Monday, August 31, 2009

Kota Siputeh... SPR nak sangat kuasa Speaker, Nah!! Ambiklah!


Apabila SPR mengambil alih tugas speaker DUN Perak untuk tidak mengosongkan kerusi Changkat Jering, Jelapang dan Behrang, tiada lagi kuasa speaker untuk mengistiharkan kekosongan kerusi Wakil Rakyat tanpa kajian dan pengesahan SPR. Demikianlah tragedi demokrasi Perak mengajar kita menguruskan kuasa di DUN dan mungkin juga Parlimen. Daripada Suruhanjaya untuk menjalankan pilihanraya, SPR kini telah melebarkan had kuasanya menjadi hakim untuk memutuskan bidang kuasa speaker DUN.

Tragedi Perak juga menunjukkan kepada kita banyak sisi gelap dalam demokrasi berparlimen, daripada doktrin pengasingan kuasa eksekutif, legislatif dan judiciary (kehakiman) - kepada campur aduk kuasa yang disahkan oleh perampas kuasa. Speaker boleh diusung keluar jika mahu diganti dengan orang lain, walaupun kaedah 'mengusung dan mengurung' tidak tercatat dalam prosedur dan undang-undang perlantikan speaker, Ia boleh dilakukan dengan bantuan polis!

YB Dato' Abu Hassan Sariff

Setelah menghalusi sindrom 'kelaparan kuasa' SPR dan aparatus awam dibelakangnya, Kedah melontar sebungkus sajian ke mulut mereka untuk mereka makan! Sila kunyah dan telan ramuan kota Siputeh untuk mengenyangkan kelaparan anda kepada kuasa.
Mengikut tafsiran YB Dato' Speaker (yang mendapatkan nasihat YB Penasihat Undang-undang Negeri) terhadap Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, Adun Kota Siputeh sekarang telah terlucut kelayakan untuk terus menduduki kerusi tersebut kerana gagal hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah sebanyak dua kali tanpa kebenaran Speaker. Saya ulangi, Tanpa Kebenaran Speaker..bukan Tanpa Memaklumkan Kepada Speaker melalui surat maupun lisan!
Kalau dibaca sebaliknya, jika pun YB Kota Siputeh memaklumkan beliau tidak dapat hadir ke sidang DUN, tetapi Speaker tidak benarkan beliau tidak hadir, beliau juga hilang kelayakan jika melakukannya dua kali. Jika mengikut kuasa yang diberikan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Speaker sudah boleh mengumumkan kekosongan Kerusi Kota Siputeh, tetapi kes Perak mengajar speaker Kedah untuk menyerahkan 'kuasa' itu kepada SPR.

Mengikut Undang- undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah juga, DUN hendaklah tanpa gagal bersidang sekali dalam tempoh enam bulan, jika tidak, Dun akan terbubar!
Andaikata, tiba-tiba SPR mengumumkan Kota Siputeh tidak kosong, Adun tersebut tidak hilang kelayakan walaupun tidak hadir dua kali tanpa kebenaran Speaker, seperti peruntukan di bawah Enekmen 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, lepas ini eloklah peruntukan tersebut dihapuskan sahaja. Adun-adun tak payahlah susah-susah datang ke Sidang DUN berapa kali pun yang depa suka, kerana tak ada apa-apa tindakan yang boleh dikenakan.
Sekarang bola di kaki SPR, pintu gol terbuka luas, penjaga gol dan pertahanan sudah diusung keluar.... kerana dicederakan ... kita tunggu SPR nak sepak ke mana! Mereka yang minta sangat bola itu...nah mainlah!

Thursday, August 27, 2009

Exco Baru Sudah Diperkenan Baginda Tuanku...Selamat Jalan "Romeo"..




Assalamualaikum kepada semua, selamat berpuasa dan menjalani tarbiyyah tahunan, semoga dihujung Ramadhan kita mendapat Taqwa, tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah s.w.t. Kalau dihujung Ramadhan ini kita rasa semakin dekat dengan Allah, menyerah diri kepadaNya dan makin merasai perlunya bergantung harap kepadaNya, maka bolehlah kita berhari raya sakan, kalau tidak, fikir semulalah, layak raya ka tidak!

Tengahari tadi berlakulah apa yang tidak diharap terjadi oleh YB Lunas. KDYMM Tuanku Sultan telah memperkenankan perlucutan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri daripada YB Mohamad Radzi Salleh dan diganti dengan YB Kulim, sepertiyang diminta dalam surat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Surat pekenan Tuanku Sultan dalam fail yang diminitkan oleh Baginda disampaikan kepada YAB MB lebih kurang jam 12.30 tengahari, dengan tulisan jawi (tulisan tangan) Tuanku sendiri. YAB MB dan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Kedah, YB Ahmd Kasim membuat sidang akhbar pada jam 2 petang memaklumkan hal itu.

Malam tadi, Majlis berbuka puasa YAB MB dengan Kakitangan Kerajaan Negeri, Persekutuan dan pegawai GLC, dijemput juga Ahli2 Majlis PBT. HAdir juga tadi ialah Sdr Aziz, PA YB Lunas yang diarahkan bertugas di kawasan Lunas 2 bulan dulu. Aziz sebelum ini bertugas di Wisma. Kata Aziz, YB Lunas tak bagi apa-apa isyarat pun untuk buat kerja bodoh itu. Cuma hari Rabu lepas, dia mengangkut semua barang-barang cenderamata dari pejabatnya di wisma dengan alasan nanti orang akan bagi lagi kepadanya.

Aziz pun terpalit juga dengan isu lompat kerana ada orang tuduh dia pun dapat habuan. Esok dia akan panggil sidang akhbar untuk membersihkan namanya. Memang antara tugas Aziz sebelum ini ialah memerhatikan gerak geri bosnya. Bila dia diarah bertugas di kawasan, dia belum syak apa-apa, tapi sentiasa berwaspada. Dalam isu claim dulu pun, dia sudah tak sedap hati, dan dia sudah memberi ingatan kepada bosnya supaya berhati-hati, takut melampaui had. Akhirnya kena juga!

Aziz kata dalam sebulan kebelakangan ini bekas bosnya tidak buat apa-apa kerja, ditinggalkan melambak fail yang tak terurus atas mejanya. Ada beberapa fail yang sudah diambil seperti minit2 mesyuarat Exco, apa nak dibuat dengan minit2 tu pun belum diketahui lagi. Tapi dia terikat dengan sumpah kerahsiaan jawatan Exco.

Saya mengesyorkan Aziz diambil bertugas dengan Exco baru nanti, dia sudah ada pengalaman dan dia staf yang cekap. Hatinya tulus, maka tindakan bekas bosnya itu adalah satu kesilapan besar yang tidak dijangka sama sekali. Kalau YB Zulkifli Noordin berpeluang berbual dengan Aziz, dia akan rasa tulisannya membela YB Lunas 2 hari lalu adalah satu kesilapan.

Tuesday, August 25, 2009

Maaf YB Zul... Afidavit Pembelaan YB Lunas Irrelevent!


Kagum juga membaca tulisan Sdr kita Zulkifli Nordin membuat pembelaan kepada YB Lunas yang memilih keluar parti dan menyokong Najib. maklumlah Peguambela & Peguamcara, kerjanya mencari sudut yang sesuai untuk membuat pembelaan. Saya tak salahkan Sdr Zul kerana itulah sudut yang dia nampak, atau sudut yang dibentangkan kepadanya oleh YB Lunas, dan diadun dengan pengalamannya sendiri menjadi MP Kulim.


Saya nampak mereka mempunyai persamaan iaitu kedua-duanya mendapat komplen dan rungutan yang banyak kerana tidak menjengok kawasan. YB Lunas tinggal di Jitra, Sdr Zul tinggal di Kuala Lumpur. Sejak akhir-akhir ini, memang YB Lunas kerap melawat kawasan, iaitu sejak dihebohkan dia membuat tuntutan perjalanan yang banyak, mencecah RM18 ribu sebulan, tetapi hanya lima kali membuat perjalanan ke kawasannya di Lunas. Mungkin juga dia ke sana tapi tak claim apa-apa. Adun-adun di sebelah kawasannya kerap komplen terpaksa cover Lunas kalau terjadi apa-apa bencana dan program masyarakat.


Sdr Zul pernah membuka pusat khidmat di Kulim, tetapi dilaporkan tutup sejak beberapa bulan dulu, signboard pun dah turun. Beliau lebih banyak di Kuala Lumpur, maklumlah Ahli Parlimen! Seingat saya, belum ada function negeri, majlis-majlis MB, Tuanku Sultan dan acara-acara besar yang disertai saudara Zul. Maaflah kalau saya silap dan tak nampak beliau hadir. Program terakhir kepimpinan PKR dan Wakil Rakyat PKR negeri bertemu MB pun beliau tak hadir.


Sdr Zul membangkitkan tiada peruntukan untuk berkhidmat kepada masyarakat, hanya mengharapkan elaun Adun dan MP. MP lain pun sama juga, tapi mereka menjaga kawasan dengan baik. Ala kadar! Bukan semua kerja MP meninjau kawasan kena duit! Ziarah, berjumpa, berdialog, membuat surat itu ini tak makan kos banyak, elaun MP 7-10 ribu sebulan tak habis untuk buat itu semua. Ada Wakil rakyat yang berkhidmat sebagai pembangkang zaman sebelum 2008, lagi dhaif, tapi khidmat mereka cemerlang. Tanyalah Adun dan MP PAS, bagaimana mereka survive.


Nak kata tak ada peruntukan langsung, itu mustahil! Adun ada peruntukan kecil tahunan RM100 ribu untuk bagi khemah, pinggan mangkuk, dan apa saja yang dalam kategori projek kecil (bukan insfrastruktur). Adun yang jadi Exco pula peruntukannya RM150 ribu setahun. YB Lunas dapat RM250 ribu kerana dia juga jadi Adun angkat Bukit Kayu Hitam. Peruntukan Kecil DUN Lunas tahun 2008 setelah dilanyak BN untuk pilihanraya berbaki RM30 ribu , dilonggokkan di pejabatnya sahaja, begitu juga di Bkt Kayu Hitam. Dah kira baik tu.... Musim raya, ada peruntukan khas, bulan puasa ada peruntukan untuk buat moreh di surau dan masjid. YB Lunas baru ambil peruntukan khas moreh RM10 ribu pada hari khamis lepas. YB Zul pun dapat RM7 ribu.


Saya bukan nak londehkan kawan-kawan, tapi kawan-kawan menulis kena tengok juga 'derita' yang dicipta YB Lunas sebelum dan selepas dia 'pergi' menyokong Najib. Bila sudah menyatakan sokongan terbuka kepada Najib dalam majlis membubarkan diri dari parti, apa lagi tanggapan yang boleh kita buat selain daripada dia sudah memusuhi kita? Apa yang direncana sepanjang menjadi Adun PKR, kenapa sering bertemu bekas MB (MK) di sini dan di KL. Kenapa tak dilapor kepada partinya, kerana pertemuan itu sangat besar ertinya bagi organisasi parti?
Kenapa melobi sehingga saat akhir untuk menarik 4 lagi menyeberang jambatan. Apa susah payah kawan-kawan lain mengepung dan menahan 'onar' yang dibawanya. Kenapa berkawan baik, berbincang hingga tengah malam dengan 'musuh-musuh' yang saban hari mencipta berita memburukkan kerajaan negeri? Bagi saya, sudah lama dia menari raggae dalam irama zapin, cuma Sdr Zul tidak sedar atau tidak ambil tahu. Maklumlah, Ahli Parlimen!

Jika Zul katakan dia berjiwa besar untuk melihat penyatuan melayu, duduk berbincang untuk kepentingan ummat, kena dia sahaja seorang diri membuat pertemuan tertutup di Kelab Cinta Sayang, dan di Kuala Lumpur? Kenapa diajak pula adun-adun PKR untuk berjumpa MK secara senyap-senyap? Kenapa tidak aturkan sahaja pertemuan atas nama parti, atau sekurang-kurangnya dua tida orang yang ada kuasa membuat perubahan atas nama perpaduan?


Nak dikatakan pejuang melayu tulen, jauh sekali. Sewaktu kes babi tempoh hari, orang cina marahkan kerajaan, terutama DAP, hingga ditimbulkan isu perkauman... dia diam sahaja, tiba-tiba dia pula memilih untuk melobi Adun PKR menyertai BN atas 'power blog' yang cuba dikepalainya... menyokong siapa yang mereka suka, hijau atau biru...


Teruk juga PKR hingga DSAI memanggil pertemuan khas di Yayasan Aman, Pananti. Hinggakan YB Sidam yang mempertahankan tindakan kerajaan PR dipanggil Mohamad Tan Chau Kang bin Abdullah.! Bersungguh-sungguh benar dia bekerja untuk menjayakan rencana ini. Zul mana tahu...dia di Kuala Lumpur makan nasi Lamb Mandy di Rausha, Ampang.
Zul tak payah mintak dia menoleh sejenak kepada PAS, kerana PAS baginya lebih teruk dari Yahudi...ini ungkapannya dalam 'kekalutan' kes Arumugam melepaskan jawatan tempoh hari ... YB MP Kuala Kedah boleh sahkan. saya tak akan lupakan kalimah itu! Dalam kes Arumugam, dia katakan kepada saya petualang yang merosakkan melayu di Kedah sudah berambus ... sekarang siapa petualang? Aru masih berkerja kuat untuk PKR dengan macam-macam program. Melepaskan jawatan Adun dan Exco dengan segala kemudahannya, bukan perkara kecil..kini dia menganggur! YB Lunas pulak pelik, keluar parti tapi nak jadi Exco lagi... takkan nak kata dia lebih baik daripada Aru?

Bagi kawan-kawan yang diamanahkan menjaga kestabilan kerajaan, derita yang dihadapi untuk menghadapi karenah YB Lunas terlalu pedih untuk diubati dengan hal-hal yang ditimbulkan oleh Sdr Zul dalam 'afidavit' pembelaan kes YB Lunas keluar PKR sokong Najib! Irrelevent!!!...... kata hakim coklat hacks..


Monday, August 24, 2009

Semuanya akan selesai segera

Alhamdulillah... mengadap sembah sudah, mohon perkenan sudah, tunggulah masa KDYMM Tuanku Sultan menitahkan secara rasmi kepada YAB MB akan hal menukar Exco yang keluar parti itu.


Semuanya berlangsung dengan baik dan harmoni di Istana Anak Bukit jam 3 petang tadi, menjelang jam 3.35, YAB MB keluar dari Istana dengan senyuman, nampak kekusutan akan terurai.

Sehari dua lagi ada la majlis angkat sumpah Exco baru.....

Exco Akan Berganti....?

Mana ada dalam dunia politik berparti, seorang calon bebas menjadi exco tatkala ramai calon yang setia kepada parti, yang lebih berwibawa dan dipercayai tidak diangkat?
Kelakarnya ialah MRS mengumumkan keluar parti dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri DS Najib, yang sah dari BN, tetapi tidak melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan kekal sebagai Adun. Dia boleh kekalsebagai Adun Lunas, tetapi perlantikannya sebagai Exco adalah atas kuota PKR. Tentu PKR mahu kuota itu diisi oleh Adunnya yang lain.
Exco Kerajaan dilantik oleh KDYMM Tuanku Sultan atas nasihat YAB Menteri Besar. MRS mendapat nasihat yang agak baik bila menyebut dalam sidang akhbarnya bahawa Exco dilantik oleh Tuanku Sultan, dan Tuanku Sultan sahaja boleh memecatnya. Sebab itu, pagi tadi, dia datang ke pejabatnya di Blok E Wisma Darul Aman tanpa rasa apa-apa. Oleh kerana yakin Tuanku Sultan tidak akan memecatnya, maka dia secara terbuka mengistiharkan dia akan kekal sebagai Exco.
Adakah di akan dibiarkan begitu sahaja? Tidak!!! Dia sudah menjadi bebas, tidak berparti. Exco dilantik atas nasihat YAB MB kepada Tuanku Sultan atas sifat keputusan kolektif Ahli-ahli Yang Berhormat yang menang dalam DUN. jika Exco boleh diisi oleh sesiapa sahaja, lebih baik lantik Exco yang baik-baik yang banyak pengalaman dari UMNO atau MCA! Saya katakan yang baik-baik...kaki rasuah, kaki bolot tak boleh, kaki cari kekayaan, tak boleh! Kalau melihat rekod MRS, dia tak jauh beza dari 'kaki-kaki' itu.
Apa yang dia hilang dengan keputusannya itu? Banyak juga...elaun Exco RM15-16 ribu akan menyusut ke elaun Adun RM4,500 sebulan. Pencen sebagai Exco hilang kerana dia tidak berkhidmat cukup 36 bulan. Apa yang dia dapat? Banyak juga la barangkali...
Dia ada beberapa bidang tanah di langkawi yang dibeli semasa menjadi Exco, dia ada kilang mencetak pakaian di Napoh, dia ada restoren di Shahab Perdana, dia ada beberapa isteri yang telah dikahwininya, salah seorang semasa menjadi Exco, tetapi sudah diceraikannya. Dia dapat banyak juga dah pun..kalau itu yang dia cari.

Sunday, August 23, 2009

Maka terjadilah ia seperti mana Qada dan QadarNya...

'Salam dan selamat berpuasa. Harap tidak disalah faham. Saya tidak marahkan PAS atau sahabat-sahabat dalam PAS, malah saya akan terus menghormati ustaz (Azizan) sebagai pemimpin, salam buat dia dan semua'. Inilah sms terkahir YB Mohd Radzi Salleh (MRS) kepada saya jam 6 petang ini semalam. Saya selalu juga menerima sms daripada MRS sejak kenal beliau sejak Mac 2008.
Nampaknya dia sudah nekad dalam karier poitiknya. Dia sudah mengistiharkan apa yang menjadi sok-sek politik Kedah sejak Mei 2008 hingga kini. Tahniah di atas keberanian menyerlahkan maksud hatinya.
Adakah Kedah akan tumbang dengan 'bom' pertama ini? Bukankah bom ini berangkai? Inilah politik Kedah, tidak sama dengan Selangor, Penang, Perak maupun Kelantan. Maka, mengambil pendekatan negeri-negeri itu untuk membandingkan dan mengesahkan Kedah terlalu perlahan adalah tidak adil dan tidak wajar.
Kedah tidak akan tumbang, jika pin bom berangkai ini ditarik satu persatu, malah letupan pertama akan jadi sia-sia bagi mereka yang memegang pin. Ada orang menyangka kita tidak tahu apa yang mereka rancangkan, padahal satu persatu plan mereka sudah dibaca. Ada satu sms MRS yang dihantar kepada saya bulan Januari lalu menyatakan dia berpolitik sejak dua puluh tahun dulu. Semua selok belok politik sudah dihadami dan hal remeh temeh seperti khabar angin bahawa dia yang menjadi 'lam' dengan bekas MB, malas dia ambil kira. Tapi saya ambil kira semua itu.
Ada ribuan orang dalam PAS yang berpolitik sejak tahun 60-an. Lebih 40 tahun sudah mengenali politik Islam dan politik sekular, yang mencari dunia, yang mana mencari balasan baik di akhirat. Kita himpun semua pengalaman itu untuk mengkayakan pengalaman jemaah dalam politik. Pengalaman jemaah tentu lebih kaya berbanding seorang dua yang membuat makar.
Yang mencari dunia, ambillah dunia sebanyak mana yang dimahukan, tapi bagi yang bershahadah, ingatlah balasan di akhirat, yang mengharapkan balasan baik di akhirat, Allah akan bentangkan dunia secara percuma... esok kita bercerita lagi... lepas YAB MB mengadap maklum Tuanku Sultan!

Saturday, August 22, 2009

Lawatan Ke Kg Batu Seketul - Mangsa Ribut

Bencana alam! 35 rumah dipukul ribut di Kg Batu seketul 17 Ogos lalu. Kawasan kampung yang didiami masyarakat siam paling teruk, dengan 29 buah rumah terlibat, 5 buah rosak sama sekali. Kawaan wat dan perkuburan yang dibina tempat sami mengajar anak-anak mereka juga beberapa batang pokok meranapkan beberapa bangunan.


Banyak yang terpaksa dibaiki...YB Mani, Exco Hal Ehwal Masyarakat Siam...nak buat camna ni?


Ketua Sami Wat Telok Wanjah - Ketua Pelatih Sami Seluruh Malaysia.

Rumah ini musnah sama sekali, ditimpa pokok durian, pemiliknya ada di dalam rumah sewaktu kejadian...memeluk cucunya dan berdoa. "Kalau tengok rumah, orang ingatkan saya dah mati" Kata pemiliknya, warga emas berusia 70 tahun.



Di belakang ialah tempat memasak sami-sami yang mendiami Wat dan kawasan perkuburanini.
Selain saya dan YB Cikgu Yahya Abdullah (YDP PAS Kawasan Sik), lawatan ini turut disertai YB Manikumar, Sdr Ismadi dan Sdr Boon Chai. Turut berada di sana ialah Sami Utama Negeri Kedah, Tok Tan Ai Lap dari Wat Telok Wanjah. Pihak YB Manikumar akan segera mengikhtiarkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
Sebahagian bumbung terpaksa diganti sementara dengan plastik dulu...

YAB MB Ceramah di Permatang Pasir semalam


Malam tadi, macam ahli dan pimpinan PAS yang lain, MB berceramah di Permatang Pasir. Dalam ceramah yang sama, turut berucap ialah YB Prof P. Ramasamy,Timb Ketua Menteri 1, bekas ADUN Jawi, Johari Kassim dan lain-lain. "Lepas Permatang Pasir kita pi Kota Seputeh pulakk" Kata beliau.

Thursday, August 20, 2009

Petikan Dari Penyapulidi09.blogspot.com Tentang Analisa Merdeka Review

Analisa Merdeka Review Sarat Dengan Api Perkauman
Oleh: Penyapulidi09

Sekilas pandang

Merdeka Review dalam analisa yang diterbitkan pada 5 Ogos 2009 oleh Chan Wei See bertajuk “Kerajaan PR Kedah Mungkin Terkubur” membangkitkan isu-isu berikut:
1. Dasar-dasar yang dikatakan bersifat perkauman
2. Isu kuota 50% dalam perumahan dan reaksi REHDA
3. Isu perobohan rumah sembelih babi
4. Prestasi lemah Exco yang mewakili kaum cina
5. Lompat parti

Tajuk-tajuk yang dipilih sangat menyeramkan, antaranya Kerajaan PR Kedah Mungkin Terkubur, Kedah Di bawah PAS Akan Tinggal Sejarah, Kualiti Barisan EXCO Rendah, Dasar Cetus Kemelut Di Kedah, ‘Kami Rasa Tertipu’, Peranan Phahrolrazi Di pertikai, dan macam-macam yang sinonim dengannya.

Kesimpulan saya, analisa ini bersifat ‘Chinese-centric’, racist and arrogant (kecinaan, perkauman dan sombong). Saya tidak menafikan kemenangan PR di Kedah dan negeri-negeri lain dalam PRU 12 ialah kerana tongkat UMNO dalam BN iaitu kaum Cina dan India beralih arah dalam tsunami berskala sederhana. Tetapi apakah wajar ia dijadikan peluru untuk menggertak kerajaan dan merobek perasaan Melayu di Kedah dengan hanya melihat seluruh dasar dan perjalanan kerajaan dari mata yang sepet?

Dasar Perkauman atau buta sejarah?

Analisa ini dipopularkan oleh pihak-pihak tertentu dalam komuniti cina untuk menggertak kerajaan PR di Kedah supaya tunduk dan berundur. Paling besar gesaan mereka ialah dasar kuota perumahan 50% dibatalkan kerana itulah punca kemarahan orang-orang cina di Kedah.

Isu ini ialah isu pemaju, bukan isu kaum. Pemaju terpaksa membina rumah yang mampu dibeli oleh kaum melayu. Mereka terpaksa merendahkan margin untung projek perumahan kerana tak ramai melayu yang mampu beli rumah dengan harga RM300 hingga RM500 ribu. Kerana itu REHDA bising.

Saya berpendapat ini bukan analisa objektif, tetapi inilah perjuangan semua parti yang bersifat perkauman cina baik MCA, Gerakan maupun DAP. Isu perumahan 50% sangat kecil berbanding dasar-dasar lain yang menyerlahkan kewibawaan, ketelusan, kelebihan dan ketulusan PR berbanding BN. Isu ini berkaitan swapping Tanah Rizab Melayu (TRM) dengan tanah free hold – mana-mana TRM (yang tidak boleh dijual kepada selain melayu) jika dijadikan tanah free hold - supaya boleh dijual kepada bukan melayu - 50% kawasan itu mesti dijual semula kepada kaum bumiputera. Fakta yang jelas ialah Swapping hanya melibatkan 15% sahaja dari keseluruhan permohonan membangunkan projek perumahan di Kedah.

Kerajaan juga telah mengadakan release mechanism untuk menyelesaikan tambahan 20% dalam kuota Melayu yang tidak dapat dijual. Apalagi mereka mahu? REHDA sudah bersetuju, tetapi Merdeka Review membutakan mata, sebuta perjuangan perkauman parti-parti kaum cina.

Jika itulah puncanya dikatakan kerajaan PR lebih bersifat perkauman Melayu dari BN yang tidak berubah selama 50 tahun, saya cadangkan swapping tidak dibenarkan di Kedah (no more swapping). Kenapa kadar 15% ditonjolkan sehingga seolah-olah semua kaum cina akan tidak dapat membeli rumah lagi di Kedah, sedangkan kaum Melayu yang kehilangan TRM yang tidak diganti melibatkan ribuan hektar, atau diganti dengan tanah-tanah di ‘hujung kampung’ yang rendah nilai pasaran dan tidak ekonomik, tidak pernah berkata apa-apa. Tanah Free hold - pakai dasar lama (70-30) yang tidak dipertikaikan, TRM - 100% jual kepada Melayu. Tutup cerita.

DAP Jangan Jadi Alat MCA dan Gerakan!

DAP mendakwa berjuang untuk semua kaum atas dasar sama rata (sosialis) dan menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia yang bersifat sekular. Maka mereka bergabung dalam PR untuk meruntuhkan kebejatan BN. Saya ingin mengingatkan DAP yang melompat sakan dalam isu ini supaya menoleh sejenak sejarah dan reality berkaitan tanah. Jika perjuangan DAP untuk semua kaum, perjuangkan juga isu TRM yang telah hilang ribuan hektar selama ini, kerana TRM telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Lihat juga negeri yang diperintah oleh DAP di Pulau Pinang. Kawasan Komtar, Georgetown, Bayan Baru, Bayan Lepas dan Bukit Jambul asalnya adalah tanah milik Melayu, siapa yang mendominasi kawasan itu sekarang? Ada ribuan ekar tanah wakaf umat Islam di Bandar Georgetown yang didiami oleh kaum cina, nilainya sekitar 30 bilion! Ke mana kaum Melayu dihambat di zaman Gerakan memerintah P. Pinang? Melayu hanya merungut dan merungut tapi tidak mengugut, kerana apa? Kerana UMNO Pulau Pinang yang ada 13 kerusi berbanding Gerakan 8 kerusi DUN telah ‘dimandulkan’. Itukah yang DAP, MCA dan Gerakan mahu lakukan dengan gertakan Merdeka Review di Kedah? Maaf, saya tidak fikir ia boleh berlaku di zaman YAB Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar. Dia orang yang tidak gentar dengan gertakan sesiapapun. Cubalah!

Siapa David Lim?

Merdeka Review cuba digunakan oleh orang seperti David Lim untuk menimbulkan keresahan PR di Kedah, dengan menterjemah dan mengedarkan address laman web itu melalui SMS. David Lim adalah individu yang telah ditolak oleh kaum cina di Kedah. Pada satu ketika dia seolah-olah mahu mengistiharkan diri sebagai “Menteri Besar orang cina” di Kedah, gara-gara menerima Anugerah Pejuang Isu Cukai Tanah ( yang dianjurkan oleh DAP).

Dia mahu aturkan semua hal berkaitan Cina di Kedah. Bila tewas dalam perebutan jawatan di Dewan Perniagaan Cina, dia menimbulkan isu PAS melupakan jasanya. Saya ingin tegaskan, kempen tandatangan Kempen Menurunkan Cukai Tanah sebenarnya dijayakan oleh PAS. 80% tandatangan itu dikumpulkan oleh PAS melalui ceramah dan gerakan di cawangan-cawangan PAS. Di situlah dia mengenali PAS yang ingin ‘dikuasainya’, mana mungkin?

Kini David Lim membuat jaringan dalam Persatuan Pembayar Cukai pula yang diterajui oleh Syed Mansor. Syed Mansur pada satu ketika pernah memujuk YB Tan Chau Kang (Adun Sidam) untuk melompat parti pada November 2008. Mujurlah YB Tan lebih cerdik dan lebih teguh perjuangannya daripada David dan Syed Mansur.

Kini David marah lagi dengan keputusan kerajaan mengenakan lesen rumah burung walit di Kedah supaya ia menjadi industry yang terkawal dan kegiatan yang sah. Dia juga merupakan “raja walit” di Kedah!

Exco PKR diketepikan dan DAP tidak mendapat kerusi Exco.

Adakah wajar menyalahkan pihak lain jika wakil kita tidak berupaya dan gagal? Memang benar YB Tan Wei Tsu tidak menyerlah prestasinya kerana dia hanya tukang urut yang diangkat menjadi Exco. Semua orang cina tahu hal ini. Kenapa dia tidak dibantu oleh pakar-pakar cina untuk mengangkat dan menangani semua isu berkaitan cina? Kursuskan dia, ajarkan dia, lantik pegawai khas yang cerdik membantunya, jangan hanya tahu menghentamnya dan melantik pembantu yang menulis surat ke Putrajaya dengan ayat bahasa cina yang diterjemahkan ke bahasa Melayu. Pelik benar bunyinya! Dalam hal ini, saya nampak ada kecenderungan Merdeka Review untuk menyalahkan Melayu yang dikatakan diwakili PAS di atas kelemahan cina, adilkah begitu?

DAP tidak mendapat tempat Exco di Kedah, sama dengan PAS di Pulau Pinang. Masing-masing ada satu kerusi. PAS terima hakikat satu kerusi di P.Pinang tidak cukup untuk menuntut kerusi Exco, DAP pun patut begitu juga, kenapa Merdeka Review cuba mengapikannya?

Kenapa Phahrolrazi bersalah?

Salah Phahrolrazi ialah kerana beliau menjalankan tanggungjawabnya sebagai Exco Kerajaan Negeri yang mengumumkan dasar kerajaan berkenaan tanah. Dia umumkan keputusan mesyuarat Exco, yang sepatutnya bersifat kolektif setelah dibahaskan dalam mesyuarat. Malangnya, Merdeka Review dan kaum cina Kedah, termasuk Exco tertentu menuding jari kepadanya untuk menanggung keputusan mesyuarat. Apa niii?

Lompatlah!

Akhir sekali, Merdeka Review katakan ada yang ingin melompat, hingga dipandang serong oleh ahli parti sendiri, kerana dasar perkauman kerajaan dan diketepikan dalam membuat keputusan. Saya berpendapat melompat ialah sikap orang tamak yang hilang upaya intelektual dan karisma kepimpinan. Mereka menyangka dengan menjadi Wakil Rakyat dan Exco, mereka telah terjun dalam telaga Emas. Maka mereka boleh ambil emas sebanyak yang mereka mahu. Rupanya tidak! Kerajaan PR ialah kerajaan rakyat yang memegang amanah rakyat, kerajaan yang telus, sifar rasuah, menutup ruang mengkayakan diri dan kroni seperti yang dibuat oleh BN.

Mereka berada dalam kerajaan yang mengembalikan hasil mahsul negeri untuk kesejahteraan rakyat. Mereka tidak boleh merompak harta negeri. Kerana sedar diri bahawa orang seperti mereka tidak akan mendapat tempat lagi dalam pilihanraya akan datang, hilang gaji RM16 ribu sebulan, hilang elaun Adun RM4500 sebulan, sahutlah tawaran RM5 juta untuk seumur hidup! Hal ini tidak ada sangkut paut dengan dasar perkauman, tetapi berbalut dengan sifat tamak dan dijangkiti sindrom B one N one.

Merdeka Riview adalah propaganda MCA, Gerakan dan BN untuk tumbangkan PR Kedah.

Kerana BN sedar, dengan sokongan masyarakat cina, PR tidak mungkin dapat ditumbangkan. Untuk menjarakkan cina dari PR, maka kemarahan mereka mesti dibangkitkan dengan api perkauman. Isu 50%, pusat sembelihan, prestasi Exco dan lain-lain hanyalah bahan bakar. Rumah ialah keperluan asas manusia, maka isu swapping yang hanya 15% dijadikan factor utama membenihkan kebimbangan kalangan kaum cina tidak ada rumah untuk dibeli lagi. Cina di Kedah masa akan datang akan merempat di bawah jambatan kerana PAS dan Melayu sudah merampas 20% lagi kuota yang mereka dapat sebelum ini. Ini tidak berani dibuat oleh UMNO sebelum ini. Maka, Kedah harus dikembalikan kepada BN dan UMNO yang boleh ditundukkan dengan gertakan dan rasuah. Lupakan saja komposisi kaum di Kedah yang didiami oleh 1.5 juta Melayu, 240 ribu cina, 167 ribu India dan 30 ribu siam.

Alahai Merdeka Review!!!! Propaganda ini terlalu murahan. Ramai lagi kaum cina di Kedah yang selesa di bawah PR yang setahun jagung ini yang melaksanakan langkah jimat cermat, membantu sekolah persendirian cina, membantu pesta kebudayaan, memberi ruang kepada persatuan dan pertubuhan cina bergerak, mendengar dan menimbangkan permintaan, boleh berbincang, mudah ditemui, dan mengutamakan seluruh rakyat. Kemusnahan hubungan kaum, rasuah, boros, bolot, lemah prestasi, lembab, tamak dan sinonimnya di zaman BN lebih parah dari isu yang cuba diapikan dalam analisa Chan Wei See. Saya jemput dia membuka matanya di Kedah!!

posted by PENYAPU LIDI

Thursday, August 13, 2009

PARIA PADA SIKAP BUKAN PADA DARJAT...AGAKNYA...

Perit dikatakan ‘paria’ oleh seorang Adun PKR dalam sidang DUN 9 Ogos lalu, pemimpin BN dan UMNO Kedah sedang sedang menderita dan kemarahan. “Paria” itu diungkapkan YB berkenaan kerana BN sedang menyerang kerajaan Pakatan Rakyat kerana belum meyelesaikan isu penempatan semula rumah sembelihan babi di Sg Tok Pawang. Sedangkan isu itu berlarutan sejak 1993 hingga tahun ini.

Apabila terdapat cadangan memindahkan rumah itu ke Pokok Sena dan Pendang, ahli-ahli UNO/BN juga yang mengadakan demontrasi membantah. Akhir sekali, di Sg Tok Pawang, mereka juga yang mengadakan demontrasi membantah penempatan semula itu melalui JKKP dan ahli-ahli parti komponen BN. Apa yang mereka mahu? Pusat sembelih tanpa lesen di tengah bandar, atau penempatan semula di tanah ladang yang jaraknya 4 kilometer dari penempatan orang ramai? Di lokasi itu juga sudah diternak babi sejak puluhan tahun!

Apabila kerajaan PR bertindak untuk menyelesaikan masalah ini, mereka menghalang, bila tidak selesai mereka mengata itu dan ini dan menghasut kaum cina membenci dan mengutuk kerajaan dan Adun-Adun PR. Maka YB Adun Kulim melahirkan kegeraman kepada semua wakil BN dalam Dewan Undangan Negeri dengan mengatakan mereka seperti ‘Paria’.

Maka paria itu diulaslah oleh semua orang termasuk ‘Menteri Bahasa’ Dr Rais Yatim, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ahmad Bashah dan pimpian UMNO yang lain. Teruklah YB Kulim dihentam.

Saya katakan, tidak ada kasta dalam masyarakat mana-mana pun, semua manusia adalah sama, setaraf dan sedarjat. Tapi perangai dan kelakuan (habit) manusia tidak sama. Dalam percakapan harian, manusia yang terlebih baik dan mulia dari orang lain kekadang digelar tok wali, keramat hidup, tok lebai, yang bukan Islam tok than, tok sami, dan macam-macam lagi. Yang teruk sangat daripda orang lain ada gelaran juga macam pelesit, jin, rewang, melaun, lanun, …….. “Paria” yang dimaksudkan oleh YB Kulim itupun dalam kategori inilah juga, agaknya……….

Monday, August 10, 2009

Dasar dan Sistem Kerajaan Melahirkan Ekstrimis Biadap

(Terima kasih kpd yang sentiasa memberi ingatan dan nasihat yang baik untuk saya dan orang lain....saya tak sedaq sungguh dah masuk bulan Ogos la ni..dok ingat Julai lagi)

Pertama sekali rasanya belum terlambat untuk saya sama-sama mengutuk tulisan dan sikap sesetengah wakil rakyat dan Exco DAP (kebetulan mereka dalam DAP) yang bagi saya melampaui ultra rasist, sudah sampai ke kemuncak Islam phobia yang berjangkit dari Yahudi dan bangsawan barat. Saya juga tidak menolak bahawa orang macam ini juga ada dalam MCA, Gerakan, MIC, dan parti -parti berasaskan bangsa dan kaum.
Saya kehairanan kerana selama puluhan tahun bercampur gaul dengan Melayu Islam dan kaum-kaum lain di Malaysia, Dasar Integrasi Nasional, Dasar dan Falsafah Pendidikan (pelajaran), dan semua dasar negara untuk memupuk perpaduan, saling memahami, hormat menghormati dan lain-lain telah GAGAL membentuk manusia seperti mereka. Saya yakin, jumlah mereka bukan 1,2 atau 3 sahaja. Nama mereka bukan setakat Jeef, Ronnie dan Loke sahaja... mereka lebih ramai dari itu.
Sebelum mereka berada dalam DAP, mereka di mana? Tadika, Sekolah Rendah, Menengah, Universiti, di alam pekerjaan, di rumah, dalam persatuan, di pasar, dalam komuniti mereka dan di mana sahaja interaksi berlaku. Apakah environment sosial di negara ini tidak bisa memberi mereka sedikit kefahaman dan rasa hormat? Lalu, apa perlu dibuat? Biarkan saja? Siapa yang membina sikap yang sarat dengan kebencian dan kejahilan ini? Apa yang terbina dalam 52 tahun mengisi kemerdekaan?
Amat janggal juga sikap sesetengah orang yang tidak memehami sejarah. Apakah kerana sikap segelintir manusia seperti mereka yang biadap, maka kesalahan dilonggokkan kepada Pakatan Rakyat? PR baru berusia 1 tahun 7 bulan. Environment negera yang dibina oleh pemerintah Barisan Nasional sudah berusia 52 tahun! Malah lebih tua dari itu jika dikira sejak sistem pendidikan dan prasarana sosial dibina di zaman penjajah.
Saya yakin penuh bahawa tidak ada pimpinan PR yang beragama Islam berbangsa melayu yang tidak tersentuh, tidak marah dan redha dengan sikap orang-orang ini. Malah, yang tidak Islam dan tidak Melayu pun saya yakin tidak selesa dengan sikap mereka. Saya mohon, berikan sedikit masa dan ruang kepada PAS menunjukkan rupa paras dan sentuhan Islam yang sebenar kepada orang ini, yang hanya kenal Islam 'tak cukup segi' yang ditunjukkan oleh pemerintah sepanjang 52 tahun ini.
Saya lebih bimbang orang seperti mereka yang berselindung dibalik kuasa yang lebih besar yang belum berani 'berbiadap' seperti mereka, atau biadap dalam cara yang lebih halus dan licik. Mereka ada di dalam semua parti, semua kaum, dan semua komuniti.
Mengapa menyumpah seranah 'output' yang cacat sedangkan mesin dan kilang telah lama rosak?

Sunday, August 9, 2009

Saya Tak Tau Pulak Bukan ADUN yang Panas dengan soalan saya

Saya tak mau la menzahirkan ketawa saya dalam bentuk huruf dan ayat, tapi memang saya ketawa bila baca satu blog yang tak pernah sungguh yang dicoret oleh ekeng etong, watak dalam wayang kulit yang bawa cerita dalam kitab hindu zaman dulu kala. Cuma zaman lani watak ni boleh bawa macam-macam watak dalam wayang kulit moden... biasalah.
Oleh kerana blog ni free, tak kena bayar untuk menjawab, jadi saya pun nak bagi tau la sikit hal sebenar kepada ekeng etong ni.. Saudara..
  • Soalan-soalan saya tu hanya imaginasi saya, kalau saya jadi wartawan yang bertugas buat liputan PC tu.. bukan nak ajar wartawan pula..saya bukan pernah jadi wartawan macam Man kawan saya tu. Mana ada wartawan tengok blog saya ni. Depa tentu dah ada skop dan fokus depa sendiri bergantung kepada sapa depa bertanggungjawab. Kalau depa tulis panjang, kekadang dipendekkan, kalau positif dinegatifkan, kalau negatif dipositifkan oleh bos-bos depa..ini semua orang tau..kalau dalam wayang kulit, memang benda ni tak dak.. apa yang ditayang di belakang layar, itulah yang terpapar dilayar. Tapi dalam dunia real, ia tidak berlaku.
  • Saya tidak memanggil PC, itu kerja orang lain, boleh cek dengan mana-mana wartawan kalau-kalau depa dapat invitation daripada saya.
  • PC tu pun saya yang batalkan, dan minta SU Akhbar maklumkan kepada wartawan yang menerima jemputan.

Terima kasih di atas keperihatinan saudara.

Sidang Akhbar DiBatalkan

Atas pertimbangan semula bahawa akan ada sidang akhbar pada hari sidang DUN iaitu 9 Julai 09, maka sidang akhbar khas di Seri Mentaloon ditangguhkan. Esok la kita tanya soalan-soalan tu semua. Tapi saya lebih berminat pada jawapan yang telah diberikan secara tidak langsung sejak Mac 2008.
Mac 2008 membuktikan BN ditolak, semua parti dalam BN ditolak oleh rakyat. Rakyat memilih untuk tidakmengundi BN. Pengganti BN mesti lebih baik, lebih efisyen, lebih bersih, lebih berintegriti, lebih...lebih..itu dan ini. Tapi yang ganti BN juga adalah manusia hidup!
Hidup yang paling baik ialah hidup bersama orang lain, berjemaah, bersosial dan berkerjasama dengan ada peraturan, matlamat dan ada sempadan. Peraturan, matlamat dan sempadan inilah yang diajar oleh agama. Semua yang dilalui sepanjang hidup adalah satu set ujian dari Allah s.w.t. Ujian untuk membuktikan kita adalah hambaNya, dan khalifah untuk mentadbir muka bumi ini. Jika kita gagal, ada balasan, jika kita berjaya, ada balasannya juga. Di akhirat kita akan hidup selama-lamanya, derita atau bahagia bergantung kepada lulus atau gagal kita dalam ujian membuktikan kehambaan kita kepadaNya. Inilah intipati hidup berteraskan Islam.

Saturday, August 8, 2009

Kalau saya jadi wartawan, apa saya akan tanya di Mentaloon esok...

Bila dah dengar macam-macam cerita tentang Adun-adun di Kedah pasai nak lompat, pasai berjumpa MK, pasai tawaran dan macam2 hal, esok saya akan tanya kat depa semua soalan ni...pada YB PKR dulu..

1. YB, benarkah ada tawaran dari pembangkang untuk YB melompat parti, dan berapa jumlahnya?

2. Kenapa YB saja yang selalu dikaitkan dengan cerita lompat melompat ini? Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang?

3. Adakah YB mempunyai hubungan yang baik dengan bekas Menteri Besar, MK? Berapakali YB berjumpa dengannya sejak beliau menjadi Ketua Pembangkang, dan selalunya perjumpaan diadakan di mana?
4. Adakah YB kecewa dengan kerajaan sekarang?
5. Adakah YB mempunyai hubungan yang baik dengan EXCO dan ADUN-ADUN dari PAS dan DAP?
6. Adakah YB akan mempertahankan kerajaan sekarang daripada dirampas oleh pembangkang dalam waktu ini dengan cara membeli Adun dan dalam pilihanraya akan datang?
7. Apa fokus utama YB apabila dipilih menjadi Adun dan Exco kerajaan sekarang? Bagaimana prestasi kerja YB setakat ini?
8. Adakah YB sanggup menghadapi susah payah berkorban dari segi masa dan wang ringgit apabila memilih untuk bertanding dalam Pakatan Rakyat dalam PRU 12 tahun lalu?
9. Adakah YB juga mengejar kekayaan apabila menjadi ahli politik?
10 Jika ada pihak mendedahkan dengan saksi dan bukti2 bergambar dan bersuara bahawa YB pernah berjumpa dan berbincang dengan bekas Menteri Besar tentang rancangan melompat parti, adakah YB akan mengaku?
11. Apa pesanan dan ingatan YB kepada pembangkang di Kedah pada waktu ini?
13. Di mana YB berada pada 3hb Julai 09 pada jam 10.30 malam hingga 1.00 pagi?
Terima kasih YB atas jawapan yang sangat meyakinkan saya.....
************************************************************
Kepada YB PAS pulak...
1. Adakah YB juga menerima tawaran atau pujukan dari pembangkang untuk melompat parti?
2. Jika YB ditawarkan dengan wang yang banyak dan jaminan keselamatan, adakah YB akan melompat parti?
3. Adakah YB tahu perkembangan Adun-Adun yang melompat keluar parti dan menumbangkan kerajaan PR di Perak?
4. Apakah pandangan YB terhadap sikap dan tindakan yang akan diambil oleh pengundi dan ahli parti YB jika YB melompat parti?
5. Apa pandangan YB terhadap rancangan DSAI untuk merampas Kerajaan Persekutuan pada 16 September yang lalu? Adakah ia berbeza dengan khabar angin di Kedah dan yang telah berlaku di Perak?
6. Apakah kesanggupan YB untuk mempertahankan kerajaan PR di Kedah dari segi wang ringgit, masa dan pengorbanan yang lain?
7. Apa matlamat YB menjadi ahli politik, memasuki pilihanraya, menjadi ADUN/EXCO dan menubunhkan kerajaan?
8. Apa pandangan YB terhadap pembangkang di Kedah sekarang?
9.Kenapa banyak komplen daripada rakyat terhadap PBT khususnya dari sudut sampah dan perkhidmatan lain?
10. Adakah kerosakan, kebocoran dan salahurus tadbir yang YB dakwa dilakukan oleh kerajaan dulu sudah dapat diatasi?
Terima kasih atas penjelasan YB..
*****************************************************************
Tanya kat ADUN DAP pulak?
1. Apakah perjuangan DAP untuk satu kaum sahaja atau untuk semua kaum?
2. Adakah YB faham polisi 50-50 dalam isu perumahan di Kedah, dan adakah YB menyokong polisi ini?
3. Bagaimana tanggapan YB terhadap kerajaan sekarang, adakah YB dapat menyesuaikan diri dengan parti PAS dan PKR?
4. Adakah YB mencari kekayaan dengan menjadi ahli politik?
5. Apa tanggapan YB apabila terpaksa menghabiskan banyak wang dan masa untuk menyelesaikan masalah rakyat?
6. Jika terdapat tawaran untuk meninggalkan DAP dan menjadi Adun bebas untuk menumbangkan kerajaan sekarang, adakah YB akan terima seperti Adun DAP di Perak?
7.Pada pandangan YB, apa prestasi kerja YB sekarang?
8. Kenapa YB selalu menyebut kerajaan sekarang sebagai kerajaan PAS sedangkan YB juga sebahagian daripada kerajaan?
9. Jika Perlembagaan Malaysia mengizinkan kerajaan2 negeri melaksanakan hukum Jenayah Islam, adakah Yb akan meninggalkan PR?
10. Jika YB diberipeluang bertanding semula dalam PRU-13, adakah YB akan bertanding?
Terima kasih YB.
***************************************************************
(Ish! Jawapan semua macam ni, adakah editor aku nak potong ni... kalau masuk bakul sampah semua macam mana pulak?..Nasib badan la..nak siar ka tak siar ka, asignment aku dah siap...tunggu esok laaa nak masuk ka dak)

Sidang Akhbar Khas Esok, Jam12 Tengahari Di Mentaloon

Ketua Whip Dewan Wakil-Wakil Rakyat PR Kedah (ADUN PR) YB Dato' Hj Phahrolrazi Zawawi akan memanggil sidang akhbar esok, jam 12 tengah hari bertempat di kediaman Rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon.

Sidang ini bertujuan menzahirkan solidariti Adun-Adun PR yang dikhabarkan sedang ditawarkan ganjaran untuk melompat ke 'seberang sana'. Keputusan ini diambil dalam mesyuarat khas "Pre-council" sempena sidang Dewan Undangan Negeri pada 9 Julai 09 (hari ahad) nanti.

Semua Adun yang digembar-gemburkan atau pernah dikaitkan dengan langkah itu akan hadir bersama seluruh Adun dan exco yang lain. Sidang akhbar khas itu nanti diharap dapat menamatkan spekulasi yang bertiup kencang setiap kali menjelang sidang Dewan Undangan Negeri.

"Kita tak mahu lagi mendengar dan memberi ruang kepada musuh memainkan perang saraf memecahkan dan melahirkan kebimbangan di kalangan raktyat dan kerajaan dalam hal ini lagi. Selepas ini tumpuan hanya akan diberikan kepada usaha memajukan negeri dan rakyat. Khabar-khabar ini perlu diberi nokhtah terakhir supaya tiada gangguan kepada kerajaan dan rakyat."

"Kita juga ingin memberi ingatan kepada pembangkang supaya tidak mengulangi kesilapan di Perak akibat tidak menghormati demokrasi dan pilihan rakyat. Tunggu saja PRU 13 untuk merampas negeri ini jika mampu. Kalau ada wang yang banyak pun, gunakanlah untuk kebajikan dengan menderma dan bersedekah kepada orang miskin, anak yatim dan ibu tunggal, itu lebih baik". Kata Dato' Phahrolrazi.

Semua wartawan dijemput hadir.

Thursday, August 6, 2009

An Interview With Mike Castillo - Editorial Director Asia-Pacific, World Report - London.- Full Transcript



Transcript of the interview with Y.A.B. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak
Menteri Besar Of Kedah Darul Aman, Malaysia.

World Report: We would like to balance with what the government is saying about Malaysia with what the coalition is doing in the five different states where your party governs. If you could please start with giving us a brief introduction on that?

Y.A.B Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak: We used to have our opposition state before in Kelantan. It was only in the last election, 2008, that we captured five states which were Kedah, Kelantan, Penang and Selangor. Perak has gone so we are left with four states. There are different natures with these four states. First you must remember the historical background of the Malaysian political system which goes back to colonial period. We have so called strict settlement states similar to Penang, Singapore and Melaka which were totally under the British. Pahang, Negeri Sembilan, Selangor and Perak have their own style compared to Kedah, Perlis, Kelantan, Johor and Terengganu. The culture and the legal systems have a difference. Therefore we have had to make some kind of adjustment. For instance if something is legally implemented in Penang we cannot always implement it in Kedah, or sometimes Kedah and Kelantan can implement it but we cannot implement it in Selangor. This is based on the composition of the population. For example in Kedah Malays are dominant, as well as in Kelantan, but when we are talking about Islam, Kelantan is better than Kedah because Kelantan is stricter. Therefore sometimes with the agenda in Kedah you will find it different compared to Penang. Sometimes with some policies when we are fighting for justice or against corruption we share common grounds. However when we are sometimes talking about some sectors, the rights of Malays for example, the rights of some minority groups for example, here is where we encounter some problems. This is where the redistribution of wealth across the state comes in, as well as economic development and how to make sure that all the ethnics get their share. Sometimes you have to consider all these aspects even when we are talking about religion. In general we have common grounds, the same goals to achieve, but when we are talking about uniformity this is when we run into some difficulties.

World Report: In terms of affirmative action do you favour action in terms of ethnic origin or in terms of performance and intellectual capacity?

Y.A.B Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak: I favour both. Sometimes you have to guide this like children. I am in the northern part of the state and what happened is that the majority are Malays. In terms of education they are less educated compared to Penang or Selangor. Therefore sometimes we have to uphold the implementation of the policy of helping the bumiputra. Sometimes we have negatives and positives when we are trying to uphold this type of concept. For instance, when the bumiputra feel that the government is supporting them they become lazy and do not want to improve themselves. If you let them carry on like that then they will have problems. I do not deny that there is much that the government has done for them but at the same time there is so much corruption. That is why when I came into power I tried to abolish all of these things. I wanted no more corruption, no more abuse of power, and I try to be very moderate with my way of life. When people come to invest in Kedah I tell them to come and invest and let the people benefit. I do not want anything from them. I will benefit from my own people benefitting. People seem to be very happy with my approach and style. There is no hanky-panky in my administrations. I do not deny that some of my officers will do it but if I find out there will be trouble because I am very strict on these matters. To prove this fact we have many investors come into Kedah, and more want to come in. This is because they like to deal with me. You can see my strategy now about how I try to get people confident. Any political party can run the state. It does not have to necessarily be the one in power right now, just as long as you govern well, are transparent and sincere to your people.

World Report: This is an excellent example as we have looked at when the Merapoh project was started, and when you have signed the MOU, and it has been relatively short for such a huge project.

Y.A.B Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak: Yes it has been a very short amount of time. They came to see me in April and I said great, go ahead, and now we have come to the signing of the agreement. Up to today so many companies have come to see me and now I am telling them that I do not want to talk to anymore. I just say to them if you want to come here you can just come. The shore is there, the sea is there, the land is there, and you can just come here and invest your capital.

World Report: You have Kedah Investment Centre as a one stop shop which has been very helpful. We would like to talk with them in the future also. You also have Kulim Hi-Tech Park which is a very interesting development that is performing very well, and of course you have Langkawi.

Y.A.B Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak: Many foreigners want to make Langkawi their second home but I really want to control it. I want to preserve the nature of Langkawi the way it is now before it is spoilt. I do not want to turn it into a Monaco or a Casablanca. Of course we have to have tourism in Langkawi but certain areas have to be designated for tourists.



World Report: We have also talked with many hospitals as we are working on another article about health travel. Penang talks of Langkawi as completing the offer as such. You can have treatment in Penang and then go and recover in Langkawi.

Y.A.B Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak: We call Langkai now the gem of Kedah. I had to rename Langkawi. Before Langkawi was known just as a geo-park but I wanted people to know that Langkawi was ‘the island’ of Kedah. Also the ambassadors from Germany and the Middle-East wanted to bring yachts to Langkawi and I said it was fine but I would give them only a very restricted area. They asked me why I was so concerned about my land and I told them that I had to make the right choices for the future of my land and people. We are actually in competition with Penang. I would like to have same people coming from the Middle-East, Germany and England. I want people to come and enjoy the weather, the beach and the panorama the way it is. The problem now is in terms of transportation. We do not have airport facilities like Penang so this a problem that we have to get around.

World Report: You mentioned at the beginning wealth redistribution. Do you feel that the economic policies that you can put in place in your state will improve the average man on the streets life?

Y.A.B Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak: There are certain groups who try to control everything which leaves many poor people. After I have come into power in Kedah I am able to control the state expenditures and make sure the state revenue from natural resources is controlled and maintained. At the moment I am trying to improve the economic condition of the state. First I had to provide job opportunities. We can provide about 30,000 jobs to young men. We have an agreement with Australia that we can send our people to study there. When they come back they are qualified to train our local boys. One thing that I will mention is that Kedah is the Holland of the East. This is because they are a small country in Europe but a giant in terms of agriculture production. The world is in need of food now as there is a global food crisis going on. We can produce rice, fruit and vegetables. If I can introduce this kind of agriculture system we can have a special type of program where people in the villages can send their produce to the international market. For instance in England there is no rambutan or mangosteen. We can send these fruits to abroad. I have also recently learnt about shortages of fish in certain countries which has led to controlled fishing. In Kedah we have many fresh water lakes so I am starting to introduce aqua-culture. I do not want to introduce plans that need huge capitals. I want to introduce plans that can be carried out with small capitals and that can be carried out by my people. This is because by nature my people are farmers. When they have this kind of income it will improve the economy.

World Report: It is good to know that you are performing well and people are happy because we feel that if the four states that are controlled by your party do an excellent job then it will give your coalition a very good chance of winning the general elections. This is because people will see the neighbouring state and see how well you are doing.

Y.A.B Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak: It is like in Kedah. People know that I am opposition and that I do not have enough support from the federal government, but I can still survive. They support and respect me because there has been no corruption practiced by myself. I live a very simple life. I stay in my own house, which is a small house. It is an ordinary teacher’s house. If you come to Alostar you will see the residence of the Menteri Besar there. It is a very simple life. I believe that I can stay for two or three years and someone else can take over the state. I do not mind. It is democracy.

World Report: We do feel that change on a national level is round the corner. How ready do you think the current political and economical elite are to give up power?

Y.A.B Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak: I believe that there is big change coming soon. The only issue we are worried about at the moment is some problems with PKR and Anwar Ibrahim, but I do believe this will not stop us and that there will be great change.

World Report: Just to wrap things up, what would be your message to our UK audience about Kedah and about the way to do business there?

Y.A.B Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak: I welcome everybody to come here. I practice democracy and respect the democratic system. I respect the people’s power and the people’s needs. I uphold justice and am not the Taliban type. After I had been in power for one or two months I had visitors from the English and Australian embassies to see how I am. I showed them my office and told them that I could speak English. Even the intel president came to see me because he invested a lot of money in the Kulim Hi-Tech Park.

World Report: Thank you very much for your comments.

Wednesday, August 5, 2009

Sambungan Pembangunan Negeri Kedah Perlukan Sistem Nilai dan Kayu Ukur Baru

TEORI-TEORI PEMBANGUNAN KOMTEMPORARI
[Bab ini agak boring dan pening, tapi mesti difahami]
Sebelum kita membina semula perspektif terhadap apa yang dipanggil pembangunan, dan menambahkan darjah Iman kita, bahawa Islam mampu menyelesaikan masalah manusia, mari kita soroti secara ringkas teori-teori yang menjadi asas pembangunan yang wujud sekarang.

Teori pembangunan melahirkan dua system – kapitalisme dan sosialisme. Kapitalisme dilahirkan oleh teori Neo-klasik (Adam Smith & Malthus :1950-an), dan sosialime dilahirkan oleh teori Neo-Marxisme (Paul Prebish & Henry G. Frank: 1960-an, dan diwarisi kepada orang seperti Hishamuddin Rais).

Selepas Perang Dunia ke-2, bagi membina semula keruntuhan akibat perang Neo-klasik mengemukakan teori pertumbuhan dan pengagihan pertumbuhan. Menurut mazhab ini, negara mundur kerana dua 2 sebab: 1. kepenggunaan (perlu ditingkatkan) 2. Halangan budaya (tidak menerima budaya luar, kekurangan usahawan, tiada inovasi, tidak mahu meminjam, dan tiada pengkhususan). Dua penyelesaian yang diberikan ialah menceburi perdagangan antarabangsa dan mendapatkan bantuan asing. Inilah aliran yang menguasai dunia sekarang selepas keruntuhan blok komunis.

Sementara Sosialisme yang melahirkan teori strukturalis akibat ketidakpuasan hati kepada klasikal, mengatakan perhubungan maju (center) mundur (pinggir) menguntungkan negara maju, pengagihan tidak sama rata dan perjanjian perdagangan berat sebelah. Kekayaan mereka dikaut oleh negera center. Struktur masyarakat di Negara pinggir menyebabkan agihan tidak sama rata, dan bertambah parah kerana struktur masyarakat dunia di center dan pinggir juga bersifat tradisional dan tidak sama rata.

Marxis (neo-Marxis) dan klasikal (neo-klasik) mengarahkan manusia kepada satu perkara – kemajuan material dan memaksimakan kepenggunaan. Mereka berada dalam dua andaian yang sama iaitu “Sumber alam terhad sedangkan Kemahuan tidak terhad” dan menganjurkan ciri-ciri masyarakat tradisi mesti dihapuskan. Klasikal (kapitalisme) – agihan diperingkat hasil pengeluaran manakala marxisme (sosialisme) – agihan mesti berlaku di peringkat factor pengeluaran (modal, buruh, tanah dan usahawanan).

Ringkasnya, daripada teori-teori manusia tentang pembangunan melahirkan empat perkara yang dikongsi oleh semua teori: 1) Manusia adalah makhluk ekonomi dan pengukur pembangunan ialah kepuasan kepenggunaan. 2) Kemajuan bermaksud membebaskan diri manusia dari tahyul (termasuk agama). 3) Sains yang diamalkan dalam tamaddun barat adalah ilmu tunggal untuk memahami alam- sumber lain tertolak. 4) Sejarah tamaddun barat adalah asas tunggal kewujudan manusia – mesti ditiru dan diterima.

Kesimpulannya,semua teori pemikir barat dan timur dalam aliran ini hanya membincangkan hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan alam.Tiada perbincangan antara manusia dengan Pencipta. Mereka berada dalam satu framework yang sama, tiada beza (kalaupun ada hanya dari sudut kaedah).

Ada orang mengatakan Islam adalah nilai-nilai positif dari system kapitalis dan sosialis – nilai-nilai negative system ini berada diluar dari Islam! Ini adalah satu kesilapan, hakikatnya, Islam berdiri dengan sendirinya, terkeluar dan terpisah dari semua kefahaman mazhab pembangunan jenis ini.
Kaedah dan system membangunkan Negara di seluruh dunia kiniadalah bersumberkan teori-teori aliran ini. Seolah-olah inilah matlamat Allah menjadikan dunia untuk manusia dan penghuninya.

Kritikan terhadap teori pembangunan kontemporari

1. Matlamat akhir mereka ialah pembangunan. Pembangunan mesti dicapai dengan adanya pertumbuhan ekonomi dan inilah punca segala kebahagiaan. Kebahagian dalam Islam ialah balasan Syurga di akhirat.

2. Andaian mereka sama – sumber alam terhad, sedangkan kemahuan manusia tidak terhad. Tidak pernah berubah dalam mana-mana teori. Dalam Islam, kemahuan manusia adalah terhad – dibatasi oleh agama.

3. Hanya bincangkan hubungan mendatar (vertical)- manusia dengan manusia dan manusia dengan sumber alam (hablumminannas). Ia tidak mengambilkira hubungan manusia dengan Allah (hablumminallah). Kalaupun ada ia adalah terpisah dan tidak bersepadu.

4. Berlandaskan analytical mind –bukti diperlukan dalaman alisis mereka. Islam ada dua asas iaitu berasaskan dalil aqli (logic akal) dan dalil naqli (wahyu).

5. Epistomologi (Teori falsafah ilmu pengatahuan - asas-asas, had-had dan sumber-sumber ilmu) bersifat eurocentric (keeropahan), western ethnocentric (kaum kebaratan). Memusnahkan norma dan nilai tempatan.

Bersambung……………….

Monday, August 3, 2009

Laporan Polis - Tindakan Balas Membersihkan Imej



Setakat tembak dalam blog, tak dak sapa nak peduli, dan tak ada ruang nak pertahankan diri. Bila dah mula buat kes mahkamah, walaupun cacat dan menipu, barulah sahabat-sahabat saya ni ada ruang untuk menjawab dan memberi pengajaran kepada yang terlibat dalam komplot ini, tunggulah saat komplot 'ceroi' anda dibongkar dan anda menerima pengajarannya. Saman fitnah kepada semua akan difailkan secepat mungkin, termasuk blog yang "tak sungguh tu", sari dua lagi kita kenai la dia ni sapa (La ni pun kita tau dah, tunggu bagi rasmi saja...) bukan ugut ni, memang nak buat betoi-betoi. Bahasa penulis yang "tak sungguh tuu" pun ada iras-iras bahasa lawyer yang 'gantung raket' dan kena berenti kerja.















Sunday, August 2, 2009

Rupa-rupanya.....ada orang marahkan CH Lim..

Dalam hidup ni marah dan gembira adalah fitrah... kita hadapinya setiap hari.. ada kala rasa nak marah tapi tahan saja.. bila tak tertahan marah... bila dihamburkan.. teruklah akibatnya.. malangnya, kadang-kadang tak semena-mena orang yang tidak kena mengena, tiba-tiba terkena hamburan marah kita... naya la gitu. Ada kalanya kita suka dan gembira, biasanya kita tak menahan suka dan gembira.. kita sering kali meluahkan kegembiraan kita di mana jua...
Awas! Kadang-kadang kegembiraan dan kemarahan yang diluahkan membogelkan sebab musabab kita marah dan sebab musabab kita gembira. Lebih malang lagi, sebab musabab itulah yang kita cuba sembunyikan selama ini...!!!
Petang tadi sahabat baru dikenal kelmarin dulu (30 Julai 2009) En CH Lim menelefon memaklumkan, akibat beliau membuat pendedahan bahawa dia tak tahu menahu kes mahkamah yang difailkan "olehnya", akuan bersumpahnya, laporan polisnya..... ada orang yang sangat marah padanya.... memaki hamunnya.. mengancam dan mempertikaikan tindakannya. Pada 31 Julai 2009, suku sakat kumpulan ini, termasuk lawyer yang tak pernah ditemuinya, tetapi mendakwa mewakilinya....berkejar ke KL dan mahu juga ke Johor untuk berbincang, memaksa beliau menarik balik sumpahnya... (Nak jadikan dia Balasundram yang hilang tu la kot).... Jawabnya, kenapa tak bincang dulu sebelum buat kes, bila sudah sangkut baru nak berbincang.
Saya katakan padanya, kerana mempertahankan kebenaran ada orang yang telah mati terbunuh , ada orang dipenjara, ada orang ditahan dilokap, diseksa batinnya, dipisahkan dari anak isterinya, dikacau anak bininya, dimusnahkan bisnesnya..dan ada yang dimarahi..ini yang paling ringan. Tapi semua ni tak biasa baginya..dia hanya tahu berniaga, dan menghadapi risiko untung rugi berniaga..bukan untung rugi memihak kepada kebenaran.
Oleh kerana En CH Lim ialah seorang bisnesman, dia paling takut bisnesnya diancam dan disekat. Saya katakan padanya, Kedah ialah negeri terbuka, sesiapa pun boleh datang berniaga, mencari makan dan mengembangkan ekonomi Kedah. Tak ada siapa nak paksa itu dan ini..datanglah berniaga di Kedah, carilah rakan niaga yang boleh dipercayai, berurusanlah dengan jujur, Tuhan akan memberi rezeki kepada sesiapa yang berusaha. Sebaliknya Tuhan akan memberi susah dan membongkarkan komplot jahat yang cuba membuat honar di Kedah... tak percaya cubalah... Dia pun percaya kerana dia melihat sendiri pembongkaran honar orang yang dia pernah kenali..dari Kedah. Kesian orang itu katanya...
Lama bercakap, saya tanya siapa yang marahkan awak? Orang BN ka? UMNO ka? Dia terdiam..lama juga. Kemudian dia minta perlindungan kepada bisnesnya dari saya, jika dia berhasrat melabur di Kedah. Saya tanya kenapa perlu perlindungan, Kedah pun ada polis dan macam-macam jabatan yang bertugas mengikut undang-undang. Tak perlu risau, malah, bisnes di Kedah mungkin lebih selamat daripada di Johor atau Kuala Lumpur..sana banyak kaki putar alam... tonto, banyak ulat dan kutu. (Orang Johor dan KL yang baik-baik jangan marah laaa... ini bukan tuduhan umum...ayat 'mengayat' saja).
Saya terkedu sebentar sebelum mengucap selamat petang dan terima kasih, harap jumpa lagi.... kerana dia beritahu saya siapa antara orang-orang yang memarahinya... Innalillahi wainna ilaihi raajiuun...ucapan bagi orang yang mendengar musibah. Salah seorang darinya ialah seorang EXCO Kerajaan yang pernah terpalit tentang tuntutan perjalanannya yang melampau.
Nak percaya pun susah, tak percaya pun susah! Inilah yang saya katakan kemarahan boleh membogelkan sebab musabab disebaliknya.... setakat sekarang, saya percaya khabarnya berasaskan kebenaran yang dipertahankannya kemarin dulu itu. Sebab apa dia pulak yang nak marah...???Kalau anda jadi saya, apa anda akan buat??
Wallahu a'lam.