Monday, August 15, 2011

Bongkar Penyelewengan SPR

Bongkar Penyelewengan SPR !

[ Saya selaku Ketua DPPM mengarahkan semua jentera pemuda PAS di semua peringkat khasnya kawasan dan negeri untuk mempertingkatkan tindakan membongkar penyelewengan dan mendedah salah laku SPR, agar rakyat segera menyedari bahawa sistem pilihanraya negara kita pincang teruk setelah dikendalikan oleh SPR yang telah hilang kelayakan mengurus. Rakyat mesti menjadi "Hospital Awam" untuk mengeluarkan sijil "Tidak Layak Urus pilihanraya" kepada SPR ekoran kini SPR sedang mengidap "down sindrom" yang kritikal.]

____________________________________

1. Pihak kerajaan UMNO dan BN kini terpaksa mengunci mulut berdepan dengan pendedahan demi pendedahan berkait penyelewengan yang dilakukan oleh agensi kesayangannya juga merupakan anak emasnya iaitu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia [SPR]

2. Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat yang dipemgerusikan oleh saudara Suhaizan Kaiat telah membuat pendedahan tersebut yang jelas membongkar salah laku SPR. Sebagai contoh boleh dirujuk :http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4869-umno-terlibat-manipulasi-pilihan-raya

3. Sebelum ini telah didedahkan isu Pemastautin Tetap dengan begitu mudah mendapat taraf warganegara. Pagi berstatus My Pr, pada hari yang sama pada sebelah petangnya telah bertukar taraf My Kad. DPPM telah menghantar memorundum kepada pihak Kementerian Dalam Negeri [KDN] mengenai perkara ini dengan memberi tempoh seminggu untuk pihak KDN mengambil tindakan yang berkesan dan wajar menangani perkara ini.

4. Begitu juga pendedahan mengenai perselingkuhan SPR dengan JPN apabila data JPN dan SPR tidak selaras sebagaimana yang telah didedahkan oleh DPP Malaysia sebelum ini.

5. Pendedahan ini sekaligus telah meruntuhkan nilai integriti dan melunturkan kebolehpercayaan rakyat kepada SPR. Jelasnya SPR kian hilang status kelayakan untuk mengendalikan sistem pilihanraya negara secara adil, telus dan saksama. Runtuhnya nilai integriti dan lunturnya tahap kepercayaan rakyat terhadap SPR bukan berdasarkan graf persepsi tetapi berdasarkan statistik berfakta dan memiliki bukti nyata serta pengakuan saksi seperti dalam kes mengundi dua kali dan manipulasi undi pos.

6. Jawapan standard yang dikeluarkan oleh SPR melalui pengerusinya ialah ini merupakan kesilapan manusia sewaktu memasukan data dalam sistem. Walhal kesilapan inilah yang mahu kita tolak. Kita tidak mahu manusia yang kerap melakukan kesilapan yang sama berulangkali justeru ia menjejaskan sistematika pemgurusan dan pengendalian pilihanraya negara.

7. Sekiranya SPR mempunyai tenaga manusia yang sering melakukan kesilapan serupa, Pengerusi dan Timbalannya mesti mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan segera dan SPR mesti dipimpin oleh manusia yang berkualiti tinggi, berintegriti dan bertanggungjawab.

8. Saya selaku Ketua DPPM mengarahkan semua jentera pemuda PAS di semua peringkat khasnya kawasan dan negeri untuk mempertingkatkan tindakan membongkar penyelewengan dan mendedah salah laku SPR, agar rakyat segera menyedari bahawa sistem pilihanraya negara kita pincang teruk setelah dikendalikan oleh SPR yang telah hilang kelayakan mengurus. Rakyat mesti menjadi "Hospital Awam" untuk mengeluarkan sijil "Tidak Layak Urus pilihanraya" kepada SPR ekoran kini SPR sedang mengidap "down sindrom" yang kritikal.

9. SPR yang ada pada hari ini mesti dibubarkan segera. Saya merayu dengan segala kerendahan diri sebagai rakyat biasa kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia yang di Pertuan Agong agar merombak SPR dan membuat perlantikan baru dengan diserahkan amanah suruhanjaya ini kepada mereka yang layak, berintegriti serta benar - benar telus dan bebas dari kawalan UMNO dan BN atau mana - mana parti politik yang bertanding.

10. Saya bersumpah dengan nama Allah swt Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha Bijak, bahawa saya dan seluruh anak muda khasnya pemuda - pemuda PAS tidak rela menyertai pilihanraya umum yang ke 13 akan datang berwakil "wali" kan SPR yang ada pada hari ini. 

Salam Perjuangan dari saya
[ Salam Bersih 3.0]

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

1 comment:

  1. Assalamualaikum
    Tuan Haji,

    Pakteh bersetuju parti-parti politik memberi teguran kepada SPR untuk meningkatkan lagi kualiti pentadbiran mereka. Namun begitu saranan dari KDPPM itu terdapat beberapa fakta yang diselewengkan dan adalah lebih murni sekiranya tuan haji meletakkan ralat bagi membantu integriti seorang yang bertitle KDPPM.

    Contohnya isu pagi dapat my PR dan petang dapat My Kad. Isu Mismah ini sudah terbukti sekadar mainan kotor dan pembohongan jijik Malaysiakini, mengapa masih diteruskan lagi walaupun sudah terang lagi bersuluh walaupun ianya tidak benar?. Tindakan meneruskan isu ini oleh seorang yang bertitle KDPPM menghilangkan nilai ikhlas dan kredibiliti beliau.

    Tuan Haji boleh menyemak beberapa penipuan jelas oleh Malaysiakini tentang SPR terutama dalam bulan ramadhan ini.

    Pakteh memandang baik tindakan parti2 politik memberi teguran kepada SPR kerana Abah pakteh sendiri terkeluar dari senarai pemilih sedangkan sejak puluhan tahun dahulu Abah pakteh sudah mengundi. Namun begitu ini tidak bermakna kita perlu mematikan terus SPR dan mewujudkan sebuah badan yang baru. Apakah dengan perletakan jawatan Ketua dan Timbalannya memberi jaminan pihak pembangkang tidak lagi mempersoalkan SPR?. Sudah semestinya ini bukan penyelesaian terbaik tetapi jika ianya mampu memberi kepuasan kepada pihak pembangkang, mungkin Ketua dan Timbalan SPR ini perlu diberhentikan. Mengapa dalam banyak isu pembangkang dilihat teringin benar menjemput pihak luar sebagai pemerhati?...ini benar2 menyakitkan hati pakteh yang sedar agenda tersembunyi disebalik tujuan tersebut.

    Fakta nombor 10 itu bagi pakteh besar implikasinya. Bagaimana jika Ketua dan Timbalan SPR masih individu yang sama? malah tidak ada perubahan struktur dalam SPR?. Adakah KDPPM serta semua pemuda TERMASUK TUAN HAJI masih tidak sudi dicalonkan?. Jika tiba2 berubah hati masih sudi dicalonkan...adakah semua pemuda sekadar mempermainkan Allah? Bolehkah diperlakukan sebegitu?

    Hakikatnya, pembangkang sejak dulu seringkali menuduh SPR tidak betul dan mengikut telunjuk BN, malah bekas pengerusi SPR dulu juga diserang sedemikian rupa namun 2008, pembangkang memang besar....

    Terus terang pakteh berpendirian SPR tidak mampu memenangkan calon tetapi tindakan parti/calon itu sendiri yang akan menentukan mereka dipilih oleh rakyat. Berusahalah memberikan yang terbaik untuk rakyat. Pengundi sudah bijak memilih yang mana permata dan yang mana kaca. Kaca mudah mendakwa sebagai pertama tetapi lambat laun akan diketahui juga nilainya...

    ATAU...pembangkang sudah TERAMAT menyedari mereka akan TEWAS TERUK dalam PRU13 dan beberapa kambing hitam perlu dicari lebih awal. SPR adalah target paling mudah dalam situasi begini.....
    Ramai berpendapat ini adalah punca sebenar...

    ReplyDelete