Kagum juga membaca tulisan Sdr kita Zulkifli Nordin membuat pembelaan kepada YB Lunas yang memilih keluar parti dan menyokong Najib. maklumlah Peguambela & Peguamcara, kerjanya mencari sudut yang sesuai untuk membuat pembelaan. Saya tak salahkan Sdr Zul kerana itulah sudut yang dia nampak, atau sudut yang dibentangkan kepadanya oleh YB Lunas, dan diadun dengan pengalamannya sendiri menjadi MP Kulim.
Saya nampak mereka mempunyai persamaan iaitu kedua-duanya mendapat komplen dan rungutan yang banyak kerana tidak menjengok kawasan. YB Lunas tinggal di Jitra, Sdr Zul tinggal di Kuala Lumpur. Sejak akhir-akhir ini, memang YB Lunas kerap melawat kawasan, iaitu sejak dihebohkan dia membuat tuntutan perjalanan yang banyak, mencecah RM18 ribu sebulan, tetapi hanya lima kali membuat perjalanan ke kawasannya di Lunas. Mungkin juga dia ke sana tapi tak claim apa-apa. Adun-adun di sebelah kawasannya kerap komplen terpaksa cover Lunas kalau terjadi apa-apa bencana dan program masyarakat.
Sdr Zul pernah membuka pusat khidmat di Kulim, tetapi dilaporkan tutup sejak beberapa bulan dulu, signboard pun dah turun. Beliau lebih banyak di Kuala Lumpur, maklumlah Ahli Parlimen! Seingat saya, belum ada function negeri, majlis-majlis MB, Tuanku Sultan dan acara-acara besar yang disertai saudara Zul. Maaflah kalau saya silap dan tak nampak beliau hadir. Program terakhir kepimpinan PKR dan Wakil Rakyat PKR negeri bertemu MB pun beliau tak hadir.
Sdr Zul membangkitkan tiada peruntukan untuk berkhidmat kepada masyarakat, hanya mengharapkan elaun Adun dan MP. MP lain pun sama juga, tapi mereka menjaga kawasan dengan baik. Ala kadar! Bukan semua kerja MP meninjau kawasan kena duit! Ziarah, berjumpa, berdialog, membuat surat itu ini tak makan kos banyak, elaun MP 7-10 ribu sebulan tak habis untuk buat itu semua. Ada Wakil rakyat yang berkhidmat sebagai pembangkang zaman sebelum 2008, lagi dhaif, tapi khidmat mereka cemerlang. Tanyalah Adun dan MP PAS, bagaimana mereka survive.
Nak kata tak ada peruntukan langsung, itu mustahil! Adun ada peruntukan kecil tahunan RM100 ribu untuk bagi khemah, pinggan mangkuk, dan apa saja yang dalam kategori projek kecil (bukan insfrastruktur). Adun yang jadi Exco pula peruntukannya RM150 ribu setahun. YB Lunas dapat RM250 ribu kerana dia juga jadi Adun angkat Bukit Kayu Hitam. Peruntukan Kecil DUN Lunas tahun 2008 setelah dilanyak BN untuk pilihanraya berbaki RM30 ribu , dilonggokkan di pejabatnya sahaja, begitu juga di Bkt Kayu Hitam. Dah kira baik tu.... Musim raya, ada peruntukan khas, bulan puasa ada peruntukan untuk buat moreh di surau dan masjid. YB Lunas baru ambil peruntukan khas moreh RM10 ribu pada hari khamis lepas. YB Zul pun dapat RM7 ribu.
Saya bukan nak londehkan kawan-kawan, tapi kawan-kawan menulis kena tengok juga 'derita' yang dicipta YB Lunas sebelum dan selepas dia 'pergi' menyokong Najib. Bila sudah menyatakan sokongan terbuka kepada Najib dalam majlis membubarkan diri dari parti, apa lagi tanggapan yang boleh kita buat selain daripada dia sudah memusuhi kita? Apa yang direncana sepanjang menjadi Adun PKR, kenapa sering bertemu bekas MB (MK) di sini dan di KL. Kenapa tak dilapor kepada partinya, kerana pertemuan itu sangat besar ertinya bagi organisasi parti?
Kenapa melobi sehingga saat akhir untuk menarik 4 lagi menyeberang jambatan. Apa susah payah kawan-kawan lain mengepung dan menahan 'onar' yang dibawanya. Kenapa berkawan baik, berbincang hingga tengah malam dengan 'musuh-musuh' yang saban hari mencipta berita memburukkan kerajaan negeri? Bagi saya, sudah lama dia menari raggae dalam irama zapin, cuma Sdr Zul tidak sedar atau tidak ambil tahu. Maklumlah, Ahli Parlimen!
Jika Zul katakan dia berjiwa besar untuk melihat penyatuan melayu, duduk berbincang untuk kepentingan ummat, kena dia sahaja seorang diri membuat pertemuan tertutup di Kelab Cinta Sayang, dan di Kuala Lumpur? Kenapa diajak pula adun-adun PKR untuk berjumpa MK secara senyap-senyap? Kenapa tidak aturkan sahaja pertemuan atas nama parti, atau sekurang-kurangnya dua tida orang yang ada kuasa membuat perubahan atas nama perpaduan?
Nak dikatakan pejuang melayu tulen, jauh sekali. Sewaktu kes babi tempoh hari, orang cina marahkan kerajaan, terutama DAP, hingga ditimbulkan isu perkauman... dia diam sahaja, tiba-tiba dia pula memilih untuk melobi Adun PKR menyertai BN atas 'power blog' yang cuba dikepalainya... menyokong siapa yang mereka suka, hijau atau biru...
Teruk juga PKR hingga DSAI memanggil pertemuan khas di Yayasan Aman, Pananti. Hinggakan YB Sidam yang mempertahankan tindakan kerajaan PR dipanggil Mohamad Tan Chau Kang bin Abdullah.! Bersungguh-sungguh benar dia bekerja untuk menjayakan rencana ini. Zul mana tahu...dia di Kuala Lumpur makan nasi Lamb Mandy di Rausha, Ampang.
Zul tak payah mintak dia menoleh sejenak kepada PAS, kerana PAS baginya lebih teruk dari Yahudi...ini ungkapannya dalam 'kekalutan' kes Arumugam melepaskan jawatan tempoh hari ... YB MP Kuala Kedah boleh sahkan. saya tak akan lupakan kalimah itu! Dalam kes Arumugam, dia katakan kepada saya petualang yang merosakkan melayu di Kedah sudah berambus ... sekarang siapa petualang? Aru masih berkerja kuat untuk PKR dengan macam-macam program. Melepaskan jawatan Adun dan Exco dengan segala kemudahannya, bukan perkara kecil..kini dia menganggur! YB Lunas pulak pelik, keluar parti tapi nak jadi Exco lagi... takkan nak kata dia lebih baik daripada Aru?
Bagi kawan-kawan yang diamanahkan menjaga kestabilan kerajaan, derita yang dihadapi untuk menghadapi karenah YB Lunas terlalu pedih untuk diubati dengan hal-hal yang ditimbulkan oleh Sdr Zul dalam 'afidavit' pembelaan kes YB Lunas keluar PKR sokong Najib! Irrelevent!!!...... kata hakim coklat hacks..
ana setuju 100%..tak sangka pulak yb Zul boleh defend katak kaw kaw...dulu bukan main kawan tu meludah lagi....dia nak sangat main dgn prinsip satu jari tuding org 3 jari tunding diri sendiri...kahkahkah alahai kalau mcm tu lah..saya rasa tak lama yb zul nih...bolhe pulak menyokong tindakan keluar dari gagasan yang lebih islamik dan adil kepada barisan neraka perasuah..hahahha tak lama yb zul nih...esok lusa kite tgk lah..tah tah dia pun pakat nak lompat sama...hampas kerang betui lah....elok kalau esok dia nak lompat..kite mintak dia letak jawatan dari ADUN lah..gentleman sikit..suh dia bertanding balik atas tiket biru...tgk ada can ka tak
ReplyDeleteOrang dah lama suspect dia ni SB kerajaan...apa lu cerita.
ReplyDeletepelik juge yer, kalu dah ADUN Lunas keluar parti dan istihar sokong Najib...yb zul bleh defend lg...pelik, ke depa dah satu geng?
ReplyDeleteItulah demokrasi. Hari ini biru muda esok biru tua!! Ke sana pun demokrasi, ke sini pun demokrasi..
ReplyDeleteHari ini haram pilih kafir, besok halal pula pilih kafir, bahkan hampir wajiblah pula .. kan itu demokrasi..
Hari ini duduk semeja, besok menyorok bawah meja, di sini berkupiah, di sana berkepala botak, di sini takbir, di sana takebeer...dapat kat kita, sedekah; dapat kat depa kita kata rasuah... beri gula kacau, beri kain pakai, beri rasuah haram, sambil rasuah halal!!!
Ceramah dulu pasal negara Islam, ceramah sekarang pasal kapal selam, dulu nak laksana hudud, sekarang nak laksanakan makkhal sakthi .. dengan melayu Islam bertegas dan berkeras, dengan kafir laknat berlembut dan tunduk ..
kahkahkah
ReplyDeletebiar berlembut dgn kafir tapi mereka menghormati Islam...
buat apa nak berlembut dengan "melayu" kalau "melayu" sendiri bangsat sesama "melayu" dan islam
mintak sedara ni cek balik la apa maksud makkal sakti dgn negara islam...bukan ke negara islam itu menjanjikan keadilan untuk rakyat islam dan kafir???
awak barua umno..kutuk keji maki fitnah alih2 eh nak berbaik dgn pas pulak???
kahkahkah
dasar tak tau malu
kakakaka
sokong mrkolumpo...kih..kih..memang muka tak malu puak2 tu, biaq pi kat depa...
ReplyDeletedepa ni reti jaga perut dengan bawah perut saja...sebab cara depa pikiaq pun bukannya pakai kepala atas perut tapi pakai kepala bawah perut;
p/s: bukan saja nak kata tapi memang kena kata...nak buat macamana..!!
pak lang pun rasa pelik dengan YB zul ni....cakap banyak tak serupa bikin...memang cakap senang..cuba laksanakan dengan praktikal...jangan pandai berkukuk tapi tah apa-apa...
ReplyDeleteaper lah.
ReplyDeletekata setiausaha politik mb.
tapi cakap mcm setiausaha cawangan...
ada ker yb zul kutuk hang secara terbuka dalam adegan yb lunas lompat.
cuma dia kata, jaga tutur kata dalam menghina org. mentang-mentang yb lunas dh lompat, semua bende bruk dia nk londeh. sampai konon-konon masa b4 dia jadi yb, dia kawin 4 pun nk londeh.
come on bro.. bukan tu cara berpolitik... kalu buruk dia b4 jadi yb pun lu all nk londeh. lu all sama bodoh gaks..
dh tahu dia buruk masa b4 jadi yb, yang hangpa lantik dia jadi calon, menang then lantik jadi exco.
apa ceriter?
takkan nk kata, time tu kitorang tak tahu laks... adus.. dah lompat baru tahu tembelang ker?
takkan cam tu kot
Sapa layang menulis bagi pihak Pas Jalan Yadi ni..bengap betoi,buat malu PAS saja. Kalau tak tau jalan cerita janganlah dokcuba nak mengulas bela zul dgn radzhi tu pulak. Yang sdr setpol MB tulis ni adalah jawapan kepada tulisan Zul, bukan kutuk dia secara terbuka. Dia kena jawab bagi Zul dan orang macam budaj jalan Yadi ni tau bahawa membela katak sekor tu adalah satu kesilapan..dan tulisan itu telah mengguris hati pengundi, penyokong, ahli dan pimpinan Kedah yang bersusah payah mempertahankan kerajaan dari kerja jahat yang dibuat oleh YB Lunas tu selama jadi Adun dan jadi Exco. Hang belajar la dulu bertatih sebelum berlari...
ReplyDeleteMembela orang macam radzhi tu adalah satu penghinaan kepada orang yang terkesan dari kerja buat dia sebelum dan selepas melompat...
Mana dia ada sebut serita sebelum jadi Exco atau jadi Adun? Hang ambik mana tu...yang lantik dia jadi calon bukan PAS,tapi PKR yang juga diwakili oleh Zul. Dia jadi Exco pun atas kuota PKR yang juga diwakili oleh Zul, jadi Zul kena bertanggungjawab atas pembelaan dia atas tindakan melompat mengharu-harakan kerajaan dan parti.
Apa hang ni, toksah menulis atas nama PAS lakalau bengap sampai macam ni sekali.