(Terima kasih kpd yang sentiasa memberi ingatan dan nasihat yang baik untuk saya dan orang lain....saya tak sedaq sungguh dah masuk bulan Ogos la ni..dok ingat Julai lagi)
Pertama sekali rasanya belum terlambat untuk saya sama-sama mengutuk tulisan dan sikap sesetengah wakil rakyat dan Exco DAP (kebetulan mereka dalam DAP) yang bagi saya melampaui ultra rasist, sudah sampai ke kemuncak Islam phobia yang berjangkit dari Yahudi dan bangsawan barat. Saya juga tidak menolak bahawa orang macam ini juga ada dalam MCA, Gerakan, MIC, dan parti -parti berasaskan bangsa dan kaum.
Saya kehairanan kerana selama puluhan tahun bercampur gaul dengan Melayu Islam dan kaum-kaum lain di Malaysia, Dasar Integrasi Nasional, Dasar dan Falsafah Pendidikan (pelajaran), dan semua dasar negara untuk memupuk perpaduan, saling memahami, hormat menghormati dan lain-lain telah GAGAL membentuk manusia seperti mereka. Saya yakin, jumlah mereka bukan 1,2 atau 3 sahaja. Nama mereka bukan setakat Jeef, Ronnie dan Loke sahaja... mereka lebih ramai dari itu.
Sebelum mereka berada dalam DAP, mereka di mana? Tadika, Sekolah Rendah, Menengah, Universiti, di alam pekerjaan, di rumah, dalam persatuan, di pasar, dalam komuniti mereka dan di mana sahaja interaksi berlaku. Apakah environment sosial di negara ini tidak bisa memberi mereka sedikit kefahaman dan rasa hormat? Lalu, apa perlu dibuat? Biarkan saja? Siapa yang membina sikap yang sarat dengan kebencian dan kejahilan ini? Apa yang terbina dalam 52 tahun mengisi kemerdekaan?
Amat janggal juga sikap sesetengah orang yang tidak memehami sejarah. Apakah kerana sikap segelintir manusia seperti mereka yang biadap, maka kesalahan dilonggokkan kepada Pakatan Rakyat? PR baru berusia 1 tahun 7 bulan. Environment negera yang dibina oleh pemerintah Barisan Nasional sudah berusia 52 tahun! Malah lebih tua dari itu jika dikira sejak sistem pendidikan dan prasarana sosial dibina di zaman penjajah.
Saya yakin penuh bahawa tidak ada pimpinan PR yang beragama Islam berbangsa melayu yang tidak tersentuh, tidak marah dan redha dengan sikap orang-orang ini. Malah, yang tidak Islam dan tidak Melayu pun saya yakin tidak selesa dengan sikap mereka. Saya mohon, berikan sedikit masa dan ruang kepada PAS menunjukkan rupa paras dan sentuhan Islam yang sebenar kepada orang ini, yang hanya kenal Islam 'tak cukup segi' yang ditunjukkan oleh pemerintah sepanjang 52 tahun ini.
Saya lebih bimbang orang seperti mereka yang berselindung dibalik kuasa yang lebih besar yang belum berani 'berbiadap' seperti mereka, atau biadap dalam cara yang lebih halus dan licik. Mereka ada di dalam semua parti, semua kaum, dan semua komuniti.
Mengapa menyumpah seranah 'output' yang cacat sedangkan mesin dan kilang telah lama rosak?
AKUM= Walaupun perit apa yang dikatakan oleh sesetengah wakil rakyat yang bukan beragama islam namun hakikatnya perkara ini terjadi kerana sikap kita sendiri yang beragama islam tidak memahami islam itu sendiri. Ramdan dah sampai mari kita memperbaiki amalan kita tingkatkan iman kuatkan akidah jangan gentar dengan ugutan yang penting tingkah laku rasulullah insyALLLAH kita selamat dunia akhirat. wslm
ReplyDelete