Wednesday, July 28, 2010

Lama Tak Bersua...

Salam semua...ramai sms awat lama tak menulis di blog. Saya jawab kalut, tak dan, ada dah tempat lain boleh baca...Ya memang itulah jawapan sebenarnya.
.
Ada kawan bagitau, (siap email lagi buku tu...) sebuah buku menjawab buku "Azizan Dalam Dosa' bertajuk 'Jangan Dipertinggikan Tempat Jatuh".... Indah sungguh bahasa dan dalam sekali maknanya. Selama belajar bahasa melayu ni, ni kali pertama jumpa pepatah ni. Hebat!
.
Kalau kita berada di atas, satu hari kita mungkin jatuh...maka janganlah buat benda-benda yang menyebabkan kejatuhan kita tu dari tempat terlalu tinggi, sebab hukum graviti kata, lagi tinggi tempat tu, lagi kuat tarikan graviti, dan semakin laju kadar pergerakan jatuhnya itu. Maka, sakitnya juga semakin bertambah. Paling baik sekali, jangan sampai jatuh, kalau tak mau sakit, turun pelan-pelan.
.
Satu makna lagi, kalau sudah jatuh, jangan cari pasal untuk menambah kesakitan akibat kejatuhan itu, umpamanya sambil-sambil jatuh, atau masa dok senget nak jatuh, atau sesudah jatuh....pandai-pandai buat cerita karut pasal orang yang tengah naik atau sedang nak naik. Bila sebab-sebab kejatuhan kita tu dihebahkan orang, maka tinggilah tempat jatuh kita. Apapun, terima kasih pada yg email buku tu. Esok lusa saya cari yang ori...
.
Macam UMNO la ni, tengah dok bergaduh sesama sendiri, bercakaran siang malam, tiba-tiba pasang perangkap pasal perpaduan dengan PAS. Matlamat akhirnya nak habaq kat org PAS tak mau perpaduan...tup-tup org sebut balik kerja buat depa yang bertentangan sama sekali dengan teori dan praktis perpaduan. Terperangkap lah UMNO, dengan mufti tu sekali. Kesian sungguh kat dia. Kesian juga kat UMNO...pasai apa depa pi mempertinggikan tempat jatuh???!! UMNO pun, kalau tak mau sakit, turunla pelan-pelan, melongsoq pun buleh, cepat sikit sampai ke bawah. Khalasss!
P/s: Kawan-kawan bagitau... ada penerbitan baru bertajuk"Kedah La"... menjawab risalah karut "Mai Kedah"...pakat-pakat cari kot-kot jumpa. banyak maklumat dalam tu....
.

10 comments:

  1. puak puak pelag

    ReplyDelete
  2. Anjing tokak kita....tak kan kita nak tokak balik kut?....paling kurang penyepak!..lagi cerdik kalau threbey ka...nak sempoi lagi, bagi senapang patah kat kepala dia sedaih..tembak la...jangan pi katuk dgn senapang plak no!.

    Tapi yang lebih penting kena pi klinik basuh dan ubat luka tu dulu..cucuk sejarum ka..kut2 kena penyakit anjing gila...mana la tau kan!....ka kena dah pa?

    Lepaih tu jangan lupa, check balik pasai apa anjing boleh gigit kita..walaupun anjing gila, mungkin kat kaki seluar kita ada kena ayaq kencing kucing ka?..sebab tu anjing naik GILA bila terhidu!...mungkin!...betui dak?...lagi satu macamana kaki kita anjing dan sambaq kat perut betis..awat tak boleh elak sikit ka..buh penyepak tomoi ka..tidak pun..atuq la langkah seribu!,...kemungkinan paling hampir ialah disebabkan kita RHALIT kut?...lena pun boleh jadi gak no!!!.

    Maka oleh itu molek lah kiranya dapat dibuat analisa dan kajian serta renungan atau dalam lain perkataan..bermuhasabah diri kita sama...jadikan iktibar, jangan dok kira nak serang balik ja!,...tak salah nak serang balik pun...tapi biarlah kita kenai sapa diri kita dulu dan mesti kenai gak sapa dia musuh kita tu...jangan main serbu mem'BABI'buta ja...kut2 dia baguih punya siap dok tala muncung AK47 plak kat kepala kita.Khalasss.

    KALAU TIADA ANGIN..BOLEH KA POKOK BERGOYANG? BOLEH..!!..MUNGKIN SANG BERUK PUNYA ANGKARA!

    Kita perlu lebih peka dengan realiti semasa disekeliling,..maka kita akan lebih rasional dalam tindakan2 yang dilakukan. InsyALLAH.

    "SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KERUGIAN, KECUALI MEREKA-MEREKA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN".

    WALLAHU'AKLAM.

    ALLAHUAKBAR!..ALLAHUAKBAR!..ALLAHUAKBAR!

    WALILLAHILHAM.

    ReplyDelete
  3. Saya membaca dan merenung sejenak tulisan saudara. Saya juga nak tanya kepada penulis itu, samaada karangan dia tu nak fitnah ke nak apa?. Secara jelas dah nampak tembelang kemuruk teloq sipengarang ni yang lebih mirip sebelah pihak yang telah memberi kesenangan kepada dia secara duit dari pendapatan haram. apa pun itu hak dia, walau bagaimana pun kita sebagai saudara sesama islam wajib menegur dan menasihati individu terbabit.Setiap insan didunia ini tak lari dari dosa dan pahala, jika kita rasa diri kita berdosa kepada Allah dan umat manusia jalan terbaiknya sembahyang sunat taubat dan mohon maaf kepada manusia yang kita kata tu.Kerapnya orang yang kecewa lah yang selalu jadi macam tu.Jika selalu bermuhasabah diri, akan terpancarlah keinsafan perbuatannya.Sebagai maklumat saudara, saya jarang menuruti blog saudara. Melihat kepada tajuk yang saudara paparkan, beginilah ulasan dari saya. Sejak YAB Ust Azizan mengambil alih pentadbiran negeri, dilihat, ramai dikalangan musuh politik dia telah terkedu dengan polisi dan program yang dijalankan untuk kesejahteraan rakyat negeri kedah darul aman.Memang kita lihat rasa senang hati dengan gaya dan cara pelaksanaannya, tetapi kalau manusia itu dari umno, orang buat apa pun tak kena, kata orang kedah, kalau dah jenih kayu tu kayu juga lah.Inilah hasilnya jika yang tadbir negeri itu asal usulnya dari kampong, tambahan pula pernah turun kebendang, biasa mukui padi, biasa pi dok tangkap ketam tepi laut kuala sg limau dalam, dia dah tau susah, jadi tak kekok lagi.Inilah konsep yang diamalkan oleh Yab Ust, BERSUSAH-SUSAH DAHULU BERSENANG-SENANG KEMUDIAN. Kita kena bezakan, keadaan sewaktu dia mengambil alih dari mahathir khalit dulu, bagaimana susahnya dia nak mengembalikan kestabilan ekonomi negeri. Berbekalkan sebuah komputer yang ditinggalkan kepada dia, maka pada hari ini baru kedah nak kui kui pulih ekonomi. Berbagai tekanan dari musuh politik dihadapinya, tetapi alhamdulillah berkat kesabaran dan ketenangannya kedah sudah mula pulih.Apa pun, bagi rakan-rakan dari umno kita minta depa bersabar sat, baru 2 tahun lebih sikit ja, tak kan semua boleh pulih macam kilat, jadi, sama-sama lah kita beri kerjasama kepada Yab ust, jangan dok main hentam ja. Dalam kepimpinan yang ada sekarang, dilihat orang ramai boleh menegor tang mana yang tak kena?. Apa pun, kita ucapkan tahniah kepada Yab Ust yang telah membawa kedah kearah lebih sejahtera lagi, sekalung tahniah juga kepada saudara yang cepat bertindak menjawab semua isue-isue berbangkit. Jika inilah cara, harapan untuk umno ambil alih negeri kedah ini agak sukar. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Steady brother Jan.Teruskan perjuagan yang ditinggalkan oleh Almarhum Ust Fadzil.Dalam sejarah Islam puak Khwarij memang ujud pada setiap zaman.Depa ni adalah mata rantai Dajjal laknatullah.Teruskan perjuagan selagi hayat dikandung badan.Bekerjalah sehingga Islam memerintah bukannya Islam diperintah.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas komen saudara2. Saya sejak dari awal penglibatan dalam PAS, tak pernah terlintas apa lagi tertarik dan terjerumus dalam 'perang saudara' dalam jemaah. Memang akan berlaku perang jenis ini dalam mana-mana organisasi, hatta berlaku 'perang jamal' (unta)di zaman Sy Ali. Paling saya takut, pupus pahala kita sepanjang dalam jemaah, jemaah pula lintang pukang, musuh sebenar tersenyum. Saya berazam selagi ada hayat dalam PAS, tidak akan terlibat sama sekali dengan pergeseran yang membawa perang...yang natijahnya amat buruk dan memalukan. Selagi stand kita tepat dengan dasar Islam, wala' dan taat kepada pimpinan, bekerja untuk Islam tanpa meletakkan kepentingan diri paling atas... insyaAllah kita selamat sampai ke penghujung. Yang paling penting, berbaik sangka dan berlapang dada dengan kelemahan dan kelebihan masing-masing. Cepat-cepat berundur jika orang tak mau kita di depan, Sentiasa senyum, bercakap hanya jika perlu, banyak mendengar dari menyampuk, diam kalau tak tahu hujung pangkal, tanya kedua belah pihak, dapatkan sumber sahih, buat pendirian, beri pandangan kedua, tenang kalau tak diterima, serah pada Allah. Jangan sibuk-sibuk, jangan beri pendapat kalau tak ada maklumat, jangan berpihak terlalu cepat, jangan cari kawan yang suka ampu saja, jangan bertanding jawatan kerana rasa kita layak, husnul dzan kepada semua sahabat bahawa semua kita mahukan Islam tertegak...kerja dengan serius, jangan lupa beramah mesra dan bergurau...maka selamatlah organisasi kita dari perang yang bukan-bukan.

    ReplyDelete
  6. Anjing mana nak tokak Bang Jan? Kucing mana nak berak tilam dia? Beruk mana nak honggaq pokok dia? Tarak pasai la.. Mana ada.. Bang Jan baguih apa. Semua tu adik beradik dia.. Hangpa ni. Buat karut sungguh.. Bang Jan tak kan jentik la..kalau dah jadi adik beradik..Kucing kurap pun dia mandi shampoo..Dia cukup baguih..Ilmu mantik dia cukup tinggi...Apa jenis menatang pun, gerenti dia boleh bela. Bewak pun ada..Ulaq kapak pun, dia boleh letak kat ataih bahu dia saja..
    Dia duk boh menatang-menatang tu semua, saja ja.. Hangpa semua kan jenis seronok dengar ceramah mengata..Apa lagi..buat modai kedai kopi..Dia pun bukannya tak tau perangai hangpa..
    Hangpa jangan risau lah. Selagi Bang Jan ada.., menatang-menatang anjing, ulaq, beruk, rhebau semua tu tak buat kacau aih.. Nak kacau pa.., Bang Jan pandai bela.. Betui dak ?

    ReplyDelete
  7. Betui..betui..betui..!!!

    tapi yg paling dia sayang ialah beruk.! sebab beruk dia makan buah 'cheghemai'.

    Ikan Haruan pun dia suka sebab duk kelupoq dalam sangkaq sampai habih sisik,..senang, buang perut ja..lepaih tu rebuih ka..bakar ka..goreng pun sodapp!!

    Ulaq kapak dia berkenan juga pasai ulaq kapak ni jenis spesis bodo, kalau dia nampak orang dulu, dia dan patuk, tapi kalu orang nampak dia dulu, kena gerenti kena katuk. Dia dan patuk orang yang 'ter'kacau (terpijak ka..) dia, tapi saja orang pi kacau dia alamat mampuih kena katuk la lepaih tu. Kalu ulaq kapak patuk ada peluang lagi nak hidup tapi kalau kena dgn tedung selar...sendiri mau tau!

    Habih pasai apa dia tak berkenan kat tedung selar? Cuba hangpa bandingkan sifat2 tedung selar dengan sifat2 ulaq kapak...pasti hangpa dapat jawapannya.( kalu aku senarai kat hangpa semua jadi x karan...sendiri cari baru karan sikit sebab otak hangpa boleh jalan..kalu tidak beku..)

    ReplyDelete
  8. Mana ada!!

    Beruk dia makan buah cheghemai tu dulu...!!! lani beruk dia pakai gincu makan chicken chop!, apa la hang ni....lambattt..!!

    cargas la sikit..!!

    Kata pi la apa yang hangpa berasa nak kata...selamba ja nanti bang jan jawab...ada aku kisah?..payah2 aku tempikKKKk...!!! pakat terkencing dalam seluaq habih....x gitu Bung Nusi?

    ReplyDelete
  9. Cakap hampa ni semua tak ketahuan punca.Nak kata mabuk... dak...nak kata bodo...dak... nak kata gila... dak... nak kata tak cukup kedarah...dak juga sampai karpet pun hampa tokak habis.Nak kata apa tak taulah dekat hampa ni...

    ReplyDelete
  10. Kesat dan pedih bahawa kawan/lawan yang berkomentar di sini, saya mohon Allah ampunkan kalian jika kalian terlanjur memfitnah. Kalau yang berkata benar, teruskan walaupun sepahit hempedu.kalau tak tahu atau dengar khabar angin saja, harap periksa sebaik-baiknya, sebelum menjadikan sahabat dan pimpinan kita dibenci orang. Kalau perlukan penjelasan, jawapan terhadap persoalan yang timbul, tanyalah tuan tubuh sendiri,itu lebih baik,lebih selamat dunia akhirat...wallahu a'lam

    ReplyDelete