PAS Kedah mengutuk keras tindakan pihak-pihak yang cuba mengganggu kestabilan dan keharmonian di Negeri Kedah dengan tindakan provokatif membaling cat dan risalah di beberapa kediaman pimpinan dan ahli PAS. Tindakan membaling cat merah termasuk di kediaman YAB Menteri Besar di Markaz PAS Jerai adalah perbuatan tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan keamanan dan keharmonian di negeri ini.
Risalah yang dilemparkan bersama cat merah itu juga mengandungi ugutan serius, membabitkan nyawa dan keselamatan ahli keluarga pimpinan dan ahli PAS. Saya percaya tindakan bodoh ini bertujuan mengugut dan menakutkan mereka dari memberikan sokongan kepada rally Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti, selain menimbulkan suasana tegang di kalangan masyarakat.
PAS Kedah menggesa piahk polis mengambil tindakan segera untuk menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat berasakan peruntukan undang-undang yang ada di negara kita. Ahli -ahli PAS yang menerima ugutan dalam kejadian itu di beberapa tempat diharap dapat memberikan kerjasama terhadap siasatan pihak berkuasa.
Polis juga diharap dapat meningkatkan kawalan dan pemantauan untuk mengelak kejadian sama berulang pada masa hadapan. Ahli dan penyokong PAS dinasihatkan meningkatkan kewaspadaan pada sepanjang masa, supaya pihak-pihak yang mempunyai agenda jahat seperti itu dapat dibanteras.
Sekian terima kasih.
Muhammad Sanusi Md Nor
Ketua Penerangan PAS Kedah
Wednesday, July 6, 2011
Ish! MasyaAllah! Maakkk oooo...Nak Gelak Ka Nak Teriak Niii???
Ish! MasyaAllah! Maakkk oiii...nak gelak ka dak niii??? Polis UMNO kata Geng bersih nak merusuh di kola Lupo 9hb ni dengan molotov cocktail (bom petrol) dan parang lading!!! Stail komunis zaman dolu-dolu...
Tun Hisan Ketua Polis Selangor yang tak berapa ada rambut tu buat cerita sat ni... Mak tengok TB dak? Siap tunjukkan barang-barang yang dirampas tersorok di Pertama Kompleks dan Jalan Raja Laut dan sekitarnya. Ada botol plastik bertudung purple (biji ghemia), sumbu pakai benang mentah warna putih, minyaknya warna kekuningan...penuh botol. Satu lagi Polis Sigh lonjong pulak jumpa molotov cocktail...botol kaca warna hijau, minyak ada separuh dan sumbu pakai kain pelekat, yang dikoyak panjang-panjang. Sumbu tak pintal lasung macam pelita minyak kita dulu-dulu... Standardise saja sumbunya, sama corak, sama panjang, botol sama warna, hijauuuu!!! minyak sama banyak...dan botol itu bersihhh sekali...berkilat-kilat. Sere botol baru Mak!
Parang lading ada tujuh lapan bilah...2 bulan lepas aku beli sebilah untuk menebas kebun, RM15 satu. Yang paling ngeri sekali makkk! Ada T-shirt Bersih 2.0 warna kuning pulak tu disorokkan bersama bom petrol dan parang lading! Polis tu kata, ada 3 orang dok buat sorok benda-benda tu di sekitar kola Lupor... Mak! Jangan tak tau pulak, Jalan Raja Laut ada Pejabat Agong PAS... Ada orang awam nampak puak tu dok sorok, terus telefon polis...dengan cepatnya polis mari ambik semua barang2 tu. Minyakdalam botol sikit pun tak tumpah.... parang tu semua baru-baru...sure tak besa menebas lagi... kita penjam buat takek kayu api pa mak....tajam tu!
Mak! Jalan Raja Laut bukan macam belakang rumah kita, semak samun... Kat situ ada deretan kedai 2 tingkat ke atas... tinggi2 ... Ada hotel, bangunan bersambung-sambung.... ada lorong tengah tu sambung ke Chow Kit dan Lorong Hj Taib! Ada tempat tunggu bas...tunggu teksi, kedai mamak, org makan tak berenti renti. Orang pula ramai lalu lalang tak putus-putus... Ada Public bank, ada kedai spare-part motor, ada kedai mainan budak2. Utan lalang, pokok cenerai, senduduk, kapal terbang, seneru, seniyo, riung,...tak dak! kemucut pun tak dak mak weiii...pokok bunga cina lagi la tak dak!
Mak! Kalau baju kita simpan dengan minyak petrol dalam botol tak dak tudung...baju tu bau minyak dak Mak? Ada ka manusia gamak pakai baju busuk minyak? Kalau susuk parang lading 3-4 kaki panjang, agak2 orang nampak dak mak? Hulu dia plastik warna merah dan warna hijau... buleh susuk ke dak Mak, di kaki lima kedai-kedai tu... Kalu Mak tak dapat bayangkan Jalan Raja Laut dengan Pertama Kompleks tu, 9hb ni aku bawak mi gi tengok tempat tu...dengan syarat, mak jangan gelak sampai terguling sudah!
Mak, orang bodoh mana taruh situ, barang2 macam tu...minyak petrol minyak gas ni jenih bau ka dak mak? Kalau ada bau, busuk pulak tu, dari 5hb sampai 9hb, orang tak leh jumpa ka Mak? Mak oiiiii...minyak petrol moto pak pun, kalu tak tutup tangki, dia meresaap gi gitu jaaa...ni pulak dok dalam botol, sikit pulak tu... ada ka nak dan pakai 9hb ni... Kalu coh lepa, pastu tak meletop, sebab minyak tak dak... nak buat gena mak...orang tak gelak ka???
Yang heran sekali Mak, baju tu gi susuk situ buat pa? Orang semua nak pakai, dak pun org bawa boh dalam beg... Selai 15 hinggit tu Mak, bukan murah... Kalu orang kebas gi, macam mana... Org mesti minat punya sebab baju tu tak kotor lasung-lasung! Dema wak masuk TB mak oiii! Cerita macam tu masuk buletin utama Tv3 suku! Mak tengok TB dak mak malam ni...
Makk!!! nak gelak ka nak teriak ni??? Dema suruh kita percaya cerita dongeng macam tu...yang cakap tu Ketua Polis Negeri Selangor Mak oiii! Gaji dia besa..pangkat dia tinggi... Dia orang pekan! Bukan kapong macam kita... Mak, kalu gamak... tolong gerak Asma' dalam ndoi tu sama, suruh dia percaya juga cerita hebat ni... Mak! katop TB lah sari dua ni Mak, satgi Pak napak berita ni dalam TB, takut dia rebah terguling... kesian la kat polis botak dan polis Sigh tu!! Orang luar negeri dok gelak tak bereti lagi ni mak ooo...pecah perut pun ada pa, kesian juga ke dema pong!
Tuesday, July 5, 2011
"Bentenglah Kemarahan Rakyatmu Dengan Keadilanmu"- Khalifah Umar Abdul Aziz
PAS mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertindak untuk mengharamkan Pertubuhan Bersih 2.0, yang terdiri daripada gabungan 62 NGO yang sah dan berdaftar 6 hari menjelang perhimpunan Bersih 2.0 Julai 9 ini.
PAS juga menyelar tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang telah menyalahgunakan kuasa yang ada dengan bertindak di luar batas undang-undang untuk mengharamkan Bersih 2.0 di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 kerana ia jelas bercanggah dengan dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat seperti yang dinyatakan peguam Hak Asasi Manusia, N Surendran.
PAS menghidu tindakan kerajaan BN untuk mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang tidak pernah didaftar semata-mata bertujuan supaya gabungan 62 NGO tersebut boleh dianggap pertubuhan haram bagi membolehkan KDN mengerahkan polis untuk bertindak ke atas pemimpinnya.
Tindakan ini dilihat langkah awal bagi melakukan tangkapan besar-besaran ke atas para pimpinan NGO yang menyokong Bersih 2.0 termasuk Pakatan Rakyat kononnya mencetuskan suasana gawat dalam negara; walhal jelas di mata orang awam bahawa Umno dan Perkasa merupakan pihak yang mencetuskan kontroversi dalam mengadakan perhimpunan Julai 9 ini.
PAS juga melihat tindakan KDN ini seolah-olah cuba mendapatkan keizinan perundangan ke atas tindakan yang bakal dilakukan.
Menteri Dalam Negeri sewajibnya bertindak dengan lebih profesional melayani kehendak rakyat ke arah sistem pilihanraya yang lebih baik dan adil daripada menumpukan kepada kerja untuk memburukkan Bersih 2.0.
Keyakinan rakyat kepada sistem pilihanraya yang bersih dan adil adalah asas keyakinan dan kesejahteraan negara.
KDN boleh mengarahkan polis untuk menghalang dari sudut fizikal, namun perlu diingatkan rasa tidak puas hati rakyat akan terus membara dan marak, sehingga ianya boleh mencetus pemberontakan dalaman. Sepatutnya ini yang perlu dinilai oleh KDN.
Sewaktu seorang gabenor memohon peruntukan tambahan kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz bagi membuat benteng bagi menahan pemberontakan rakyat terhadap pemimpin, Umar membalas surat permohonan gabenornya dengan katanya:
"Bentenglah kemarahan rakyatmu dengan keadilanmu, mendengar rintihannya, melayani aduan mereka; itu lebih teguh benteng daripada kota yang kamu cuba bina."
Wahai KDN, ambillah iktibar daripada Umar bin Abdul Aziz sebelum terlambat.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Pusat
Sent via BlackBerry from Maxis
PAS juga menyelar tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang telah menyalahgunakan kuasa yang ada dengan bertindak di luar batas undang-undang untuk mengharamkan Bersih 2.0 di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 kerana ia jelas bercanggah dengan dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat seperti yang dinyatakan peguam Hak Asasi Manusia, N Surendran.
PAS menghidu tindakan kerajaan BN untuk mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang tidak pernah didaftar semata-mata bertujuan supaya gabungan 62 NGO tersebut boleh dianggap pertubuhan haram bagi membolehkan KDN mengerahkan polis untuk bertindak ke atas pemimpinnya.
Tindakan ini dilihat langkah awal bagi melakukan tangkapan besar-besaran ke atas para pimpinan NGO yang menyokong Bersih 2.0 termasuk Pakatan Rakyat kononnya mencetuskan suasana gawat dalam negara; walhal jelas di mata orang awam bahawa Umno dan Perkasa merupakan pihak yang mencetuskan kontroversi dalam mengadakan perhimpunan Julai 9 ini.
PAS juga melihat tindakan KDN ini seolah-olah cuba mendapatkan keizinan perundangan ke atas tindakan yang bakal dilakukan.
Menteri Dalam Negeri sewajibnya bertindak dengan lebih profesional melayani kehendak rakyat ke arah sistem pilihanraya yang lebih baik dan adil daripada menumpukan kepada kerja untuk memburukkan Bersih 2.0.
Keyakinan rakyat kepada sistem pilihanraya yang bersih dan adil adalah asas keyakinan dan kesejahteraan negara.
KDN boleh mengarahkan polis untuk menghalang dari sudut fizikal, namun perlu diingatkan rasa tidak puas hati rakyat akan terus membara dan marak, sehingga ianya boleh mencetus pemberontakan dalaman. Sepatutnya ini yang perlu dinilai oleh KDN.
Sewaktu seorang gabenor memohon peruntukan tambahan kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz bagi membuat benteng bagi menahan pemberontakan rakyat terhadap pemimpin, Umar membalas surat permohonan gabenornya dengan katanya:
"Bentenglah kemarahan rakyatmu dengan keadilanmu, mendengar rintihannya, melayani aduan mereka; itu lebih teguh benteng daripada kota yang kamu cuba bina."
Wahai KDN, ambillah iktibar daripada Umar bin Abdul Aziz sebelum terlambat.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man,
Ketua Penerangan PAS Pusat
Sent via BlackBerry from Maxis
Monday, July 4, 2011
Kenyataan Media Presiden PAS Berhubung Titah Khas KDYMM YDP Agong
Parti Islam Se-Malaysia PAS menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada hari Ahad 3 julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini. Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini.
Titah Seri paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihanraya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini.
Sehubungan dengan itu, maka PAS bersedia untuk menghantar wakil bersama dengan BERSIH 2.0 dan rakan politik dalam Pakatan Rakyat serta semua pihak yang cintakan keamanan untuk berunding dan seterusnya mengadap ke bawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul hasil dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini. Kesan dari salah faham initelah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi olehpihak berkuasa.
PAS percaya bahawa asas penyebab utama bantahan ini perlulah digali-selidik dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan, terutamanya oleh pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan dalam negara kita pada ketika ini. Ini juga selari dengan titah Seri Paduka Baginda Tuanku supaya pihak kerajaan wajar untuk melaksanakan amanah dengan secara adil dan bijaksana. Tercetusnya idea bantahan ini adalah kerana terlalu banyak kelemahan dalam amalan pilihanraya di Malaysia dengan berlakunya penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik. Keadaan ini semakin buruk walaupun kita telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dan sudah dua belas kali pilihanraya umum diadakan. Sejak Sekian lama ini,kerajaan Barisan Nasional telah banyak menyalahgunakan kuasa mereka di atas nama demokrasi, walaupun negara-negara di seluruh dunia sudah banyak melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya dan demokrasi yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat.
Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia
4 Julai 2011/ 2 Syaaban 1432 H
Sent from my iPad
Titah Seri paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihanraya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini.
Sehubungan dengan itu, maka PAS bersedia untuk menghantar wakil bersama dengan BERSIH 2.0 dan rakan politik dalam Pakatan Rakyat serta semua pihak yang cintakan keamanan untuk berunding dan seterusnya mengadap ke bawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul hasil dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini. Kesan dari salah faham initelah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi olehpihak berkuasa.
PAS percaya bahawa asas penyebab utama bantahan ini perlulah digali-selidik dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan, terutamanya oleh pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan dalam negara kita pada ketika ini. Ini juga selari dengan titah Seri Paduka Baginda Tuanku supaya pihak kerajaan wajar untuk melaksanakan amanah dengan secara adil dan bijaksana. Tercetusnya idea bantahan ini adalah kerana terlalu banyak kelemahan dalam amalan pilihanraya di Malaysia dengan berlakunya penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik. Keadaan ini semakin buruk walaupun kita telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dan sudah dua belas kali pilihanraya umum diadakan. Sejak Sekian lama ini,kerajaan Barisan Nasional telah banyak menyalahgunakan kuasa mereka di atas nama demokrasi, walaupun negara-negara di seluruh dunia sudah banyak melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya dan demokrasi yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat.
Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia
4 Julai 2011/ 2 Syaaban 1432 H
Sent from my iPad
Darjah Gelabah UMNO/BN Melonjak Ke Anak Tangga Paling Tinggi...
Menjelang jam 9.00 malam tadi, ramai yang menerima sms dan email yang sama... waktu itu sekelian EXCO Pemuda PAS Kedah sedang bermesyuarat bulanan di Kompas Batu 9. Titah Khas KDYMM Yang DiPertuan Agong dikirim laju ke segenap pelosok bumi, membawa satu mesej yang umum. Baginda memerhati dan mengambil berat terhadap perkembangan semasa politik negara, dengan menitahkan beberapa maudu'...
1. Bersih dan tuntutannya.
2. DS Najib keupayaannya
3. Kerajaan dan pelaksanaan amanah rakyat
3. Demokrasi dan perjalanannya
4. Demontrasi dan kesannya.
Adapun sepanjang sejarah, selain titah rasmi baginda di majlis rasmi Negara, detik bersejarah dan peristiwa penting tanahair, titah langsung (khas) daripada KDYMM YDP Agong dalam isu-isu politik semasa amat jarang kedengaran. Seingat saya, kali terakhir ialah titah menasihatkan agar dibatalkan debat UMNO-PAS pada tahun 1985. Selepas itu, titah inilah...
Saya sama sekali walau sebesar kelumit pun tidak berniat atau berhasrat engkar atau sembah derhaka akan titah perintah Baginda, tetapi sebagai hamba rakyat negara ini yang terbabit secara langsung dalam politik dan parti politik, mempunyai beberapa rumusan....
1. Tahap kebimbangan dan darjah ketakutan UMNO/BN kepada tuntutan rakyat telah melantun ke tahap paling tinggi pada detik ini.
2. Adapun parti yang membentuk kerajaan pusat waktu ini sangat lemah, tenat dan tidak tentu arah.
3. Tahap keupayaan dan kecekapan UMNO/BN yang membentuk kerajaan pusat mencapai tahap tepu dan tidak berupaya lagi mentadbir rakyat yang semakin bijak dan matang.
4. UMNO/BN hilang upaya diri untuk bergerak seiring dengan keterbukaan maklumat dan kesedaran rakyat.
5. UMNO/BN sudah menemui titik nokhtah sebagai isyarat untuk berhenti menjadi kerajaan atas kegagalan melaksanakan tuntutan sistem demokrasi dalam negara ini.
6. UMNO/BN hanya bergantung kepada Institusi awam untuk memanjang hayat politik mereka.
Oleh yang demikian... saya menyeru supaya Perdana Menteri segera mengadap KDYMM YDP Agong untuk memohon limpah perkenan baginda supaya Parlimen dibubarkan dan pilihanraya umum segera diadakan. Dengan itu, rakyat dapat memilih satu parti baru untuk membentuk kerajaan negara ini secepat mungkin.
Ampun Tuanku Beribu Ampun, Sembah Patik Mohon Di Ampun...Patik menjunjung kasih di atas titah perintah Tuanku kepada sekelian hamba rakyat pada malam tadi, sebagai tanda kasih dan sayang Tuanku kepada patik-patik sekelian. Sebelum mengakhiri kalam, patik mohon limpah perkenan KDYMM Tuanku untuk patik dan sahabat-sahabat patik untuk terus melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat dan ahli parti politik dalam negara Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi ini. Ampun Tuanku.
Saturday, July 2, 2011
Bangau Oh Bangau!
Ada mamat dari Jalan Bangau, Kemamang Terengganu coret komen di posting saya sblm ini pasal senarai pengundi yang dikotorkan di Belantek... katanya begini...
...Kesian, awak cakap mcm berpengetahuan... tapi sebenarnya hanyalah boneka bertali yg hanya membaca skrip. Bukaklah perlembagaan persekutuan dan baca bab undang2 pilihanraya malaysia. Jgn sekadar jd boneka yg bergema.
Tak ada apa-apa yang besar dan penting dalam komennya itu, cuma gambaran sikapnya saja... takkan lah sekian lama terbabit dengan kerja pilihanraya hingga naik mahkamah 2 kali mengemukakan petisyen pilihanraya, dia baru nak suruh kita baca undang-undang pilihanraya.
Bangau patut tau juga, petugas pilihanraya PAS dari ketua-ketua Urusan di UPU, MTD sampai JPN masing-masing hafal peraturan pilihanraya dalam bidang tugas masing-masing...ramai boleh jadi lawyer pilihanraya kalau dalam bab peraturan pilihanraya dlm perlembagaan Malaysia. Tapi bangau tak tau...kesian! Saya sendiri, pada 2004 dan 2008, membuat petisyen di mahkamah berkaitan keputusan pilihanraya dan bab pemilih tentera yang memenangkan calon BN...kedua-duanya dibicarakan berminggu-minggu...kosnya pun belum di bayar..hahaha.
Kami dalam PAS sudah praktis, bangau baru nak suruh baca! Untuk Bangau...Bertenggeklah di belakang kerbau balar penuh selut itu... kami mahu bersih!
Contoh Nyata Komplot SPR Dengan UMNO... Tuntutan Bersih 2.0 Berasas!
Terima Kasih Pak Teh atas komen-komen Pak Teh...nampaknya sekian lama blog Pak Teh tidak berputus asa cuba meyakinkan orang ramai akan kesahihan tuduhan kepada Anwar. Itu tugas dan pandangan Pak Teh sendiri.Ya! terserah pada bapak! Asal bapak senang (ABS)!
Ini kes UPU Kota Aur, Dun N23 Belantek, Sik, Kedah...pengalaman saya sendiri...
Dalam kes DUN Belantek, 1,031 undi tentera dari Sungai Petani dan Gerik yang dimasukkan 6 hari sebelum bubar Parlimen 2008 adalah satu penipuan. Ia tidak dipamerkan seperti yang disyarat oleh undang-undang. Sekarang ada 1,000 lebih undi tentera di Belantek... bagaimamana mungkin satu kawasan yg tidak memenuhi syarat2 yang dibenarkan pengundi secara pos, di masukkan pengundi pos sekian banyak? Sila rujuk syarat kelayakan pengundian pos dlm Undang-undang Pilihanraya Malaysia.
Jawapan SPR dalam pertemuan saya dan pimpinan PAS di Putrajaya ialah - SPR hanya menerima pendaftaran tentera secara lock, stock and barrel...terima seketul-seketul bulat-bulat! SPR tidak periksa sama sekali, sama ada tempat itu ada kem atau tidak, ada penempatan atau tidak, wajar atau tidak, hanya terima dan masukkan seperti yang dikehendaki oleh tentera!
Dalam soalan kenapa tak dipamir seperti prosedur biasa, SPR jawab, itu adalah kes tuntutan, bukan kes pendaftaran biasa. Bermakna sebelum ini mereka pernah melalui proses mohon dipindahkan kawasan mengundi. Apabila nama mereka tidak dimasukkan dalam senarai tempat mereka memohon untuk pindah, jadi mereka buat tuntutan...maka terlepaslah prosedur wajib dipamer spt dlm proses biasa! - Dalam kes memohon untuk dipindahkan kawasan mengundi, setiap pengundi wajib mengisi sendiri borang pindah kawasan. Bila diminta untuk kami melihat borang-borang itu, SPR tidak berupaya menunjukkannya. Sah! Ada komplot yang dilindungi pada waktu itu lagi.
Dalam affidavit balas oleh SPR dalam kes petisyen saya, selepas PRU-12, SPR mengaku ia tidak dipamir di daerah mengundi, sebaliknya hanya di pamir di pejabat SPR negeri di Alor Setar...mana satu yang betul? Pamer atau tidak? Proses pemindahan biasa atau tuntutan?
Kalau Ya! Pamer di Alor Setar, sedangkan yang boleh menyemak dan buat bantahan hanya pengundi dalam kawasan mengundi yang sama (Kota Aur)...siapalah orang dari Kota Aur yang mahu berulang alik ke pejabat SPR untuk tengok kalau-kalau ada senarai dipamirkan...kebiasaannya pameran dibuat di klinik kesihatan Gulau, Pejabat Penghulu MK Sok atau Pejabat Daerah Sik, mengapa yang ini (1,031) di pamer di Alor Setar???
Akhirnya, lokasi di mana tiada kem dan penempatan seperti disyaratkan dalam undang2 pengundi pos, kini terdapat 1,031 pengundi pos 'hantu'. SPR ternyata ada dua tiga versi jawapan untuk satu soalan!
Apabila bukti diminta dalam mahkamah supaya SPR tunjukkan borang yang diisi oleh pengundi tentera untuk pindah kawasan dan borang tuntutan kerana nama tidak dimasukkan, ternyata borang mohon pindah dan borang tuntutan itu hanya ditandatangi oleh seorang individu sahaja (pemerhatian bentuk gaya tulisan dan pen yg digunakan). Jika ya mereka membuat tuntutan, mana mungkin dalam masa 7 hari berkerja, pegawai PPS tentera mampu berjumpa dan mengarahkan 1,031 tentera yang sedang melakukan operasi di merata-rata tempat mengisi borang tuntutan, mengumpulkannya dan menyerahkan kepada SPR. Dalam pengalaman kita, waktu yang diambil adalah sesuatu yang mustahil!
Masa yang diperuntukkan oleh undang2 untuk memeriksa senarai yang dipamer dan membuat tuntutan adalah 7 hari bekerja. Dalam banyak kes, ketika senarai itu dipamer di lokasi, masa membuat semakan dan bantahan atau tuntutan hanya tinggal 4 hari saja. Ada superman kah dalam tentera Malaysia yang ditugaskan membuat pendaftaran pemilih tentara?
Dalam kes terbaru, bila mereka cuba pula masukkan 133 isteri tentera sebagai pengundi pos di Kota Aur, dan melalui proses pameran, kami telah membuat bantahan dalam tempoh yang disyaratkan. Bila tiba hari perbicaraan oleh SPR, 133 isteri tentera itu gagal muncul di Pejabat Daerah Sik...bantahan diterima, mereka di keluarkan. (Atau sebenarnya mereka tidak wujud sama sekali) Bila diajukan kepada Pengarah SPR Kedah (yang baru) yang menjalankan perbicaraan itu, dia memaklumkan bahawa dia sendiri pergi memeriksa lokasi itu, tiada penempatan, tiada kem, tiada kuaters kelamin...hanya ada pengkalan hadapan untuk persinggahan tentera ketika operasi. Setiap operasi memakan masa 2 bulan dan bukan dari batalion yang sama ... kemasukkan 1,031 pengundi sebelum ini sangat diragui....katanya!
Askar Wataniah di Kem 304 Gerik bertugas sepanjang lebuhraya pantai timur, tiada kaitan dengan Pangkalan Hadapan Kota Aur...kenapa mereka mengundi di sana, dari Perak ke Kedah? Terlalu banyak yang tak mampu dijelaskan dlm kes ini. Tetapi dilindungi undang2 kerana senarai pengundi yang telah dimasukan dalam daftar pemilih induk (DPI) tidak boleh dicabar di mahkamah! Sekali sudak masuk...tak boleh keluar melainkan pengundi itu sendiri mohon pindah... Kopral mana pandai-pandai nak isi borang pindah kawasan mengundi???
Pindah masuk ke situ pun depa tak isi, inikan nak keluar! Menipulah selamanya... YB Tajuddin menang dengan 252 undi kerana undi depa ni lah...bukan saya marah kerana saya kalah...tapi PAS kalah kerana UMNO/BN dibantu oleh SPR untuk menang secara menipu di celah-celah loop-hole undang2 pilihanraya. Tuntutan kita ialah depa patut mengundi dan dijumlahkan dalam kawasan di mana depa tinggal...Sungai Petani dan Gerik, bukan di Kota Aur!
Adapun Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah seperti berikut. Saya kongsikan dari Pemuda Wilayah Persekutuan untuk rujukan kita (dppwp.wordpress.com.) Saya tambah sikit dalam kes Dun Belantek, tanah tumpah darah kita...
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan pengundi hantu seperti orang yang telah meninggal yg masih ada dlm senarai pemilih, org yang tidak pernah dikenali, tidak tinggal bermukim, bermastautin, berasal atau mempunyai kaitan apapun dengan daerah dia membuang undi. Ini harus dibersihkan.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!Melonggokkan semua projek pembangunan di satu kawasan pilihanraya kecil atau memenuhi permintaan jalan mini tar, atau apa saja projek dimusim pilihanraya adalah satu bentuk pembelian undi.
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
Kepada Pak Teh...Kenapa saya kata bagai kesan rally 7 hari 7 malam? Pada firasat saya, akibat halangan melampau terhadap bersih 2.0, rakyat akan memahami bahawa ada sesuatu mesej yang dibawa oleh Bersih 2.0 yang sangat ditakuti oleh BN bersabit dengan tuntutan yang dikemukakan. Rakyat akan berpersepsi bahawa BN terpaksa halang bersih kerana kalau terjadi rally itu, benteng tembelangnya akan pecah...
Kesan reverse psycology akibat halangan melampau ini sebenarnya melebihi kesan sebenar jika rally Bersih2.0 berjaya diadakan, paling kurang 7 kali ganda (ini hanya pendapat saya tanpa sebarang rujukan saintifik)...maka saya katakan 7 hari tujuh malam. Mula tu seorang saja simpati dan mendokong tuntutan Bersih 2.0... tetapi kerana BN terlalu kasar dan bertindak keterlaluan, 7 org lain yang silent sebelumnya akan turut simpati dan mendokong aspirasi bersih! Mereka akan kalah PRU-13!
Maaf Pak Teh! Pada saya tiada sebarang kaitan dengan tuduhan yang dihadapi oleh Anwar seperti telahan Pak Teh.
Friday, July 1, 2011
UMNO/BN TOLONGLAHHH!...Gunalah Apa Saja Institusi Awam Untuk Halang Bersih 2.0!!!
Saya mengalu-alukan sebarang usaha menghalang Bersih 2.0 termasuk menggunakan kekerasan polis, membuat provokasi perkauman melalui pemuda UMNO atau ugutan untuk bertembung di jalan raya melalui patriot Rizal Merican. Saya ingin mempelawa Rizal Merican Naina Merican yang bergelar Datok Seri itu mengupah budak-budak sekolah untuk memakai baju patriot dan membuat ugutan kepada penyokong bersih di mana sahaja mereka berada.
Kalau tidak cukup dengan itu, saya mencadangkan UMNO/BN mendapatkan bantuan Perkasa yang juga telah bersedia bertempur dengan penyokong bersih untuk membuat ugutan kepada kaum bukan melayu yang menyokong Bersih 2.0. Berhimpunlah lebih awal, kalau boleh mulai semalam di kelab Sultan Sulaiman untuk mengasah bakat bertempur dengan pemuda PAS yang sekilan lama bersabar dari bertempur. Mereka turut boleh mengajak sekelian mahaguru silat termasuk Omardin dan anaknya yang gedebe giler itu untuk menggertak Bersih 2.0. Cekik lah orang tua di atas kerusi roda dalam kawasan Parlimen untuk menghidupkan darah jantan dalam diri anaknya itu.
Tangkaplah semua yang memakai baju kuning yang tidak kotor di mana saja ditemui, di stesen bas, di masjid, di pusat beli belah, market ikan atau atas feri Pulau Pinang. Sumbat semuanya dalam lokap hingga menjelang 10 Julai, baru dilepaskan. Cari apa saja alasan untuk memburukkan penyokong Bersih 2.0 termasuk mengkomuniskan mereka, mengaitkan mereka dengan usaha memurtadkan umat Islam atau menjadi agen negara asing. Jangan lupa tuduh mereka cuba menghancurkan ketuanan Melayu di Tanah melayu ini.
Panggil semua pemimpin parti pembangkang beri keterangan di balai polis, termasuk balai polis yang tak mampu cegah pelacuran di Lorong Haji Taib. Jangan lupa beri ugutan, termasuk mengugut untuk menculik anak isteri mereka sewaktu mereka menggeletar di balai polis. Gertak sekelian pemimpin mereka dengan ugutan ISA, kerana mereka semua sangat takutkan ISA. Sekat semua ceramah PAS dan PR di seluruh negara, termasuk di Australia dan London, hingga mereka bertaubat nasuha tak akan buat apa-apa ceramah lagi, termasuk ceramah Isra' Mikraj dan ceramah anti dadah.
Tangkap juga Sasterwan Negara se-tua A Samad Said yang pandai-pandai membaca puisi walaupun dia hanya Sasterawan Negara yang tak pernah sama sekali berpuisi. Tangkap juga ustaz-ustaz di Masjid yang mengajar bab Toharah yang membawa maksud Bersih, termasuk ustaz-ustaz UMNO yang sejak puluhan tahun hanya tahu mengajar bab Toharah, haid dan nifas.
Jangan lupa arakkan naina mamak penang itu ke seluruh balai polis membuat report diugut oleh PKR dengan memakai baju merah kegemarannya sejak tujuh keturunan lalu di benua Rajnikanth itu. Lindungi dia dengan FRU di semua balai kerana dia tidak pandai berlakon, berpura-pura, atau melarikan diri...dia hanya spesis Jenny (nama asal nyah ini Junus) di Padang Kota Lama.Saya akan menangis kecewa kalau ini semua gagal dilakukan segera.
Jangan lupa arakkan naina mamak penang itu ke seluruh balai polis membuat report diugut oleh PKR dengan memakai baju merah kegemarannya sejak tujuh keturunan lalu di benua Rajnikanth itu. Lindungi dia dengan FRU di semua balai kerana dia tidak pandai berlakon, berpura-pura, atau melarikan diri...dia hanya spesis Jenny (nama asal nyah ini Junus) di Padang Kota Lama.Saya akan menangis kecewa kalau ini semua gagal dilakukan segera.
Lepas ini, tolonglah BN/UMNO, gerakkan semua tentera darat, laut dan udara dengan segala kelengkapan perang, termasuk askar Wataniah di Kem 304 Gerik, Perak (yang tugas hakiki mereka mengawal lebuh raya pantai timur) - yang mengundi di Kota Aur, dalam DUN Belantek, Kedah - untuk menyekat kemaraan penyokong Bersih 2.0.
Bariskan semua kereta kebal, kereta perisai, meriam, bazooka, M16, Styer, AK47, pesawat tempur (pastikan ada enjin), kapal selam Scoprpion (pusaka Altantuya) dan KD Jebat dan KD Lekir Navy (kalau boleh atas Highway di sungai Buluh, untuk menentang Bersih. Tembak saja siapapun yang memakai, menjual, menghadiah atau mencetak baju kuning Bersih 2.0, biar bercerai jasad dan nyawa , kerana nyawa mereka langsung tiada harga. Jadikan isteri mereka janda muda, anak mereka yatim tak berbapa. Jangan lupa unit udara TV3 untuk merakamkan semuanya.
Bariskan semua kereta kebal, kereta perisai, meriam, bazooka, M16, Styer, AK47, pesawat tempur (pastikan ada enjin), kapal selam Scoprpion (pusaka Altantuya) dan KD Jebat dan KD Lekir Navy (kalau boleh atas Highway di sungai Buluh, untuk menentang Bersih. Tembak saja siapapun yang memakai, menjual, menghadiah atau mencetak baju kuning Bersih 2.0, biar bercerai jasad dan nyawa , kerana nyawa mereka langsung tiada harga. Jadikan isteri mereka janda muda, anak mereka yatim tak berbapa. Jangan lupa unit udara TV3 untuk merakamkan semuanya.
Kalau itu pun belum memadai, saya alu-alukan sebarang rancangan sulit SB, JASA, Seranta, Kor Risik dan Gani Empat Tail untuk mengaitkan penyokong Bersih dengan Israel, Singapura, Yahudi, Al-Qaeda, JI, KMM, al-Maunah dan apa saja gerakan jahat di seluruh dunia supaya mereka dibenci seluruh makhluk yang ada atas muka bumi ini termasuk manusia sejahat Obama dan Clinton.
Saya juga ingin mengusulkan supaya adakan propaganda untuk meyakinkan orang ramai bahawa Ambiga akan menjadi Presiden PAS untuk melaksanakan Negara Berkebajikan, PKR akan menghapuskan ketaatan rakyat kepada Raja-raja Melayu dan DAP akan mengulangi aksi 13 Mei. Tolonglah buat semua ini. Kalau tidak negara ini akan hancur dijajah semula oleh Jepun, Siam dan Majapahit. kalau ini terjadi maka pupuslah sekelian benih Parameswara yang terhambat dari Melaka itu. Tinggallah Thamby Kakcik saja di bumi Hang Tuah itu.
Kesan dari semua sekatan dan tindakan bijak ini, saya percaya... paling tidak pun akan sama dengan kesan ... Gelora gelombang yang terkuak hasil 7 hari 7 malam Rally Bersih 2.0 ... yang disertai 3 juta manusia di tengah Kota Raya Kuala Lumpur berarak menuju Putrajaya... yang membadai sebelum kami bertolak ke KL pada 8 Julai...Selamat menjalankan tugasmu Naina!
Subscribe to:
Posts (Atom)