Sent via BlackBerry from Maxis
Serah bukti baru siasat: MB ALOR SETAR - Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat yang didapati mengeluarkan pasir secara haram di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya sentiasa memantau pengeluaran permit mengorek pasir kerana tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan melakukan operasi secara haram. "Operasi pengeluaran pasir diluluskan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG), ada yang lulus dua tahun lepas atau setahun lalu, tetapi kerja-kerja mengorek dibuat tahun ini. Jika ada pihak dakwa ianya beroperasi secara haram, beri bukti pada saya untuk disiasat," katanya. Azizan berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Perhubungan MIC Kedah, S Ananthan yang mendakwa berlaku pengeluaran pasir secara haram di tebing Sungai Karangan, Taman Desa Ku, Padang Serai sejak tiga bulan lalu. Ananthan juga meminta Kerajaan Negeri menghentikan segera operasi terbabit kerana dibuat dalam skala besar, dan sekiranya tidak mendapat kerjasama, pihaknya tidak teragak-agak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Azizan berkata, sekiranya dakwaan itu benar, MIC diminta mengemukakan laporan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut. "Kerajaan Negeri akan pastikan semua syarikat terbabit ada permit, dan jika terbukti ianya dibuat secara haram, mereka akan dikenakan tindakan tegas. Kita tidak akan berkompromi dalam hal ini," katanya. Menurutnya, setelah pihaknya menerima bukti berlakunya operasi haram, barulah siasatan boleh dibuat kerana tidak mahu memalukan syarikat berkenaan. "Serahkan bukti secara rasmi pada saya, dan jika benar, siasatan akan dibuat untuk dakwa syarikat itu. Jika tak ada bukti, macam mana saya mahu siasat. Saya harap MIC berilah kerjasama dan bukannya ugut mahu lapor pada SPRM," katanya. Sinar Harian Edisi Utara |
No comments:
Post a Comment