Ramai sekali yang menelefon bertanya khabar MB, Dato' Seri Ustaz Azizan, khabarnya sedang di rawat di IJN... saya kata Ya, betul, tapi tahapnya saya tak tahu dengan detail. Beliau pergi ke IJN sewaktu saya sedang menjadi saksi (witness) mewakili Lembaga Pengarah SADA bersama Dato' Amiruddin terhadap ujian keberkesanan pam baru SADA di kilang ABS di Koln, German dan beberapa kilang lain di sekitarnya. MB meminta saya pergi.....Aku cemuih dah Eropah ni...tak larat naik kapal terbang dah!
Berjam-jam menunggu pam itu di uji di pusat ujian, bersama beberapa engineer dari SADA dan consultant projek loji air baru di Jeniang...tiba-tiba saya dapat sms dari pengawal pribadi beliau, memaklumkan Dato' kena tahan di IJN. Saya tanya serius kah? Katanya datang atas rutin biasa, tapi doktor kata kena tahan sebab ada saluran yang tersumbat, jadi kena masuk wad untuk ujian dn rawatan seterusnya. Untuk memberikan ruang secukupnya kepada proses itu, orang ramai tidak dibenarkan melawat.
Ya! Baguslah kalau begitu, semoga dia tak tergesa-gesa nak kira kerja dan tugasan yang banyak, kalau ada yang datang, tentu ada saja kerja yang di nak dibuat, arahkan itu ini, pastikan itu ini, cepat, tepat, zero mistake, cermat, berhemat...jangan lambat...bla..bla...bla...
Sudah lama benar, banyak kali sudah saya nasihatkan dia berehat sebentar...ustaz, ambillah cuti sehari dua, tenangkan fikiran, rehatkan badan, ambil stamina baru...nampak ustaz letih sungguh tu! Laaaa...aku nak rehat lagu mana? Hang tak nampak kerja kita bertimbun tu...lagipun, aku nak pi mana, atas kerusi panjang ni pun cukuplah...Sana pun kerusi panjang, sini pun kerusi panjang (dia maksudkan rumahnya di Sg Limau dan Jalan Sultanah). Satu dia katakan kepada saya...Sanusi...ada hadis kata.."Bekerjalah di waktu yang singkat, berehatlah di waktu yang panjang". Waktu singkat tu maksudnya dunia, waktu panjang tu maksudnya akhirat.... Saya tak jawab apa- apa lagi selepas itu.
2 bulan terakhir ini dia nampak mengubah rutinnya, sebelum ini dia tidur jam 1 atau 2 pagi, dari pagi kerja terus menerus, selalunya sebelah lewat malam tu masa untuk mendengar situasi di luar jangkauannya, dan memberi arahan baru. Kebelakangan ini dia tidur selepas maghrib, hingga jam 9.30 atau 10.00, selepas itu baru dia memanggil saya ke rumah. Kalau tak panggil saya, dia akan maklumkan dia nak jumpa si polan- sipolan di rumah, seuanya berkaitan kerja. Keletihannya nampak sangat-sangat. Jam 12 baru selesai. Ustaz Azizan bekerja dari pagi hingga pagi, dia patut berehat sekejap.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya mohon marilah kita berdoa dan bersolat hajat memohon Ustaz Azizan kembali sihat dan bertenaga untuk bertugas memimpin kita rakyat Kedah untuk mencapai Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua....terima kasih. Wallahu a'lam.
Bukan apa tu cuma ujian dan peringatan nak bagi MB pikiaq sikit janji Pilihanraya dah buat ke belum janji nak bagi hak milik tanah kepada rakyat yg mengusahakan tanah dah tunai ka belum.
ReplyDeleteAlahai saudara kita Man ni...esok kalau Man sakit, orang mai kata kat dia ...tu la hang Man, nak bagi hang pikiaq sikit, janji hang dengan Allah di LohMahfuz dah tunai ke belum... Agak2 dia rasa lagu mana. Kalau kita dengaq orang sakit,mditimpa musibbah, kita diajaq menyebutkan Innalillah.... Dapatlah pahala... Paling koman ikut hukum adat,, kita doakan dia sembuh dan bersabar...
ReplyDeleteYa Allah sembuhkanlah beliau berilah kekuatan pada beliau untuk menyempurnakan tugasnya aminnn...
ReplyDeleteTu baru MB kita, kerja kuat nak bayaq kerajaan Dolo-dolo hak tau tinggai hutang.Bukan kerja keluar negara melawat menantu atau 'shopping' sakan dengan cincin gelang juta2.
org mcm Man ni tak sedaq langsung duk kena candu belah sana lagii.
Sakit deman, susah senang, bahagia derita semuanya ketentuan Allah dan kita sebagai hamba hanya boleh berusaha mengelakkan yang buruk dan berusaha kearah kebaikan.
ReplyDeleteSebagai rakyat negeri Kedah, Pakteh berharap agar MB cepat sembuh dan dapat kembali menjalankan tugas mentadbir negeri.
Melayu/Islam ni dalam bersaudara pun ada pasang surutnya, sentiasa bergaduh tapi bila bab sakit demam, mati, kenduri kendara...InsyaAllah..hubungan persaudaraan itu kekal akrab terjalin.