Monday, April 26, 2010

Kalau Berlaku PRK di Kota Siputeh....

PAS tidak akan menggunakan kerajaan negeri untuk kepentingan parti! Ini sudah ditegaskan oleh YAB MB sejak awal lagi. Ada beberapa permohonan bantuan dari Kota Siputeh selepas kerusi itu diistiharkan kosong oleh mahkamah, antaranya permohonan memperbaiki dewan dan pagar sebuah sekolah cina di situ. MB dengan tegas menjawab, kita akan beri, tapi tunggu lepas pilihanraya, nanti dilihat sebagai 'rasuah politik' pulak.
.
YAB juga mengarahkan program Pemimpin Bersama Rakyat yang dijadualkan di Jerlun dibatalkan, buat di daerah lain. Nanti orang tuduh kita guna kedudukan sebagai MB dan Exco untuk kempen untuk PAS. Kita akan guna jentera parti sepenuhnya kalau berlaku PRK di Kota Siputeh. Kita menang dulupun bukan ada jentera kerajaan tolong kita. Kalau rakyat marah, gunalah jentera kerajaan samahunya macam BN dulu, depa kalah juga.
.
Sampai sekarang, walaupun kerajaan negeri sudah berpendirian bahawa kerusi itu kosong, tak ada sebarang projek segera dibuat di sana, selain daripada projek yang sudah diluluskan dalam Perancangan Plan Pembangunan Daerah, mengikut prosedur biasa.
.
Saya percaya, Malaysia akan melalui satu dimensi baru berparti politik andainya berlaku PRK di Kota Siputeh. Alangkah baiknya kalau berlaku jentera parti lawan jentera parti dalam PRK itu nanti, PAS Kedah sudah bersedia ke arah itu, BN bagaimana?
.

4 comments:

  1. BN tak perlu bersedia kerana mereka ala-ala mee segera gitu. Cakap saja mana-mana yang akan berlaku PRK, pasti mereka sampai dengan projek atau janji mee segera mereka. Itulah dasar BN yang sukakan segera.

    Pasti orang-orang Kota Siputeh akan merasa nikmat seperti mereka2 di Hulu Selangor. Peluang dan kesempatan yang bakal tiba pasti akan dirasai dengan penuh nikmat tetapi undi mereka sudah tentu kepada calon kita.

    Apa tunggu lagi, moh kite ke pekan.

    ReplyDelete
  2. tuan,MB sudah underestimate permikran org melayu,ana berada di hulu selangor bertugas.

    org melayu terutama di perkampungan dan juga di bandar ramai yg buta maklumat dan lalai dengan kehidupan seharian.maklumat mereka adalah media perdana dan hiburan.

    kita kalah di saluran terakhir salauran 5 atau 6(selangor) kerana kebanyakan pengundi muda(bawah 30) berketurunan melayu dan india suka kepada hiburan yg melalaikan,cuba tengok petugas BN di merata2 tempat ramai golangan bawah 30 tahun yg kebanyakan bersikap aggresif dan tidak islamic.

    pada saya kita perlu menonjol tanpa menghiraukan sangat dengan fitnah dan kejian BN kerana mereka tahu itu strategi yg mereka gunakan, duit tax payer(fed govt) yg di bayar oleh negeri dan seluruh rakyat malaysia.

    realiti pengundi melayu adalah wang segera.penbangunan kota seputeh wajib di segerakan dengan mengunakan logo kerajaan negeri.

    percayala jika MB selangor tidak buat lakukan di hulu selangor,lebih teruk kalah dr pengundi melayu.cina lain mereka maj bijak politik..bayangkan 3 hari lepas najib berucap di sekolah cina rasa,katnya jika bn menang dia kan bagi 3juta di sekolah itu, dan upu itu bn masih kalah.

    ReplyDelete
  3. salam satpol...tolong panjangkan perkara ini ke mesyuarat negeri..

    http://kedahlanie.blogspot.com/2010/04/penjualan-arakbeer-di-kedai-24jam-7.html


    terima kasih...

    ReplyDelete
  4. Berani dia nak panjangkan ???...
    hehehe... cari bala dgn Khalifah Khalifah Omar Abdul Aziz(LGE) tuh... hehehehe... take beer !!!

    ReplyDelete