Saturday, August 8, 2009

Kalau saya jadi wartawan, apa saya akan tanya di Mentaloon esok...

Bila dah dengar macam-macam cerita tentang Adun-adun di Kedah pasai nak lompat, pasai berjumpa MK, pasai tawaran dan macam2 hal, esok saya akan tanya kat depa semua soalan ni...pada YB PKR dulu..

1. YB, benarkah ada tawaran dari pembangkang untuk YB melompat parti, dan berapa jumlahnya?

2. Kenapa YB saja yang selalu dikaitkan dengan cerita lompat melompat ini? Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang?

3. Adakah YB mempunyai hubungan yang baik dengan bekas Menteri Besar, MK? Berapakali YB berjumpa dengannya sejak beliau menjadi Ketua Pembangkang, dan selalunya perjumpaan diadakan di mana?
4. Adakah YB kecewa dengan kerajaan sekarang?
5. Adakah YB mempunyai hubungan yang baik dengan EXCO dan ADUN-ADUN dari PAS dan DAP?
6. Adakah YB akan mempertahankan kerajaan sekarang daripada dirampas oleh pembangkang dalam waktu ini dengan cara membeli Adun dan dalam pilihanraya akan datang?
7. Apa fokus utama YB apabila dipilih menjadi Adun dan Exco kerajaan sekarang? Bagaimana prestasi kerja YB setakat ini?
8. Adakah YB sanggup menghadapi susah payah berkorban dari segi masa dan wang ringgit apabila memilih untuk bertanding dalam Pakatan Rakyat dalam PRU 12 tahun lalu?
9. Adakah YB juga mengejar kekayaan apabila menjadi ahli politik?
10 Jika ada pihak mendedahkan dengan saksi dan bukti2 bergambar dan bersuara bahawa YB pernah berjumpa dan berbincang dengan bekas Menteri Besar tentang rancangan melompat parti, adakah YB akan mengaku?
11. Apa pesanan dan ingatan YB kepada pembangkang di Kedah pada waktu ini?
13. Di mana YB berada pada 3hb Julai 09 pada jam 10.30 malam hingga 1.00 pagi?
Terima kasih YB atas jawapan yang sangat meyakinkan saya.....
************************************************************
Kepada YB PAS pulak...
1. Adakah YB juga menerima tawaran atau pujukan dari pembangkang untuk melompat parti?
2. Jika YB ditawarkan dengan wang yang banyak dan jaminan keselamatan, adakah YB akan melompat parti?
3. Adakah YB tahu perkembangan Adun-Adun yang melompat keluar parti dan menumbangkan kerajaan PR di Perak?
4. Apakah pandangan YB terhadap sikap dan tindakan yang akan diambil oleh pengundi dan ahli parti YB jika YB melompat parti?
5. Apa pandangan YB terhadap rancangan DSAI untuk merampas Kerajaan Persekutuan pada 16 September yang lalu? Adakah ia berbeza dengan khabar angin di Kedah dan yang telah berlaku di Perak?
6. Apakah kesanggupan YB untuk mempertahankan kerajaan PR di Kedah dari segi wang ringgit, masa dan pengorbanan yang lain?
7. Apa matlamat YB menjadi ahli politik, memasuki pilihanraya, menjadi ADUN/EXCO dan menubunhkan kerajaan?
8. Apa pandangan YB terhadap pembangkang di Kedah sekarang?
9.Kenapa banyak komplen daripada rakyat terhadap PBT khususnya dari sudut sampah dan perkhidmatan lain?
10. Adakah kerosakan, kebocoran dan salahurus tadbir yang YB dakwa dilakukan oleh kerajaan dulu sudah dapat diatasi?
Terima kasih atas penjelasan YB..
*****************************************************************
Tanya kat ADUN DAP pulak?
1. Apakah perjuangan DAP untuk satu kaum sahaja atau untuk semua kaum?
2. Adakah YB faham polisi 50-50 dalam isu perumahan di Kedah, dan adakah YB menyokong polisi ini?
3. Bagaimana tanggapan YB terhadap kerajaan sekarang, adakah YB dapat menyesuaikan diri dengan parti PAS dan PKR?
4. Adakah YB mencari kekayaan dengan menjadi ahli politik?
5. Apa tanggapan YB apabila terpaksa menghabiskan banyak wang dan masa untuk menyelesaikan masalah rakyat?
6. Jika terdapat tawaran untuk meninggalkan DAP dan menjadi Adun bebas untuk menumbangkan kerajaan sekarang, adakah YB akan terima seperti Adun DAP di Perak?
7.Pada pandangan YB, apa prestasi kerja YB sekarang?
8. Kenapa YB selalu menyebut kerajaan sekarang sebagai kerajaan PAS sedangkan YB juga sebahagian daripada kerajaan?
9. Jika Perlembagaan Malaysia mengizinkan kerajaan2 negeri melaksanakan hukum Jenayah Islam, adakah Yb akan meninggalkan PR?
10. Jika YB diberipeluang bertanding semula dalam PRU-13, adakah YB akan bertanding?
Terima kasih YB.
***************************************************************
(Ish! Jawapan semua macam ni, adakah editor aku nak potong ni... kalau masuk bakul sampah semua macam mana pulak?..Nasib badan la..nak siar ka tak siar ka, asignment aku dah siap...tunggu esok laaa nak masuk ka dak)

1 comment:

  1. hahaha.. tanya jng tak tanya.. biar terkucil dalam seluar YB YB yang tak ikhlas dgn perjuangan Pakatan Rakyat menjawap setiap soalan yang diajukan.. kalau boleh biar soalan diaju bertalu talu..

    ReplyDelete