Wednesday, August 5, 2009

Sambungan Pembangunan Negeri Kedah Perlukan Sistem Nilai dan Kayu Ukur Baru

TEORI-TEORI PEMBANGUNAN KOMTEMPORARI
[Bab ini agak boring dan pening, tapi mesti difahami]
Sebelum kita membina semula perspektif terhadap apa yang dipanggil pembangunan, dan menambahkan darjah Iman kita, bahawa Islam mampu menyelesaikan masalah manusia, mari kita soroti secara ringkas teori-teori yang menjadi asas pembangunan yang wujud sekarang.

Teori pembangunan melahirkan dua system – kapitalisme dan sosialisme. Kapitalisme dilahirkan oleh teori Neo-klasik (Adam Smith & Malthus :1950-an), dan sosialime dilahirkan oleh teori Neo-Marxisme (Paul Prebish & Henry G. Frank: 1960-an, dan diwarisi kepada orang seperti Hishamuddin Rais).

Selepas Perang Dunia ke-2, bagi membina semula keruntuhan akibat perang Neo-klasik mengemukakan teori pertumbuhan dan pengagihan pertumbuhan. Menurut mazhab ini, negara mundur kerana dua 2 sebab: 1. kepenggunaan (perlu ditingkatkan) 2. Halangan budaya (tidak menerima budaya luar, kekurangan usahawan, tiada inovasi, tidak mahu meminjam, dan tiada pengkhususan). Dua penyelesaian yang diberikan ialah menceburi perdagangan antarabangsa dan mendapatkan bantuan asing. Inilah aliran yang menguasai dunia sekarang selepas keruntuhan blok komunis.

Sementara Sosialisme yang melahirkan teori strukturalis akibat ketidakpuasan hati kepada klasikal, mengatakan perhubungan maju (center) mundur (pinggir) menguntungkan negara maju, pengagihan tidak sama rata dan perjanjian perdagangan berat sebelah. Kekayaan mereka dikaut oleh negera center. Struktur masyarakat di Negara pinggir menyebabkan agihan tidak sama rata, dan bertambah parah kerana struktur masyarakat dunia di center dan pinggir juga bersifat tradisional dan tidak sama rata.

Marxis (neo-Marxis) dan klasikal (neo-klasik) mengarahkan manusia kepada satu perkara – kemajuan material dan memaksimakan kepenggunaan. Mereka berada dalam dua andaian yang sama iaitu “Sumber alam terhad sedangkan Kemahuan tidak terhad” dan menganjurkan ciri-ciri masyarakat tradisi mesti dihapuskan. Klasikal (kapitalisme) – agihan diperingkat hasil pengeluaran manakala marxisme (sosialisme) – agihan mesti berlaku di peringkat factor pengeluaran (modal, buruh, tanah dan usahawanan).

Ringkasnya, daripada teori-teori manusia tentang pembangunan melahirkan empat perkara yang dikongsi oleh semua teori: 1) Manusia adalah makhluk ekonomi dan pengukur pembangunan ialah kepuasan kepenggunaan. 2) Kemajuan bermaksud membebaskan diri manusia dari tahyul (termasuk agama). 3) Sains yang diamalkan dalam tamaddun barat adalah ilmu tunggal untuk memahami alam- sumber lain tertolak. 4) Sejarah tamaddun barat adalah asas tunggal kewujudan manusia – mesti ditiru dan diterima.

Kesimpulannya,semua teori pemikir barat dan timur dalam aliran ini hanya membincangkan hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan alam.Tiada perbincangan antara manusia dengan Pencipta. Mereka berada dalam satu framework yang sama, tiada beza (kalaupun ada hanya dari sudut kaedah).

Ada orang mengatakan Islam adalah nilai-nilai positif dari system kapitalis dan sosialis – nilai-nilai negative system ini berada diluar dari Islam! Ini adalah satu kesilapan, hakikatnya, Islam berdiri dengan sendirinya, terkeluar dan terpisah dari semua kefahaman mazhab pembangunan jenis ini.
Kaedah dan system membangunkan Negara di seluruh dunia kiniadalah bersumberkan teori-teori aliran ini. Seolah-olah inilah matlamat Allah menjadikan dunia untuk manusia dan penghuninya.

Kritikan terhadap teori pembangunan kontemporari

1. Matlamat akhir mereka ialah pembangunan. Pembangunan mesti dicapai dengan adanya pertumbuhan ekonomi dan inilah punca segala kebahagiaan. Kebahagian dalam Islam ialah balasan Syurga di akhirat.

2. Andaian mereka sama – sumber alam terhad, sedangkan kemahuan manusia tidak terhad. Tidak pernah berubah dalam mana-mana teori. Dalam Islam, kemahuan manusia adalah terhad – dibatasi oleh agama.

3. Hanya bincangkan hubungan mendatar (vertical)- manusia dengan manusia dan manusia dengan sumber alam (hablumminannas). Ia tidak mengambilkira hubungan manusia dengan Allah (hablumminallah). Kalaupun ada ia adalah terpisah dan tidak bersepadu.

4. Berlandaskan analytical mind –bukti diperlukan dalaman alisis mereka. Islam ada dua asas iaitu berasaskan dalil aqli (logic akal) dan dalil naqli (wahyu).

5. Epistomologi (Teori falsafah ilmu pengatahuan - asas-asas, had-had dan sumber-sumber ilmu) bersifat eurocentric (keeropahan), western ethnocentric (kaum kebaratan). Memusnahkan norma dan nilai tempatan.

Bersambung……………….

No comments:

Post a Comment