Sunday, August 2, 2009

Rupa-rupanya.....ada orang marahkan CH Lim..

Dalam hidup ni marah dan gembira adalah fitrah... kita hadapinya setiap hari.. ada kala rasa nak marah tapi tahan saja.. bila tak tertahan marah... bila dihamburkan.. teruklah akibatnya.. malangnya, kadang-kadang tak semena-mena orang yang tidak kena mengena, tiba-tiba terkena hamburan marah kita... naya la gitu. Ada kalanya kita suka dan gembira, biasanya kita tak menahan suka dan gembira.. kita sering kali meluahkan kegembiraan kita di mana jua...
Awas! Kadang-kadang kegembiraan dan kemarahan yang diluahkan membogelkan sebab musabab kita marah dan sebab musabab kita gembira. Lebih malang lagi, sebab musabab itulah yang kita cuba sembunyikan selama ini...!!!
Petang tadi sahabat baru dikenal kelmarin dulu (30 Julai 2009) En CH Lim menelefon memaklumkan, akibat beliau membuat pendedahan bahawa dia tak tahu menahu kes mahkamah yang difailkan "olehnya", akuan bersumpahnya, laporan polisnya..... ada orang yang sangat marah padanya.... memaki hamunnya.. mengancam dan mempertikaikan tindakannya. Pada 31 Julai 2009, suku sakat kumpulan ini, termasuk lawyer yang tak pernah ditemuinya, tetapi mendakwa mewakilinya....berkejar ke KL dan mahu juga ke Johor untuk berbincang, memaksa beliau menarik balik sumpahnya... (Nak jadikan dia Balasundram yang hilang tu la kot).... Jawabnya, kenapa tak bincang dulu sebelum buat kes, bila sudah sangkut baru nak berbincang.
Saya katakan padanya, kerana mempertahankan kebenaran ada orang yang telah mati terbunuh , ada orang dipenjara, ada orang ditahan dilokap, diseksa batinnya, dipisahkan dari anak isterinya, dikacau anak bininya, dimusnahkan bisnesnya..dan ada yang dimarahi..ini yang paling ringan. Tapi semua ni tak biasa baginya..dia hanya tahu berniaga, dan menghadapi risiko untung rugi berniaga..bukan untung rugi memihak kepada kebenaran.
Oleh kerana En CH Lim ialah seorang bisnesman, dia paling takut bisnesnya diancam dan disekat. Saya katakan padanya, Kedah ialah negeri terbuka, sesiapa pun boleh datang berniaga, mencari makan dan mengembangkan ekonomi Kedah. Tak ada siapa nak paksa itu dan ini..datanglah berniaga di Kedah, carilah rakan niaga yang boleh dipercayai, berurusanlah dengan jujur, Tuhan akan memberi rezeki kepada sesiapa yang berusaha. Sebaliknya Tuhan akan memberi susah dan membongkarkan komplot jahat yang cuba membuat honar di Kedah... tak percaya cubalah... Dia pun percaya kerana dia melihat sendiri pembongkaran honar orang yang dia pernah kenali..dari Kedah. Kesian orang itu katanya...
Lama bercakap, saya tanya siapa yang marahkan awak? Orang BN ka? UMNO ka? Dia terdiam..lama juga. Kemudian dia minta perlindungan kepada bisnesnya dari saya, jika dia berhasrat melabur di Kedah. Saya tanya kenapa perlu perlindungan, Kedah pun ada polis dan macam-macam jabatan yang bertugas mengikut undang-undang. Tak perlu risau, malah, bisnes di Kedah mungkin lebih selamat daripada di Johor atau Kuala Lumpur..sana banyak kaki putar alam... tonto, banyak ulat dan kutu. (Orang Johor dan KL yang baik-baik jangan marah laaa... ini bukan tuduhan umum...ayat 'mengayat' saja).
Saya terkedu sebentar sebelum mengucap selamat petang dan terima kasih, harap jumpa lagi.... kerana dia beritahu saya siapa antara orang-orang yang memarahinya... Innalillahi wainna ilaihi raajiuun...ucapan bagi orang yang mendengar musibah. Salah seorang darinya ialah seorang EXCO Kerajaan yang pernah terpalit tentang tuntutan perjalanannya yang melampau.
Nak percaya pun susah, tak percaya pun susah! Inilah yang saya katakan kemarahan boleh membogelkan sebab musabab disebaliknya.... setakat sekarang, saya percaya khabarnya berasaskan kebenaran yang dipertahankannya kemarin dulu itu. Sebab apa dia pulak yang nak marah...???Kalau anda jadi saya, apa anda akan buat??
Wallahu a'lam.

5 comments:

  1. yang peliknya...MB takkan tak tau semua sabotaj ni. dah kalau tau, apa yang dia dok buat? tidoq ka?

    ReplyDelete
  2. saya sangat risau dengan prestasi kerajaan kedah ni. menurut komen rakyat terbanyak, kita boleh nampak apa persepsi rakyat terhadap kerajaan PAS/PR di kedah:
    1. tak tau la apa dok buat lepas setahun dah perintah
    2. sama saja macam dulu
    3. tak dak apa apa yang special pun, kedai arak dan judi makin bersepah, program agama tak dak
    4. sampah aku tak kutip
    5. MP dan ADUN PAS tak nampak muka pun
    6. ini macam, 2013 gua kasi sama dacing balik la

    risau. risau

    ya allah, kekalkan lah kemenangan bagi gerakan islam PAS

    kalau yang dah tak reti nak buat kerja, bak kata orang "tak menyekoh"...tolonglah buang dan ambik yang boleh buat kerja. ini amanah dari allah

    saya harap saudara tolong sampaikan kepada MB. saya tak tau la MB ni "living in denial" ka, atau "living in his own fantasy world" ka... tapi tolong la buat sesuatu. kalau tak confirm PAS kalah 3 tahun lagi

    ReplyDelete
  3. Tidak semudah itu nak ambik dan nak buang orang,komposisi kaum dan komposisi kerusi memang membataskan pergerakan politik. pasal arak dan judi pun banyak dah orang bercakap, tapi ungkapan nak bagi BN balik tu tak menyumbang langsung kepada aspirasi rakyat, apalagi tuntutan agama.

    Metafora yang diberikan oleh Dato Amirudin semalam sangat baik..kita ada sebuah kereta yang baru kita beli..dalam tempoh setahun lebih ni kita pun dah beberapa kali kena breakdown dan masuk bengkel..tapi dok buleh jalan lagi kereta tu. Dalam setahun ni kita tau sangat kondisi dan prestasi kereta kita. Kita semua nak pi singapura..semua orang yang naik kereta tu pakat nak pi singapura belaka..tak dak sorang pun yang nak turun sekatakat Ipoh, KL ka, Melaka ka...

    Oleh keranan kita tua kita tu kita kenai kondisi dan prestasinya, dan kita tau matlamat kita..maka terpulang kat kita nak pecut bagi cepat ka nak jalan pelan-pelan..kalau pecut laju, mungkin sampai ipoh enjin meletup..tak dak sapa sampai singapura..kalau slow sangat orang merungut pula kata lambat...nak cepat ka nak lambat? Saya kata nak bai sampai..cepat ka lambat ka...bergantung kat kereta kita tu laaa...

    ReplyDelete
  4. payah juga nak buat semua dalam satu masa..dah kita berkawan dengan orang baru ni kena la banyak sabaq dan bertenang. PAS dah 57 tahun, PKR baru 10 tahun umurnya..kalau PAS dah buleh makan nasi dengan cabai...PKR dok kena suap lagii..baik tak baik kena bekas tangan kita picit cabai ..teriak pula la pedaihhhh..jenuh cari gula. Macam tok wan kawan dengan cucu laaaa...

    Nak tutup pusat sembelih babi haram pun riuh rendah satu donia...nak tutp pusat judi pula, kedai arak pulakkk..kita kena pakat toliong la..di tempat kami, yang dok jual nombor tu bukan kedai judi..kedai runcit dengan kedai getah sekerap jaa...yang masuk beli ramai orang melayu..pakat-pakat dakwah laa sat...kerajaan buleh tarik lesen premis..tapi puak ni tak dah lesen..kalau kita ada tau mana-mana kedai judi..mai pakat pi report kat polis... suruh depa tangkap.

    Kerajaan dah umum akan hadkan pusat-pusat penjualan arak untuk bukan islam sahaja...tunggulaa lesen premis depa tamat, lesen jual, kementerian kewangan yang keluarkan..

    Pas tu sahabat2 jangan dok kata lebih kurang kat pimpinan, kesian depa bertungkus lumus...macam2 cabaran..jangan la kita tumpang pi runtun kain depa bagi londeh pula..bantulah dengan cara kita..InsyaAllah kedah akan sejahtera

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum

    bagi ahli-ahli dan penyokong PAS mungkin kita dapat terima dan kita sedar akan masalah ini. tetapi bila kita lihat pada realiti semasa, para pengundi bukanlah ahli PAS semata-mata

    pi la mana-mana dan tanya secara rambang kepada segenap lapisan masyarakat. lihat dan dengar apa reaksi depa terhadap kerajaan PAS/PR pimpinan ustaz azizan

    jawapan yang diberikan sangat mengecewakan

    bukan semua orang faham akan masalah kerajaan negeri. dan jumlah orang yang tak faham ni bukan seorang dua, tapi mungkin meliputi hampir 70% daripada jumlah pengundi

    memang kita sedar pemimpin sangat bertungkus-lumus untuk membantu rakyat, tapi adakah usaha mereka ini disedari rakyat? mana pi penerangan yang menyeluruh dan komprehensif?

    saya ada jugak kata kat mak/pak mertua saya... pimpinan kita dok usaha sungguh-sungguh. depa balas balik,kami bukannya suruh dia bawak mai gunung emas kat kami... kami nak sampah kami depa kutip, longkang kami tak tersumbat... tu pun susah sangat ka? kalau tu pun tak reti... baik bagi kat UMNO balik

    apa kita nak jawab kalau rakyat tanya kat kita lagu ni?

    nak suruh depa sabaq? sampai bila? sampai 2013?

    bukan nak runtun pemimpin...tapi pemimpin kena peka masalah kecik-kecik ni. mungkin kecik bagi pimpinan, tapi besaq bagi rakyat. dan masalah-masalah sebeginilah yang akan menaik jatuhkan sesebuah kerajaan

    ReplyDelete