karaoke, disko, pub dan persembahan terbuka yang boleh diakses dengan mudah oleh masyarakat awam seperti di restoren dan coffe house. Manakala pusat rekreasi seperti snooker, billiard, cyber cafe dan bowling dibenarkan. Persembahan budaya dan agama masyarakat bukan Islam dibenarkan dengan pertimbangan Pegawai Daerah.



Tentangan



MCA paling lantang menentang melalui kenyataan di media dan menghasut masyarakat bukan Islam dengan dakwaan bahawa kerajaan sedang menghalang hak asasi masyarakat bukan Islam. Peluru ditabur dengan menuduh DAP bersekongkol menafikan hak bukan Islam di Kedah. Wakil rakyat DAP juga kepanasan dan mula bersuara. Ada wakil rakyat DAP dari negeri lain yang meminta seorang pimpinan PAS menemui YAB Ustaz Azizan untuk menarik balik larangan ini. Ini langkah extreme dan tidak selari dengan semangat Pakatan Rakyat (PR) katanya.



Kes ini hampir sama dengan reaksi ketika kerajaan merobohkan pusat sembelihan khinzir tanpa lesen di Kampung Berjaya sedikit masa lalu. Saya percaya hasutan ini akan terus berkembang dengan tuduhan yang lebih berat kepada kerajaan, dan akan mendapat sokongan semua parti dalam Barisan Nasional. Sikap diam tanpa menyokong langkah kerajaan ini patut dikira sebagai menyebelahi penghasut.

 
Alasan lain ialah mereka perlu membayar sewa bangunan dan bil-bil pusat itu, dan larangan ini baagaikan menutup periuk nasi pengusaha terbabit di bulan Ramadhan.



Rasional


1. Hakikat yang harus diterima ialah majoriti pengunjung pusat-pusat hiburan adalah orang Melayu Islam. Kalau MCA dan parti-parti yang mewakili masyarakat bukan Islam mendakwa kerajaan harus menghormati hak mereka, mereka juga sewajarnya menghormati hak umat Islam, terutama menghormati kesucian bulan Ramadhan yang sangat istimewa bagi umat Islam. Bulan ini adalah waktu umat Islam memfokus kepada kegiatan ibadat dan menjauhi perkara-perkara yang merosakkan ibadat. Kerajaan bertanggungjawab membentuk environment yang sesuai dengan suasana itu. Jika mereka meminta kita menghormati hak mereka, hak dan perasaan umat Islam serta tanggungjawab kerajaan kepada mereka pula bagaimana?



2. Negeri ini didiami oleh 2.1 juta orang, 1.8 juta orang adalah umat Islam, 300 ribu lagi bukan Islam. Jika kerajaan diminta menjaga kepentingan 300 ribu orang, bagaimana kepentingan 1.8 juta orang lagi? Parti politik tidak sepatutnya hanya menjadi jurucakap tauke-tauke, tetapi harus juga bertanggungjawab kepada keseluruhan rakyat berbilang kaum dan agama. Jika kita diminta menghormati budaya dan adat masyarakat bukan Islam untuk menjadi sebuah kerajaan yang baik dan adil, mereka juga harus menerima sikap itu kepada umat Islam.

 
3. Adakah menyertai PR bermaksud umat dan pemimpin Islam mesti sentiasa mengalah demi menjaga hati dan hak masyarakat bukan Islam? Bukankah satu deklarasi telah dipersetujui dan tandatangani bahawa PR menerima Islam sebagai Agama Rasmi Negara ini, dan kebebasan mengamalkan tuntutan agama dijunjung oleh semua. Mengawal kegiatan yang membawa keruntuhan kehidupan beragama di kalangan umat Islam adalah intipati ajaran Islam sebagai Agama Rasmi dan satu kewajipan yang dituntut oleh Islam, terutama kepada pemerintah. Ini wajib difahami oleh semua parti dalam PR dan dalam BN sekalipun.

4. Mereka mendakwa langkah ini memberi peluru percuma kepada MCA dan parti lain membunuh DAP. Soalan saya pula, jika larangan sejak 1997 ini ditarik balik, bukankah itu juga peluru meriam bagi UMNO? Dalam melaksanakan tuntutan Islam kepada pemerintah, alasan kesan politik seperti ini tidak boleh dipertimbangkan lagi.

5. Kelantan yang diperintah oleh PAS juga telah melaksanakan polisi ini sejak 20 tahun lalu, dan masih berlanjutan hingga ke hari ini. Mengapa MCA Kelantan tidak melompat seperti di Kedah. Kenapa MCA tidak meghasut masyarakat siam yang ramai di negeri itu untuk memberontak? Jelaslah bantahan dan tentangan ini bukan berasaskan hak asasi, ketidakadilan kerajaan atau tuntutan supaya menghormati budaya masyarakat bukan Islam. Bantahan ini berteraskan kepentingan politik MCA dan BN. Cuma di Kedah, racunnya juga meresap ke dalam DAP.



Ustaz Azizan tidak akan berundur! Itulah pendirian beliau dalam isu ini dalam nada yang sangat tegas. Saya yakin seluruh umat Islam akan berdiri teguh di belakang beliau dalam menangani isu ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai!

Tuesday, July 12, 2011

Sasterwan Negara Datuk A Samad Said dan Fenomena Baru Politik Malaysia

 
Samad Said fenomena baru atau faktor ketiga politik Malaysia.


Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 11 Julai — Meskipun bukan seorang ahli politik aktif, kemunculan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dilihat telah membawa kewujudan paradigma baru dalam arena politik negara, kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian.

Seniman berusia 76 tahun ini menjadi perhatian selepas melahirkan puisi berjudul "Unggun Bersih" pada majlis pelancaran perhimpunan Bersih 2.0 bulan lalu , sekali gus membawa kepada soal siasat oleh pihak polis.

Puisi itu disusuli dengan "Peludah Warna" dan dua lagi bakal menyusul.

Melihat pada perkembangan sejak sebulan lalu, Ibrahim melihat Samad sebagai "ikon kepada mereka yang mencintai dan mereka yang melihat tentang kesedaran bru tuntutan semasa."

"Datuk Samad Said dilihat sebagai seorang seniman yang dikenali ramai, seorang yang rendah diri dan boleh diterima ramai," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ibrahim juga melihat kemunculan Samad akan membawa kelainan kepada penonjolan khususnya di kalangan orang Melayu.

Malah beliau juga telah mengetepikan bahawa perhimpunan Bersih 2.0 tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh pihak pembangkang.

"Samad Said telah membuktikan bahawa Bersih 2.0 tidak ada agenda politik, yang didakwa bertujuan memecahbelahkan orang Melayu," katanya sambil menambah, kemunculan Samad menggambarkan keperluan pengisian semangat kemerdekaan dan membebaskan minda rakyat dihidupkan semula.

"Malah Samad Said juga telah menunjukkan bahawa mewujudkan perpaduan, kita tidak memerlukan faktor politik semata-mata, tidak semestinya pendekatan politik tetapi kreativiti sudah pun cukup," katanya.

Selepas lima dekad Samad dilihat mengembalikan peranan seniman dalam mengartikulasikan tentang keperluan kebebasan.

"Saya lihat ini gelombang baru selepas era sebelum merdeka. Pada akhir 1990-an, misalnya 1998, kita pernah menyaksikan Datuk Shahnon Ahmad, tetapi beliau terlibat dalam politik secara langsung dan mengkritik kepimpinan Dr Mahathir (Mohamad, perdana menteri ketika itu).

"Tetapi Datuk Samad menggunakan pendekatan berbeza, yang telah diterima semua pihak dan kaum," kata Ibrahim lagi yang turut mengakui bahawa Samad boleh menjadi "pesaing" kepada gagasan 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Gagasan 1 Malaysia cuba mengetengahkan aspek perpaduan dan integrasi kaum.

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula melihat kemunculan Samad menunjukkan pihak berkuasa mengetepikan suara-suara bukan politik dalam pembangunan negara.

"Apa yang kita lihat hari ini adalah disebabkan kegagalan kerajaan meraihkan suara wakil masyarakat madani. Selain Samad, aktivis peguam dan sosial, kemunculan Marina, anak Tun Dr Mahathir antara satu contoh," kata tokoh agama muda progresif ini.

Asri yang seringkali menjadi perhatian kedua-dua kepimpinan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat meramalkan akan ada lebih ramai golongan yang bakal menjejak langkah Samad selepas ini.

"Saya meramalkan lebih ramai akan muncul jika kerajaan terus gagal meraihkan suara-suara macam ini," kata Asri lagi.

Satu mesej Twitter yang dipantau menunjukkan "anak Tun Mahathir kata tidak merasakan (suasan) tidak selamat dalam kehadiran Bersih. Orang ramai mengatakan helo, sangat berdisiplin dan bertamadun."

Dr Maszlee Malik, pemerhati sosiopolitik dari Universiti Islam Antarabangsa sealiran dengan pandangan kedua-dua personaliti itu.

Kata Maszlee, "saya melihat kemunculan, kehadiran Datuk Samad Said sebagai satu perkembangan dalam arena politik tanah air."

"Saya melihat ini sebagai faktor ketiga, masyarakat madani mula menyaksikan peranan orang seni dan karyawan," kata beliau yang tidak terperanjat dengan perkembangan terbaru ini.

"Saya tidak terperanjat dengan kehadirannya kerana di Malaysia, dengan banyak ruang (suara dan kebebasan) ditutup, kita akan dapat melihat lebih ramai seniman akan muncul... macam dulu kita ada Shahnon Ahmad, Azizi Abdullah," kata Maszlee.

Bagaimanapun Maszlee tidak melihat Samad sebagai ikon, sebaliknya pendukung "politik warga" — fenomena baru dalam politik negara ini.

Samad, nama sebenarnya Abdul Samad Muhammad Said lahir pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka.

Selain anugerah Sasterawan Negara beliau juga dianugerahkan gelaran Anugerah Penulis Asia Tenggara 1979. Antara antologi puisinya ialah "Suara Dari Dinding Dewan" (2003), "Dirgahayu Dr Mahathir" dan "Rindu Ibu" (2004) serta "Ilham Di Tepi Tasik" (2006).

Sebelum perhimpunan Bersih 2.0, Samad juga pernah terlibat dalam Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang dasar pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Samad juga melancarkan program "Kembara Kasih Bahasa" ke seluruh negara.

Pada 5 Julai, beliau bersama beberapa pemimpin Bersih 2.0 menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara berhubung perhimpunan tuntutan pembaharuan pilihan raya bebas dan adil.

Setiausaha Agung Seniman Paksi Rakyat Malaysia (Paksi) Hasni Abas juga melihat sebagai satu perkembangan baik selepas Sasterawan Negara selama ini "hanya menulis dalam menyuarakan pandangan beliau termasuk dalam PPSMI."

"Penyertaan beliau dalam isu semasa ini menunjukkan beliau mendapat respons positif daripada golongan muda dan pelbagai kaum," katanya.

"Datuk Samad sudah mula menerokai satu budaya bahawa golongan seniman bukan lagi golongan membisu yang disangkakan banyak pihak selama ini," kata Hasni.

Ketika ditanya ada kemungkinan Samad akan terlibat aktif dalam politik, Hasni menjelaskan, beliau tidak melihat kemungkinan itu.

Sebaliknya kata Hasni, "beliau tidak digunakan oleh mana-mana pihak. Beliau sertai sukarelawa. Beliau terlibat (dalam Bersih 2.0) dengan penuh sedar."

"Datuk Samad pernah memberitahu saya bahawa kebebasan di Malaysia sudah tidak diseimbang dengan pembangunan negara... saya melihat beliau seorang yang ada pendirian, akan mengatakan tidak jika tidak betul, tidak kira fahaman politik," katanya.

Just To Share

My Bersih 2.0 Experience
 


So I went.

I have to say that the night before I had many many misgivings, especially after reading about the army doing exercises with the FRU. Could the government seriously be contemplating shooting their own people? Who knows? My stomach was in knots thinking about the many young people I knew who were intent on going, including my daughter. Would I be able to forgive myself if something happened to them?

After seeking advice from various friends, I finally decided that I could not stay safely at home while my daughter, friends and colleagues faced possible danger. I had to walk with them. Besides even if I stayed home, I would have spent all my time worrying. So I had to go.

A friend who lived in the city offered to be my protector and together we devised a plan on what to do. Hubby was supportive and gave some advice on how to stay safe. My neighbours also wanted to come along. So fairly earlyish, my friend drove over to get me with no problem and we headed back into the city. Despite the roadblocks in some areas, we encountered no problems. In fact driving into KL was so pleasant because the roads were so clear. The police directed traffic where they had to and were generally cooperative ( except for one we saw arguing with a man trying to get into his own condo). We got to a roadblock in the KLCC area and my friend explained that he lived in the area and they let us through, four people in a car dressed as if we were going hiking!

From my friend's apartment block, we walked to Times Square and parked ourselves at the Starbucks for a coffee while we waited. A cursory look around the outlet and mall revealed that many people were doing the same thing. Meanwhile a whole van of police was stationed outside the mall but after a while they all went off.

We kept in touch with various friends around the city to find out where they were and what the situation was. At about 12.30 we started to walk up Jalan Hang Tuah towards the stadium area. We were not in big groups, just people out on a weekend stroll. We thought we would encounter police in front of the big police headquarters in front of Pudu Jail but there was nothing. When we got to the corner of Jalan Hang Jebat, we saw some police motorcycles and only a couple of cops. Lots of people were just sitting on the curbside under the eye of the cops. It was pretty clear what all these people were there for.

We walked along Jalan Hang Jebat in front of Stadium Negara towards the OCM and found many other friends waiting there. Apparently at one point the cops had given chase even though there was no reason to and caught some people and hauled them off. But from then on we could sit and wait by the curb without anyone disturbing us.

Jalan Hang Jebat and the small road that led up to Stadium Merdeka stayed pretty quiet. Members of the Bar Council (who had to suffer wearing their suits in the heat just so that we could spot them easily) walked around observing what was happening. At one point one woman in a suit sat herself at the intersection to take notes.

We all debated whether to stay there or move down to Petaling Street but we were afraid that we wouldn't be let back up again. Then it started to rain. My friend and I sought shelter under some hoarding along with young people. Just then I got a message that we were to go to KL Sentral. After confirming this with a friend at Sentral, my friends and I started to walk down Hang Jebat just as a large group of people started walking up. The rain was pouring at that point and I didn't know quite what to do, whether to tell people they should turn round or not.

Seeking shelter for a while under a shop five-foot way, I talked to various other friends and eventually decided to head back to the stadium area where I found my daughter and lots of other friends there. The main group earlier had gone up to Stadium Merdeka, did some chanting in front of the FRU and then headed down again. But many people hung about just to observe everything and soak in the atmosphere. One group of young people had yellow ribbons on sticks and started a little dance. Others were buying ice cream from a bicycle vendor who came by. There was a real carnival atmosphere.

I have to say that I never felt safer than when I was in the crowd. People recognized me and said hello. Some wanted to take photos. It didn't feel any different from any other Saturday out. And to be perfectly fair, the cops and FRU in my area showed admirable restraint. They saw that people were not doing anything more than chanting and nobody was harming anyone so they just stood there and left everyone to do their thing. We came across a whole FRU unit blocking a lane next to the Chinese temple at the roundabout at the bottom of Jalan Maharajalela, waved at them and they waved. Cool cops!

Of course not everyone had the same experience. Here's an account from a colleague who was in a different street:
Unfortunately my experience wasn't so benign. I was part of the marchers (along with A and others) who were effectively kettled by the police in Jalan Pudu. FRU units to the front and back of us prevented us from leaving, and we were trapped by the walls of a construction site opposite Tung Shin Hospital after the FRUs pushed us back. It was probably the worst of the hotspots because of that: when the police started firing round after round of tear gas at us, we had nowhere to run to. I think they were determined to make an example out of us, because they bloody well tear-gassed and sprayed us with water cannons when they had no reason to do so.

We were all tear-gassed at least three, four times. An NGO staffer was hit by a canister. V told me that she saw people jumping off the second floor of the Puduraya bus terminal because the police had released tear gas too close to the terminal and the wind carried the fumes into the enclosed building. When the marchers ran for shelter in Tung Shin Hospital, the police fired tear gas and water cannons INTO the hospital grounds. Later the police lured us into re-assembling on the road on the pretext of negotiating a peaceful dispersal. They arrested the MP (Sivarasa) who was doing the negotiating, then — after ordering us to sit down so (as we realised later) we would be sitting ducks — they fired more tear gas and water cannons at us. A, myself and our companions eventually managed to find a way out from the trap via the Santo Antonius church and (irony of ironies) the car park of the Hang Tuah police station (near the monorail station). There were so many very brave people yesterday.

I now know that smearing toothpaste under the eyes to reduce irritation caused by tear gas actually works (thanks, A)! I'm still itchy and short of breath from all that tear gas, which is a bit annoying. But really, mostly what I remember of the rally was how moving it was: the solidarity among the protesters, how people looked out for one another. Whenever I was tear-gassed there was a stranger running along at my side and offering me and my friends salt to counteract the effects. When the police sprayed chemical-laced water cannons into the crowd and the people affected cried out for water to wash the stuff away, others turned and ran back toward the cannons with bottles of water to help. People helped others climb up a hill towards the hospital to escape (some guy helped me up the steep slope). Someone always stepped up to make sure that a panicked run doesn't turn into a stampede, including an elderly woman who took it upon herself to guide the marchers to safety. She's a first-time marcher to boot! Actually there were lots of first-time marchers, and more young middle-class urbanites than I've ever seen at any other rallies including the 2007 Bersih rally. At one point people started picking up the tear gas canisters and throwing them back at the police, or kicking the canisters safely away from the marchers and bystanders. I heard via the #bersihstories Twitter hashtag when the police fired tear gas into Tung Shin, there were people who grabbed the canisters and wrapped them in their own towels, then threw the canisters into the drain so there wouldn't be so much fumes.
And another one, about people's goodness:
 
My group has a lovely little story to tell as well, of how we escaped from the Tung Shin hospital area after one of the tear gas attacks. We took a little alley uphill between the shophouses, and there was a block of flats there. One of the residents told us to go through the building to get out through the back! We climbed upstairs and then along the opposite corridor a woman shouted and pointed, "That way, go that way, there is an exit out the back!" and we scuttled along our corridor, down the back stairs and found ourselves safe outside on Changkat Tung Shin or something like that. 
Rakyat all contributing in their own ways!
 
There are many stories and photos, both good and bad, of the whole event. But to me what was most important was that Malaysians proved two things: one, they can assemble together on a common cause peacefully and two, therefore showed that they are a mature people. The fact is that there were all kinds of people there, young and old, all races and religions and all classes and creeds. I bumped into many young people, the children of my friends, who had come to see what it was all about and decide for themselves what to think about the issue.

Whatever one thinks about the issue that Bersih is espousing, we should all be proud of our fellow Malaysians who did not, despite dire predictions by some, behave like hooligans and destroy property and hurt one another. There were people hurt and one death but people who had participated in the rally did not cause them. The restaurants and shops around the area were doing roaring business as people got thirsty and hungry.

There are also some people claiming that the world now has a bad impression of Malaysia because the foreign media (and the local media for that matter) reported only about the teargassing and water-cannoning. I think people are confusing the government with the people. Yes, the world now has a bad impression of the Malaysian government because it has handled this whole issue so badly. They don't have the same impression of the Malaysians who stood up for their rights and their cause.

And by the way, I can't believe some of the mean things being said about the man who died after being teargassed! My goodness, every time I read totally uncompassionate things like that, I know that I'm on the right side.

 


Monday, July 11, 2011

Kualiti Azeeez (Auta) Pemimpin Patriot


Dia kata dia dilokap selepas ditangkap dalam perhimpunan Patriot untuk membela Istana Negara dan Stadium Merdeka dari perderhaka! Peliknya, dalam lokap tu dia jumpa makcik-makcik peserta bersih yang di tahan di penjara....Penjara mana? Lokap mana?...Dekat- dekat ka lkap dengan penjara tu, sampai boleh sembang niii. Buat apa pulak makcik-makcik tu mai di lokap Nana dari penjara? Nak ziarah Nana ka?

Kata Azeeez Makcik tu bagitau dia mereka diupah untuk datang ke himpunan Bersih 2.0... Siapa yang upah? Berapa harga upahnya?...Makcik tu tak bagi tau ka? Habaq la Nana Azeeez...semua orang nak tau berapa upah, ambil dari siapa?...

Pasal apa Nana masuk lokap, mak cik tu masuk penjara? Yang polis dok tunjuk gambar merata kata depa baik melayani tahanan bersih, siap bagi makan dan tempat solat tu kat penjara mana? Kat lokap mana? Pasai apa depa dibawa ke pulapol, Nana di bawa ke lokap...Nana ni pendatang tanpa izin kottt!!

Makcik tu pun dia panggil penderhaka juga ka.... Awat Nana kelentong sampai sukar nak terima dek akal ni????

NI NANA...kalau Bangla kerabat nana ni dikatakan makan upah, masuk akai la jugaaaa...

Dheyyy macha! Apa? Dua ringgit ka dua puluh ringgit?


Apa Class Nana Berlindung belakang FRU...!!!

Mengapa Ambiga? - Nik Abduh Nik Abd Aziz

Mengapa Ambiga?

Jika tidak salah, maka mengapa kita menganggapnya anti Islam, sedangkan undang-undang negara tidak menganggapnya salah? Adakah agama kita memaksakan mereka sebagaimana ugama kita memaksakan kita? Tidak bukan? Undang-undang negara membenarkan mereka mencabar. Jadi, salahkah mereka bergerak di atas lunas-lunas itu?


Semasa saya berada di Mesir sebulan lepas, ada persoalan dibangkitkan oleh para pelajar di sana berkaitan BERSIH 2.0, penganjur perhimpunan aman yang menuntut reformasi pilihan raya yang telus dan adil, terutama berkaitan pengerusinya, Datuk S. Ambiga. Ia agak hangat apabila kumpulan anti BERSIH, termasuk sesetengah kumpulan Islam mula mempertikaikan kesanggupan PAS menganggotai BERSIH, sedangkan beliau adalah seorang yang disifatkan anti Islam berdasarkan rekodnya yang tersebar, sebahagiannya benar, manakala sebahagian lagi adalah bohong dan fitnah.


Saya telah menjawabnya dan saya fikir jawaban saya mampu menenangkan mereka walaupun agak ringkas kerana soalan-soalan lain yang agak banyak dan pelbagai yang menyuntukkan masa. Tetapi, persoalan itu terus hidup sehingga kini di tanah air kita apabila ia sentiasa diberi nafas melalui peluru sms dan bicara siber yang bersifat dan bertujuan menyentak dan membantut semangat anak-anak muda Islam daripada menyertai perhimpunan aman pro demokrasi adil yang semakin menjadi kenyataan sabtu ini, insya Allah.

Walaupun agak lewat, saya fikir elok juga untuk para penjengok blog saya meneliti dapatan yang saya muatkan di bawah. Tujuan saya adalah untuk mempertingkatkan kefahaman politik Islam, seterusnya meyakinkan semua bahawa PAS telah mengambil keputusan yang betul, syar’ie dan positif demi kepentingan politik negara dan umat Islam juga yang sentiasa berhadapan kekeliruan oleh penganut Melayunya sendiri.

Pertama, Bolehkah kita berketuakan seorang non muslim? Ini soalan yang jawabannya agak mudah, cuma mudah juga untuk dikelirukan oleh pengeliru yang suka menyusahkan dan menjalani hidup hipokrit.

Untuk institusi dan kumpulan kehidupan sosial, samada dalam masyarakat Islam yang majoriti atau sebaliknya, Islam tidak pernah melarang berketuakan seorang non muslim, lelaki atau perempuan, jika institusi dan kumpulan itu bertujuan baik dan tidak bercanggah dengan agama. Itu dapat dilihat melalui ‘ijmak’ ulama masa kini yang membiarkan penglibatan umat Islam di dalam pelbagai pertubuhan sosial yang bertujuan membina kehidupan manusia yang lebih baik.

Contoh terbaik adalah pertubuhan peringkat antarabangsa seperti PBB. Ia selalunya diketuai non muslim dan tujuannya baik walaupun sering tunduk kepada kekuasaan yang acap kali memusuhi Islam seperti Amerika. Tiada fatwa yang mengharamkan negara-negara Islam – sedangkan mereka adalah ketua-ketua umat Islam – menganggotainya. Jika begitu, anda bolehlah kiaskan secara mudah betapa pertubuhan-pertubuhan yang lebih kecil adalah lebih layak dan syar’ie bagi umat Islam untuk menyertainya.

Maka, pada asasnya, penyertaan PAS di dalam BERSIH 2.0 yang diketuai seorang non muslim adalah harus kerana tujuannya yang murni, malah merupakan tunjang kehadiran Islam di muka bumi, iaitu menegakkan keadilan dan kebebasan hidup.

Adapun untuk sebuah negara, berketuakan non muslim dalam sebuah negara yang umat Islam Islam memiliki kekuatan untuk melantik dan memilih seorang muslim sebagai ketuanya adalah tidak harus. Ini kerana adalah mustahil seorang non muslim akan memandu negara tersebut untuk patuh tunduk kepada syariat Islam di dalam bernegara.

Sebaliknya, jika umat Islam tiada memiliki kekuatan tersebut, seperti memiliki jumlah minoriti, maka berketuakan non muslim adalah harus selagi mereka bebas menjalani hak mereka sebagai seorang muslim. Contoh mudah ialah kerajaan nabi Yusuf alaihissalam. Baginda adalah menteri kepada kerajaan yang kufur. Ada beberapa persoalan mungkin timbul, saya ketepikan dulu untuk memberi laluan kepada topik asal perbincangan.

Kedua, bagaimana jika ketua itu anti Islam? Ada beberapa keadaan. Pertama, jika pertubuhan itu bermaksud anti Islam, maka jelas haram menyertainya. Jika tidak, bahkan untuk turut menyokong matlamat Islam, maka hukum adalah sebaliknya. Kedua, jika ketuanya anti Islam dan secara jelas dilihat begitu, maka hendaklah dilihat kesan baik dan buruknya. Jika keburukan mendahului atau sama atau ditakuti buruknya, maka hukumnya tidak harus. Ini soal ijtihadiah dalam siyasah syar’ieyah.

Lihat juga perbahasan ulama dan fatwa mereka dalam penyertaan umat Islam di dalam pertubuhan-pertubuhan tajaan zionis misalnya. Walaupun zahirnya kelihatan baik, tetapi keraguan adalah besar disebabkan matlamat zionis terhadap Islam adalah jelas, apatah jika ketua pertubuhan tersebut dilihat pro zionis.

Adapun jika ketua tersebut dilihat anti Islam kerana beberapa tindakannya yang menunjuki demikian, maka ia bergantung kepada matlamat pertubuhan tersebut dan perjalanannya, bukan pada ketuanya. Semua bukan Islam adalah biasa dan natural jika beberapa tindakannya dilihat bercanggah atau memusuhi Islam. Jika tidak, terbantutlah kehidupan yang dicanang agama Islam yang sejagat agar Islam menghubungkan sesama manusia, bukan memutuskan! Islam dengan itu akan hanya relevan dalam masyarakat Islam sahaja, bukan masyarakat manusia dan dunia seluruhnya.

Ketiga, bagaimana dengan Datuk S. Ambiga? Saya akan merujuk kepada beberapa dakwaan terhadapnya sehingga beliau dituduh oleh pihak yang menuduh sebagai anti Islam, terutama berkaitan soal murtad dan pluralisme agama.

1) Adakah salah untuk seorang bukan Islam berpendapat dan bertindak menyalahi hukum Islam sedangkan ia tidak menyalahi undang-undang negara? Jika salah, maka adalah baik untuk kita tumpukan dulu pertuduhan dan kemarahan kita itu terhadap orang Islam sendiri yang berkata dan bertindak menyalahi hukum ugamanya sendiri daripada melampiaskan kemarahan kita kepada orang luar yang mungkin saja bertindak demikian hanya kerana melihat telatah umat Islam sendiri yang menolak ugamanya.



Yang boleh memaksakan semua adalah undang-undang yang terpakai di dalam sesebuah negara. Islam tak terpakai di negara kita. Jadi persoalan asas adalah mengapakah tidak dilaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya, atau dalam isu ini, yang berkaitan penjagaan terhadap ugama Islam dan individu muslim daripada dijadikan bahan murahan dan mainan seperti kes murtad oleh umat sendiri.

Maksud saya, pertuduhan anti Islam terhadap individu non muslim seperti Datuk S. Ambiga dan sepertinya adalah berbentuk persepsi dan anggapan. Ia bukan terbukti. Sesuatu yang samar-samar tidak boleh dibina hukum di atasnya. Ia adalah kezaliman. Kezaliman tertolak daripada merajai hukum ugama.

Ya, benar bahawa persepsi dan kesamaran itu berguna untuk sikap berhati-hati. Adakah anda menjangkakan BERSIH 2.0 adalah medan untuk menolak agama? Atau ianya adalah untuk menolak ketidakadilan? Penilaian adalah ke atas BERSIH 2.0, bukan lagi pada individu yang mengetuainya itu. Saya tidak berhujah untuk memperkenalkan BERSIH 2.0 di sini. Topik kita ialah ketuanya sesudah BERSIH 2.0 difahami sebagai kumpulan yang bersih murni matlamatnya.

Lainlah jika anda memang berpendapat bahawa BERSIH 2.0 itu sendiri adalah tidak bersih. Kita bincang di lain kali pula hal itu.

2) Siapakah yang patut bertanggung jawab terhadap tindakan-tindakan oleh kumpulan bukan Islam yang mencabar hukum ugama Islam? Apatah, apabila tindakan tersebut dilakukan melalui lunas undang-undang negara? Sudah pasti jawaban kita adalah jelas bahawa yang bertanggung jawab adalah penggubal dan mereka yang meluluskannya. Hukum-hukum Islam, umat Islamlah – pemerintah Islamlah – yang mesti melaksanakan kedaulatannya sehingga tidak boleh lagi dicabar sewenang-wenangnya.

Malangnya, sebelum non muslim, umat Islam sendirilah yang berada di hadapan menentang perlaksanaan hukum syariat ke atas mereka dan negara mereka juga. Siapakah mereka? Agak malang, bahkan pelik sekali kerana mereka inilah juga yang sering menuduh Datuk S. Ambiga sebagai anti Islam?! Jadi, sudah pasti nyata bagaimana pertuduhan terhadap pengerusi BERSIH tersebut adalah semata-mata untuk mengaburi masyarakat agar turut menolak BERSIH 2.0 tersebut, walaupun pengerusinya ditukar kepada TG Abdul Hadi Awang! Saat itu, pertuduhan khas pula dicipta ke atas TG Abdul Hadi Awang. Mungkin sebagai neo Khawarij!?

Khulasahnya, sebelum anda melihat kepada Datuk S Ambiga, lihat dulu kepada kerajaan Malaysia yang menjadi penghalang kepada perlaksanaan syariat Islam yang sebenar dan begitu takut dan ngeri dengan kemaraan BERSIH 2.0 itu. Mengapa takut kepada pencinta keadilan dan kebebasan jika mereka juga adalah kerajaan yang adil dan pro kebebasan?


3) Apakah yang sebenarnya dituntut oleh bukan Islam? Sudah pasti hak mereka sebagai rakyat yang mahukan keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek. Anda harus faham, sebagai sebuah minoriti ugama dan bangsa, non muslim memiliki perasaan sendiri bahawa mereka merasa masih tidak selesa dan selamat dengan undang-undang dan perlaksanaannya di negara ini yang dilihat tidak mesra minoriti. Ini termasuklah hak beragama dan kawalan terhadap ugama mereka.

Adakah setiap kali mereka bersuara, maka hukumnya adalah ‘anti-Islam’, sedangkan tiada pun Islam sebenar yang menjadi undang-undang di negara ini? Adalah menjadi tuntutan ugama Islam bahawa menjaga hak bukan Islam adalah teras besar kepada undang-undang Islam. Tanpa ini, undang-undang Islam adalah terbantut, lemah dan tidak relevan sebagai ‘rahmatan lil alamin’.


4) PAS konsisten memperjuangkan Islam dan kedaulatannya semenjak sekian lama. Ia pertubuhan politik dan dakwah yang secara jelas memperkenalkan Islam dan syariatnya yang sebenar walau terpaksa berhadapan kesusahan dan tindakan zalim pemerintah. Adakah PAS yang diketuai oleh syura ulama yang menepati maksud kekuasaan sebenar Islam tiba-tiba gagal mengenal Datuk S Ambiga? Ia agak jauh, sukar dan ‘unreachable’ oleh otak yang BERSIH!!


Kelima, mengapa Ambiga? Mengapa tidak PAS yang mengetuai demonstrasi aman BERSIH 2.0, sedangkan PASlah yang dilihat menjadi pemain utama menggerakkan massa? Perhatikan,

1) Agar matlamat BERSIH 2.0 tidak dilihat bermotif politik dan parti politik semata-mata, bahkan dilihat sebagai tuntutan bersama rakyat Malaysia, termasuk yang tidak mesra politik dan orang politik. Rakyat mahu pemerintah mereka adalah yang mereka pilih melalui proses pilihan raya yang adil dan telus. Dengan penglibatan golongan non partisan seperti puluhan NGO yang bergabung di dalam BERSIH 2.0, maka adalah nyata bahawa rakyat seluruhnya telah nampak secara jelas bahawa perjalanan pilihan raya negara adalah di tahap lemah dan sering dimanipulasi oleh pemerintah semasa. Rakyat seluruhnya mahukan reformasi pilihan raya! Maka, Datuk S Ambiga dicalonkan dan semua pihak menerimanya mengetuai BERSIH 2.0.


2) Agar matlamat BERSIH 2.0 tidak dilihat bermotif ugama semata-mata. Oleh kerana PAS terlalu ‘ugama’, maka sudah pasti BERSIH 2.0 akan gagal mencapai matlamatnya yang mahukan seluruh rakyat yang mahukan reformasi pilihan raya itu turut menyertainya tanpa rasa curiga terhadap motif pihak lain. Ia adalah matlamat yang disepakati bersama. Kesepakatan melakukan kebaikan adalah dendangan syariah Islam.

3) Agar PAS tidak dilihat sebagai ekstrimis ugama. Walaupun PAS berjaya daripada semasa ke semasa memperkenalkan dirinya sebagai pertubuhan Islam yang sederhana dan ‘wasathiyah’, ia tetap menjadi buruan golongan anti Islam untuk menghancurkannya dengan pelbagai tohmahan dan fitnah. Antara peluru utama ke atas PAS adalah senjata tajaan Amerika yang menghukum golongan Islamis sebagai ekstrimis dan pelampau ugama. Sudah pasti tujuannya adalah menjauhkan masyarakat, terutama non muslim daripada PAS.


Apabila orang yang dilabel pula sebagai anti Islam seperti Datuk S Ambiga bersedia untuk bersama-sama PAS mengetuai perhimpunan rakyat, maka ia adalah kebaikan untuk kedua-dua pihak. Sebagai mana PAS, beliau dan kumpulan non muslim juga tidak gemar di label dengan tuduhan-tuduhan yang negatif yang tidak membantu ke arah perpaduan dan keharmonian hidup di negara ini.


4) PAS memerlukan sokongan semua lapisan dan kumpulan rakyat. Negara dibina dan dibentuk oleh rakyat. PAS mencadangkan alternatif yang dilihat terbaik untuk negara Malaysia iaitu negara berkebajikan yang bertunjangkan Islam sebagai neracanya. Adalah satu kesempatan dan peluang yang baik untuk PAS memperkenalkan dirinya sebagai pejuang bersama menuntuk hak-hak rakyat yang diketepikan oleh pihak pemerintah. Adakah menjadi ‘bos’ dalam semua perkara adalah syarat atau rukun dakwah? Adakah ia juga satu hikmah dalam berdakwah? Tidak bukan?

5) Dekad terakhir dalam sejarah dan politik negara adalah dekad anjakan paradigma rakyat dalam banyak hal. Antara yang menarik adalah pecahnya tembok binaan UMNO yang berusaha memisahkan PAS daripada masyarakat non muslim. Kesan tembok itu adalah buruk. Non muslim mengenal Islam yang diperkenalkan oleh UMNO. Kesannya, tiada yang indah dalam Islam. Melayu UMNO adalah dipenuhi penyakit. Bagaimana si pesakit boleh menawarkan kesihatan?


Apabila tembok pecah, kini non muslim mula melihat dan mengenal Islam daripada PAS. Daripada PAS yang ditakuti, kini menjadi PAS yang disenangi. BERSIH 2.0 adalah sebahagian proses berkenalan di dekad baru ini, dekad yang dipenuhi cita-cita bersama ke arah Malaysia yang lebih harmoni, merdeka dan berjaya.

Sekarang anda telah melihat beberapa perkara penting yang mampu menghapuskan keraguan mengenai penerimaan PAS untuk menyertai BERSIH 2.0 walaupun diketuai oleh seseorang yang menghadapi tohmahan sebagai anti Islam.


Walaupun saya tidak membawa nas-nas penghujahan secara lebih terperinci demi meringkaskan, adalah cukup dengan memahami hujah-hujah yang diberi, kita akan melihat nas-nas ugama itu seperti bersedia untuk tampil.


-Nik Abduh Nik Abd Aziz-